Hari yang dinantikan telah tiba, Malaysia telah melangkah setapak lagi menuju kearah negara maju. Setelah genap tujuh bulan Fasa pertama Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang iaitu dari Sungai Buloh ke Semantan dilancarkan, hari ini lengkaplah sudah penantian rakyat Malaysia yang ingin melihat negara ini mempunyai satu sistem pengangkutan yang lebih maju.
Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah meletakkan asas yang betul bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Projek ini merupakan usaha kerajaan yang bertungkus lumus dan konsisten dalam mempertingkatkan serta menambah baik pengangkutan awam dalam negara terutama dibandar-bandar besar seperti Lembah Klang.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laluan MRT ini akan memberi lebih peluang serta kemudahan akses kepada pengguna. MRT ini akan dapat menampung 150,000 pengguna sehari berbanding 15,000 sebelumnya.
Ini berikutan dengan siapnya 31 stesen termasuk tujuh stesen laluan bawah tanah mula beroperasi. Laluan sejauh 9.5 kilometer ini juga melintasi laluan paling dalam (45 meter) iaitu Tun Razak Exchange (TRX).
Sebelum ini Fasa satu Sungai Buloh ke Semantan telah berjaya merekodkan seramai 2 juta penumpang sejak mula beropersi pada awal Disember tahun lepas.
Bukan sahaja jumlah penumpang yang akan meningkat, bahkan dijangkakan kesesakan jalanraya akan berkurangan. Kementerian Pengangkutan menganggarkan penurunan kira-kira 160,000 kenderaan di jalan raya selepas MRT SBK beropersi sepenuhnya.
Inilah yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tujuh tahun lalu selepas mengambil alih pentadbiran negara. Projek ini bukan sahaja berjaya disiapkan dengan lebih awal tetapi juga berjaya mengurangkan kos nya sebanyak RM2 bilion.
No comments:
Post a Comment