Showing posts with label Tan Sri Annuar Musa. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Annuar Musa. Show all posts

Monday, February 12, 2018

PEMBANGKANG SEMAKIN CACA MARBA - HARU BIRU



PRU ke 14 semakin hari semakin dekat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah memberi klu atau gambaran bilakah pilihanraya akan berlaku dalam masa terdekat ini. Semua parti politik nampaknya sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan satu lagi "peperangan" yang akan menentukan kedudukan mereka dalam arena politik tanahair. 

Namun begitu kita boleh lihat di kem pembangkang, ikatan pakatan mereka agak rapuh dan longgar. Di sana sini terlihat ketara ruang rompang yang besar. Ada masalah diantara mereka. DAP sebagai abang besar "Taiko" pun tak boleh berbuat apa-apa. Sehinggakan timbul desakkan atau kempern  dikalangan mereka sendiri agar membuat undi protes, undi rosak pada PRU 14 nanti. 

Tak kurang juga ada yang cuba menimbulkan keraguan kepada Suruhanjya Pilihan Raya (SPR). Padahal dia sebelum ini menang dengan sistem SPR yang sedia ada. Kalau tak betul letak la jawatan bagi orang lain pegang. Masa dia menang tak pula dia cakap SPR tak boleh percaya. Jenis lidah biawak, cakap pun bercabang. 

Yang paling malang sekali parti cap lebai Oren, dulu bukan main lagi dia disanjung dan dipuja. Kononnya dialah pembawa Islam yang betul, yang toleran, sederhana, baik segalanya. Kerana apa ? kerana menjadi pengikut setia kepada "Taiko", Abang Besar. Hari ini Taiko DAP sudah ada orang baru, yang dahulunya musuh tapi hari ini sudah jadi kawan. Sapa lagi kalau bukan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhammad. Sudah macam cium mulut kata orang sekarang dia punya baik. 

Hari ini Presiden Oren sudah tak berapa berharga, sudah tak berapa diperdulikan, nilainya sudah jatuh. Bodek pi lah macam mana pun, Taiko dah tak perduli. Sebelum ini dia bukan main lagi dijulang sebagai hero. Tapi tidak setelah kehadiran Sang Calon Perdana Menteri Sementara yang sudah berkhidmat sebagai PM selama 22 tahun. 

Nampaknya Tokey DAP, Lim Kit Siang lebih bernafsu kepada Calon Perdana Menteri Sementara yang pada hematnya lebih banyak gunanya dari si Pelawak Mat Sabu. Partinya sendiri PAN adalah hasil daripada ehsan DAP. DAP mahu mengelirukan orang Melayu Islam dengan membantu menubuhkan PAN menggunakan bonekanya Mat Sabu.

DAP mahu penyokong PAS yang bencikan UMNO bersama PAN sekaligus menghancurkan PAS dari dalam. Pada DAP selagi UMNO berkuasa maka PAS akan terus wujud. 

DAP sebelum ini telah menggunakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga hauskan kuasa. Semua ini berlaku kerana kegilaan mereka kepada kuasa. Setelah di bekas ini dipenjarakan kerana kes jenayah liwat. 

Pada DAP, Presiden Oren, Presiden Bunga dan Ketua Umum Peliwat hanyanya najing-anjing suruhannya sahaja. 

Friday, November 10, 2017

BERI KAMI SEPENGGAL, KAMI AKAN SELESAIKAN MASALAH BANJIR - GUAN ENG



Itulah kata-kata Lim Guan Eng, Ketua Menteri paling tak guna dalam sejarah Pulau Pinang. Dulu bukan main sombong dan angkuh lagi si Lim Guan Eng dan bapaknya mengelar Malaysia ni negara yang gagal. Jika disoroti, sejak 47  tahun yang lalu lagi bapaknya pun pernah Kit Siang melaungkan Malaysia sebuah negara yang gagal. Namun hari ini kita sendiri dapar melihat betapa anaknya sendiri gagal mentadbir dan menjaga sebuah negeri yang kecil. Itu pun sembang besar nak tadbir negara. 

Segala macam bencana yang melanda cukup membuktikan Guan Eng seorang Ketua Menteri yang GAGAL. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, banjir bukanlah isu yang membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang gagal, tetapi kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah merupakan bukti jelas kerajaan negeri tidak dapat mentadbir dengan baik. Hinggakan meragut 11 nyawa  yang tidak berdosa. 

Dahulu dengan megah dan sombong sekali mendabik dada kononnya mereka dapat menyelesaikan masalah banjir jika di beri mandat. Guan Eng pada 15 Disember 2013 dengan sombong dan angkuh menyatakan masalah banjir ini akan diselesaikannya dalam satu penggal sahaja. 

Nampaknya bukan bertambah baik, tapi semakin buruk pula banjir yang melanda. Nampaknya negeri yang digelar negeri bukan Taliban oleh Guan Eng semakin penuh dengan air yang berwarna kuning, sesuai sangatlah dengan gerakan Kuning "BERSIH" yang mereka lancarkan dulu di Kuala Lumpur. Cuma kali ini Kuning yang datang ini tidak mengira sesiapa, semuanya dilanda tanpa belas kasihan. 

Annuar membidas kepimpinan klepet pembangkang bahawa mereka harus belajar daripada BN bagaimana untuk berjiwa besar dan jangan hanya berpolitik setiap masa.




Berikut antara fakta kegagalan DAP mentadbir Pulau Pinang;

▪Berkaitan penarahan bukit, banyak pihak termasuk NGO telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan kerajaan negeri dalam menarah bukit juga pembinaan rumah di lereng-lereng bukit namun ia tidak dipedulikan.

▪Tanah di negeri itu habis digadai. Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion. Sejak 2008, aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion.

▪Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi.
Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

▪ Pelaburan makin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.

▪Kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta. Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.

▪Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lembab. Purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Pulau Pinang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.

▪Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang. Satu-satunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Pulau Pinang dapat.

▪Ini adalah antara bukti jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang. Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya.

Wednesday, November 8, 2017

BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, DAP HASUT RAKYAT BENCI BN



Perangai pemimpin DAP dan pengikutnya memang paling celaka, macam melepaskan anjing yang tersepit. Sudah di tolong mereka boleh lagi menghasut membenci Barisan Nasional dan Perdana Menteri. Memang DAP ni jenis manusia haprak tak boleh dibuat kawan.  

Dalam parlimen seorang pemimpin DAP, Tan Kok Wai MP Cheras menuding jari kepada kerajaan kononnnya tidak memberi amaran awal hujan lebat di sebelah utara. Sedangkan kerajaan melalui siaran televison dua kali memberi amaran peringkat kuning. Kenyataan ini diperjelaskan oleh Dr Abu Bakar Mohammad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 

Selain itu mereka membuat cerita fitnah dan meyebarkan pelbagai mesej di media sosial kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional tidak memberi bantuan dan enggan menolong mangsa banjir sehinggalah Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang menalifon meminta pertolongan.  Bahkan mereka menuduh bantuan yang dihulurkan tidak mencukupi dan ianya sengaja dibauat begitu.

Begitu sekali celaka pemimpin dan pengikut DAP yang tak pernah habis menyerang pemimpin-pemimpin Islam UMNO. Sikap mereka tidak pernah berubah, sentiasa menanam kebencian rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional. 

Semua orang tahu seawal jam 1 pagi lagi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah mengarahkan anggota tentera ke Pulau Pinang untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri. Guan Eng telefon Timbalan Perdana Menteri pun sudah jam 3 pagi, padahal gerakan bantuan lebih awal pada tu. 

Perdana Menteri semalam turut mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk projek Tebatan Banjir yang mana 150 juta telah disalurkan serta merta. Katanya negeri yang kaya dan pandai mentadbir lebih baik dari BN, tapi bantuan kewangan  nak juga. Kerajaan kena pantau sendiri projek tebatan banjir ini, risau duit yang banyak ni hilang entah  kemana pula nanti. 

Sebenarnya pemimpin DAP risau dengan sambutan rakyat terhadap kehadiran Perdana Menteri dan barisan kepimpinan Barisan Nasional. Jelas sekali rakyat gembira dan mahukan kerajaan persekutuan turun membantu mangsa banjir. 

Mereka sudah tidak ada keyakinan terhadap kerajaan Negeri pimpinan DAP yang rakus dan tamak haloba. Entah kemana disebatnya wang yang sepatutnya digunakan untuk projek tebatan banjir. Macam ini nak pimpin negara ? Hancurlah jawabnya. 

Thursday, October 26, 2017

BAJET PEMBANGKANG MERAPU



Sudah menjadi amalan pembangkang Pakatan Harapan setiap kali dekat hari pembentang bajet oleh kerajaan mereka pun menyibuk nak buat bajet mereka sendiri. Jika kita teliti bajet yang mereka cipta kita akan dapat lihat seolah-olah bajet ini ditulis oleh seorang yang baru bangun dari tidur atau mimpi indah. Atau lebih tepat lagi kata orang Utara - Bajet Merapu. 

Bajet yang kerajaan buat berdasar realiti keadaan yang kita hadapi sekarang. Kerajaan mengambil masa yang lama dengan kajian-kajian yang terpinci diambil kira perubahan keadaan semasa serta mengambil pendapat rakyat berkenaan keperluan dan kehendak mereka. 

Bajet pembangkang berdasarkan apa ?  Atas asas apa mereka mencipta bajet ? Adakah mereka tahu apa keperluan rakyat ? 

Apa jenis bajet jika segalanya hendak percuma, sistem cukai GST nak dikembali kepda SST dan  menaikkan kadar upah minumum. Kononnnya pendapatan kerajaan dapat diselamatkan RM20 bilion dengan andaian rasuah dapat dihapuskan. 

Entah dari mana mereka dapat angka tu, mereka tahukah berapa ramai perasuah-perasuah dalam negara. Atau mereka yang menghabiskan duit memberi rasuah. Bajet tidak masuk akal pembangkang ini hanya akan memalukan negara jika mereka yang mentadbir negara. 

Pembangkang ingat dengan membuat cerita-cerita yang sedap di telinga rakyat mereka akan dipilih dalam PRU akan datang ? Mereka hanya bermimpi di sang hari. Rakyat bukan mahu dengar cerita dongeng, rakyat mahukan kerajaan yang prihatin dengan keadaan hidup mereka dengan realiti keadaan semasa, jangan anggap rakyat seperti budka-budak yang boleh di beri gula-gula. 

Bajet kerajaan Barisan Nasional adalah Bajet untuk membantu rakyat bukan seperti bajet kayangan pembangkang.

Di bawah adalah kenyataan Rasmi Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkenaan Bajet Pembangkang.

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
26 OKT 2017


Di kulit buku 'BELANJAWAN ALTERNATIVE' dengan ketebalan 88 muka surat yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan (PH), terpampang gambar 'skyline' KL dan bangunan ikonik lain bagi melambangkan kejayaan negara.

Sedar atau tidak, ini merupakan satu pengakuan dan pengesahan PH terhadap jujukan kejayaan yang dilakar oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak merdeka.

Ketidak telitian PH makin ketara apabila   kandungan buku belanjawan tersebut diperincikan.

Rata-rata pembaca berpendapat bahawa kandungan BAJET ALTERNATIF merupakan belanjawan untuk memancing undi semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dalam melaksanakannya.

Belanjawan tersebut jelas mengambarkan kehambaran PH.

Mereka seolah-olah sudah  ketahui bahawa mustahil bagi mereka untuk memenangi hati rakyat dan jauh sekali berkesempatan untuk menunaikan janji belanjawan mereka, jadi mereka mengambil pendekatan "janjikan sahaja bulan dan bintang".

Kenapa mereka berpendirian sedemikian?

Semuanya merupakan ekoran kegagalan dalam mendapat sambutan untuk perhimpunan Kleptokrasi di Kuala Lumpur dan juga Konvensyen PAN di Alor Setar baru-baru ini.

Kegagalan kayu pengukur ini semestinya meletakkan PH dlm situasi terdesak.

Ini diburukkan lagi dengan pergolakan dan perberantakan parti-parti dalaman PH (intra dan inter) itu sendiri.

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan rakyat, terutama para cerdik pandai dan anak muda hilang keyakinan terhadap kewibaan PH sebagai alternatif yang lebih baik daripada BN.

Malah kucar kacir dalaman inilah yang membuatkan PH dilihat sebagai kelompok yang putus harapan untuk menyusuli agenda peribadi dengan percubaan mengkudakan satu sama lain tetapi terikat dengan tali hayat ehsan DAP di bawah 'pembangkang yang diketuai oleh DAP'.

Apa yang jelas, belanjawan PH ini  kononnya cuba menonjolkan  satu formula mustajab  bagaimana negara yg sedang berkembang seperti yang diiktirafkan oleh Bank Dunia sebagai "...the Malaysian economy is progressing from a position of strength", kepada negara "...progressing from a position of no hope (PH/PUTUS HARAPAN".

Mana mungkin Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang berdaya saing jikalau terpaksa menanggung pembelajaran percuma untuk semua peringkat umur yang melibatkan kos tambahan melebihi RM60 bilion setahun.

Apatah lagi jika GST dihapuskan dan kembali kepada  SST seperti era Mahathir yang menyebabkan rakyat kehilangan RM25 bilion, dan menaikkan upah minimum yang akan menambahkan bebanan sebanyak RM43 bilion.

Perbelanjaan untuk 3 perkara tersebut akan mengakibatkan rakyat menanggung kos sebanyak kira-kira RM130 bilion atau RM1.3 trilion dalam jangka  masa 10 tahun.

Langkah ini bukan sahaja akan membuatkan negara bankrap tetapi memaksa negara untuk berhutang dan sudah semestinya ekonomi negara akan  hancur.

PH cuba mengabui mata rakyat kononnya perbelanjaan ini  boleh ditampung daripada penghapusan rasuah yang akan menjimatkan mereka sebanyak RM20 bilion!

Apakah asasnya angka ini?

Sementelah pula ia dijanjikan oleh pimpinan yang pernah tercalit dan juga yang sedang bergelumang dengan masalah rasuah di mahkamah.

Bolehkah rakyat mempercayai janji yang ditabur oleh pemimpin yang mentadbir negeri kecil yang dilanda banjir besar akibat runtuhan bukit berpunca daripada rasuah atau pemimpin yang bertelagah sesama sendiri menuduh satu sama lain terlibat dengan  rasuah (termasuk rasuah seks) atau pemimpin yang mengaku bahawa mereka ialah penyangak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme) serta kleptokrat terbesar?

Dalam kata lain, bajet PH bukanlah belanjawan yang sebenar tetapi lebih merupakan janji pilihan raya untuk memancing undi kerana PRU sudah semakin dekat.

Disebabkan atas tujuan inilah, bajet alternatif PH  dibentangkan sebelum bajet kerajaan diwartakan.

In syaAllah, rakyat akan menerima bajet sebenar pada hari Jumaat ini.

Bajet pilihan rakyat saban tahun di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sudah tentu bajet ini bukan bajet pancingan pilihanraya.

Bajet ini merupakan  kesinambungan dan membawa transformasi ekonomi dan sosial rakyat, bajet yg mapan dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan KDNK negara menjadi antara yang terbaik di dunia, bajet yg mengawal defisit belanjawan tetapi pada masa yang sama rakyat di segenap lapisan terus terbela dan disantuni secara berkesan.

Dalam kata lain, bajet ini merupakan belanjawan harapan rakyat dan belanjawan yang menjadikan PH satu gagasan yang putus harapan (hopeless) dan tidak lagi diharapkan.


- Tan Sri Annuar Musa (TSAM),
KETUA PENERANGAN
UMNO MALAYSIA dan
AHLI PARLIMEN KETEREH
26.10.17











Wednesday, October 18, 2017

TIADA SIAPA DAPAT MENGALAHKAN TUN MAHATHIR KECUALI...

Siapa yang tidak kenal Tun Mahathir ketika dia berkuasa dahulu. Tidak ada siapa yang berani melawannya. Musuh sama ada dari luar UMNO atau dalam UMNO sekalipun kalah apabila berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir. Kekuatan Tun Mahathir dahulu terletak diatas kekuatan ahli UMNO yang menyokong penuh pemerintahannya. Sehinggakan Anwar yang dikatakan bakal menumbangkan dengan menggunakan kuasa rakyat pun gagal akhirnya. 

Dengan kekuatan yang pernah dia miliki dahulu, dengan kehebatan armada Mahathir yang pernah menjatuhkan Pak Lah dari kerusi Perdana Menteri dahulu, kini sekali lagi ingin digunakannya untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib dari kerusi Perdana Menteri. 

Kononnya dahulu tak nak bersekutu dengan DAP, kerana perjuangannya ialah untuk menyingkirkan Najib dari kerusi Presiden UMNO dan pengerusi BN.. Namun setelah segala usaha berakhir dengan kegagalan maka Atok Tun Mahathir memulakan langkah seterusnya dengan keluar dari UMNO dan mengajak ahli UMNO yang menyokongnya keluar dari UMNO.

Apabila mengajak ahli keluar dari UMNO bermakna Tun tentu sudah siap sedia untuk bertempur secara bersemuka dengan UMNO dengan mencipta parti baru. Hakikatnya parti baru tentulah lemah dan masih belum kuat untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Matlamat Tun hanya untuk melemahkan UMNO dan menumbangkan terus Barisan Nasional. Maka lahirlah parti cap bunga PARTI BERSATU atau PPBM. 

Sedar akan kekuatan BN yang ampuh dengan dibarisi 14 parti komponen maka tidak mungkin parti bunga yang baru lahir ini dapat menandingi kekuatan Barisan Nasional. Oleh itu tidak  dapat tidak parti baru ini terpaksa bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain bagi berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU ke 14 nanti. 

Perikatan baru mereka ini dinamakan sebagai Pakatan Harapan, pakatan rakyat yang dulunya sudah berkubur apabila PAS menarik diri dari pakatan tersebut. Pakatan Harapan ini namanya sahaja diketuai oleh Anwar dan Mahathir, tetapi sebenarnya kekuatan dibelakang kedua-dua mereka adalah DAP. 

DAP tidak berjaya menumbangkan UMNO, tetapi berjaya menjadikan bekas pemimpin tertinggi UMNO kaldai tunggangan mereka. 

Apa lagi maruah yang tinggal ditubuh Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim ? Semuanya telah tergadai ditangan DAP aka Lim Kit Siang. 


Friday, October 6, 2017

WAKIL PEMBANGKANG KENA "PELEMPANG" SEDAS


Nampaknya usaha yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa iaitu " DIALOG PERJUANGAN 4 ALL" telah membuat pembangkang panas punggung sehingga wakil mereka hadir sekali dalam program tersebut bagi membuat provokasi melalui soalan-soalan mereka.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, apabila Tan Sri Annuar membalas dengan jawapan ytang cukup pedas dan penuh fakta. Terdiam seribu bahasa wakil mereka. 

Itu yang terjadi kepada Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang gatal mengajukan soalan provokatif . Dia kononnya dengan dokumen-dokumen ditangannya mengajukan soalan mengenai laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkenaan isu 1MDB. 

Bagaikan pucuk dicita ulam mendantang, orang mengantuk disorongkan bantal, apa lagi Tan Sri Annuar menangkis segala serangan sambil menembak tepat ke sasarannya. 

Zaidi seperti macai-macai longkang DAP yang lain masih lagi memainkan isu cincin dan 1MDB dan mengaitkannya dengan rasuah dan salah guna kuasa yang sudah beberapa kali dijawab oleh kerajaan di dalam dewan rakyat. Namun tidak apa -kata Annuar Musa, kita tidak akan menari rentak pembangkang.

Tan Sri Annuar Musa memulakan rentak serangan dengan mempersoalkan integriti pemimpin kerajaan Pulau Pinang yang penuh dengan isu rasuah. Kenapa Lim Guan Eng masih lagi berada ditampuk kuasa walaupun dia sudah didakwa ? 

Isu berkenaan 1MDB telah pun ditanya oleh ahli parlimen DAP di parlimen dan sudah dijawab oleh pihak kerajaan berkali-kali. Hari ini Mejar Zaidi ulang lagi semula soalan yang sama. 

Annuar Musa menjelaskan bahawa sebelum Mejar Zaidi nak mengeluarkan isu berkenaan kleptocracy, soal cincin, soal duit yang kononnya melesap ke Amerika adalah lebih baik dia minta Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng membiayai basiswa dan belajar ke Amerika dan mendalami undang-undang di sana. 

Kerajaan Malaysia menurutnya tidak pernah menyibuk hal ehwal perundangan di Amerika. Jika ada berlaku mana-mana individu yang melakukan kesalahan dimana-mana pun negara kerajaan tidak akan masuk campur dalam hal tersebut. Cubalah tolong faham  undang-undang tentang kleptocracy di Singapura adalah berasaskan kepada aduan bukannya penyiasatan penuh. 

Apa yang berlaku adalah pembangkang menghantar dua tiga "Malaun" untuk membuat aduan. Berdasarkan kepada aduan tersebutlah mereka membuat penyiasatan selebih itu mereka membawa kes ini dalam bentuk saman sivil. 

Apa itu saman Sivil  yang berkaitan dengan 1MDB ? Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.

Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan negara itu bertujuan untuk menyita dan mengambil semula aset di dalam negara itu yang disyaki Jabatan Keadilan mempunyai kaitan kepada kegiatan rasuah daripada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.




Monday, October 2, 2017

DAP GUNA MELAYU UNTUK MENJAHANAMKAN MELAYU




DAP sejak ditubuhkan sedar yang mereka tidak akan mampu menumbangkan UMNO dengan menggunakan kekuatan bukan Melayu. Oleh itu tidak hairan DAP hari ini lebih banyak menggunakan tenaga orang Melayu untuk menentang parti UMNO, parti yang membela nasib bangsa Melayu. 

Bak kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa - "tidak akan tumbang kayu kalau tak kerana kayu dan orang Melayu tidak akan jatuh atau lemah kalau tidak dilemahkan orang Melayu sendiri".

Janganlah kita bermimpi untuk melihat DAP mengubah agenda dan ideologi mereka. Mungkin mereka kali ini nampak begitu mesra dan mengambil berat dengan orang Melayu. Tapi jangan sekali di lupa, Pulau Pinang hari ini berpuluh-puluh kampung Melayu hari ini hanya tinggal nama. Rumah-rumah yang didirikan langsung tidak menunjukkan ia dibina untuk rakyat marhien. 

Buatlah apa jenis pakatan sekalipun, DAP sesekkali tidak akan mengubah ideologi mereka yang keras menentang ketuanan Melayu Islam di bumi Malaysia ini. Lihat saja pakatan yang mereka tubuhkan sejak dulu, bersama parti Semangat 46, PAS, PKR dan terkini Parti Cap Bunga ciptaan Tun Mahathir. Semua jenis perikatan yang mereka buat DAP bertindak sebagai kuasa Dominan. 

Sikap angkuh, biadap dan tidak menghormati kawan dalam pakatan menyebabkan semua usaha mereka musnah. Bagitu juga dengan pakatan yang dibuat kali ini, DAP cuba menyembunyikan niat mereka. 

Walaupun cuba dilihat lebih mesra dan toleransi, dengan menggunakan beberapa kerat Melayu keparat seperti mantan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Khalid Samad, Yusuf Rawa, DAP juga menggunakan anak-anak muda Melayu seperti Dyana, Rara, Wan Jie dan ramai lagi anak Muda yang sanggup mengadaikan jati diri bangsa demi habuan dunia. 

Apa pun retorik dan lakonan yang DAP buat, mereka tidak sesekali akan membenarkan ideologi mereka tersasar. Sehinggakan ketika mereka bergabung dengan PAS sekalipun mereka tetap keras menentang apa saja agenda Islam PAS. Justeru tidak hairan setiap kali mereka sentiasa berlaga angin dengan PAS. Demi menumbangkan musuh utama mereka iaitu UMNO masing-masing boleh duduk semeja, tidur sebantal walaupun mimpi masing-masing berbeda. Bukan sahaja berbeza bahkan sangat bertentangan. 

Paling jelas di mata kita hari ini, PAS yang bersama-sama DAP dan PKR dalam kerajaan Selangor penuh dengan kontroversi dan pergolakan yang mana akhirnya kita lihat DAP juga yang menang dalam apa juga isu. 

Pesta arak di Selangor, Menteri Besarnya walaupun seorang Islam berdasarkan nama, pakaian dan amalannya tetapi tidak berani berkata tidak kepada rakan sepakatannya DAP. Berhari-hari dia berpusing-pusing dengan kenyataan berdolak dalik, akhirnya terpaksa tunduk juga kepada kemahuan DAP. 

Pesan Tan Sri Annuar Musa yang patut dipahat dalam minda setiap orang Melayu;

Dengan DAP tidak boleh berkompromi, pendekatan pe­cah perintah sejak dahulu lagi DAP gunakan. Malah, saya selalu kata tidak akan tumbang kayu kalau tak kerana kayu dan orang Melayu tidak akan jatuh atau lemah kalau tidak dilemahkan orang Melayu sendiri.

“Jadi, konsep itu sudah mula digunakan oleh DAP sebab mereka tahu sejak ditubuhkan sampai sekarang mereka tidak dapat memberi ancaman kepada kekuatan UMNO,” 



Tuesday, September 19, 2017

LIM KIT SIANG TAHU TAK DIA YANG MINTA RCI ?



Rakyat Malaysia semakin hari semakin pelik dan bingung dengan perangai pembangkang. Mereka ingin pemimpin negara ini bebas, berintegriti, amanah dan telus, tetapi mereka sendiri di kerana rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa. Mereka ingin akhbar bebas, tetapi mereka sendiri sekat media masa yang mereka tidak suka.

Mereka yang memohon RCI daripada kerajaan, apabila kerajaan tunaikan mereka pula menuduh kerajaan  sengaja ingin kenakan mereka. Sebenarnya apa masalah mereka ni ?



Vateran DAP, Lim kit Siang hari ini tak boleh menyalahkan kerajaan kerana Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat  Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an (RCI FOREX)  dibuat atas desakkan beliau juga.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa pernah menjelaskan tentang perkara ini.  Menurutnya pemimpin DAP tersebut pernah membangkitkannya dua kali, kali pertama pada tahun 1994 dan  kali ke dua pada 2006, ketika dia berucap dalam Parlimen menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan. 

Semalam ketika diminta di beri keterangan berkenaan kerugian sebenar yang diamali oelh Bank Negara (BNM), Tun Dr. Mahathir menjawab beliau tidak tahu jumlah kerugian sebenar yang di alami oleh BNM. Menurutnya  Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Clifford Francis Herbert melaporkan secara LISAN kerugian adalah sekitar 5 bilion.

Memang amat mendukacitakan apabila mendengar penjelasan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini. Sebagai Perdana Menteri ketika itu beliau tidak sewajarnya memberi kenyataan TIDAK TAHU kepada  pertanyaan RCI. Ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Andai kata pun kerugian itu RM5 bilion, ia tetap satu jumlah yang amat besar ketika itu.  Bayangkan apa yang rakyat boleh dapat dengan 
RM5 bilion ? Apatah lagi kita tahu jumlah kerugian sebenar ialah RM30 bilion. Gilalah jika sebagai Perdana Menteri  beliau tidak tahu. 

Dan yang lebih pelik, bekas menteri Kewangan ketika itu,  Tun Daim Zainunddin menyatakan beliau tidak tahu  menahu penglibatan BNM dalam urusniaga pertukaran mata wang. Sebagai Menteri Keewangan ketika itu adalah tidak munasabah beliau tidak tahu menahu tentang perkara ini. Bukan kecil nilainya, sangat besar dan tidak ada  negara yang sanggup buat perkara yang resikonya begitu besar. 

Daim dalam kenyataannya menyatakan dia tidak mengetahui BNM menjalankan urusan pertukaran wang asing  kerana perkara itu tidak dimaklumkan kepada beliau dan beliau pun tidak bertanya kepada bank pusat BNM.  Pelik semakin pelik, bagaimana mungkin Daim sebagai Menteri Kewangan tidak mencampuri urusan BNM, sedangkan BNM  perlu memaklumkan kepadanya setiap urusan, apatah lagi sejumlah duit yang cukup besar. 

Nampaknya masing-masing cuba menutup lobang sendiri, namun selama mana mungkin mereka mampu  menutup bangkai yang sudah membusuk. Segala bukti semuanya berada di dalam tangan. 

Jelas sekali kebijaksanaan Perdana Menteri meletakkan keempat-empart sekawan dalam kandang RCI. Kita  hanya menunggu siapa dulu yang akan membuka langkah menikam kawan. Memandangkan mereka semua  mempunyai rekod pernah mengkhianati kawan, rasanya tak lama lagi mereka akan berperang sesama sendiri.

Kita tunggu dan lihat, pakatan caca marba ini berkecai. 

Sunday, September 10, 2017

APA SEBAB KIT SIANG SAYANGKAN TUN MAHATHIR ?

Pelik sungguh kalau kita tengok kasih sayang antara Kit Siang dan Tun Mahathir, macam kawan lama sehati dan sejiwa. Padahal semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, Lim Kit Siang lah orang yang paling membencinya dan menjadi musuhnya nombor satu. 




Berkurun lamanya DAP menentang Tun Mahathir, bukan sehari dua. Kebencian mereka kepada Tun Mahathir sejak belum dia diangkat menjadi Perdana Menteri lagi. Alih-alih tiba-tiba mereka begitu sayang kepada Tun Mahathir, terutama Penasihat DAP Lim Kit Siang. Apa sebenarnya yang mereka mahu dari Tun Mahathir ? 

Sudah tentulah mereka tak pernah percaya kepada Tun Mahathir, semasa dia menjawat sebagai Perdana Menteri pun mereka tak pernah menyokongnya, apatah lagi selepas dia tak ada apa-apa jawatan, lagilah tak ada HARAPAN. 

Sebenarnya seperti mana yang Tun Mahathir pernah ceritakan dahulu, masing-masing berniat untuk menipu satu sama lain. Lim Kit Siang berharap boleh menipu Tun Mahathir dan meletakkan parti DAP dan anaknya di tempat yang tinggi. Begitu juga Tun Mahathir , berniat untuk menipu parti DAP dan mahukan anaknya juga berada di heiraki yang tertinggi. 

Mereka berhasrat untuk memecahkan undi orang Melayu. Jika tidak dapat ke DAP undi Melayu pergi ke parti BERSATU. Dengan itu undi untuk UMNO akan berkurang dan DAP kekal atau mendapat lebih undi. Itulah perancangan mereka yang tidak perlu disembunyikan lagi. Tak ada apa-apa yang boleh disembunyikan pun. Melainkan jika orang Melayu buta hati tidak dapat melihat permaianan politik dari dua politikus usang yang menunggu masa untuk gugur. 

Selama 22 tahun Tun Mahathir jadi Perdana Menteri tidak pernah sekali pun Lim kit Siang merestui segala keputusan kerajaan, oleh itu tidak mungkin selepas bersara Lim Kit Siang akan bersetuju atau mengikut saja kata-kata Tun Mahathir.  Lepas habis PRU ke 14 nanti percayalah Lim Kit Siang akan biarkan Tun Mahathir terkontang kanting dengan parti cap ayamnya. 

Wednesday, August 30, 2017

SIAPA KIT SIANG CUBA ARAHKAN PERDANA MENTERI ?




Nampaknya sindrom nyanyok Tun Mahathir sudah melarat menjangkiti sahabat akrabnya Lim Kit Siang. Perangai diktator Atok pun sudah menjangkiti Kit Siang sehinggakan mendesak Kabinet menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika bulan depan. 

Makanlah ubat tu dulu apek ! Ini UMNO lah bukan DAP. Jangan hendak menyibuk hal ehwal kerajaan dan UMNO. Jaga parti sendiri yang tunggang langgang tu dulu. Jangan sesuka hati nak arahkan orang seperti kau arahkan bajingan dalam Pakatan.

Tan Sri Annuar Musa, sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia menasihati Ahli Parlimen Gelang Patah yang sudah menghilangkan diri itu agar tidak menyamakan UMNO dengan partinya DAP atau Pakatan Harapan yang sentiasa ikut telunjuknya. 

Jika Kit Siang cuba nak mengalihkan isu skandal tukaran wang asing atau Forex lebih baik lupakan sajalah. Perkara besar macam ini tak boleh ditutup lagi, apatah lagi dialah dulunya yang beria-ria sangat hendak dedahkan perkara ini. Sekarang kerajaan sudah buka peluang, dedahlah perangai kawan baik dia tu! 

Bukankah dia dulu yang inginkan kes ini disiasat dan menuntut satu Suruhanjaya Diraja (RCI) dibuka semata-mata ingin menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir. Sekarang apabila kerajaan tunaikan hasratnya dia pula berdolak dalik memberi bermacam-macam alasan. 

Nampak sangatlah perjuangan telus yang diperjuangankan Kit Siang tu hanyalah mimpi di siang hari. Oleh kerana Tun Mahathir ada kepentingan politiknya Lim Kit Siang buat-buat lupa pula kes yang dia dahulu perangi. 

Kit Siang tahu dia masih mempunyai kepentingan politik dengan Tun Mahathir dan dia sedar kes siasatan forex ini akan memakan dirinya sendiri. Tujuannya hanya untuk memperguna dan memperalatkan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Apatah lagi bila Presiden Amerika, Donald J. Trump menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk melawat White House bulan depan. Iyelah, selama ini dialah yang mengwar-warkan kononnya Perdana Menteri disiasat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ). 

Oleh itu jemputan ini akan membuat pembangkang hilang gigi untuk bercakap mengenai dakwaan palsu mereka yang kononnnya Najib disiasat oleh DoJ dan akan didakwa.

Nampaknya skrip yang disediakan oleh DAP akan memakan diri. Mereka boleh bersiap sedialah untuk meletakan muka tak malu mereka di jamban. 

Annuar Musa juga menerangkan, DoJ menyiasat asas dari aduan awam, tak ada satu pun mahkamah di Amerika membuat pembentangan atau proses undang-undang dijalankan.  Tak ada pun mereka menyebut nama Perdana Menteri disiasat. 

Sebaliknya Amerika pula menjemput Perdana Menteri untuk melawat Rumah Putih Presiden Amerika. TAK KE MALU SATU GENERASI....!




Thursday, August 24, 2017

JIKA TIDAK RASIS, MANSUHKAN MALAYSIAN MALAYSIA



Beranikah DAP memansuhkan konsep anutan mereka "Malaysian Malaysia" ? Jika benar mereka sudah berubah dan tidak rasis lagi, DAP patut mansuhkan "papan tanda" Malaysian Malaysia di dahi ahli masing-masing.


Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP sudah tidak relevan dengan masa kini, apatah lagi bila mereka berada dalam pakatan HARAPAN. 

Namun pada penulis, harapan untuk melihat DAP mengubah akar pendirian mereka adalah cukup mustahil. Apa yang boleh mereka lakukan setakat ini adalah bermain wayang. 

Kenapa penulis mengatakan demikian ? Tengoklah sendiri siapa tokoh yang paling utama dalam pakatan HARAPAN ? Ada nampak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Nga Kor Meng ?  Tak ada kan ! Kenapa mereka boleh benarkan musuh tradisi mereka Tun Dr. Mahathir menjadi antara orang penting dalam pakatan HARAPAN ? Jawapannya, semua itu adalah wayang opera.

DAP tidak akan sesekali memansuhkan konsep yang telah menjadi darah daging mereka. Apa yang mereka lakukan hanyalah lakonan untuk diterima oleh orang Melayu, kerana mereka sedar orang Melayu yang setia kepada Rajanya tidak boleh menerima seorang ketua yang selain daripada Melayu dan Islam.

Sebab itulah DAP tidak berani langsung menyanggah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mencabarnya menafikan dirinya bukan rasis. Tan Sri Annuar beberapa kali menegaskan  bahawa Kit Siang adalah  seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik. Sehingga kini cabarannya kepada  Penasihat DAP itu agar mendakwanya di mahkamah jika apa yang disebutkan itu tidak benar masih lagi tidak bersambut. Tak berani lah tu. 

DAP cukup benci dengan UMNO yang begitu teguh mempertahankan beberapa peruntukan Pelembagaan yang menyentuh hak bumiputra dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 dan lain-lainnya. DAP beberapa kali mempertikai perkara ini. 






Kalau berani DAP boleh  mendesak Peguam Negara untuk menyiasat Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang pernah melobi komuniti dunia untuk mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘batal dan tidak sah’. Adakah tindakan Hindraf ini bercorak nasional? Adakah ini tindakan rasis?”



Rakyat Malaysia amat mengalu-alukan cadangan DAP supaya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyiasat pertubuhan berkenaan kerana menggelarkan sebagai ‘raja segala rasis’ di negara ini.


UMNO sering dilabelkan rasis oleh pelbagai pihak kerana mereka bimbang de­ngan kekuatan perjuangan Perkasa dalam membela nasib Islam, pribumi dan tanah air yang cuba diganggu gugat oleh puak mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.



DAP atau sesiapa pun diingatkan tidak mencari publisiti murahan menggunakan populariti Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mempunyai ratusan ribu ahli di seluruh negara.



Wednesday, August 9, 2017

PRO RAKYAT FOKUS MEMBELA NASIB RAKYAT




Keazaman pemimpin dalam membela nasib rakyat  dan berusaha menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan kaum menyumbang kepada kemakmuran negara.  Dan perpaduan yang kita nikmati hari ini haruslah dipertahankan dan dikekalkan selama mungkin. Oleh itu seharusnyalah semua jentera kerajaan dan parti-parti dalam komponen Barisan Nasinal memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda membela rakyat.

Cara, gaya dan pedekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendekati rakyat cukup merimaskan kem pembangkang. Kerana mereka tidak pernah ada sikap mulia sebegitu. Mereka juga ketandusan pemimpin yang mempunyai iltizam yang kuat dalam membela rakyat. Rata-rata pemimpin pembangkang hanya pentingkan diri sendiri dan kuasa.

Kebencian dan fitnah yang mereka bawa umpama kotoran yang mereka lumuri ke muka sendiri. Walau bagaimana berganda usaha mereka menimbulkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri, semuanya berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan.

Ini kerana dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri berteraskan kepada rakyat melalui pendekatan Pro Rakyat. Berbeza dengan Pakatan ProDAP yang hampir keseluruhan keputusan di kawal oleh DAP.

Justeru itulah rakyat menyambut baik apa yang diumumkan oleh kerajaan Pro Rakyat terutama berhubung dengan isu kebajikan mereka. Antaranya bantuan kebajikan kepada veteran ATM, projek MRT dan bantuan kepada peneroka Felda.

Inilah tradisi Kerajaan Barisan Nasional yang selama ini membela nasib rakyat. Oleh sebab itulah rakyat sentiasa menaruh keyakinan kepada kerajaan ini untuk terus berkhidmat kepada mereka.

Seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau percaya keprihatinan kerajaan merupakan tradisi membela rakyat yang sudah sekian lama menjadi amalan kerajaan BN. Beliau yakin akan lebih banyak lagi initiatif kerajaan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri  dari semasa ke semasa selaras dengan konsep 'Rakyat Didahulukan'.

Monday, July 3, 2017

HUSAM PILIHAN KIT SIANG SEBAGAI BONEKA DAP






Tanpa menunggu Malam, siang-siang lagi Penasihat DAP Lim Kit Siang  membuat Pengumuman untuk meletakkan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas nege­ri itu daripada Pas telah menunjukkan betapa berkuasanya DAP dan pemimpinnya di dalam pakatan pembangkang.


Nampak jelas permainan politik Lim kit Siang yang licik dan penuh tipu daya. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kenyataan Kit Siang ini menunjukkan peranan DAP dalam pakatan HARAPAN sedangkan DAP tidak wujud di Kelantan.

Kit Siang menggunakan bonekanya untuk memporak perandakan suasana politik di Kelantan. Taktik licik lagi keji ini nampak sudah membuahkan hasil dengan kewujudan parti PAN yang begitu angkuh dan sombang mahukan tampuk pemerintahan diserahkan kepada mereka pada PRU 14 yang akan datang. 

Jelas sekali DAP adalah pengarah atau mastermind dalam pakatan HARAPAN. DAP sedar rakyat Kelantan sesekali tidak akan menerima mereka, tapi rakyat Kelantan boleh menerima parti lain yang menggunakan label pasti Melayu dan Islam. Keberanian Kit Siang membuat kenyataan itu menunjukkan Melayu dalam Pakatan adalah lembu-lembu yang sudah dicucuk hidung mereka. Berani penulis menyatakan disini, mereka telah dibeli dengan harta dan kekayaan dunia. 

Kit Siang sebenarnya ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah kata pemutus dalam Pakatan HARAPAN. Seolah-olah mereka ini Abang Long kepada semua parti dalam Pakatan. 


Penulis masih ingat bagaimana DAP menggunakan kuasanya untuk mendesak parti PAS memecat Pengerusi Perhubungan PAS Selangor Datuk Hassan Ali. Sehinggakan PAS dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Hadi Awang bagaikan tiada taring untuk mempertahankan ahlinya yang juga orang yang cukup penting dalam PAS Selangor ketika itu.

Oleh itu tidak hairanlah jika kenyataan beliau yang mahukan rakyat Kelantan memilih Hussam Musa sebagai Menteri Besar dilafazkan dengan penuh sombang dan bongkak sekali. Dia yakin orang Melayu Kelantan akan memihak kepada Hussam Musa yang kononnya baginya orang yang paling rapat dengan Arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan.

Jelas sekali ia menunjukkan bahawa DAP kini sedang berusaha mengatur ‘orang-orang’ mereka yang patuh (kepada parti itu) disebabkan mereka tidak bertanding di Kelantan.

Persoalannya apakah rakyat Kelantan begitu bodoh sehingga boleh diperkotak katikan oleh boneka DAP ? Kita Tunggu jawapannya selepas PRU ke 14.

Thursday, June 22, 2017

AGENDA MEREKA HANYALAH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN



Apalah sangat nak dihairankan dengan segala kenyataan dari barat berkenaan negara kita. Mana pernah mereka melihat negara ini dengan rasa gembira, melainkan rasa tercabar dan dengki. Adalah lucu bila orang kita terutama pembangkang beria-ria sangat menjunjung keadilan barat.

Dahulu, sebahagian daripada  mereka beria-ria sangat mengutuk Amerika Zalim, Amerika Pembohong, mana senjata WMD dan macam-macam lagi kutukan mereka terhadap Amerika dan media barat. Namun hari ini mereka sanggup mengadaikan maruah diri, maruah agama dan negara demi kuasa yang menjadi idaman mereka.

Siapa yang tidak tahu dan kenal betapa hipokritnya keadilan cara Amerika. Satu persatu negara Islam tumbang kerana kerakusan Amerika mahu memerintah dunia. Mereka menguasai media besar didunia. Dunia dicorakkan dengan mengunakan kuasa media dan tentera yang mereka ada.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa," rakyat terutama umat Islam sudah jelas apa jenis Keadilan ala Amerika, Demokrasi ala Amerika, dan Diplomasi ala Amerika. Rakyat Palestin, Libya, Syria, Mesir,   Yaman dan beberapa negara lain telah  merasainya".

Macam-macam alasan yang mereka akan gunakan untuk mencampuri urusan dalaman negara lain. Kebiasaannya mereka akan menggunakan pembangkang, penentang atau pun pemberontak  dalam negara.

Sebab itulah munculnya kumpulan demontrasi seperti BERSIH, BLACKOUT dan sebagainya diciptakan bagi mewujudkan ketidakanstabilan negara. Ini merupakan salah satu cara mereka hendak menjatuhkan kerajaan secara  pintu belakang.

Jika anda masih ingat, ketika demontrasi BERSIH yang lalu, ada beberapa rakyat asing terlibat secara langsung memberi pidato yang mengutuk kerajaan Malaysia. Begitu berani sekali mereka menonjolkan diri mereka sebagai penentang kerajaan.

Persoalannya, siapa yang memberi akses jalan masuk kepada mereka ? Sudah tentulah pengkhianat yang mahukan kerajaan ini tumbang. Pengkhianat dan petualang bangsa yang mudah dicucuk hidungnya, sanggup mengadaikan maruah diri dan tanahair kepada musuh negara.

Sebagai negara Islam yang berkembang pesat dan maju dan kebangkitan gergasi ekonomi dunia negara China membuka nafsu Amerika dan sekutu rapatnya Israel untuk menguasai kawasan Blok timur Asia Tenggara. Hubungan baik Malaysia dan China menjadi duri dalam daging Amerika yang begitu mengidamkan laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, pada mereka cukuplah sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi....apa yang mereka mahu adalah ketidakstabilan dalam negara. Justeru itu tidak penting bagi mereka untuk mencari kebenaran, segala bukti atau mengikut lunas "the rule of law" kerana matlamat mereka hanyalah mahukan kerajaan sedia ada ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan boneka mereka.

Serangan terbaru pembangkang yang menggunakan kenyataan Department of Justice (DoJ) sebenarnya tidak mampu mengugat kerajaan. Saman sivil yang dikeluarkan oleh DoJ tidak merujuk kepada mana-mana individu secara jelas. Ia hanyalah satu ilusi permaianan persepsi bagi mengabui dan menimbulkan syak wasangka buruk rakyat kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri.

Oleh itu, Pesan Tan Sri Annuar Musa kepada Ahli UMNO, sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti dan kerajaan, kita haruslah mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama kita.

Saya menyeru seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.
Watawa saubil haq, watawa saubil sabr.










Monday, June 19, 2017

PEMBANGKANG GAGAL LAGI, KENYATAAN DoJ TIDAK ADA ASAS




Untuk kesekian kalinya 1MDB menjadi sasaran fitnah pembangkang Pakatan ProDAP setelah Department Of Justice (DoJ) membangkitkan semula isu 1MDB. Apa masalah sebenarnya dengan pembangkang ini ?

Tahukah mereka bahawa tindakan DoJ hanyalah berdasarkan aduan yang mereka terima. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri “a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”. Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan semata-mata.

Tidak ada pun bahan dalam tuduhan tersebut, tindakan sivil berdasarkan aduan dan tidak berdasarkan keputusan mahkamah. Sebab itu tiada apa-apa tindakan mahkamah lagi.  Entah kenapa pula pembangkang jadi kelam kabut cempera.

Apa yang dipetik dalam kenyataan DoJ, ia hanya menyebut perkara-perkara yang berlaku dalam Malaysia. Kebanyakkannya tidak langsung mempunyai kaitan dengan subjek sama ada adakah berlaku jenayah di Amerika seperti yang didakwa. Doj hanya memetic aduan yang mereka terima, persoalannya siapa yang membawa aduan itu kepada DoJ ?

Masalahnya DoJ tidak mempunyai bukti-bukti kukuh berkenaan kegiatan pengubalan wang haram, jika tidak sudh tentulah DoJ boleh terus mendakwa pesalah terbabit dimahkamah US dan merampas harta atau aset berdasarkan akta Pengubalan Wang Haram.

Apabila tiada pilihan DoJ mengunakan mengunakan keadah saman sivil bagi merampas aset-aset yang disyaki hasil dari jenayah tersebut. Saman sivil ini tidak memerlukan bukti-bukti, cukuplah sekadar dengan aduan awam. Maka si pembawa aduan ini perlulah membawa bukti-bukti tersebut kepada DoJ !

Semua ini hanyalah satu permainan pembangkang yang ingin mengaburi mata rakyat dan cuba merosakan imej Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak.

Menurut Peguam Negara,  Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Sehingga kini tiada mana-mana siasatan mengaitkan kes sivil dengan Perdana Menteri. DoJ hanyalah membuat ulangan tuduhan lama yang cuba mengaitkan nama Perdana Menteri.

Agak pelik juga apabila DoJ tidak meminta bantuan kerajaan Malaysia dalam usaha mereka menfailkan semula saman sivil yang berkait dengan 1MDB. Ia amat terpesong dan meragukan kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Aziz mensyaki ada sesuatu yang tidak kena kali ini dan bagi beliau ia merupakan suatu cubaan atau konspirasi pihak tertentu menggunakan kuasa asing melalui DoJ walaupun dengan melakukan pertuduhan tanpa mengikut lunas keadilan se­­benar semata-mata untuk menja­tuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB ini isu dalaman Negara, DoJ tidak boleh bertindak sendiri tanpa melibatkan pihak berkuasa Malaysia. Nampaknya DoJ sendiri tidak mengikut lunas undang-undang seperti yang mereka cuba pertahankan.

Nampak jelas ada agenda pihak-pihak tertentu yang telah cuba menjatuhkan Perdana Menteri tetapi masih lagi gagal hingga hari ini. Walaupun telah berkali-kali dibuktikan Perdana Menteri tiada kaitan dengan fitnah ini, mereka tidak pernah putus asa berusaha untuk menjatuhnya.

Sebenarnya kegilaan pembangkang menyerang 1MDB hanyalah kerana ianya tidak menguntungkan golongan kapitalis haram. Mereka tidak suka kerajaan yang sedia ada membantu rakyat miskin. Selama ini mereka bebas mendapat projek kerajaan dengan memberi suapan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Setelah kerajaan bertindak tegas terhadap penerima rasuah, mereka tidak lagi bebas menyapu projek-projek kerajaan secara batil.


Saturday, June 17, 2017

CUBAAN MENGABUI MATA ORANG MELAYU, DAP ANTI ISLAM




Setelah puas menentang Islam dan undang-undang Islam, tiba sahaja bulan Ramadan pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP menjadi begitu mulia. Sehinggakan sanggup bersama-sama umat Islam berbuka puasa. "Masakan tempua bersarang rendah, jika tidak ada apa-apa".

Nampak sangat lakonan mereka ini cuba meraih sokongan masyarakat Melayu di kampung-kampung.

Sebenarnya tak pelik pun dengan puak-puak Cauvinis DAP ini bermain wayang. Betapa sopan dan lembutnya mereka mengedarkan buah kurma di bazar-bazar Ramadan demi meraih sokongan orang Melayu kepada parti mereka.

Apakah mereka rasa orang Melayu akan menerima mereka dengan helah ini ? Jangan haraplah !

Namun ada juga orang Melayu yang menerima mereka sehinggakan membenarkan mereka berucap di dewan solat. Perkara ini cukup memalukan kerana ianya telah pun dilarang berkali-kali oleh sultan.

Yang peliknya ada juga melayu yang sanggup makan sedulang dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Sampai begitu sekalilah DAP cuba meraih sokongan orang Melayu terhadap parti mereka.

Segala lakonan dua beranak ini sudah lama rakyat tahu. Mereka hanya bermuka-muka sahaja didepan orang Melayu. Padahal mereka lah orang yang paling anti dengan Melayu dan agama Islam.

Jelas sekali betapa hipokritnya pemimpin DAP, parti anak beranak ini. Sebelum ini Lim Kit Siang pernah  menakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kesan kepada kehidupan orang bukan Islam.


Ini membuktikan betapa pemimpin DAP ini jenis manusia bermuka-muka apabila berhadapan dengan orang Melayu Islam. Bukan itu sahaja Lim kit Siang juga melakukan penipuan sangat besar. Ini kerana pindaan Akta 355 ini adalah hanya untuk meningkatkan bidangkuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam sahaja.