Apa yang sebenarnya tidak kena dengan seorang yang bernama Mahathir ini ? Apa masalah beliau dengan pilihannya. Kenapa semua mereka yang menjadi pilihannya dianggap tidak betul dan tidak pandai mengurus negara sepertinya ?
Inilah yang cuba di kupas oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Bagi beliau Tun Mahathir ini merupakan seorang pemimpin yang " OVERWHELMING SUPERIORITY COMPLEX". Iaitu satu sifat yang besar diri dan keyakinan diri yang melampau.
Oleh itu padanya sesiapa pun orangnya, pada pandangannya mereka tidak setandingnya. Jangan harap dia akan dengar cakap orang. Lihat sendirilah Pakatan Harapan, macam mana mereka dahulu yang membencinya tahap "Gaban" hari ini boleh tunduk pada arahan dan "pemerintahannya".
Tengok sajalah caranya, suka suki hatinya membuat kenyataan yang mana akhir pemimpin Pakatan Harapan kelam kabut nak menyelesaikannya. Sekejap dia cakap BR1M tu rasuah, esok pula dia boleh cakap BR1M akan dilaksanakan jika Pakatan memerintah dan sebagainya. Itu Tun Mahathir hari ini yang kita kenali. "one man show".
DAP menggunakan Tun M sepenuhnya untuk memecah belahkan perpaduan Melayu. Sebab itulah kita tak nampak sekarang ini Lim kit Siang ke depan dalam menjawab isu, jarang sangat. Kebanyakkannya di serahkan kepada Tun Mahathir atau pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Jelas sekali Melayu diperkudakan oleh DAP.
Sepatutnya sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang pernah disanjungi rakyat Malaysia Tun M sewajar bersikap lebih rasional dan terbuka. Rakyat mengkaguminya sepanjang 22 tahun pemerintahanya.
Ini adalah masanya untuk dia memberi sepenuhnya sokongan kepada insan yang dia sendiri pilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana sepanjang sembilan tahun Malaysia terus mencipta legasi ynag lebih baik dibawah pentadbirannya.
Malah tidak keterlaluan jika di katakan pencapaian 9 tahun pentadbiran DS Najib itu ternyata sudah mengatasi pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) selama 23 tahun.
Menurut Tan Sri Annuar Musa lagi, beberapa kejayaan telah dicapai pada era Datuk Seri Najib Tun Razak antaranya :
▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu RM2.68 juta.
Ini semua adalah Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi. Semua ini akhirnya menjurus kepada kepentingan dan keuntungan pelbagai lapisan rakyat.
Pendek kata, rakyat di seluruh ceruk rantai merasai nikmat pembangunan negara. Siapa yang boleh menafikan perkara ini ?
Kita sedar dan kita tahu, sebagai seorang pemimpin Tun Dr. Mahathir tidak dapat tidak terpaksa mengakui bahawa anak didiknya ini ( DS Najib Razak) telah lebih berjaya daripadanya. Lebih daripada apa yang dia jangkakan.
Namun seperti yang kita tahu oleh kerana beberapa tindakkan Datuk Seri Najib yang tidak kena pada matanya dan tidak menurut apa kemahuannya maka Datuk Seri Najib diserang dan kepimpinannya di tohmah dengan pelbagai cerita fitnah yang diulang-ulang oleh pembangkang.
Hari ini kita lihat sendiri bahawa Tun Mahathir sendiri mengetuai pembangkang yang dahulunya dia tuduh sebagai pemecah belah keharmonian negara.
Syukurlah kita mempunyai pemimpin yang sabar seperti Datuk Seri Najib yang sedia melayan karenah Pemuda 93 tahun ini. Yang lebih penting perpaduan nasional masih utuh, hubungan Perdana Menteri dengan istana berada dalam keadaan cukup baik.
Begitu juga rating ekonomi kita berada dalam keadaan yang lebih bagus, walau pun di serang dan dituduh negara yang bakal bangkrap. Hubungan diplomatik kita dengan negara luar berada dalam keadaan baik. Kita tidak bergaduh dengan mana-mana negara kerana kita sedar lebih ramai kawan akan membawa lebih kebaikan kepada negara dan rakyat.
Rezab negara juga berada dalam cukup meyakinkan. Lima kali lebih tinggi dari pemimpin sebelumnya. Jadi amat mustahilah negara kita akan bangkrap.
Semua ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa tuduhan Tun Mahathir kononnya negara bakal bangkrap adalah tidak benar sama sekali. Di era Datuk Seri Najib, beliau tidak memperjudikan wnag negara dalam FOREX. Kita tak pernah kehilangan wang seperti mana pada tahun 1988 hingga 1994 akibat perdagangan forex yang mengakibatkan negara menanggung kerugian berjumlah RM35.009 bilion.
Kita tahu dalam hati kecil Tun Mahathir beliau terpaksa akui akan kehebatan anak didiknya ini, Datuk Seri Najib tun Razak berjaya mentadbir negara dengan lebih baik daripadanya.
Masyarakat Cina hari ini perlu sedar bahawa segala bantuan dan kemudahan adalah datang dari kerajaan melalui pemimpin-pemimpin MCA. Pemimpin-pemimpin MCA lah yang selama ini datang membantu ketika mereka susah, pemimpin DAP kalau datang melawat sambil bercekak pinggang, berlagak dan sombong.
Sebab itu, kalau hendak (bantuan) lebih lagi, masyarakat Cina perlu sokong Barisan Nasional (BN). Sekarang, MCA hanya ada tujuh ahli parlimen. Kalau ada 15 ahli parlimen, MCA akan lebih kuat dalam kerajaan. Kena tanya kaum Cina, nak wakil yang kuat dalam kerajaan atau yang lemah?
“Beritahu komuniti Cina, DAP tidak mampu membentuk kerajaan. DAP tidak boleh buat lebih baik daripada kita (BN) pada PRU-14, ” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-64 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.
MCA perlu memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan sekurang-kurangnya memenangi 15 kerusi Parlimen berbanding tujuh pada waktu ini sebagai membuktikan parti itu kuat dalam kerajaan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mempertimbangkan untuk meletakkan lebih banyak calon MCA di Parlimen-parlimen yang berpotensi untuk menang.
Setakat ini, katanya, muafakat parti yang paling kuat dalam BN adalah MCA dan MIC yang dilihat setia pada ketika susah dan senang.
Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. -
Setelah sekian lama menunggu, masanya telah hampir tiba. Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan ke Kajang telah hampir siap.
Projek MRT yang telah menelan belanja RM22 bilion ini telah mula dibina pada Julai 2011. MRT mempunyai 31 stesen sepanjang 51km.
Sebelum ini Fasa 1 yang bermula dari Sungai Buloh ke Samantan sepajangan 20km telah pun mula beroperasi pada awal Disember lepas.
Ketika ini tren MRT Kajang - Semantan masih lagi menjalani pelbagai proses ujian. Perkara ini telah dijelaskan oleh Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz bahawa laluan Semantan - Kajang sepanjang 31km masih lagi menjalani beberapa proses ujian akhir bagi melengkapkan keseluruhan operasi MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51km.
Ujian ini amat penting dan sangat perlu bagi mengelakkan tren mengalami masalah selepas ia dilancarkan nanti.

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berasa amat gembira dan bersyukur apabila projek MRT Fasa 2 dari Semantan ke Kajang telah hampir siap sepenuhnya.
Projek yang telah hampir siap 99 peratus bakal dilancar pada 17 Julai 2017. Ianya akan memberi manfaat kepada ramai warga di Lembah Klang.
Semoga dengan siapnya projek ini ianya bakal melonjak negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Rakyat berasa amat bangga mempunyai kepimpinan yang sentiasa membela dan memehami aspirasi rakyat.
Diharap dengan siapnya projek ini ianya dapat mengurangkan kesesakan jalanraya disepanjang laluannya.
Apalah sangat nak dihairankan dengan segala kenyataan dari barat berkenaan negara kita. Mana pernah mereka melihat negara ini dengan rasa gembira, melainkan rasa tercabar dan dengki. Adalah lucu bila orang kita terutama pembangkang beria-ria sangat menjunjung keadilan barat.
Dahulu, sebahagian daripada mereka beria-ria sangat mengutuk Amerika Zalim, Amerika Pembohong, mana senjata WMD dan macam-macam lagi kutukan mereka terhadap Amerika dan media barat. Namun hari ini mereka sanggup mengadaikan maruah diri, maruah agama dan negara demi kuasa yang menjadi idaman mereka.
Siapa yang tidak tahu dan kenal betapa hipokritnya keadilan cara Amerika. Satu persatu negara Islam tumbang kerana kerakusan Amerika mahu memerintah dunia. Mereka menguasai media besar didunia. Dunia dicorakkan dengan mengunakan kuasa media dan tentera yang mereka ada.
Bagi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa," rakyat terutama umat Islam sudah jelas apa jenis Keadilan ala Amerika, Demokrasi ala Amerika, dan Diplomasi ala Amerika. Rakyat Palestin, Libya, Syria, Mesir, Yaman dan beberapa negara lain telah merasainya".
Macam-macam alasan yang mereka akan gunakan untuk mencampuri urusan dalaman negara lain. Kebiasaannya mereka akan menggunakan pembangkang, penentang atau pun pemberontak dalam negara.
Sebab itulah munculnya kumpulan demontrasi seperti BERSIH, BLACKOUT dan sebagainya diciptakan bagi mewujudkan ketidakanstabilan negara. Ini merupakan salah satu cara mereka hendak menjatuhkan kerajaan secara pintu belakang.
Jika anda masih ingat, ketika demontrasi BERSIH yang lalu, ada beberapa rakyat asing terlibat secara langsung memberi pidato yang mengutuk kerajaan Malaysia. Begitu berani sekali mereka menonjolkan diri mereka sebagai penentang kerajaan.
Persoalannya, siapa yang memberi akses jalan masuk kepada mereka ? Sudah tentulah pengkhianat yang mahukan kerajaan ini tumbang. Pengkhianat dan petualang bangsa yang mudah dicucuk hidungnya, sanggup mengadaikan maruah diri dan tanahair kepada musuh negara.
Sebagai negara Islam yang berkembang pesat dan maju dan kebangkitan gergasi ekonomi dunia negara China membuka nafsu Amerika dan sekutu rapatnya Israel untuk menguasai kawasan Blok timur Asia Tenggara. Hubungan baik Malaysia dan China menjadi duri dalam daging Amerika yang begitu mengidamkan laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, pada mereka cukuplah sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi....apa yang mereka mahu adalah ketidakstabilan dalam negara. Justeru itu tidak penting bagi mereka untuk mencari kebenaran, segala bukti atau mengikut lunas "the rule of law" kerana matlamat mereka hanyalah mahukan kerajaan sedia ada ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan boneka mereka.
Serangan terbaru pembangkang yang menggunakan kenyataan Department of Justice (DoJ) sebenarnya tidak mampu mengugat kerajaan. Saman sivil yang dikeluarkan oleh DoJ tidak merujuk kepada mana-mana individu secara jelas. Ia hanyalah satu ilusi permaianan persepsi bagi mengabui dan menimbulkan syak wasangka buruk rakyat kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri.
Oleh itu, Pesan Tan Sri Annuar Musa kepada Ahli UMNO, sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti dan kerajaan, kita haruslah mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama kita.
Saya menyeru seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.
Watawa saubil haq, watawa saubil sabr.
Untuk kesekian kalinya 1MDB menjadi sasaran fitnah pembangkang Pakatan ProDAP setelah Department Of Justice (DoJ) membangkitkan semula isu 1MDB. Apa masalah sebenarnya dengan pembangkang ini ?
Tahukah mereka bahawa tindakan DoJ hanyalah berdasarkan aduan yang mereka terima. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri “a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”. Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan semata-mata.
Tidak ada pun bahan dalam tuduhan tersebut, tindakan sivil berdasarkan aduan dan tidak berdasarkan keputusan mahkamah. Sebab itu tiada apa-apa tindakan mahkamah lagi. Entah kenapa pula pembangkang jadi kelam kabut cempera.
Apa yang dipetik dalam kenyataan DoJ, ia hanya menyebut perkara-perkara yang berlaku dalam Malaysia. Kebanyakkannya tidak langsung mempunyai kaitan dengan subjek sama ada adakah berlaku jenayah di Amerika seperti yang didakwa. Doj hanya memetic aduan yang mereka terima, persoalannya siapa yang membawa aduan itu kepada DoJ ?
Masalahnya DoJ tidak mempunyai bukti-bukti kukuh berkenaan kegiatan pengubalan wang haram, jika tidak sudh tentulah DoJ boleh terus mendakwa pesalah terbabit dimahkamah US dan merampas harta atau aset berdasarkan akta Pengubalan Wang Haram.
Apabila tiada pilihan DoJ mengunakan mengunakan keadah saman sivil bagi merampas aset-aset yang disyaki hasil dari jenayah tersebut. Saman sivil ini tidak memerlukan bukti-bukti, cukuplah sekadar dengan aduan awam. Maka si pembawa aduan ini perlulah membawa bukti-bukti tersebut kepada DoJ !
Semua ini hanyalah satu permainan pembangkang yang ingin mengaburi mata rakyat dan cuba merosakan imej Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak.
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Sehingga kini tiada mana-mana siasatan mengaitkan kes sivil dengan Perdana Menteri. DoJ hanyalah membuat ulangan tuduhan lama yang cuba mengaitkan nama Perdana Menteri.
Agak pelik juga apabila DoJ tidak meminta bantuan kerajaan Malaysia dalam usaha mereka menfailkan semula saman sivil yang berkait dengan 1MDB. Ia amat terpesong dan meragukan kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Tunku Aziz mensyaki ada sesuatu yang tidak kena kali ini dan bagi beliau ia merupakan suatu cubaan atau konspirasi pihak tertentu menggunakan kuasa asing melalui DoJ walaupun dengan melakukan pertuduhan tanpa mengikut lunas keadilan sebenar semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
1MDB ini isu dalaman Negara, DoJ tidak boleh bertindak sendiri tanpa melibatkan pihak berkuasa Malaysia. Nampaknya DoJ sendiri tidak mengikut lunas undang-undang seperti yang mereka cuba pertahankan.
Nampak jelas ada agenda pihak-pihak tertentu yang telah cuba menjatuhkan Perdana Menteri tetapi masih lagi gagal hingga hari ini. Walaupun telah berkali-kali dibuktikan Perdana Menteri tiada kaitan dengan fitnah ini, mereka tidak pernah putus asa berusaha untuk menjatuhnya.
Sebenarnya kegilaan pembangkang menyerang 1MDB hanyalah kerana ianya tidak menguntungkan golongan kapitalis haram. Mereka tidak suka kerajaan yang sedia ada membantu rakyat miskin. Selama ini mereka bebas mendapat projek kerajaan dengan memberi suapan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Setelah kerajaan bertindak tegas terhadap penerima rasuah, mereka tidak lagi bebas menyapu projek-projek kerajaan secara batil.