Showing posts with label atm. Show all posts
Showing posts with label atm. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

PRO RAKYAT FOKUS MEMBELA NASIB RAKYAT




Keazaman pemimpin dalam membela nasib rakyat  dan berusaha menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan kaum menyumbang kepada kemakmuran negara.  Dan perpaduan yang kita nikmati hari ini haruslah dipertahankan dan dikekalkan selama mungkin. Oleh itu seharusnyalah semua jentera kerajaan dan parti-parti dalam komponen Barisan Nasinal memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda membela rakyat.

Cara, gaya dan pedekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendekati rakyat cukup merimaskan kem pembangkang. Kerana mereka tidak pernah ada sikap mulia sebegitu. Mereka juga ketandusan pemimpin yang mempunyai iltizam yang kuat dalam membela rakyat. Rata-rata pemimpin pembangkang hanya pentingkan diri sendiri dan kuasa.

Kebencian dan fitnah yang mereka bawa umpama kotoran yang mereka lumuri ke muka sendiri. Walau bagaimana berganda usaha mereka menimbulkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri, semuanya berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan.

Ini kerana dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri berteraskan kepada rakyat melalui pendekatan Pro Rakyat. Berbeza dengan Pakatan ProDAP yang hampir keseluruhan keputusan di kawal oleh DAP.

Justeru itulah rakyat menyambut baik apa yang diumumkan oleh kerajaan Pro Rakyat terutama berhubung dengan isu kebajikan mereka. Antaranya bantuan kebajikan kepada veteran ATM, projek MRT dan bantuan kepada peneroka Felda.

Inilah tradisi Kerajaan Barisan Nasional yang selama ini membela nasib rakyat. Oleh sebab itulah rakyat sentiasa menaruh keyakinan kepada kerajaan ini untuk terus berkhidmat kepada mereka.

Seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau percaya keprihatinan kerajaan merupakan tradisi membela rakyat yang sudah sekian lama menjadi amalan kerajaan BN. Beliau yakin akan lebih banyak lagi initiatif kerajaan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri  dari semasa ke semasa selaras dengan konsep 'Rakyat Didahulukan'.

Thursday, March 2, 2017

TENTERA BERSEDIA HADAPI ANCAMAN NBC



TELOK KEMANG 1 Mac - Tentera Darat mempunyai keupayaan yang mencukupi bagi menangani sebarang ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia (NBC) di negara ini.

Malah, sebuah pasukan pertahanan NBC (NBCD) telah dibentuk yang berkeupayaan menguruskan situasi dalam suasana dicemari oleh kesan akibat penggunaan senjata tersebut.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pasukan itu yang mempunyai kekuatan satu batalion telah mendapat pengiktirafan daripada pasukan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Katanya, pasukan itu ditubuhkan berikutan permintaan daripada PBB dan dipersetujui oleh kerajaan Malaysia untuk siap sedia digerakkan di bawah misi PBB.

“Baru-baru ini kita telah siapkan satu kumpulan untuk digerakkan berkhidmat di bawah misi PBB dan kumpulan daripada pertubuhan itu telah datang membuat pemeriksaan terhadap peralatan dan kesiagaan kita untuk berkhidmat.

“Mereka berpuas hati terutama sekali peralatan dan kenderaan yang mampu beroperasi dalam suasana yang dicemari oleh radioaktif, kimia dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-84 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dekat sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tahap kesiagaan Tentera Darat dalam menghadapi ancaman senjata NBC termasuk penggunaan cecair Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau agen saraf VX.

Agen saraf VX yang diharamkan di seluruh dunia dikatakan menjadi punca kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, baru-baru ini.

Zulkiple menarik perhatian, keupayaan dan pengiktirafan PBB terhadap Tentera Darat bukan semata-mata tertumpu kepada agen saraf VX semata-mata, malah keseluruhan aspek NBC.

“Kelengkapan, latihan, keanggotaan dan kemahiran dalam menangani NBC adalah empat aspek yang diperiksa oleh PBB dan mereka berpuas hati,” ujarnya.


Tuesday, June 14, 2016

TENTERA DARAT KITA DIHORMATI DUNIA





Banyak versi cerita dan kisah-kisah keberanian tentera kita di Bosnia. Namun tidak semua dicerita dan diokumenkan dengan jelas. Boleh jadi ada perkara-perkara yang perlu dirahsiakan. Boleh jadi ! Namun ada cerita yang boleh kita banggakan untuk tatapan rakyat agar menghargai jasa dan perjuangan parajurit negara.

(1) Kehebatan dan keberanian terserlah ketika perang meletus di Bosnia apabila pasukan komando Malaysia (GGK) telah diminta mengawal bangunan dan anggota UN disana. Anggota komando GGK juga telah ditugaskan oleh pihak UN untuk membentuk pasukan QRF (Quick Reaction Force) bagi menyelamat anggota dan juruterbang yang ditembak jatuh atau ditawan oleh pihak Serb.

(2) Pasukan tentera Malaysia juga telah menjadi rebutan antara pasukan British dan US ketika tugas pengaman di Bosnia kerana mereka telah terbukti handal dalam peperangan hutan selain kerana keberanian, bagaimanapun Malaysia telah memilih untuk berkihdmat bersama sama dengan pasukan British memandangkan faktor keserasian antara negara Komanwel.

bersambung DISINI.....

http://www.mykedaulatan.com/

https://www.facebook.com/friendsofkedaulatan/