Showing posts with label DoJ. Show all posts
Showing posts with label DoJ. Show all posts

Monday, June 26, 2017

DOJ PERLU BUKTIKANNYA DI MAHKAMAH



Sebenarnya isu 1MDB bukan sekadar isu politik pakatan rakyat, tetapi ianya juga cerita survival kapitalis rakus yang tidak mahukan kerajaan campurtangan dalam mengurus projek-projek besar dalam Negara. Tangan-tangan ghaib inilah yang melihat 1MDB sebagai satu masalah besar kepada mereka. Kapitalis ini hanya mahukan kekayaan yang mereka "rompak"selama ini tak diganggu gugat oleh kerajaan, manakala pembangkang pulamahu mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan melalui 1MDB melalui bantuan kewangan kapitalis rakus.

Kenyataan ini bukan omongan kosong penulis, ianya telah dibuktikan oleh Nurul Izzah apabila dia menjanjikan Justo bakal mendapat projek-projek kerajaan andai pembangkang Berjaya menumbangkan kerajaan jika dia menjual dokumen-dokumen yang ada kaitan dengan 1MDB. Permainan rakus mereka bukan sahaja melibatkan taikun-taikun dalam negara, ia juga melibatkan kuasa asing yang mengunakan senjata media untuk menyerang kerajaan.

Selepas gagal menggunakan portal Sarawak Report dan World Street Jurnal (WSJ) dalam usaha menumbangkan kerajaan, pembangkang dilihat belum lagi berputus asa. Kali Department of Justice pula menjadi medium mereka meluaskan peperangan menentang kerajaan. Setiap butir kenyataan DoJ bagaikan kata-kata azimat buat pembangkang membalun 1MDB, sedangakan DoJ sendiri gagal membuktikan dakwaannnya di mahkamah.

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia telah menjalankan siasatan yang cukup telus dan terperinci terhadap 1MDB. Merujuk kepada laporan siasatan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) termasuk Bank Negara dan Polis DiRaja Malaysia. Bagi beliau DOJ mesti membuktikan dakwaan mereka di mahkamah. Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah terhadap 1MDB. 1MDB hanya bermasalah dari segi pengurusan yang lemah, yang mana tadbir urusnya terlalu bergantung kepada hutang. Namun begitu plan rasionalisasinya telah Berjaya dilaksanakan oleh pengurusan baru dibawah kepimpinan Encik Arul Kanda.

Peluang ini diambil oleh pembangkang untuk dipolitikkan sehingga menimbulkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan. Bagi pembangkang tidak penting apa itu kebenaran dibuktikan. Yang penting bagi mereka adalah menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Nawaitu mereka tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menumbangkan kerajaan yang sah. Segala bukti daripada kerajaan dinafikan oleh mereka, kerana mereka tidak berkehendakkan bukti.

Percayalah sama DOJ, Sarawak Report, WSJ atau mana-mana pun media dari barat mereka tidak pernah ikhlas membela nasib bangsa Malaysia. Jangan biarkan keamanan dan kemakmuran Negara ini diperkotak katikkan oleh kuasa luar. PASTIKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA KEKAL BEBAS MERDEKA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI







Thursday, June 22, 2017

AGENDA MEREKA HANYALAH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN



Apalah sangat nak dihairankan dengan segala kenyataan dari barat berkenaan negara kita. Mana pernah mereka melihat negara ini dengan rasa gembira, melainkan rasa tercabar dan dengki. Adalah lucu bila orang kita terutama pembangkang beria-ria sangat menjunjung keadilan barat.

Dahulu, sebahagian daripada  mereka beria-ria sangat mengutuk Amerika Zalim, Amerika Pembohong, mana senjata WMD dan macam-macam lagi kutukan mereka terhadap Amerika dan media barat. Namun hari ini mereka sanggup mengadaikan maruah diri, maruah agama dan negara demi kuasa yang menjadi idaman mereka.

Siapa yang tidak tahu dan kenal betapa hipokritnya keadilan cara Amerika. Satu persatu negara Islam tumbang kerana kerakusan Amerika mahu memerintah dunia. Mereka menguasai media besar didunia. Dunia dicorakkan dengan mengunakan kuasa media dan tentera yang mereka ada.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa," rakyat terutama umat Islam sudah jelas apa jenis Keadilan ala Amerika, Demokrasi ala Amerika, dan Diplomasi ala Amerika. Rakyat Palestin, Libya, Syria, Mesir,   Yaman dan beberapa negara lain telah  merasainya".

Macam-macam alasan yang mereka akan gunakan untuk mencampuri urusan dalaman negara lain. Kebiasaannya mereka akan menggunakan pembangkang, penentang atau pun pemberontak  dalam negara.

Sebab itulah munculnya kumpulan demontrasi seperti BERSIH, BLACKOUT dan sebagainya diciptakan bagi mewujudkan ketidakanstabilan negara. Ini merupakan salah satu cara mereka hendak menjatuhkan kerajaan secara  pintu belakang.

Jika anda masih ingat, ketika demontrasi BERSIH yang lalu, ada beberapa rakyat asing terlibat secara langsung memberi pidato yang mengutuk kerajaan Malaysia. Begitu berani sekali mereka menonjolkan diri mereka sebagai penentang kerajaan.

Persoalannya, siapa yang memberi akses jalan masuk kepada mereka ? Sudah tentulah pengkhianat yang mahukan kerajaan ini tumbang. Pengkhianat dan petualang bangsa yang mudah dicucuk hidungnya, sanggup mengadaikan maruah diri dan tanahair kepada musuh negara.

Sebagai negara Islam yang berkembang pesat dan maju dan kebangkitan gergasi ekonomi dunia negara China membuka nafsu Amerika dan sekutu rapatnya Israel untuk menguasai kawasan Blok timur Asia Tenggara. Hubungan baik Malaysia dan China menjadi duri dalam daging Amerika yang begitu mengidamkan laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, pada mereka cukuplah sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi....apa yang mereka mahu adalah ketidakstabilan dalam negara. Justeru itu tidak penting bagi mereka untuk mencari kebenaran, segala bukti atau mengikut lunas "the rule of law" kerana matlamat mereka hanyalah mahukan kerajaan sedia ada ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan boneka mereka.

Serangan terbaru pembangkang yang menggunakan kenyataan Department of Justice (DoJ) sebenarnya tidak mampu mengugat kerajaan. Saman sivil yang dikeluarkan oleh DoJ tidak merujuk kepada mana-mana individu secara jelas. Ia hanyalah satu ilusi permaianan persepsi bagi mengabui dan menimbulkan syak wasangka buruk rakyat kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri.

Oleh itu, Pesan Tan Sri Annuar Musa kepada Ahli UMNO, sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti dan kerajaan, kita haruslah mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama kita.

Saya menyeru seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.
Watawa saubil haq, watawa saubil sabr.










Monday, June 19, 2017

PEMBANGKANG GAGAL LAGI, KENYATAAN DoJ TIDAK ADA ASAS




Untuk kesekian kalinya 1MDB menjadi sasaran fitnah pembangkang Pakatan ProDAP setelah Department Of Justice (DoJ) membangkitkan semula isu 1MDB. Apa masalah sebenarnya dengan pembangkang ini ?

Tahukah mereka bahawa tindakan DoJ hanyalah berdasarkan aduan yang mereka terima. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri “a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”. Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan semata-mata.

Tidak ada pun bahan dalam tuduhan tersebut, tindakan sivil berdasarkan aduan dan tidak berdasarkan keputusan mahkamah. Sebab itu tiada apa-apa tindakan mahkamah lagi.  Entah kenapa pula pembangkang jadi kelam kabut cempera.

Apa yang dipetik dalam kenyataan DoJ, ia hanya menyebut perkara-perkara yang berlaku dalam Malaysia. Kebanyakkannya tidak langsung mempunyai kaitan dengan subjek sama ada adakah berlaku jenayah di Amerika seperti yang didakwa. Doj hanya memetic aduan yang mereka terima, persoalannya siapa yang membawa aduan itu kepada DoJ ?

Masalahnya DoJ tidak mempunyai bukti-bukti kukuh berkenaan kegiatan pengubalan wang haram, jika tidak sudh tentulah DoJ boleh terus mendakwa pesalah terbabit dimahkamah US dan merampas harta atau aset berdasarkan akta Pengubalan Wang Haram.

Apabila tiada pilihan DoJ mengunakan mengunakan keadah saman sivil bagi merampas aset-aset yang disyaki hasil dari jenayah tersebut. Saman sivil ini tidak memerlukan bukti-bukti, cukuplah sekadar dengan aduan awam. Maka si pembawa aduan ini perlulah membawa bukti-bukti tersebut kepada DoJ !

Semua ini hanyalah satu permainan pembangkang yang ingin mengaburi mata rakyat dan cuba merosakan imej Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak.

Menurut Peguam Negara,  Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Sehingga kini tiada mana-mana siasatan mengaitkan kes sivil dengan Perdana Menteri. DoJ hanyalah membuat ulangan tuduhan lama yang cuba mengaitkan nama Perdana Menteri.

Agak pelik juga apabila DoJ tidak meminta bantuan kerajaan Malaysia dalam usaha mereka menfailkan semula saman sivil yang berkait dengan 1MDB. Ia amat terpesong dan meragukan kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Aziz mensyaki ada sesuatu yang tidak kena kali ini dan bagi beliau ia merupakan suatu cubaan atau konspirasi pihak tertentu menggunakan kuasa asing melalui DoJ walaupun dengan melakukan pertuduhan tanpa mengikut lunas keadilan se­­benar semata-mata untuk menja­tuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB ini isu dalaman Negara, DoJ tidak boleh bertindak sendiri tanpa melibatkan pihak berkuasa Malaysia. Nampaknya DoJ sendiri tidak mengikut lunas undang-undang seperti yang mereka cuba pertahankan.

Nampak jelas ada agenda pihak-pihak tertentu yang telah cuba menjatuhkan Perdana Menteri tetapi masih lagi gagal hingga hari ini. Walaupun telah berkali-kali dibuktikan Perdana Menteri tiada kaitan dengan fitnah ini, mereka tidak pernah putus asa berusaha untuk menjatuhnya.

Sebenarnya kegilaan pembangkang menyerang 1MDB hanyalah kerana ianya tidak menguntungkan golongan kapitalis haram. Mereka tidak suka kerajaan yang sedia ada membantu rakyat miskin. Selama ini mereka bebas mendapat projek kerajaan dengan memberi suapan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Setelah kerajaan bertindak tegas terhadap penerima rasuah, mereka tidak lagi bebas menyapu projek-projek kerajaan secara batil.