Wednesday, July 12, 2017

DINASTI LIM TUMBANG JIKA ADAKAN PEMILIHAN BARU



Jika Lim Kit Siang berani, tentu sudah lama dia akan buat pemilihan semula CEC DAP. Namun bagi mengekalkan kuasa Dinasti Lim maka desakan sesiapa pun mereka akan pekakan telinga sahaja. 

Khabarnya Kit Siang takut tempat anaknya akan diambil alih oleh Dr. Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi DAP. Rasanya ada kebenaran berkenaan dengan kenyataan ini. Dr Tan memang layak jika dinobatkan sebagai Setiausaha Agung DAP. Fasih berbahasa Melayu, pandai membawa diri, bijak berhujah memang seorang calon yang sesuai mengantikan Dinasti Lim.

Sudah berkali-kali Kit Siang dan anaknya bermain wayang dalam hal ini. Dulu jika masih anda ingat, betapa Kit Siang menangis teresak-esak kononnya bimbang PRU 13 lambang DAP tidak dapat digunakan. Mulalah berlakon meminta simpati pada rakyat Malaysia. Dan PAS pula dengan bodohnya menawarkan mengunakan lambangnya. 

Sekali lagi Kit Siang nak buat telenovela sedih, kononnya nak bersara jika ROS menghalang DAP daripada dibatalkan pendaftarannya sebelum pilihan raya umum akan datang. Sudah-sudahlah, wayang ni dah dimainkan dulu lagi, takkan rakyat boleh tertipu lagi.

Menurut Portal Raja Petra, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Penolong Setiausahanya, Vincet Wu pernah diarahkan oleh Penasihat DAP (siapa lagi kalau bukan Kit Siang) untuk membuat makar dalam pemilihan parti pada Disember 2012. Arahan itu dikeluarkan bagi menyingkirkan calon pilihan Dr. Tan dari senarai nama teratas. 

Hasil siasatan, kumpulan penipu ini melihat Dr. Tan Seng Giaw bakal memenangi undi tertinggi dalam pemilihan parti tersebut. Dalam siasatan itu juga Anthony Loke mendapati kedudukan anak kesayangan Lim bakal terkubur jika tak diselamatkan segera. Sehinggakan ada kemungkinan dia akan terkeluar dari 20 yang teratas. 

Kit Siang dilihat mempermainkan tindakan ROS sebagai bahan politik murahannya. Jelas kelihatan kit Siang begitu terdesak untuk mengekalkan kuasa Dinasti Lim. Kedegilan Lim boleh menyebabkan calon-calon DAP bakal terkubur tidak dapat bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Cara yang selamat ialah Lim perlu akur kepada arahan ROS agar adakah semula pemilihan DAP. Tapi mahukan Dinasti Lim ? Bersediakan mereka untuk di kuburkan oleh ROS ? Pemimpin-permimpin DAP  perlu bertindak untuk menghapuskan sisa-sisa toksid dalam tubuh tanahair kita.












No comments:

Post a Comment