Showing posts with label Rafizi. Show all posts
Showing posts with label Rafizi. Show all posts

Friday, July 21, 2017

RAFIZI CEMBURU PROJEK MRT BERJAYA



Sebelum berjayanya projek MRT SBK ini bermacam-macam cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi oleh pihak kerajaan. Walaupun projek MRT ini akan memberi kebaikan kepada rakyat, namun masih ada yang gagal memahami aspirasi negara dalam menuju negara maju.

Ketika kerajaan sedang melaksanakan projek MRT pelbagai serangan dilakukan oleh pembangkang konon projek ini membazir wang rakyat. Kos terlalu tinggi dan sebagainya. Mereka juga cuba melengah-lengahkan projek dengan melambat-lambatkan kelulusan tanah terutama di Selangor.

Anggaran Ahli parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli kononnya MRT 1 (Sungai Buloh - Kajang) bakal mencecah RM51 bilion juga tersasar jauh apabila Perdana Menteri mengumumkan kos MRT SBK hanya mencecah RM21 bilion - jimat RM2 bilion dari kos asal iaitu RM23 bilion dan siap lebih awal daripada yang dijangkakan.

Cara Rafizi buat kiraan pun macam kanak-kanak darjah satu. Menurutnya kiraannya 1 kilometer trek MRT bersamaan RM1 bilion, oleh itu kos bagi 51km trek MRT adalah RM51 bilion.

Hakikatnya, MRT Corporation Sdn Bhd telah menafikan dakwaan Rafizi dan menyebut bahawa, "kos RM21 bilion yang disebut dalam ucapan oleh Perdana Menteri adalah kos bagi kedua-dua *Fasa Satu dan Fasa Dua* daripada 51km jajaran SBK.

Formula matematik tahap budak sekolah seperti yang Rafizi gunakan ini betul dan boleh digunakan untuk mengira kos projek yang mempunyai pelbagai faktor penentu kos seperti keperluan untuk meninggikan jajaran tersebut atau membina jajaran di bawah tanah atau kos pembayaran pampasan tanah yang berbeza di kawasan laluan trek yang berbeza.

Hari ini mulut-mulut pemimpin pembangkang bagaikan tersumbat biji cempedak melihat kejayaan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional. Jadi tidak hairanlah jika keluar kenyataan-kenyataan dangkal daripada mereka. Semua itu bagi menutup malu kerana kebodohan mereka sendiri.

Sesungguhnya Rafizi dan pemimpin pembangkang yang lain begitu mencemburui kejayaan Dato Sri Mohd Najib membawa Malaysia selangkah lagi maju kehadapan sebagai sebuah negara yang menuju negara maju.

Monday, June 26, 2017

PERTAHANKAN NEGARA, JANGAN BENAR CAMPUR TANGAN ASING



Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menyelar kesanggupan beberapa parti politik tempatan mendapatkan bantuan pihak asing demi memenuhi agenda masing-masing yang diyakininya bakal menghancurkan negara.

Tegas beliau, perkara itu terbukti apabila ada kerajaan Islam pada masa lalu tersungkur akibat campur tangan asing.


Menurutnya, al-Quran yang menjadi petunjuk menjelaskan ayat-ayat melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman.
Dalam lipatan sejarah katanya, Islam yang bertapak di Sepanyol selama lapan abad kecundang apabila ada kalangan rajanya menjemput pihak asing supaya membantu berdepan krisis dalaman yang akhirnya membuatkan cahaya Islam dipadamkan di negara itu sehingga kini.

Malah katanya, sejarawan me­laporkan kejayaan penjajah men­jatuhkan Kerajaan Melayu Islam Melaka berlaku apabila ada kelompok tertentu menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan atas dakwaan berlakunya kesalahan atau kezaliman, yang seterusnya membuatkan rantau ini dijajah dan dibahagikan.


“Sebarang permasalahan dalaman umat atau negara diselesaikan sendiri, sama ada betul atau salah atau adanya kelemahan dalaman walaupun zalim, maka dipikul sen­diri dengan penuh kesabaran.


“Akhirnya selesai dengan selamat, kerana bencana menerima campur tangan asing lebih besar akibat dan buruknya pula berpanjangan. Sebijak-sebijak akal tanpa petunjuk wahyu akhirnya ter­sesat juga.


“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam surat terbukanya kepada parti-parti politik negara ini yang dimuatkan di laman web parti itu hari ini.


Thursday, June 8, 2017

PAKATAN ProDAP LAYAK JADI PEMBANGKANG, BUKAN KERAJAAN




Rakyat jangan mudah  terpedaya dengan hasutan baru Rafizi berkenaan  dana 1MDB kononnya dibayar sejumlah RM9.5 juta telah dipindahkan dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah. Ini merupakan satu lagi siri fitnah Rafizi yang cuba mengalih perhatian rakyat terhadap pergolakan dalam Pakatan ProDAP yang masing-masing bermimpikan kerusi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu temuramah berkata, apa-apa berita atau dakwaan yang datang dari Rafizi perlu dilihat dengan satu timbangan yang tertentu kerana kewibaan beliau yang banyak tercalar dengan berita-berita yang tidak sahih dan fitnah. "Beliau adalah "spin doctor", apabila dia mendapat berita yang separuh benar, dia suka war-warkan. Kadangkala tanpa ada bukti-bukti kukuh yang mana akhirnya dia terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah dan dijatuhkan hukuman. 

Ini adalah kerana keghairahan beliau untuk menjadi bahan berita, dengan ada sedikit bahan cerita beliau suka menokok tambah. Bagi saya apa-apa sahaja yang datang dari Rafizi berdasarkan track rekodnya  perlulah dilihat dengan rasa sangsi. 

Lagi pun pembangkang ini perlukan cerita-cerita panas untuk terus hidup dimata rakyat. Kononnya mereka bekerja untuk rakyat, padahal tak ada satu pun usaha mereka yang membantu rakyat. Semuanya dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. 

Sebenarnya rakyat sudah muak dan mangli dengan isu-isu yang dibawa oleh pembangkang terutamanya Rafizi, apatah lagi isu 1MDB yang sudah lama kerajaan selesaikan. 

Mereka sesama sendiri pun mempunyai masalah yang tidak boleh selesai. Sehingga kini masih berbalah tentang calon Perdana Menteri. Masing-masing membawa agenda parti sendiri. Mereka tidak ada asas dasar pejuangan sendiri.  Hidup mereka berdasarkan isu bukannya dasar, sebab itulah apa yang kita lihat mereka hanya mainkan isu agar rakyat bangkit marahkan kerajaan, itu sahaja yang mereka boleh lakukan. Tidak ada apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara yang mereka bawa.  

Justeru itu mereka hanya layak untuk sekadar menjadi pembangkang, kerana mereka tidak ada kemampuan untuk menjalankan tugas berkhidmat kepada rakyat seperti yang dilakukan Barisan Nasional. 

Wednesday, April 12, 2017

HADI MENANG , KIT SIANG MERADANG - BARUA PAKATAN BENGANG



Kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Pas Pusat Ke-63 di Alor Setar pada hujung bulan ini membuktikan sokongan padu ahli-ahli akar umbi terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan.

Kemenangan kedua-dua pe­mimpin itu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Taki­yuddin Hassan dalam satu kenya­ta­an, di sini hari ini, turut memberi isyarat jelas bahawa ahli-ahli parti itu berdiri teguh di belakang Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim.

Dalam keadaan Pas berhadapan dengan pelbagai asakan khususnya selepas meninggalkan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, ahli-ahli Pas merasakan mereka tidak boleh membiarkan Pas bergolak akibat perebutan jawatan tertinggi.


Sumber memberitahu, kemenangan tersebut juga sebagai mesej kepada penentang-penentang Pas dan mereka yang cuba memperlekehkan Abdul Hadi bahawa ahli-ahli parti tersebut tetap menyakini Ahli Parlimen Marang itu untuk terus mengekalkan jawatan yang disandangnya secara rasmi pada 2005. Sebelum itu beliau memangku jawatan berkenaan mulai tahun 2003 berikutan kematian Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Ketegasan Abdul Hadi yang terus konsisten mempertahankan perjuangan Islam Pas biarpun terpaksa berbalah dengan DAP yang suatu ketika menjadi sekutu parti itu turut menjadi faktor kepe­mimpinan beliau dipertahankan.

Pembentangan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) juga dilihat memberi kelebihan kepada Abdul Hadi untuk kekal memimpin Pas biarpun terpaksa berhadapan dengan tekanan hebat daripada Pakatan Harapan termasuk PKR yang menjadi sekutu Pas di Se­langor.

Strategi ‘musuh-musuh politik’ yang cuba memburuk-burukkan kepemimpinan Abdul Hadi dengan menguar-uarkan beliau kurang berkarisma berbanding Allahyarham Tan Sri Mohd. Asri Muda, Allahyarham Fadzil dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga gagal mempe­ngaruhi 192 kawasan Pas menolak Abdul Hadi.

Dakwaan kononnya Pas akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang berikutan keputusan Abdul Hadi menamatkan hubungan dengan Pakatan Harapan turut tidak mampu menggugat ke­setiaan ahli-ahli Pas kepada ulama berusia 70 tahun itu.

Kejayaan Tuan Ibrahim pula sememangnya sudah dijangka kerana beliau dilihat serasi de­ngan Abdul Hadi. Ketegasan beliau yang sentiasa ke hadapan mempertahankan Presiden Pas itu dalam berdepan dengan pelbagai serangan politik memungkinkan Tuan Ibrahim menjadi pilihan ahli-ahli Pas untuk mengekalkan jawatannya.

Kesetiaan yang ditunjukkan oleh Tuan Ibrahim amat berbeza dengan sikap bekas Timbalan Presiden Pas sebelum ini, Mohamad Sabu yang dilihat sering sahaja bertentangan dengan Abdul Hadi.

Sementara itu, sumber dalaman Pas memberitahu, berban­ding sebelumnya pemilihan kali ini ‘lebih aman’ memandangkan ahli-ahli Pas dilihat bersatu mempertahankan kepemimpinan Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim.


Kata sumber tersebut, ahli-ahli hanya mahu membuat ‘sedikit rombakan’ di peringkat jawatan Naib Presiden yang kini menyaksikan kehadiran dua calon muka baru iaitu Takiyuddin dan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan tiga penyandang jawatan tersebut iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd.Amar Abdullah dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad.

“Tetapi tidak kira apapun keadaannya, ahli-ahli Pas sudah memberi mesej yang jelas bahawa mereka mahu Abdul Hadi terus kekal memimpin parti tersebut,” katanya.



Tuesday, April 11, 2017

DANA 1MDB KEPADA PAS: RAFIZI PEMBOHONG 300 PERATUS



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan terbaharu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya mempunyai bukti penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada seorang tokoh rapat dengan pemim­pin parti itu, hanya pembohongan semata-mata.

Abdul Hadi sebaliknya berkata, sikap Rafizi itu sekali gus memperlihatkan kejahilannya dalam soal dosa dan pahala.

“Sebagai seorang Islam, itu satu tuduhan yang bohong, 300 peratus bohong. Kita anggap dia jahil, tidak tahu dosa pahala kepada saya. Kesalahan dia dengan saya, saya maafkan kerana dia tak tahu.


“Ada pun dia dengan tuhan, dia kena bertaubat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis sambutan kepulangannya sempena pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, malam ini.



Baru-baru ini, Rafizi dalam satu kenyataan berkata, beliau akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka dapat merujuk kembali kertas siasatan itu.

Rafizi mendakwa mempunyai bukti menunjukkan ada individu yang rapat dengan Pas menerima dana daripada 1MDB dan mendesak Abdul Hadi menjawab persoalan itu.

Sementara itu, kepulangan Abdul Hadi di lapangan terbang malam ini disambut ribuan penyokong Pas. - UTUSAN ONLINE


Monday, December 26, 2016

KVMRT PROJEK TIDAK MENGUNTUNGKAN : RAFIZI




Inilah masalahnya beberapa kerat manusia apabila kerajaan menjelaskan segala fakta dengan segala bukti dan dokumen yang jelas, mereka masih lagi ingin menegakkan benang yang basah bagi mengelirukan rakyat. 

Kenyataan Rafizi yang menyifatkan KVMRT sebagai satu projek yang merugikan negara dan rakyat adalah cukup memalukan dirinya sendiri. 


Kos pembinaan Transit Ali­r­an Massa Lembah Klang (KVMRT) sebanyak RM40 bilion sudah tidak lagi relevan untuk dijadikan perbandingan kerana anggaran itu berdasarkan harga pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mass Rapid Transit Corp. Sdn. Bhd. (MRT Corp.), menjelaskan, kos itu juga tidak meliputi tren elektrik, sistem berkaitan serta pengambilalihan tanah-tanah.


Kenyataan itu sebagai me­ngulas komen Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menyifatkan KVMRT sebagai projek ‘tidak menguntungkan’.


Jelas MRT Corp., angka ber­ke­naan diperoleh daripada cada­ngan konsep pada 2010 yang pada asalnya dikemukakan menerusi cadangan sektor swasta bagi projek KVMRT tiga laluan (dibina secara serentak) kepada kerajaan.


“Namun selepas dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerajaan melakukan semakan dan kajian cadangan itu yang menyebabkan model projek KVMRT itu diubah secara ketara pada 2010.


“Bercanggah dengan kenya­taan Rafizi, projek KVMRT hari ini bukanlah projek yang diswastakan. Ia adalah milik dan dibia­yai sepenuhnya oleh kerajaan menerusi MRT Corp.,” katanya.

Mengulas lanjut, MRT Corp. berkata, sebaik pemuktamadan proses pengesahan jajaran dan pemerolehan Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), syarikat itu mengumumkan pada Disember 2012 bahawa bajet kos pembinaan SBK itu adalah RM23 bilion.

MRT Corp. turut memperoleh kos anggaran Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sebanyak RM32 bilion berdasarkan tender yang ditawarkan bagi pembinaan laluan berkenaan.


Kesemua tender-tender bagi laluan SBK dan SSP diserahkan menerusi sistem tender terbuka.


Mengulas cadangan Laluan 3, MRT Corp. sentiasa menegaskan bahawa kajian kebolehlaksanaan itu sedang dijalankan dan keputusannya dijangka diketahui pada suku pertama 2017.


Atas alasan itu, MRT Corp. tidak mungkin dapat menyatakan anggaran sebenar kos Laluan 3 dan mana-mana angka yang dilaporkan adalah bersifat spekulatif ke­rana dibuat oleh pihak lain.


“Kami kecewa kerana Rafizi cuba mempolitikkan suatu projek yang jelas sekali memberi manfaat kepada awam. Bagaimanapun, MRT Corp. akan terus memberi tumpuan (kepada usaha-usaha) memastikan kelancaran Laluan SBK manakala fasa kedua projek itu dapat disiap­kan mengikut jadual,” katanya.


Bagi minggu pertama operasi fasa pertama MRT SBK, kira-kira 210,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu yang membuktikan penerimaan serta keterujaan orang ramai terhadap kemudahan itu.


Monday, December 19, 2016

KOS SEBENAR MRT RM100 BILION, RAFIZI RAMLI



Tidak pernah serik langsung. Tak tau erti dosa dan pahala. Hidup macam orang tak ada pendidikan agama. Penulis merujuk kepada Rafizi yang di mulutnya sentiasa melafazkan kata-kata fitnah dan dusta. 

Siapa yang tidak pernah kenal Rafizi, hasil dari Fitnahnya kepada NFC, usaha yang baik untuk umat Islam bagi memnuhi industri daging halal  musnah. Inilah Rafizi, penfitnah akhir zaman ini. 

Belum puas dengan itu,baru-baru ini Rafizi sekali lagi menfitnah MRT kononnya kos projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang berjumlah RM21 bilion hanya untuk fasa pertama projek, padahal dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kos tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51 kilometer.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menafikan dakwaan Rafizi, MRT Corp. berkata,  jumlah RM21 bilion tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51.

Sebelum ini Rafizi pernah berkata, kos MRT ini akan mencecah RM100 bilion, namun akhirnya tertelan sendiri fitnahnya apabila Perdana Menteri mengumumkan kosnya. 

Niat jahat Rafizi untuk melihat projek MRT ini gagal tidak berjaya. Dia dan rakan-rakan pembangkang lain kecewa apabila rakyat menerima baik projek yang bakal memberi impak positif terhadap perkembangan ekonomi negera.

Dibawah adalah petikan dari fitnah yang Rafizi katakan dalam suara keadilan : 

KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu, kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan betul.



Nampaknya Rafizi tidak pernah serik dan insaf terhadap fitnah-fitnah yang dilakukannya. Di harap pihak berkuasa bertindak terhadap fitnahnya yanng tidak pernah habis. 











Wednesday, May 25, 2016

APABILA RAFIZI "BERSABDA"


Exco PAS patut keluar tinggalkan kerajaan Selangor jika Rafizi dapat membuktikan Kerajaan Negeri ada mengamalkan rasuah dalam bentuk wang atau pun wanita.
Saya menunggu-nunggu juga pentaksub Rafizi ni, dulu mereka kata Rafizi bagus mendedahkan segala penyelewengan. Sekarang bila Rafizi dedahkan penyelewengan MB, dimanakah suara-suara sumbang Pentaksub Sabda Rafizi ?


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PKR, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.
"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam semalam.


Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat

Tuesday, March 15, 2016

DATUK EHSANUDDIN BONGKAR FAKTA YANG DIKELIRUKAN RAFIZI


Seperti sebuah siri drama, fitnah Rafizi juga bersiri dan penuh dengan episod yang tidak pernah habis. Macam Sinetron cerita Indon, ada saja asbab untuk buat cerita itu berjela-jela.

Apa yang Rafizi tak pernah fitnah ? Dari cincin 24 juta, Lembu di kondo,
40 ribu bangla , blackout punca PKR kalah dan antara yang terbaru sehingga buat orang sudah mula hilang  kepercayaan ialah apabila menuduh Tabung Haji rugi.

Apabila Tabung Haji mengumumkan keuntungan RM3.23 bilion dengan memberi dividen 5 peratus ditambah 3 peratus untuk pendeposit yang belum' menunaikan haji, Rafizi mulai gelabah. Fakta yang digunakannya menjadi pedang yang menikamnya semula.

Yang lebih malang mereka yang mengeluarkan semua deposit mereka dalam Tabung Haji hilang kelayakan meraih keuntungan ini,sedangkan Rafizi masih mengekalkan depositnya didalam Tabng Haji dan menikmati dividennya.

Tiada pilihan lain bagi membersihkan saki baki najis yang terpalit hasil dari pembohongan dan fitnahnya, Rafizi mengunakan Dewan yang mulia bagi mengelirukan Ahli Dewan dan rakyat dengan fakta yang jauh dari kebenaran.

Rafizi membayangkan akan kelemahan pengurusan kewangan Tabung Haji seolah-olah semua perniagaan yang disetai Tabung Haji mengalami kerugian. Menurutnya Tabung Haji berjaya mencatat keuntungan kerana pertambahan jumlah simpanan dari penabung, bukannya dari pelaburan perniagaan yang disertai oleh Tabung Haji.

Padahal seperti yang saya sebutkan diatas Tabung Haji telah memberi dividen sebanyak 5 peratus dengan tambahan bonus 3 peratus bagi pendeposit yang belum melaksanakan haji pada tahun 2015. Inilah kata kunci yang rakyat perlu sedar dan lihat dengan mata hati yang bukan dengan persepsi seperti yang dilemparkan oleh Rafizi.

Rafizi cuba mendramakan keuntungan Tabung Haji dengan mengaitkan peningkatan tabungan oleh pendeposit Tabung Haji. Mungkin pada pendapatnya Ahli Dewan dan Rakyat ini dunggu dan boleh 'dperkadukan' olehnya sesuka hati.

Menyedari permainan jahat Rafizi, MP Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin sedar kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Rafizi perlu ditangkis segera agar rakyat tidak terus dicelarukan oleh fakta-fakta Rafizi yang tidak tepat dan berasas.
 
Datuk Ehsan  menangkis tohmahan Rafizi yang  cuba mengambarkan Tabung Haji sentiasa mengalami kerugian akibat dari pengurusan Tabung Haji yang tidak cekap dan lemah dengan mempersoalkan kenapa beliau menyembunyikan kejayaan Tabung Haji memperolehi keuntungan melebihi dari kerugian? Rafizi juga tidak membentangkan angka-angka kewangan dari Laporan Tahunan Tabung Haji yang mencatatkan keuntungan.

Menurut Datuk Ehsan adalah pekara biasa bagi sesuatu perniagaan itu untung dan rugi, tidak semua perniagaan akan sentiasa untung, ada masanya akan rugi. Namun apa yang dilakukan Rafizi adalah menyembunyikan kebenaran. Dalam 50 portfolio, hanya 10 sahaja mengalami kerugian, 40 lagi menunjukkan  keuntungan tapi itu yang cuba disembunyikan oleh Rafizi. Jelas Rafizi cuba mengelirukan dewan.

Tabung Haji juga memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun kepada pendepositnya. Bukankah itu menunjukkan sesuatu yang positif ? Tidak ada sesuatu yang mencurigakan dalam urus pentadbiran dan kewangan Tabung Haji. Rafizi sebenarnya gagal mempertahankan hujahnya.

Saya tidak fikir ini lawak terbaru Rafizi setelah episod drama Cincin 24 juta yang dicanangnya terburai. Ini merupakan satu lagi kegagalannya dalam menyerang kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Rafizi perlu sedar, kegagalannya membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan secara melulu dan sembrono bukan sahaja akan memberi kesan kepada kerusi parlimen Pandan yang disandangnya sekarang bahkan akan memberi impak yang negatif kepada kekuatan PKR dalam PRU 14 akan datang.

Apatah lagi kedengaran kepimpinan tinggi PKR tidak berapa gemar dengan cara Rafizi menguruskan beberapa isu besar sehingga mengikis kepercayaan rakyat kepada PKR.

Rafizi perlu berhenti menerusan kegemarannya menfitnah.

Monday, January 20, 2014

JEPUN TAK BENARKAN SI KANGKANG JEJAK KAKI DI NEGARANYA

Anwar Ibrahim dihalang masuk ke Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi. 
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita jam 6.45 pg bukan saja gagal lepas pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang dgn penerbangan pertama dari Tokyo.

"Saya dihalang untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

"Apabila saya kenapa saya dihalang, mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada tahun 1999," kata Anwar dalam kenyataan media hari ini. 

Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia masuk ke negara tersebut tanpa visa.
Anwar kemudian persoal pihak imigresen Jepun sebagai tidak munasabah.

"Saya beritahu mereka ini bukan alasan yang berasas kerana saya telah pun masuk ke Jepun pada 2006, 2009 dan 2012," kata Anwar lagi.

Anwar hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun tersebut dn memberi alasan ia mungkin disebabkan laporan terbaru tentang dirinya pada tahun 2013.

"Mereka akhirnya memberitahu saya tindakan ini terpaksa diambil mungkin kerana laporan terbaru pada tahun 2013," kata Bang Non yang dipaksa mengambil tiket penerbangan ke Kuala Lumpur jam 10.45 pagi ini.

Anwar dijadualkan membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Muslim mendakwa telah menyemak dgn kedutaan Jepun sebelum kesana,tak dimaklumkan akan apa2 halangan ke atas lawatannya.

Anwar membidas tindakan itu adalahmemalukan dan tak sepatutnya berlaku di negara yang dianggap pelopor utama demokrasi dunia.

"Saya bantah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku ini daripada kerajaan Jepun dalam menafikan hak saya dan menghalang saya.

"Ia sangat sukar difahami bagi sebuah negara demokrasi yang terkenal mengambil tindakan tidak wajar ini di bawah alasan tersebut dan menyebabkan saya curiga wujud dalang disebalik perkara ini," katanya.

Beliau mendesak Kementerian Luar memberi penjelasan dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.

"Saya desak penjelasan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negara," desaknya lagi.

Bekas TPM itu berdepan ulangan pendakwaan pada 1999 apabila dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan Liwat II tersebut.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwa mengemukakan rayuan kpd Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu dan masih belum selesai sehingga kini.

Perkembangan terbaru, Anwar gagal lag dlm cubaan untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes liwat beliau apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak penggunaan Akuan Bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang juga seorang bekas pegawai tertinggi polis. – 19 Januari, 2014.