Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Saturday, June 17, 2017

CUBAAN MENGABUI MATA ORANG MELAYU, DAP ANTI ISLAM




Setelah puas menentang Islam dan undang-undang Islam, tiba sahaja bulan Ramadan pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP menjadi begitu mulia. Sehinggakan sanggup bersama-sama umat Islam berbuka puasa. "Masakan tempua bersarang rendah, jika tidak ada apa-apa".

Nampak sangat lakonan mereka ini cuba meraih sokongan masyarakat Melayu di kampung-kampung.

Sebenarnya tak pelik pun dengan puak-puak Cauvinis DAP ini bermain wayang. Betapa sopan dan lembutnya mereka mengedarkan buah kurma di bazar-bazar Ramadan demi meraih sokongan orang Melayu kepada parti mereka.

Apakah mereka rasa orang Melayu akan menerima mereka dengan helah ini ? Jangan haraplah !

Namun ada juga orang Melayu yang menerima mereka sehinggakan membenarkan mereka berucap di dewan solat. Perkara ini cukup memalukan kerana ianya telah pun dilarang berkali-kali oleh sultan.

Yang peliknya ada juga melayu yang sanggup makan sedulang dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Sampai begitu sekalilah DAP cuba meraih sokongan orang Melayu terhadap parti mereka.

Segala lakonan dua beranak ini sudah lama rakyat tahu. Mereka hanya bermuka-muka sahaja didepan orang Melayu. Padahal mereka lah orang yang paling anti dengan Melayu dan agama Islam.

Jelas sekali betapa hipokritnya pemimpin DAP, parti anak beranak ini. Sebelum ini Lim Kit Siang pernah  menakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kesan kepada kehidupan orang bukan Islam.


Ini membuktikan betapa pemimpin DAP ini jenis manusia bermuka-muka apabila berhadapan dengan orang Melayu Islam. Bukan itu sahaja Lim kit Siang juga melakukan penipuan sangat besar. Ini kerana pindaan Akta 355 ini adalah hanya untuk meningkatkan bidangkuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam sahaja. 

Saturday, March 4, 2017

MELAYU BAKAL MEREMPAT



"lebih mengecewakan, pemimpin syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang merupakan orang Melayu sendiri tidak membantu untuk menegakkan nilai-nilai kemelayuan termasuk tidak menyokong sepenuhnya akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia yang memperjuangkan nasib bangsa"


Orang Melayu di negara ini berisiko mengalami nasib seperti kaum sama di Singapura berikutan kegagalan mereka mengangkat nilai-nilai bangsa selain berlaku perpecahan politik.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, sehubungan itu, pilihan raya umum akan datang dilihat amat kritikal bagi menentukan nasib orang Melayu.

Menurutnya, keadaan pada masa ini yang menyaksikan kaum tersebut berpecah termasuk pembentukan beberapa parti politik dikhuatiri boleh menyebabkan mereka hilang kuasa.


“Bangsa Melayu terlalu mengambil sikap mudah dalam memperjuangkan nilai-nilai bangsa serta kuasa politik. Bukti sikap ambil mudah itu dapat disaksikan di Singapura apabila nilai-nilai Melayu di negara jiran itu hanya tinggal menjadi bahan-bahan kesenian.

“Kita gagal mengangkat nilai-nilai bangsa, gagal membentuk sebuah negara bangsa yang menjadikan nilai kita sendiri sebagai keutamaan, malah pada masa sama, kita berpecah dari segi politik.

“Keadaan itu menyebabkan bangsa kita semakin lemah dan jika kuasa Melayu hilang pada pilihan raya umum akan datang, tidak tahu apa nasib kita,” katanya dalam Forum Bela Nusa-Apa Erti Perjuangan? di sini, malam ini.

Yang turut hadir ialah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohammad Fairus Khairuddin.

Abdul Aziz menambah, lebih mengecewakan, pemimpin syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang merupakan orang Melayu sendiri tidak membantu untuk menegakkan nilai-nilai kemelayuan termasuk tidak menyokong sepenuhnya akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia yang memperjuangkan nasib bangsa. - UTUSAN ONLINE