Showing posts with label malaysia kini. Show all posts
Showing posts with label malaysia kini. Show all posts

Thursday, June 22, 2017

AGENDA MEREKA HANYALAH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN



Apalah sangat nak dihairankan dengan segala kenyataan dari barat berkenaan negara kita. Mana pernah mereka melihat negara ini dengan rasa gembira, melainkan rasa tercabar dan dengki. Adalah lucu bila orang kita terutama pembangkang beria-ria sangat menjunjung keadilan barat.

Dahulu, sebahagian daripada  mereka beria-ria sangat mengutuk Amerika Zalim, Amerika Pembohong, mana senjata WMD dan macam-macam lagi kutukan mereka terhadap Amerika dan media barat. Namun hari ini mereka sanggup mengadaikan maruah diri, maruah agama dan negara demi kuasa yang menjadi idaman mereka.

Siapa yang tidak tahu dan kenal betapa hipokritnya keadilan cara Amerika. Satu persatu negara Islam tumbang kerana kerakusan Amerika mahu memerintah dunia. Mereka menguasai media besar didunia. Dunia dicorakkan dengan mengunakan kuasa media dan tentera yang mereka ada.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa," rakyat terutama umat Islam sudah jelas apa jenis Keadilan ala Amerika, Demokrasi ala Amerika, dan Diplomasi ala Amerika. Rakyat Palestin, Libya, Syria, Mesir,   Yaman dan beberapa negara lain telah  merasainya".

Macam-macam alasan yang mereka akan gunakan untuk mencampuri urusan dalaman negara lain. Kebiasaannya mereka akan menggunakan pembangkang, penentang atau pun pemberontak  dalam negara.

Sebab itulah munculnya kumpulan demontrasi seperti BERSIH, BLACKOUT dan sebagainya diciptakan bagi mewujudkan ketidakanstabilan negara. Ini merupakan salah satu cara mereka hendak menjatuhkan kerajaan secara  pintu belakang.

Jika anda masih ingat, ketika demontrasi BERSIH yang lalu, ada beberapa rakyat asing terlibat secara langsung memberi pidato yang mengutuk kerajaan Malaysia. Begitu berani sekali mereka menonjolkan diri mereka sebagai penentang kerajaan.

Persoalannya, siapa yang memberi akses jalan masuk kepada mereka ? Sudah tentulah pengkhianat yang mahukan kerajaan ini tumbang. Pengkhianat dan petualang bangsa yang mudah dicucuk hidungnya, sanggup mengadaikan maruah diri dan tanahair kepada musuh negara.

Sebagai negara Islam yang berkembang pesat dan maju dan kebangkitan gergasi ekonomi dunia negara China membuka nafsu Amerika dan sekutu rapatnya Israel untuk menguasai kawasan Blok timur Asia Tenggara. Hubungan baik Malaysia dan China menjadi duri dalam daging Amerika yang begitu mengidamkan laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, pada mereka cukuplah sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi....apa yang mereka mahu adalah ketidakstabilan dalam negara. Justeru itu tidak penting bagi mereka untuk mencari kebenaran, segala bukti atau mengikut lunas "the rule of law" kerana matlamat mereka hanyalah mahukan kerajaan sedia ada ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan boneka mereka.

Serangan terbaru pembangkang yang menggunakan kenyataan Department of Justice (DoJ) sebenarnya tidak mampu mengugat kerajaan. Saman sivil yang dikeluarkan oleh DoJ tidak merujuk kepada mana-mana individu secara jelas. Ia hanyalah satu ilusi permaianan persepsi bagi mengabui dan menimbulkan syak wasangka buruk rakyat kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri.

Oleh itu, Pesan Tan Sri Annuar Musa kepada Ahli UMNO, sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti dan kerajaan, kita haruslah mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama kita.

Saya menyeru seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.
Watawa saubil haq, watawa saubil sabr.










Thursday, March 31, 2016

Tiada dana 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi PM


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad


Tiada dana 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi PM

1MDB secara konsisten telah menegaskan bahawa  tiada sebarang dana disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri.
Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan dengan teliti, perkara ini juga telah disokong oleh pelbagai pihak berkuasa yang sah, yang mengesahkan bahawa dana yang terlibat datang dari Arab Saudi.

Walaupun begitu, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan yang sama, tanpa memberikan sebarang bukti kukuh untuk menyokong tuduhan-tuduhan mereka.

Serangan terkini, hanya datang selepas beberapa hari 1MDB mengumumkan bahawa pihak kami telah berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian bagi Edra Energy Global Berhad.

Tambahan pula, pihak kami telah mengesahkan hasrat untuk membayar balik hutang sebanyak RM6 bilion pada minggu-minggu yang akan datang, yang akan memperlihatkan semua hutang jangka pendek dikeluarkan daripada kunci kira-kira syarikat.
Tindakan ini membuktikan kejayaan besar 1MDB yang dibuat dengan pelan rasionalisasi dan kami kekal komited untuk memastikan tamatnya proses ini, walaupun akan terdapat serangan yang berulang-ulang terhadap syarikat.

Diterjemah oleh: JASA

Thursday, October 22, 2015

FITNAH : AHLI PARLIMEN KOTA TINGGI NAFI DI TAHAN SPRM


Saya sebenarnya sudah bosan apabila membicarakan tentang pembangkang. Bila baca portal pembangkang, tak lain tak bukan fitnah juga yang menjadi hidangan mereka hari-hari. Selama ini pun kita tahu, portal pembangkang tak akan boleh hidup tanpa menjaja fitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan. 


Kali ini, ahli parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin menjadi sasaran anak panah fitnah pembangkang. Kononnya beliau disiasat oleh SPRM berkenaan dengan satu kes penyalahgunaan kuasa dalam sebuah syariat yang berkaitan kerajaan. 


Semua orang tahu, Datuk Ehsan  adalah salah seorang ahli lembaga pengarah FELDA yang berintegriti tinggi. Saya yakin fitnah ini dibuat untuk menghilangkan keyakinan pelabur terhadap FELDA. Bukan sekali dua serangan seperti ini berlaku kepada FELDA dan mereka yang berkaitan dengan GLC ini.  Sebelum ini pun Pengerusi FELDA pun pernah di tuduh dan difitnah dengan bermacam-macam perkara yang tidak masuk dek akal. 

Datuk Ehsan sendiri menafikan dia dipanggil oleh SPRM. "Saya tidak ada buat apa-apa salah, jadi apa yang nak dibimbangkan, Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta" tegasnya lagi. Dari sumber SPRM sendiri menafikan yang ada memanggil mana-mana ahli parlimen untuk memberi apa-apa keterangan. 


Bagi saya ini satu serangan untuk mencalarkan imej dan peribadi Datuk Ehsan. Saya yakin mereka tidak akan pernah berhenti dari mencalar dan merosakan imej dan peribadi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.  

Kita tidak lagi boleh bersikap defensive, perbuatan mereka makin hari makin menjadi-jadi. Pemimpin UMNO dan kerajaan perlu bertindak. Jangan sekali-kali membenarkan pemimpin kita dipermain-mainkan oleh puak biadap ini. Perlu ada tindakan yang tegas dan keras untuk memberi pengajaran kepada mereka.