Monday, July 3, 2017

PKR TOLAK MAHATHIR SEBAGAI PENGERUSI , AZMIN TERIMA ?





Berbeza dengan pendirian beberapa kepemimpinan PKR yang lantang menolak cadangan melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula memilih untuk berdolak dalih mengenai hal tersebut.

Mohamed Azmin berkata, pandangan semua pihak mengenai siapa yang layak untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan akan diambil perhatian oleh kepemimpinan gabungan tersebut sebelum keputusan mengenainya dibuat.

“Kita raikan semua panda­ngan, yang penting apakah struktur kepemimpinan Pakatan Harapan ini akan menggamit perhatian rakyat.


“Bukan mengenai siapa yang menduduki kerusi berkenaan (Pengerusi Pakatan Harapan),” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul membantah cadangan melantik Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan kerana dibimbangi bekas Perdana Menteri itu akan me­nguasai gabungan berkenaan.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ib­rahim pula mencadangkan agar sesiapa yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bertindak selaku penyelaras tanpa peranan eksekutif.
Menurut Moha­med Azmin, Pakatan Harapan akan meng­umumkan struktur kepemimpinan baharu gabungan tersebut dalam tempoh terdekat.


“Perbincangan sedang berjalan dan perkara ini boleh di­selesaikan sebelum pilihan raya umum berlangsung,” katanya.


“Kita akan libatkan semua pihak dengan menilai kekuatan masing-masing dan tidak menafikan peranan mana-mana individu.


“Pengumuman ini agak lewat kerana ia merupakan strategi Pakatan Harapan,” katanya.


No comments:

Post a Comment