Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Friday, March 3, 2017

28 MAKLUMAT KASTAM SELANGOR DALAM GENGAMAN SPRM





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menerima kira-kira 28 maklumat berkaitan ra­suah membabitkan pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri itu bagi tempoh lima tahun bermula 2011.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, kebanyakan maklumat diterima membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia 2009, iaitu menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil sebarang tindakan.

“Oleh itu, kita berharap JKDM Selangor dapat memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghadapi masalah ini.

“Selain agensi penguatkuasaan seperti JKDM, dua lagi sektor yang diberi fokus dan berada di bawah radar SPRM adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan pengawal seperti syarikat milik kerajaan.

“Maklumat yang diterima akan dipantau dari semasa ke semasa dan laporannya dihantar terus kepada Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya,” katanya dalam sidang akhbar majlis Ikrar Bebas Rasuah JKDM Selangor di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, lebih 300 orang terdiri daripada ketua bahagian, ketua cawangan dan pegawai serta kakitangan JKDM Selangor mengangkat ikrar akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan secara telus dan menjauhi rasuah.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) Kastam Malaysia, Datuk Zulkifli Yahya dan Pengarah JKDM Selangor, Datuk Sarip Ismail.


Friday, October 28, 2016

KJ BERENTAP DENGAN AZMIN - ANDA SOKONG SIAPA ?


ALOR SETAR 28 Okt. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meraih perhatian penyokong Lang Merah apabila beliau memuatnaik status terbaharunya di Instagram dengan slogan, Pulun Kedah Pulun malam tadi.

Bukan itu sahaja beliau turut memuatnaik sekeping gambar lama berbaju hijau kuning termasuk mengecat wajah dengan warna itu yang diambil ketika pasukan Kedah berentap dengan Singapura di perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1990.

Dalam status sama, Khairy Jamaluddin turut menceritakan keterujaan beliau apabila Kedah memenangi perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka.

“Pulun Kedah Pulun! Kenapa? Ibu saya berasal dari Alor Setar, “ catatnya dalam status berkenaan. -

Wednesday, May 25, 2016

APABILA RAFIZI "BERSABDA"


Exco PAS patut keluar tinggalkan kerajaan Selangor jika Rafizi dapat membuktikan Kerajaan Negeri ada mengamalkan rasuah dalam bentuk wang atau pun wanita.
Saya menunggu-nunggu juga pentaksub Rafizi ni, dulu mereka kata Rafizi bagus mendedahkan segala penyelewengan. Sekarang bila Rafizi dedahkan penyelewengan MB, dimanakah suara-suara sumbang Pentaksub Sabda Rafizi ?


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PKR, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.
"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam semalam.


Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat

Monday, March 25, 2013

MANIFESTO PR PENUH CACAT CELA


 Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya menguruskan kewangan negara secara berhemah dengan mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7% KDNK pada tahun 2009 kepada 4.5% pada tahun 2012 dan komited untuk terus mengurangkan defisit kepada 4% (RM39 bilion) pada tahun 2013 dan seterusnya kepada 3% pada tahun 2015. Hasil inisiatif Kerajaan melaksanakan program transformasi, telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% pada tahun 2012. Ini secara tidak langsung membolehkan kekayaan negara dapat diagihkan kepada rakyat dengan saksama mengikut keperluan seperti pembinaan sekolah, hospital, jalanraya, bekalan elektrik dan air, pemberian bantuan dan sebagainya. 


Manakala, jika mengambil kira cadangan manifesto PR, defisit dijangka meningkat kepada 11.5% KDNK (RM114.9 bilion) dan hutang dijangka meningkat kepada 62.1% KDNK. Tambahan pula, Kerajaan akan mengalami defisit semasa iaitu hasil tidak mencukupi untuk membiayai belanja mengurus.


 4 Teras yang dijanjikan iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat adalah kenyataan secara umum. Cadangan langkah-langkah yang diperkenalkan juga adalah dibuat dengan ambil mudah (simplified) serta tidak munasabah tanpa mengambil kira kesan kepada ekonomi secara keseluruhan dan kedudukan kewangan Negara.


Manifesto ini juga tidak mengambilkira implikasi kepada kedudukan kewangan Kerajaan dan kesan herotan pasaran (market distortion) ke atas ekonomi negara. Ekonomi negara yang berkembang kukuh dengan pertumbuhan yang tinggi dapat memberi kesan pengganda (multiplier effect) yang lebih besar seterusnya meningkatkan keuntungan kepada semua. Sebaliknya, manifesto 


PR akan menyebabkan rencatan dan pengucupan kepada ekonomi seterusnya mendatangkan kesan sistemik dimana penarafan negara akan jatuh, kadar pengangguran meningkat, jumlah pelaburan lansung asing berkurangan dan kesejahteraan rakyat terjejas.


Di samping itu, cadangan manifesto ini juga akan meningkatkan lagi pemberian subsidi secara pukal dan tidak bersasar (targeted) seterusnya meluaskan jurang pendapatan rakyat. Contohnya, cadangan penghapusan tol dan PTPTN; penurunan tarif elektrik dan harga petrol; pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi; pemberian bonus tahunan warga emas dan gaji minimum yang lebih tinggi yang tidak dapat diserap oleh syarikat terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).


Seperti yang dinyatakan, cadangan manifesto PR adalah dibiayai melalui penjimatan sebanyak 24%. Walau bagaimanapun, penjimatan 24% ini adalah tidak berasas dan tiada maklumat terperinci menyokong angka ini. Tambahan pula, adalah tidak

munasabah mengguna pakai kadar 24% bagi keseluruhan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan kerana Bajet Kerajaan 

Persekutuan (mengurus dan pembangunan) mempunyai pelbagai kategori dan sektor seperti sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pertahanan serta pentadbiran am. Sesetengah peruntukan pula adalah dibawah Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dikurangkan. Disamping itu, Kerajaan Persekutuan juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan berat berbanding Kerajaan negeri.

 Apabila PR membandingkan penjimatan pembelanjaan di negeri dengan pembelanjaan di peringkat negara, ini menunjukkan PR tiada akauntabiliti dan mengambil mudah semua perkara memandangkan perbandingan antara kedua-duanya adalah tidak setara. Perkiraan sebegini adalah tidak tepat dan mengelirukan. Justeru itu, penjimatan yang didakwa oleh PR iaitu sebanyak RM49.5 bilion bagi membiayai cadangan manifesto adalah tidak munasabah. Ini berikutan cadangan manifesto PR akan meningkatkan perbelanjaan (RM59.4 bilion) malah kehilangan hasil (RM13.5 bilion) dan seterusnya akan meningkatkan defisit ke paras yang lebih tinggi. Disamping itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meningkatkan perbelanjaan bagi melaksanakan program dan projek (OE&DE) di negeri Selangor daripada RM9.5 bilion pada tahun 2006 kepada RM16.1 bilion pada tahun 2011. Peruntukan ini jauh melebihi perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kerajaan Selangor yang hanya berjumlah RM1.4 bilion dan RM500.3 juta pada tahun 2011.

Kesimpulannya, Manifesto PR adalah tidak realistik dan sukar dilaksanakan selepas mengambil kira implikasi kewangan dan kesan ke atas ekonomi dan sosio rakyat. Langkah-langkah yang dicadangkan juga adalah tidak praktikal dan akan meningkatkan defisit kepada paras yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan Kerajaan terjerumus ke dalam krisis hutang seterusnya menjejaskan pelaburan asing dan pertumbuhan ekonomi yang lembab serta pengangguran.