Showing posts with label yayasan permai. Show all posts
Showing posts with label yayasan permai. Show all posts

Wednesday, May 2, 2018

RAFIZI PULA KENA BALUN




Sebenarnya sudah 100 kali sesi penjelajahan 1MDB ini di seluruh negara. Tapi kenapa sekali pun pemimpin parti Liberal seperti keadilan dan pemimpin parti kuffar seperti DAP tidak hadir. Kata suruh 1MDB jawab. Tapi kenapa tak hadir ???

Tanyalah apa pun soalan...bawalah seberapa ramai pakar-pakar ekokomi pun. Importlah pakar ekonomi diseluruh dunia....bawa ke sini jumpa Arul dan tanya segalanya.

Baca Dari Status Dr Abdul Rahman Abdul Kadir II

#ARUL_GEMPUR_PENANG_MALAM_INI

Malam ini Arul Kanda gempur Pulau Pinang. 
Dia jemput siapa2 saja dari kalangan pemimpin DAP supaya hadir dan bertanya apa2 soalan saja berkenaan 1MDB dan beliau akan jawab!

Aku cakap kat Arul, “Bro, ko jangan harap la. Seekor dari kalangan pondan2 tu pun takkan mai. Kalau ada yang mai pun jenis macam brader yang tanya soalan lepas tu lari pi menyorok di belakang khemah di atas padang yang berlumpur sambil berharap menjadi halimunan.” 😝😝😝😝

Arul cakap, dia akan terus jelajah negara selagi syarikatnya difitnah dan diburukkan.

Apa tunggu la wahai pembangkang? Inilah masanya masuk gelanggang dan buktikan Arul Kanda salah dan fitnah hangpa betui.

Jangan la kasi alasan konon dah terlambat Arul nak jawab dan kenapa baru sekarang. Sejak 2 tahun ni dia dah jawab dekat 100 kali dah pun, tapi korang buat tak tau dan terus istiqomah tabur fitnah.

Dan jangan pulak kata dah terlewat. #Atok93 yang seluruh hidupnya bergelumang dengan dosa skandal2 macam FOREX, Perwaja, Maminco, BMF dan lain2 yang Barry Wain (wartawan WSJ) kata dah sebat 100 billion wang negara pun hangpa sanggup berketua dan angkat sebagai calon PM di usia senja, takkan Arul ni lagi teruk dari Atok. 🤣🤣🤣🤣

Apapun, jom kita tengok ada tak pemimpin DAP yang berani mai. Sementara tu layan video kat bawah ni...tengok bagaimana Arul tibai Rafizi Ramli.

Sunday, April 29, 2018

RAFIZI BERHENTILAH MENGHASUT !



Polis menafikan dakwaan Rafizi Ramli yang mengatakan calon gabungan pembangkang PKR, Dr. S. Streram dihalang polis ketika hadir mendaftar semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Rembau, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tohmahan berkenaan tidak benar sama sekali kerana penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya melibatkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam.


Ujarnya, tuduhan sedemikian tidak berasas kerana Rafizi mendakwa polis menghalang calon tertentu masuk ke tempat proses penamaan calon PRU-14.

"Polis tidak pernah halang mereka (calon untuk mendaftar), jika pihak pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minta bantuan pada polis mungkin ada alasan tersendiri berbuat demikian.

"Jika dia (Rafizi) buat tohmahan tidak berasas kepada PDRM lagi, kami akan panggil dia apa sebab dia menuduh PDRM dengan tuduhan sedemikian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ditanya sama ada PDRM akan memanggil Rafizi, Mohamad Fuzi berkata, perkara berkenaan bagaimanapun bergantung kepada keadaan. - UTUSAN ONLINE



Sunday, April 22, 2018

APAKAH KOMUNIS SUDAH KEMBALI ?




Akhirnya ! Akhirnya !....Akhirnya DAP membuka sedikit pekung yang selama ini mereka sememangnya menyokong perjuangan komunis atau lebih tepat Parti Komunis Malaya (PKM). Perkara ini tidak dapat disembunyikan lagi apabila memilih cucu kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama.

Jamaliah Jamaluddin, cucu kepada Shamsiah Fakeh diangkat oleh DAP sebagai calon mereka di kerusi DUN Bandar Utama. Agak-agak pembaca, kenapa DAP begitu teruja untuk mengambil calon muda Melayu yang mempunyai kaitan yang dekat dengan komunis ? Adakah mereka saja-saja, terpaksa atau ada agenda disebaliknya ?

Bagi pendapat Pemuda Selempang Merah, inilah satu mesej jelas kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak pernah mengaku kalah dan berhenti berjuang menentang RAKYAT Malaysia. 

Kita tahu sejak dari dahulu lagi DAP begitu konsisten dalam memperjuangkan nasib komunis Malaya. Sehinggakan Pak Kaduk mereka Mat Sabu sanggup memberi anugerah kepada Komunis sebagai pejuang negara. 

DAP menggunakan Melayu untuk mengiktiraf perjuangan mereka. Begitu jugalah anak muda yang masih lagi mentah ini, Jamaliah Jamaluddin dipergunakan untuk mencapai cita-cita mereka. 

Bangsa Melayu dalam bahaya, kerana ideologi ini diserapkan secara perlahan-lahan tanpa mereka kita sedari. Berjaga-jagalah, anak cucu kita, jauhi lah mereka dari diserapi ideologi komunis secara perlahan-lahan. 



Wednesday, April 18, 2018

GUAN ENG AKAN KHIANATI MAHATHIR ATAU MAHATHIR BUNGKUS PAKATAN - MANA SATU DULU ?



Selama berpuluh tahun PKR berjuang untuk letak Anwar jadi PM, hari ni mereka membenarkan diri mereka dipergunakan oleh Tun Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan.

Mereka yang selama ini mengelar Mahathir sebagai perosak negara - boleh percaya dengan janji-janji Mahathir akan repair negara dalam masa dua tahun !

Adakah mereka benar-benar percaya atau mereka sudah tidak ada jalan lain melainkan menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Saya yakin mereka sedikit pun tidak percaya kepada Mahathir....sedikit pun mereka tak pernah percaya. Apa yang mereka mahu ialah mempergunakan orang tua ini untuk menjatuhkan Najib....dan selepas itu mereka pula akan menjatuhkan Mahathir.

Dan sudah tentulah Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mukriz sedar perkara ini. Cuma yang menjadi persoalan apa strategi Mahathir dan pula strategi Wan Azizah dan Lim Guan Eng ? Strategi siapa yang akan berjaya ? Siapa yang lebih pantas bertindak.

Namun sebelum semua itu berlaku mereka perlu bersepakat untuk menjatuhkan Najib. Kesepakatan yang tidak pernah fikir masalah rakyat.

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan PAKATAN yang menyembunyikan agenda disebalik slogan yang menjual nama rakyat. RAKYAT patut sedar semua pemimpin PAKATAN mempunyai rekod buruk terhadap servis mereka kepada rakyat.

Sunday, April 8, 2018

BERSAMA BN, HEBATKAN NEGARAKU



Bagaikan cacing kepanasan puak-puak Pakatan Harapan apabila Perdana Menteri melancarkan Manifesto Barisan Nasional semalam. Ada yang kata gula-gula PRU, dedak dan rasuah PRU. Lantaklah apa yang mereka nak kata apa pun, Barisan Nasional tidak menjanjikan sesuatu yang mampu di beri, bukannya memberi janji-janji palsu seperti Pakatan Harapan. 

Mereka tak mampu nak buat manifesto macam BN bukan sebab mereka tak boleh, tapi mereka tak mahu duit yang berbilion-bilion jumlahnya diberi kepada rakyat dengan percuma. Mereka hanya tahu kerah duit rakyat tapi tak pernah berfikir untuk memberi khidmat kepada rakyat. 

Manifesto BN yang setebal 220 muka surat mengariskan 14 teras dan 364 inisiatif yang memberi banyak kepada manfaat kepada rakyat di seluruh negara. Najib berikrar, berjanji dan bersumpah akan memastikan semua janji-janji ini dilaksanakan sepenuhnya. 

Barisan Nasional tidak pernah menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal atau mustahil untuk dilakukan. Semua yang diijanjikan sudah tentu di kaji akan kemampuan untuk melaksanakannya. Apa yang penting semua rakyat merasai kemakmuran negara.

Perdana Menteri juga menyifatkan manifesto pakatan pembangkang sebagai satu formula yang akan memusnahkan negara. Masa depan negara tidak sewajarnya diperjudikan kepada mimpi-mimpi yang diciptakan oleh pembangkang. 

Masa depan negara adalah milik bersama seluruh rakyat tanpa mengira etnik, pegangan agama dan kepercayaan serta kedudukan geografi. 

Undi rakyat kepada Barisan Nasional adalah amanah yang perlu digalas dan merupakan mandat untuk menjamin masa depan. 

Benarlah Barisan Nasional bukanlah parti yang tidak ada cacat cela langsung, tapi BN tidak pernah mensia-siakan harapan dan mandat yang telah rakyat amanahkan kepadanya. 

Friday, April 6, 2018

RAKYAT YAKIN DENGAN KEPIMPINAN NAJIB






Pagi tadi penulis diajak minum kopi di kedai mamak oleh seorang jiran satu taman di tempat kami biasa melepak bercerita tentang isu semasa dan politik. Penulis sememangnya kenal dengannya kerana beliau merupakan oran kuat Tun Mahathir. Boleh dikatakan hampir banyak butir bicaranya menunjukkan "Mahathirsme" memang melekat di dalam kepalanya. 

Namun apa yang menariknya hari ini bicaranya sudah menunjukkan betapa dia teguh dan yakin dengan kerajaan pimpinan sekarang. Katanya, dari kecil dia bersekolah di sekolah kerajaan, belajar dari ABC, mengaji Al-Quran dan menjadi insan berguna. Jadi kenapa hari ini dia perlu menukarkan kerajaan yang telah membantunya sejak kecil hingga dewasa ? 

Tidak ada kerajaan di dunia yang sempurna, Najib juga tidak sempurna tapi apa yang di buatnya amat memberi makna kepada rakyat. Itulah sebahagian dari luahan hatinya yang bagi penulis ada kebenarannya. 

Begitulah serba sedikit pendapat rakyat marhain bawahan yang penulis selalu jumpa. Rata-rata mereka amat mensyukuri nikmat yang Allah beri dan berterima kasih kepada kepimpinan sekarang yang begitu prihatin dengan kehidupan rakyat. 

Sebenarnya banyak lagi kejayaan yang telah capai oleh kerajaan yang mana memberi manfaat terus kepada rakyat. contohnya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Bantuan Awal Murid dan sebagainya. Rakyat bawahan amat menghargai semua usaha kerajaan ini, sebab itulah pembangkang sangat terkesan dengan semua yang kerajaan buat semua ini. 

Mereka buntu bagaimana hendak menarik sokongan rakyat jika mereka tidak boleh menyediakan apa yang kerajaan Barisan Nasional sediakan hari ini. Jadi nak tak nak kenalah mencari apa sahaja berita dan cerita untuk di buat fitnah dan disebarkan..

Namun bagi rakyat marhain, mereka tidak perduli selagi keperluan hidup mereka tidak tergangggu gugat. Mereka nak beli makanan mampu, mereka nak membeli keperluan mampu, nak berjalan-jalan dengan keluarga dan sebagainya. Asalkan kehidupan seharian mereka tidak terjejas....mereka tidak kisah. 

Monday, March 26, 2018

MAHATHIR TERPAKSA AKUI - MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB LEBIH BAIK



Apa yang sebenarnya tidak kena dengan seorang yang bernama Mahathir ini ? Apa masalah beliau dengan pilihannya. Kenapa semua mereka yang menjadi pilihannya dianggap tidak betul dan tidak pandai mengurus negara sepertinya ?

Inilah yang cuba di kupas oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Bagi beliau Tun Mahathir ini merupakan seorang pemimpin yang " OVERWHELMING SUPERIORITY COMPLEX". Iaitu satu sifat yang besar diri dan keyakinan diri yang melampau. 

Oleh itu padanya sesiapa pun orangnya, pada pandangannya mereka tidak setandingnya. Jangan harap dia akan dengar cakap orang. Lihat sendirilah Pakatan Harapan, macam mana mereka dahulu yang membencinya tahap "Gaban" hari ini boleh tunduk pada arahan dan "pemerintahannya". 

Tengok sajalah caranya, suka suki hatinya membuat kenyataan yang mana akhir pemimpin Pakatan Harapan kelam kabut nak menyelesaikannya. Sekejap dia cakap BR1M tu rasuah, esok pula dia boleh cakap BR1M akan dilaksanakan jika Pakatan memerintah dan sebagainya. Itu Tun Mahathir hari ini yang kita kenali. "one man show".

DAP menggunakan Tun M sepenuhnya untuk memecah belahkan perpaduan Melayu. Sebab itulah kita tak nampak sekarang ini Lim kit Siang ke depan dalam menjawab isu, jarang sangat. Kebanyakkannya di serahkan kepada Tun Mahathir atau pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Jelas sekali Melayu diperkudakan oleh DAP.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang pernah disanjungi rakyat Malaysia Tun M sewajar bersikap lebih rasional dan terbuka. Rakyat mengkaguminya sepanjang 22 tahun pemerintahanya. 

Ini adalah masanya untuk dia memberi sepenuhnya sokongan kepada insan yang dia sendiri pilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana sepanjang sembilan tahun Malaysia terus mencipta legasi ynag lebih baik dibawah pentadbirannya. 

Malah tidak keterlaluan jika di katakan pencapaian 9 tahun pentadbiran DS Najib itu ternyata sudah mengatasi pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) selama 23 tahun.

Menurut Tan Sri Annuar Musa lagi, beberapa kejayaan telah dicapai pada era Datuk Seri Najib Tun Razak antaranya :
▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu RM2.68 juta.

Ini semua adalah Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.  Semua ini akhirnya menjurus kepada kepentingan dan keuntungan pelbagai lapisan rakyat. 

Pendek kata, rakyat di seluruh ceruk rantai merasai nikmat pembangunan negara. Siapa yang boleh menafikan perkara ini ? 

Kita sedar dan kita tahu, sebagai seorang pemimpin Tun Dr. Mahathir tidak dapat tidak terpaksa mengakui bahawa anak didiknya ini ( DS Najib Razak) telah lebih berjaya daripadanya. Lebih daripada apa yang dia jangkakan. 

Namun seperti yang kita tahu oleh kerana beberapa tindakkan Datuk Seri Najib yang tidak kena pada matanya dan tidak menurut apa kemahuannya maka Datuk Seri Najib diserang dan kepimpinannya di tohmah dengan pelbagai cerita fitnah yang diulang-ulang oleh pembangkang. 

Hari ini kita lihat sendiri bahawa Tun Mahathir sendiri mengetuai pembangkang yang dahulunya dia tuduh sebagai pemecah belah keharmonian negara. 

Syukurlah kita mempunyai pemimpin yang sabar seperti Datuk Seri Najib yang sedia melayan karenah Pemuda 93 tahun ini. Yang lebih penting perpaduan nasional masih utuh, hubungan Perdana Menteri dengan istana berada dalam keadaan cukup baik. 

Begitu juga rating ekonomi kita berada dalam keadaan yang lebih bagus, walau pun di serang dan dituduh negara yang bakal bangkrap. Hubungan diplomatik kita dengan negara luar berada dalam keadaan baik. Kita tidak bergaduh dengan mana-mana negara kerana kita sedar lebih ramai kawan akan membawa lebih kebaikan kepada negara dan rakyat.

Rezab negara juga berada dalam cukup meyakinkan. Lima kali lebih tinggi dari pemimpin sebelumnya. Jadi amat mustahilah negara kita akan bangkrap. 

Semua ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa tuduhan Tun Mahathir kononnya negara bakal bangkrap adalah tidak benar sama sekali. Di era Datuk Seri Najib, beliau tidak memperjudikan wnag negara dalam FOREX. Kita tak pernah kehilangan wang seperti mana pada tahun 1988 hingga 1994 akibat perdagangan forex yang mengakibatkan negara menanggung kerugian berjumlah RM35.009 bilion.

Kita tahu dalam hati kecil Tun Mahathir beliau terpaksa akui akan kehebatan anak didiknya ini, Datuk Seri Najib tun Razak berjaya mentadbir negara dengan lebih baik daripadanya. 

KENYATAAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, TAN SRI ANNUAR MUSA


26/03 /2018, ISNIN

TEMPOH pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama sembilan tahun setakat ini, ternyata cukup berjaya, malah dalam banyak hal telah mencipta legasi jauh lebih baik daripada era sebelumnya.

Malah tidak keterlaluan jika di katakan pencapaian 9 tahun pentadbiran DS Najib itu ternyata sudah mengatasi pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) selama 23 tahun.

DS Najib ternyata sangat cekal dan komited dengan visi dan agenda transformasinya, dan tidak berhenti usaha membawa pembangunan dan pentadbiran berkonsepkan 'dahulukan rakyat' ke arah masa depan lebih baik dan lebih hebat lagi.

Lihat saja Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

Beberapa inti pati NTP itu adalah:
▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu RM2.68 juta.

Langkah DS Najib, melalui inti pati NTP itu, menjurus untuk kepentingan dan keuntungan pelbagai lapis rakyat.

Pastinya TM sendiri mengakui bahawa anak didiknya, DS Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka.

DS Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar), ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan TM serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak.

TM terpaksa mengakui hakikat DS Najib menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat.

Hati kecil TM juga barangkali mengaku DS Najib menguruskan negara lebih baik daripadanya.

Yang paling menonjol kehebatan dan kecekapan DS Najib berbanding daripada TM antaranya:
▪Perpaduan nasional yang utuh.
▪Hubungan dengan istana yang sangat baik.
▪Rating ekonomi yang lebih bagus.
▪ Hubungan diplomatik yang jauh lebih terserlah.
▪Rezab negara yg hampir lima kali lebih tinggi.
▪KDNK yang jauh lebih berkembang.

Malah nun di sudut sanubari hatinya, TM terpaksa mengakui DS Najib sememangnya lebih kreatif iaitu:
▪Menyusun semula subsidi agar lebih bersasar.
▪ Meningkatkan sentuhan rakyat dengan pelbagai bantuan.
▪ Menyantuni Sabah dan Sarawak dengan lebih komitmen.
▪Mentransformasi Pantai Timur dgn lebih berkeyakinan.

TM seorang realis yang di lubuk hati kecilnya meyakini DS Najib berkeupayaan melakukan apa yang beliau cuba lakukan dalam tempoh hampir 23 tahun, sekalipun gagal dalam banyak perkara.

DS Najib sebaliknya hanya memerlukan tidak sampai separuh daripada tempoh TM itu, dan DS Najib ternyata cekap.

Ini kerana DS Najib membuktikan dengan jelas iaitu:

▪Kini bakal terbina Menara 106 di TRX yang memintas ketinggian Twin Tower era TM.

▪Kini sedang terbina Pan Borneo yang lebih panjang dari Plus semasa TM dan tanpa tol.

▪Kini sudah terlaksana MRT yang lebih baik dari LRT yang diperkenalkan TM.

▪Kini tidak lama lagi akan terbina ECRL dan railway yang jauh lebih moden, lebih laju dari KTM zaman TM.

Apabila bersendirian, hati kecil TM pasti berbicara dengan kebenaran yang sukar dinafikan.

Seterusnya hati kecil TM tersentuh dan tersangat arif bahawasanya rakyat negara ini amat bijak melihat kebenaran.

Pada rakyat ada kebijaksanaan. Pada rakyat ada kekuatan menolak kepalsuan. Pada rakyat ada kekuatan menepis kebencian.

Apakan daya, TM tahu beliau sebenarnya tiada pilihan.

Hati kecil TM tahu DAP bukan pilihan.

Hati kecil TM tahu Anwar bukan sesuai diberi peranan.

TM juga amat tahu Mat Sabu hanya sekadar ayam sabungan.

TM tahu dek lukanya yang mendalam berpunca daripada pemecatan anak kesayangannya, Boboi (Datuk Seri Mukhriz) daripada jawatan Menteri Besar Kedah tidak lama dulu.

TM nampaknya lawan tetap lawan sekalipun sudah tiada pakatan, sudah tiada harapan.

Salam Hormat 
TSAM.
-- 26 /03 /18

Sunday, March 25, 2018

JANJI HAPUS GST BUAT PEMBANGKANG TERSEPIT



Kita sedia maklum kaedah pembangkang di Malaysia ini, mereka suka menyebut atau mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan implikasi terhadap kenyataan tersebut,atau kita boleh katakan mereka menyebut secara hentam keromo. Sedangkan apa yang mereka katakan itu ditulis dan disebarkan oleh akhbar di Malaysia mahupun di luar negara. 

Malangnya selepas mereka mengeluarkan kenyataan tersebut barulah terkial-kial nak memperbetulkan semula. 

Contoh seperti kata Tun Mahathir satu ketika dahulu kononnya ingin menghapuskan BR1M, tetapi apabila menyedari bahawa kenyataan itu bakal merugikan Pakatan Pembangkang, mulalah mereka kelam kabut untuk memperbetulkan keadaan. 

Inilah jadinya cakap-cakap orang yang tidak mahu menggunakan otak, kata orang sekarang "Tak ada Akai". Sendiri gali lubang kubur. 

Begitu juga dengan hasrat Pakatan yang diketuai DAP ini kononnya ingin memansuhkan cukai GST tanpa mengkaji natijah dan kesan kepada tindakan tersebut. Memanglah senang kalau cakap untuk sedapkan hati rakyat sahaja tanpa memikirkan implikasi terhadap kenyataan tersebut. 

Kenyataan tidak cerdik ini bukan sahaja menjadi perbualan dikalangan rakyat, bahkan badan dunia juga mengambil serius dari kenyataan tersebut. sudah  tentulah kerana ini melibatkan hubungan dagangan, hutang dan perbelanjaan kerajaan.

Bank Dunia mempersoalkan bagaimana Pakatan Harapan akan mendapatkan sumber ekonomi untuk perbelanjaan negara andai GST dimansuhkan ? Bagi kumpulan Bank Dunia Faris H Hadad-Zervos, ekonomi negara bakal mengalami kesan negatif dalam masa jangka panjang jika GST dihapuskan.  Kerajaan akan kehilangan hasil pendapatan yang banyak jika ia dilaksanakan. 

Justeru itu pembangkang Pakatan DAP perlu menjawab persoalan ini kepada dunia dan rakyat Malaysia bagaimana mereka ingin menguruskan negara tanpa pendapatan dari GST. 

Untuk pengetahuan, negara memperolehi RM45 bilion melalui kutipan GST pada tahun lalu. Bukan sedikit RM45 bilion ini, banyak perbelanjaan dapat diuruskan hasil dari cukai GST ini. Antaranya pemberian BR1M.  Rakyat yang dapat BR1M lewat sikit pun melalak sampai mengugut tak nak undi BN.  Ini pula Pakatan kata nak hapuskan GST yang memberi pulangan sebanyak RM45 bilion pada tahun lalu. Sanggup ke pembangkang nak kena caci maki dengan rakyat kerana tindakan bodoh mereka ini ? 

Inilah mentaliti pembangkang, cakap tanpa berfikir dahulu. Mana mereka nak korek duit untuk mentadbir negara jika cukai GST dimansuhkan ? Takkan nak berharap kepada komoditi sahaja sedangkan harga komoditi dipasaran dunia sekejap naik, sekejap turun. 

Oleh kerana tak reti nak jawab, Tony Phua memberi cadangan untuk mengurangkan lebih sepruh dari penjawat awam di seluruh negara untuk mengurangkan kos pengurusan negara. Adakah idea ini bijak ? 

Siapa mahu memilih kerajaan yang akan membuang mereka dari pekerjaan ? Bodoh lah manusia yang memilih kerajaan yang akan memecat mereka. Memang orang tak berakal saja yang akan buat tindakan ini. 

Ini semua janji-janji populis untuk mendapat undi dari rakyat. Mereka dahulu yang memburuk-burukkan cukai GST sehingga rakyat merasakan GST itu membebankan, hari ini barulah mereka sedar tanpa GST rakyat dan kerajaan akan lebih terbeban. 

Bagaimana mereka nak ambil  alih kerajaan tanpa ada pendapatan yang akan memacu ekonomi negara. Mererka kini tersepit dengan tindakan bodoh mereka sendiri. Manifesto yang menolak GST sebenarnya akan menghancurkan mereka sendiri. 

Negara akan menjadi seperti negara Greece dan Itali yang mengalami belanjawan defisit yang terlalu teruk sehingga tidak mampu membayar hutang.  

Cara yang boleh mereka buat ialah terus menipu rakyat agar percaya mereka akan menghapuskan GST sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian andai berjaya menguasai kerajaan kelak. 



Percayalah ...mereka hanya ingin meraih undi. 




Sunday, March 18, 2018

TUDUHAN KEPADA AZEEZ RAHIM MAKAN TUAN

Muka Guan Eng macam cicak berak kapur selepas kena saman dengan Azeez Rahim

Apabila Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd mengeluarkan surat tuntutan kepada pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan ahli perniagaan N Gnanaraja. Bukan main lagi Ketua Menteri Pulau Pinang menghentam Pegerusi Tabung Haji tersebut sebagai seorang yang mengamalkan rasuah dan sebagainya. 

Lim Guan Eng tanpa usul periksa, dengan sombongnya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Abdul Azeez yang didakwa menerima bayaran RM3 juta oleh Konsortium Zenith untuk khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Tiba-tiba Konsortium Zenith mengaku telah membuat kesilapan dan menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan meminta maaf secara terbuka kerana mengaitkan Datuk Seri Azeez Rahim dengan projek terbabit.

Maka kelam  kabutlah Guan Eng apabila dia diberi tempoh empat hari untuk memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Merah padam mukanya menahan malu dan marah kerana terlalu tergesa-gesa membuat kenyataan fitnah. 

Seperti biasa, dengan penuh keangkuhan dan kesombongannya  Lim Guan Eng enggan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Baling tersebut. 

Ketika ditanya sama ada beliau sedia memohon maaf kepada Abdul Azeez, Guan Eng secara sinis menjawab: "Azeez Rahim? "Tolonglah....Saya belum pulang ke Pulau Pinang. Mungkin dia hantar surat tuntutan itu ke pejabat saya. Saya kena periksa dulu.

Begitu sekali sikap angkuh anak Lim Kit Siang ini. Walaupun menyedari dirinya sudah melakukan kesalahan tetapi untuk meminta maaf tidak mungkin sekali. 

Penulis pun tidak mengharapkan dia meminta maaf atau di beri kemaafan. Rakyat lebih suka dia kenakan tindakkan undang-undang diatas keceluparan dan kebiadapannya. 

Sehingga kini SPRM telah menyoal 70 individu dan menahan empat, termasuk dua pegawai eksekutif berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan. Apa yang lebih menarik SPRM juga menyoal siasat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy dan Exco Lim Hock Seng.

Apa yang lebih menggemparkan tertularnya gambar Lim Guan Eng dengan Dato Seri yang dikaitkan dengan rasuah RM19 juta berkenaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Gambar itu dipercayai diambil pada Ogos 2017. 

Apa sebernarnya hubungan Guan Eng dengan orang yang di siasat dengan kes rasuah ini? Banyak sangat membelit akhirnya terbelit diri sendiri. 

Tuesday, March 13, 2018

MEMALUKAN - BEKAS PM NAK PAKAI LAMBANG DAP




Adalah sesuatu yang amat memalukan orang Melayu terutama parti PPBM apabila seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang gah namanya seantero dunia terpaksa tunduk kepada DAP semata-mata untuk bertanding di dalam pilihanraya menentang UMNO / Barisan Nasional. Inilah satu sejarah yang paling memalukan negara. 

Dahulu inilah orangnya yang menentang habis-habisan DAP. Segala apa yang dilakukan DAP baginya hanyalah untuk menjahanamkan bangsa Melayu dan Umat Islam. Malangnya hari ini insan tersebut terpaksa menagih simpati dari pada DAP untuk menggunakan lambangnya bagi bertanding dalam pilihanraya ke 14 nanti.

Apakah tidak ada parti lain dalam pakatan ? Bukankah ada PKR dan PAN ? Kenapa tidak mahu menggunakan kedua-dua lambang pasti tersebut ? 

Sudah tentulah kerana kedua-dua parti tersebut  ada sejarah dan kisah masing-masing. Mungkin Tun M tidak mahu dilihat tunduk kepada seteru ketatnya dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Takkan nak jilat balik ludah sendiri....ye tak ye jugak !

Apa pun inilah manusia yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk sebuah kerusi Perdana Menteri yang sudah dilepaskannya seketika dulu. 

Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan sesiapa diatas kemelut dalaman parti PPBM. Kita tidak tahu samaada AGM mereka wujud atau tidak !

Tun M sebelum ini menyalahkan ROS sebagai punca masalah yang timbul didalam partinya. Namun siapa yang sepatutnya di persalahkan ? Bukankah parti ini diuruskan oleh Mukriz Boboy dan Muhyiddin Yassin....carilah mereka dan tanyalah kenapa mereka gagal. 

Menuduh ROS sebagai memilih kasih hanyalah satu sandiwara untuk mengalihkan kesalahan ini kepada ROS. Lihatlah sendiri dari mana punca masalah ini timbul. 

Tuduhan mereka kononnya UMNO juga melanggar perlembagaan tidak boleh diterima sama sekali. ROS telah menjawab berkenaan penangguhan pemilihan UMNO. 

Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli Umno dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan Umno yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019. 


“Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.

Thursday, February 22, 2018

BENAR ATAU TIDAK DANA UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN ?





Nampak benar tak logik dan tak masuk akal bila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir meminta sumbangan orang ramai untuk dana partinya bagi menghadapi pilihanraya PRU ke 14 nanti. 

Apa muslihat Tun Mahathir kali ini, disebalik kekayaan yang luar biasa anak-anaknya dia pula meminta dari rakyat untuk partinya. Apakah dia sedang mengira-gira berapa jumlah pengundi partinya nanti, atau dia sedang melakonkan satu lagi sandiwara cari simpati.

Namun ada lagi satu teori yang lebih memeranjatkan lagi, drama Tun yang inginkan derma dari rakyat hanyalah satu sandiwara yang ingin mengalih perhatian rakyat terhadap satu dakwaan bahawa satu dana politik sebanyak RM7 bilion (AS$1.8 bilion) telah diterima dari negara lain untuk kegunaan parti itu.

Dakwaan ini didedahkan oleh Pengerusi Gabungan NG)-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal M. Yunus yang percaya bahawa dana ini ada satu cubaan untuk membeli wakil rakyat yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Semua ini demi untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui jalan belakang. 

Justeru itu, Pengerusi PPB, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjelaskan sama ada benar atau tidak dakwaan ber­kenaan dana politik sebanyak RM7 bilion tersebut. Dana itu  juga dikatakan  digunakan bagi mendapatkan jawatan yang dipegang olehnya daripada Pakatan Harapan yang diketuai DAP.


Menurut beberapa maklumat duit tersebut telah diberi kepada DAP sebanyak RM1bilion dan RM700 juta kepada PKR demi bagi mendapatkan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan. Sudah tentulah drama sumbangan  rakyat  akan digunakan untuk menghalalkan dana ini. Inilah maksud sebenar kutipan dana rakyat yang di war-warkan oleh mereka. Semua ini bagi mengaburi mata rakyat yang rata-rata percaya bulat-bulat apa yang di perkatakan oleh Tun Mahathir.

Jamal juga dikatakan mempunyai beberapa dokumen berkenaan perkara ini yang akan diserahkan kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disiasat secara terperinci. 


“Beliau sepatutnya perlu mendapatkan kebenaran dan dokumen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) jika mahu membawa dana sebanyak itu. Tetapi sekarang beliau bawa masuk dengan menggunakan jet peribadi.

“Inilah dia pemimpin yang sering melaung-laungkan inte­griti dan menentang kleptokrasi. Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada PPBM.


Monday, February 5, 2018

AZMIN HIPOKRIT SENGAJA HURU HARAKAN PAKATAN ?





Kekalutan Pakatan Harapan terdedah dengan pelbagai perangai buruk pemimpinnya yang bersikap hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Rakyat bukan bodoh untuk membuat penilaian dengan sikap pemimpin begini.

Tengok sajalah di Selangor betapa teruk sekali pemimpinnya menguruskan perebutan kerusi antara mereka. Kalut, tamak, dan salling buruk sangka antara mereka. Hanya kerana kerusi untuk pilihanraya mereka jadi tak tentu hala, masing-masing nak jaga kepentingan sendiri.

Sebab itulah sesuai sangat gelaran Joker untuk parti PAN. Pemimpinnya sudahlah tak ada karisma untuk memimpin, segala keputusan pula kebanyakkan mengikut telunjuk DAP. Pada penulis PAN ini parti sayap DAP untuk pak lebai-pak lebai malang. Kemelut pemimpin Pakatan Harapan sejak beberapa hari lalu sekali gus membayangkan betapa parah­nya kemelut politik yang berpunca aki­bat sifat tamak, dendam dan tidak ikhlas itu.

Masing-masing menaruh syak wasangka kepada Azmin sebagai Menteri Besar kerana dikatakan dia berunding secara sulit dengan PAS dalam isu Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini bagaikan api dalam sekam kepada Pakatan Harapan di Selangor. Ini menimbulkan kemarahaan puak PAN dan DAP yang merasakan Azmin sedang bermain wayang opera.

Azmin mahu kerusinya sebagai Menteri Besar di Selangor kekal dan dia sebolehnya tidak mahu berlaku pertembungan 3 penjuru dengan UMNO dan PAS, kerana resikonya bukan setakat kerusi MB sahaja akan terbang , bahkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pun boleh melayang.  



Ironinya setelah kecoh satu negara dengan siri berbalas serangan hingga sudah ada kempen di media sosial ‘Pakatan Harapan Tanpa Azmin’, Menteri Besar Selangor itu hari ini putar cerita kononnya yakin masalah tersebut dapat diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

Entah sandiwara apa cuba Mohamed Azmin momokkan kepada rakyat Selangor atau beliau sememangnya mendapat inspirasi daripada watak Joker sepertimana label PAN kepadanya, sementelah watak tersebut cukup sinonim dengan perlakuan tidak masuk akal.

Kalau benar sekalipun pergolakan dalaman antara Pakatan Harapan dapat diredakan dalam masa terdekat, rakyat sebenar­nya sudah cukup matang dan celik politik, mereka sedar penyelesaian itu hanya sandiwara atau cubaan menyembunyikan masalah di bawah karpet.

Malah, tiada sebarang jaminan pergolakan sama tidak akan berulang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti seandainya Pakatan Harapan kembali meme­rintah Selangor dan jika ia berlaku, pastinya lebih teruk kerana ma­sing-masing berebut kuasa pula.

Soalnya kini, berapa lama Pakatan Harapan mampu bertahan kerana sejarah penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tertendangnya Datuk Dr. Hasan Ali dan terbuangnya Pas sudah cukup membuktikan kemelut ini tidak ubah seperti bom jangka, hanya menunggu waktu untuk meledak sepenuhnya.

Monday, January 29, 2018

TAK ADA SEKOR PUN DARI PEMBANGKANG YANG BERANI HANTAR NAMA KE SPRM


Nampaknya tidak ada seorang pun dari pemimpin parti pembangkang yang berani menawarkan diri mereka kepada untuk ditapis bebas dari rasuah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Samada mereka tak berani atau mereka ada masalah berkenaan rasuah. Memandangkan pemimpin tertinggi mereka sendiri ditangkap kerana rasuah. 


Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki. Tidak ada seorang pun dari parti yang datang untuk di tapis SPRM kecuali beberapa senarai daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). Namun semua nama ini tidak boleh didedahkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi semasa proses tapisan. 

Rasany banyak sebab kenapa pembangkang takut untuk memberi nama pemimpin mereka untuk tapisan ini. Antaranya Lim Guan Eng yang terpalit dengan isu Terowong dasar laut, dan rumah yang dibelinya dengan harga dibawah pasaran. 

Manakala Nga Kor Meng dan Ngeh Ko Ham pula  mungkin dengan .isu banjir di Kelantan dimana mereka dikatakan mereka terlibat dalam projek pembalakan melibatkan lebih 4,000 hektar di Gua Musang - antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir besar di Kelantan pada 2014.

Itu semua ada kemungkinan - samada mereka terlibat atau tidak dengan rasuah, dengan menolak untuk ditapis oleh SPRM menunjukkan seoalh-olah ada sesuatu yang tersembunyi  sedang disembunyikan. 

SPRM pun sudah memberi jaminan  bahawa mereka akan mengikut etika dan amanah mereka tidak akan membocorkan rahsia kepada mana-mana pihak. Terpulanglah kepada mana-mana parti politik yang mahu membuat test samada mereka bebas dari virus rasuah atau tidak. 

“Terpulanglah kepada mana-mana parti politik yang mahu kami membuat tapisan calon-calon pilihan raya, yang pentingnya kami sedia membantu.


 Azam juga berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan memanggil 10 lagi saksi baharu iaitu tambahan daripada 76 saksi yang sudah diambil keterangan sebelum ini.

Nampaknya susah lah mereka yang terlibat dengan penyelewengan projek Terowong Dasar Laut, banyak bukti dan data telah terkumpul. Tentu mereka yang terlibat tak dapat tidur malam. Betul tak Guan Eng ? 

Friday, January 26, 2018

PERTAHANKAN TANAHAIR DARI SERANGAN FITNAH MEDIA BARAT





PERTAHANKAN BUMI YANG MASIH ADA UMAT YANG SUJUD KEPADA TUHAN SEKELIAN ALAM.

Dahulu negara Iraq dilukis dengan wajah yang buruk oleh Media Barat, BBC dan WSJ. Saddam diukirkan dengan wajah yang kejam dan ganas. Rakyat digambarkan hidup sengsara dan dizalimi.

Hari ini mereka lakukan pula kepada negara kita. Mana-mana negara Islam yang maju dan kaya tidak akan terlepas dari penfinah-penfitnah ini semua.

Selagi kita boleh berdiri dengan kaki sendiri dan tidak takut atau mengharapkan "mereka", selagi itu mereka akan serang dengan segala fitnah.

Malang sekali ada rakyat yang percaya dan tidak belajar apa yang berlaku di Iraq, Libya, Syria dan Palestin.

Pernahkah mereka membantu kita semasa negara kita miskin dan berada dalam bahaya? Tidak sama sekali ! Sejarah membuktikan askar British melarikan diri apabila Malaya diserang Jepun dan biarkan rakyat kita sendiri menentangnya.

Kalau tidak masakan Jepun tawan Malaya dalam beberapa hari sahaja. Itu pun dipertahankan oleh Rejimen Askar Melayu DiRaja, yang diketuai oleh Leftenan Adnan Saidi. Askar British yang mana sempat dah cabut awal-awal lagi.

Hari ini apabila negara kita maju, makmur dan kaya BBC, WSJ sibuk nak ambil tahu hal ehwal kewangan negara kita. Tahu ke kenapa mereka sibuk sangat hal negara kita? Sebabnya mudah saja, sebab ada pengkhianat yang menjanjikan macam-macam kepada mereka.

Nurul Izzah pernah menjanjikan pelbagai projek kerajaan kepada mereka jika PH berjaya memerintah Malaysia, pernah duduk sekali dengan penjenayah yang menyerang negara kita. Jangan lupa beberapa nyawa anggota keselamatan kita gugur kerana mempertahankan negara.

Tian Chua dan beberapa orang lagi berjumpa Soros, untuk apa ? DAP menjanjikan satu kawasan khas untuk tentera Israel bertapak di sini dan banyak lagi yang kita tahu dan yang kita tidak tahu.

Jika negara kita tak makmur, tidak aman tak adanya mereka nak menyibuk. Selagi kuasa ditangan orang Islam dan mereka tak boleh berbuat sesuka hati mengikut nafsu mereka selagi itulah kita akan diserang dengan pelbagai fitnah.

LKY pernah berkata, dia susah untuk hidup bersosial bersama orang Islam kerana mereka tak minum arak, ada larangan halal -haram dan peraturan-peraturan yang pelik dan susah kita nak ikut. Mereka patut longgarkan sikit peraturan agar dapat hidup bersama-sama dalam masyarakat," katanya lagi.

Mahukah kita membiarkan semua ini berlaku ? Halal dan haram bercampur sekali seperti kemahuan LKY ? Fikir....

PERTAHANKAN BUMI YANG MASIH ADA UMAT YANG SUJUD KEPADA TUHAN SEKELIAN ALAM.

Saturday, January 20, 2018

JENTERA PEMBANGKANG DI ARAH SERANG PANGLIMA UMNO




Mereka takut, mereka gelabah, mereka tak ada isu, sebab itulah kita lihat pembangkang tak habis-habis putar isu lama yang sudah selesai. PRU 14 sudah dekat, Panglima UMNO ini semakin garang, menyerang pembangkang dimerata tempat. Siapa yang mempu menyekatnya ? Mereka perlu menyekat beliau tetapi bagaimana dan kenapa mereka begitu takut dengan gerakkan nya diseluruh negara. 


Kerana mereka tiada isu untuk diputar belitkan lagi. ITUlah cara mereka bagi mengabui mata rakyat kononnya mereka membuat kerja. Apa kerja mereka sebenarnya? Kononnya mereka mengelar diri mereka pembongkar penyelewengan kerajaan. Tapi bila penyelewengan mereka yang terdedah, mereka melompat bagaikan kepanasan. 

Kali ini mereka menyerang sekali lagi Panglima UMNO, iaitu Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkenaan isu MARA "pelaburan menerusi sayap syarikat MARA Inc" di luarnegara. Jelas sekali "target" atau sasaran mereka adalah Tan Sri Annuar Musa yang sering lantang menyerang kebobrokan pembangkang.

Tapi apalah yang nak diherankan sangat dengan pembangkang, mereka menembak membabi buta. Serkap jarang dan membuat fitnah. Akhirnya mereka juga tertembak sesama sendiiri. Entah saya pun hairan dengan pembangkang ini, mereka tahu mereka tak cukup fakta, mereka tahu fakta mereka tak betul dan boleh dipatahkan, tetapi mereka tetap ingin menyerang. Saya sifatkan perbuatan ini hanyalah serangan bodoh yang tak ada tujuan dan matlamat.  


Telah dinyatakan sebelum ini berkenaan isu yang mereka fitnahkan, sebenarnya tiada apa-apa pembelian atau transaksi pembelian aset diluar negara semasa MARA dibawah seliaan Tan Sri Annuar Musa. Semua urusan pembelian aset MARA di Australia berlaku sebelum Tan Sri Annuar menjadi Pengerusi lagi. Sebab itulah Tan Sri Annuar tidak sedikit pun rasa risau atau bimbang untuk merungkaikan segala permasalahan yang berlaku. Beliau sendiri mahukan perkara ini disiasat dengan telus dan terperinci. 

Bahkan Tan Sri Annuar sendiri telah hadir ke SPRM untuk menyerahkan berkenaan maklumat terkini berhubung pembelian unit hartanah tersebut. Jelas sekali ini menunjukkan Tan Sri Annuar memberi sepenuhnya komitmen beliau bagi merungkai permasalahan ini. Ini juga didorong oleh rasatanggungjawab beliau sebagai Pengerusi MARA ketika itu untuk membantu pihak SPRM menjalankan siasatan dalam kes berkenaan.

Penulis sedar dan begitu juga Tan Sri Annuar sedar, ramai mata yang memandangnya dengan niat yang mereka sendiri boleh faham. Tan Sri Annuar bukanlah orangnya yang boleh mereka hulur-hulurkan proposal dan lulus dengan semudah itu. Tidak usahlah mereka berfikir untuk melobi dan sebagainya. Seeloknya lupakan sajalah kalau sudah ada niat begitu. 

Siapa yang pernah bekerja dan berurusan dengan beliau tentu kenal bagaimana beliau berurusan. Bagi beliau integriti, amanah dan tanggungjawab yang Perdana Menteri Amanahkan kepada beliau menjadi azimat untuk berkhidmat penuh dengan penuh dedikasi. Pada beliau segala urus tadbir mesti dibuat dengan telus, bersih dan amanah. Sebarang salahlaku tidak boleh diambil ringan walaupun sekecil mana sekali pun, Itulah Tan Sri Annuar Musa. 

Monday, January 15, 2018

PEMIMPIN PAKATAN TAKKAN BAGI KERUSI PM KEPADA AZMIN



 TAK ADA SIAPA DALAM PAKATAN NAK BAGI KERUSI PM KEPADA AZMIN. Prestasinya sebagai Menteri Besar di Selangor pun caca marba. Macam-macam masalah dia timbulkan di Selangor, ada hati nak duduk di kerusi Perdana Menteri. 

Walaupun sebenarnya mereka meletakkan calon boneka Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, tapi dalam tu pun Nurul Izzah, Mukriz, Muyhiddin dan Guan Eng pun dok intai-intai juga nak jadi PM. 

Ini adalah keputusan Pakatan Harapan yang jelas diketuai oleh DAP. Jadi Azmin tak perlu nak perasan yang dia bakal menjadi calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan. PSM tak yakin Pakatan Harapan terutama daripada DAP akan memberi laluan mudah kepada Azmin berdasarkan apa yang telh dia lakukan sebagai Menteri Besar Selangor.

Apatah lagi daripada partinya sendiri PKR yang nampak tak berapa nak sudi memberi pencalonan kepada dirinya. Wan Azizah mungkin belum lupa tragedi Langkah Kajang yang membuat dirinya menjadi kejang melihat Azmin yang merampas kerusi Menteri Besar daripadanya. 

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad yang seolah-olah gembira nama azmin tak dicalonkan sebagai Perdana Menteri menyalahkan kepimpinan PKR sendiri kerana tidak mengemukakan seberang nama termasuk nama Azmin untuk di calonkan dalam Mesyuarat Pimpinan Presiden (MPP) Pakatan Harapan yang berlangsung pada di Petaling Jaya, 3 Januari lalu.

Buat pengetahuan Azmin, mesyuarat itu dihadiri oleh Presiden partinya sendiri PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu- nampak jelas sekali mereka memang tidak mahu Azmin terus berkuasa. Sebaliknya mereka lebih percaya kepada bekas musuh paling ketat mereka iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di pilih sebagai Perdana Menteri Sementara jika gabungan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke 14 nanti. 


“Sepatutnya, PKR Selangor kalau menerima cadangan daripada pemimpin dan ahli akar umbi mahukan Mohamed Azmin dipilih calon Perdana Menteri, mereka dari awal-awal lagi perlu mengemukakannya kepada pemimpin tertinggi PKR di peringkat pusat untuk dibawa dalam mesyuarat itu.

“Bagaimanapun, apabila isu jawatan Perdana Menteri Pakatan Harapan dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat MPP, keempat-empat parti (DAP, PKR, PAN dan PPBM) tidak mengemukakan senarai calon masing-ma­sing dan sebulat suara bersetuju dengan pemilihan Dr. Mahathir.

“Jadi silap PKR Selangor lah yang tidak bawa cadangan nama calon Perdana Menteri untuk diangkat oleh pemimpin parti mereka. Dalam mesyuarat, cadangan dibuka kepada semua parti untuk menamakan nama calon lain selain daripada Dr. Mahathir, tapi semua parti senyap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, Khalid turut meminta supaya PKR Selangor agar terus akur dengan keputusan yang telah diputuskan oleh MPP Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang memilih Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri selain menghentikan polemik membabitkan isu jawatan berkenaan.

Malah, beliau me­ngakui bahawa pelantikan Dr. Mahathir itu merupakan antara strategi Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk menarik soko­ngan pengundi Me­layu khususnya dalam kalangan ahli UMNO.

Sebelum ini, bebe­rapa pemimpin PKR Selangor menolak keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana mencalonkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh sekiranya gabungan pembangkang itu menenangi PRU-14 dan menguasai kerajaan.

Penolakan ke atas Dr. Mahathir itu disuarakan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap amalan ‘kitar semula’ pe­mimpin oleh Pakatan Harapan selain mencadangkan bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai menteri kanan sahaja.

Selain Zuraida, penolakan yang mana turut dibangkitkan Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr. Daroyah Alwi yang terang-terangan mahu Mohamed Azmin dicalonkan untuk jawatan tertinggi itu manakala Ketua Komunikasi PKR negeri, Hizwan Ahmad pula mahu jawatan itu dipilih dalam kalangan ‘tokoh segar’ dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Terbaharu, Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari semalam menyatakan pihaknya akur dengan keputusan MPP Pakatan Harapan itu, bagaimanapun pihaknya mahu kepemimpinan tertinggi parti supaya tidak me­ngenepikan pandangan serta suara akar umbi berhubung isu jawatan berkenaan.

Sunday, January 14, 2018

INILAH MAHATHIR



Tun Mahathir bermula dengan menyerang Perdana Menteri dari dalam UMNO, katanya Najib akan menyebabkan BN kalah dalam PRU ke 14 nanti. Pelbagai alasan dan asbab yang dikutip dari media pembangkang menjadi modalnya menyerang kepimpinan dan keperibadian Datuk Seri Najib. 

Pada awalnya kelihatan Datuk Seri Najib tidak mengambil pusing dengan sikap Tun yang tidak pernah berpuashati seperti  dahulu ketika dia menjadi Perdana Menteri. Ada saja yang tak kena pada matanya. Tun Abdulllah pernah menjadi mangsa kepada serangan Tun Mahathir sehingga menyebabkan dia terpaksa melepaskan kerusi Perdana Menteri kepada timbalannya ketika itu Datuk Seri Najib. 

Selepas itu dia mula menghasut rakyat dan ahli UMNO, katanya untuk BN menang Najib mesti diturunkan dari kerusi PM dan Presiden UMNO. Usaha itu pun gagal, mejoriti ahli masih mahu mengekalkan Najib demi survival bangsa Melayu. Namun usaha itu pun nampak gagal dan tidak berjaya.

Langkah seterusnya Tun M mula membuat tindakan drastik yang boleh dijangkakan. Tun Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan menubuhkan parti baru. Kononnya untuk menarik seramai mungkin ahli UMNO bagi menunjukkan kekuatannya bagi mengugut Najib ikut kehendaknya.

Malangnya tak ramai yang ikut keluar sama-sama dengannya. Jadi nak tak nak dia terpaksa bergabung dengan musuh ketatnya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Dulu katanya, pembangkang tidur satu bantal, mimpi lain-lain.

Hari ini Tun mimpi apa dengan Lim Kit Siang ? atau Tun hanya bermimpi di Siang hari. Yang lawaknya Tun terpaksa beli mimpi DAP untuk duduk di kerusi Perdana Menteri untuk kali kedua.

Mimpi tu bukan calang-calang mimpi, mahal harganya yang perlu di bayar. Tun Jual nasib orang Melayu di tangan DAP andai mereka menang pada PRU ke 14 nanti.
Tak sangka Tun menghina dirinya sebegini hina.

Thursday, January 11, 2018

GUAN ENG MENGIGIL - SPRM AKAN TAHAN RAMAI LAGI INDIVIDU



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan menahan lebih ramai individu bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana disyaki terdapat keraguan dalam urusan pertukaran tanah melibatkan dua lot tanah yang dinilaikan melampaui harga pasaran.


Difahamkan, dua lot tanah berkenaan dinilaikan pada har­ga RM350 juta iaitu empat kali ganda daripada nilai sebenar


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan kes itu ketika ini masih di peringkat awal dan pa­sukan penyiasatnya juga dalam proses mengumpul bukti berhu­bung dakwaan penyelewengan ­ter­sebut.

“Empat individu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri telah dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini. Mereka dipanggil untuk mengesahkan beberapa perkara yang terdapat di dalam dokumen yang dirampas semalam.

“Kita juga ada datang semula ke beberapa pejabat yang diserbu semalam untuk mendapatkan do­kumen lain yang mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar beliau, pihaknya kini juga dalam proses meneliti kesemua dokumen yang dirampas bagi mendapatkan maklumat serta buk­ti untuk melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam pada itu beliau membe­ritahu, dua suspek bergelar Datuk yang direman selama enam hari masing-masing di Mahkamah Majistret di sini dan Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini akan membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek ditahan ma­lam tadi selepas dikhuatiri terlibat dalam perbuatan penyelewengan dan salah guna kuasa ketika proses tender projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2013 dan 2015.

“Kedua-duanya ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang dan Putrajaya,” katanya.

Di Putrajaya, Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh SPRM terhadap Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. berusia 59 tahun itu sehingga 15 Januari ini.

Lelaki itu yang diwakili peguam Hamidi Mohd. Noh, ditahan kira-kira pukul 8.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu di Pulau Pinang, perintah reman sehingga 15 Ja­nuari terhadap timbalan pe­ngerusi syarikat pembangunan hartanah itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Muhammad Azam Md. Eusoff.

Terdahulu, lelaki berusia 50 tahun itu tiba di bilik reman mahkamah tersebut dalam kea­daan bergari dan memakai pakai­an lokap SPRM berwarna jingga kira-kira pukul 11.40 pagi sebelum keluar 30 minit kemudian.

Semalam, SPRM menyerbu tujuh lokasi di negeri ini masing-ma­sing empat pejabat Kerajaan DAP Pulau Pinang dan tiga syarikat pemaju serta konsultan bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut bernilai lebih RM6 bilion itu.

Serbuan itu dilakukan susulan dua laporan Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan di pejabat SPRM Putrajaya Julai tahun lalu dan 5 Januari lalu berhubung kemungkinan wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah dalam projek tersebut.

Menurut Cheng Guan, laporan itu ekoran pendedahan terbaharu yang mendakwa kerajaan negeri menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan.

Katanya, syarikat yang dianugerahkan projek terowong dasar laut itu didakwa memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan JKR.

Selain itu tambahnya, kebimbangan juga menjurus kepada kemampuan kewangan syarikat tersebut menyiapkan projek berkenaan yang kini tertangguh selama lebih tiga tahun tetapi sudah menerima bayaran fi daripada kerajaan negeri berjumlah RM220 juta.