Showing posts with label Syed Hamid Albar. Show all posts
Showing posts with label Syed Hamid Albar. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

TURUN HARGA LESEN PSV


Kemalangan jalanraya yang melibatkan bas semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini, perkara ini memungkin kerajaan memikirkan sesuatu perlu dilaksanakan dengan segera. 

Justeru itu kerajaan bertindak untuk meneliti serta menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV). Perkara yang difikirkan termasuklah dalam aspek harga dan kaedah kelulusannya. 

Ini merupakan satu lagi penambahbaikan yang diusahakan kerajaan bagi menangani permasalah ini. Sebelum ini lesen ini agar sukar diperolehi dan agak mahal, jadi tidak ramai kapten bas yang memperolehinya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu.

“Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka.

“Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar.

Thursday, January 5, 2017

SPAD PANDANG SERIUS TRAGEDI JALAN RAYA



Nahas kemalangan bukanlah sesuatu yang dipinta atau ditunggu-tunggu. Namun ianya perlu dicegah dari terus berlaku. Kerap kali apabila berlaku kemalangan yang meragut ramai nyawa, kerajaan sering dipersalahkan. Di dalam media sosial pelbagai cadangan dan kecaman yang ditujukan kepada kerajaan oleh natizen. 

Kerajaan mengambil sikap pro-aktif dan memandang serius terhadap tragedi jalan raya yang berlaku, tidak kiralah samaada kemalangan itu kecil atau besar. Setiap kali kemalangan berlaku ianya memberi kesan kepada besar kepada negara. 

Dalam tempoh 10 tahun antara tahun 2004 hingga 2013 sahaja, kerajaan telah mengalami kerugian sebanyak RM79 bilion ekoran kes kematian akibat kemalangan jalan raya. Semakin tinggi jumlah kematian, semakin banyak kerugian yang akan ditanggung negara dalam pelbagai sektor. Oleh itu kerajaan komited untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sehingga 50 peratus menjelang 2020. 

Berhubung dengan tragedi bas 24 Disember lalu, di Pagoh, kerajaan telah menjalankan siasatan terperinci melalui Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi mengenalpasti punca nahas tersebut. Siasatan ini juga dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan lain dibawah kuasa masing-masing seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis dan JPJ. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkata, SPAD  akan menubuhkan Makmal Bas yang bertujuan memberi tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas. 



UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA 

PUTRAJAYA, 4 Januari 2017- Kerajaan memandang serius terhadap sebarang tragedi jalan raya yang berlaku tanpa mengira sama ada kemalangan tersebut adalah kecil atau pun besar. 

Berhubung tragedi bas ekspres yang berlaku di Pagoh, 24 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy berkata siasatan terperinci telah di mulakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi mengenalpasti punca nahas tersebut dengan bantuan agensi-agensi Kerajaan lain yang turut melakukan siasatan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan Makmal Bas yang akan memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas. Di antara lainnya makmal tersebut akan mengambil kira model perniagaan, cara-cara menangani kekurangan pemandu, usul-usul bagi memperbaiki kebajikan pemandu, pendekatan teknologi, polisi dan syarat-syarat pelesenan serta  peningkatan mutu terminal dan infrastruktur.

Makmal Bas itu akan dilaksanakan pada bulan hadapan dan akan melibatkan penglibatan serta pandangan pihak berkepentingan di dalam industri termasuk orang awam daripada seluruh Semenanjung Malaysia. 
  
Beliau turut menggesa wakil media dan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan yang akan menentukan tindakan seterusnya.

“Kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan akan terus bekerjasama dengan pengendali bas ekspres, persatuan-persatuan, agensi dan pemegang kepentingan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas ekspres serta keselamatan penumpang”, tambah Datuk Seri Hajah Nancy lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada semua syarikat bas ekspres agar memberikan keutamaan kepada semua aspek keselamatan pemanduan dan keselamatan penumpang. Ini termasuklah melakukan pemeriksaan terhadap keadaan pemandu sebelum memulakan perjalanan lebih-lebih lagi menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Saya telah mengarahkan SPAD untuk menggandakan audit berasaskan risiko (risk based auditing) ke atas pengendali-pengendali bas ekspres bagi memastikan pematuhan ke atas Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) dilaksanakan demi keselamatan penumpang.

Menurut beliau, ICOP Keselamatan SPAD secara jelas telah mempertanggungjawabkan pengendali bas ekspres untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Malah, pekeliling berkenaan turut menitikberatkan aspek pematuhan kepada had kelajuan yang merupakan salah satu agenda keselamatan yang paling kritikal dan harus dipantau oleh pengendali setiap masa.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat pengendali bas ekspres yang boleh dijadikan contoh bagi meningkatkan tahap prestasi industri berdasarkan rekod perkhidmatan dan keselamatan yang cemerlang. Selain daripada ICOP Keselamatan, adalah menjadi tanggungjawab bersama agensi-agensi Kerajaan berkaitan untuk terus bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keselamatan industri bas ekspres.

Datuk Seri Hajah Nancy turut menambah, orang ramai serta penumpang bas ekspres juga boleh membantu mengelak berlakunya insiden tidak diingini dengan membuat aduan menerusi nombor hotline 24 jam SPAD (1-800-88-7723) atau emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD sekiranya mendapati pengendali bas tidak mematuhi undang-undang serta keadaan pemandu yang membimbangkan. Malah penumpang juga boleh terus membuat aduan ketika dalam perjalanan sekiranya mendapati pemanduan adalah tidak selamat agar pihak SPAD dapat terus membuat tindakan segera.

Monday, December 19, 2016

KOS SEBENAR MRT RM100 BILION, RAFIZI RAMLI



Tidak pernah serik langsung. Tak tau erti dosa dan pahala. Hidup macam orang tak ada pendidikan agama. Penulis merujuk kepada Rafizi yang di mulutnya sentiasa melafazkan kata-kata fitnah dan dusta. 

Siapa yang tidak pernah kenal Rafizi, hasil dari Fitnahnya kepada NFC, usaha yang baik untuk umat Islam bagi memnuhi industri daging halal  musnah. Inilah Rafizi, penfitnah akhir zaman ini. 

Belum puas dengan itu,baru-baru ini Rafizi sekali lagi menfitnah MRT kononnya kos projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang berjumlah RM21 bilion hanya untuk fasa pertama projek, padahal dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kos tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51 kilometer.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menafikan dakwaan Rafizi, MRT Corp. berkata,  jumlah RM21 bilion tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51.

Sebelum ini Rafizi pernah berkata, kos MRT ini akan mencecah RM100 bilion, namun akhirnya tertelan sendiri fitnahnya apabila Perdana Menteri mengumumkan kosnya. 

Niat jahat Rafizi untuk melihat projek MRT ini gagal tidak berjaya. Dia dan rakan-rakan pembangkang lain kecewa apabila rakyat menerima baik projek yang bakal memberi impak positif terhadap perkembangan ekonomi negera.

Dibawah adalah petikan dari fitnah yang Rafizi katakan dalam suara keadilan : 

KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu, kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan betul.



Nampaknya Rafizi tidak pernah serik dan insaf terhadap fitnah-fitnah yang dilakukannya. Di harap pihak berkuasa bertindak terhadap fitnahnya yanng tidak pernah habis. 











Sunday, July 17, 2016

INSIDEN BAS EXPRESS: SPAD TETAP AMBIL TINDAKAN



Saban tahun bas express menjadi tumpuan utama rakyat negara ini pulang ke kampung pada setiap kali musim perayaan. Walaupun sudah ada pelbagai jenis pengankutan awam dalam negara namun bas express tetap menjadi pilihan rakyat kerana kosnya lebih murah.

Namun begitu insiden kemalangan sering berlaku melibatkan bas express saban tahun. Ini yang merungsingkan kerajaan dan pihak berkuasa. 

Baru-baru ini seorang pemandu bas express telah melanggar kenderaan awam di KM265.8 lebuh raya utara selatan (PLUS) arah selatan. Insiden ini telah menjadi berita hangat di seluruh negara. 

Pemandu bas tersebut ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. Hasil siasatan polis, pemandu tersebut didapati mempunyai sembilan saman tertunggak dengan pelbagai kesalahan sejak 2011 hingga 2015. Syarikat bas terbabit juga mempunyai 63 saman tertunggak dengan pelbagai kesalahan mengikut seksyen 42(1) Akta pengangkutan jalan 1987. 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha dan pemandu bas yang terlibat dalam kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan.

Walaupun begitu, apabila berlaku kemalangan polis akan menjalankan siasatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti apa tindakan undang-undang yang perlu diambil. 

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata , SPAD akan membiarkan pihak polis terlebih dahulu menjalankan siasatan me­ngenal pasti sama ada ia disiasat di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Pengangkutan Jalan.

Menurutnya lagi, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan mengenal pasti punca kegagalan kenderaan tersebut dan mencari punca sebenar bagaimana kemalangan itu terjadi. JPJ turut akan menyiasat pemandu tersebut dan lesen memandu kenderaan awam  PSV.

Peranan SPAD pula adalah meneliti semula laporan siasatan dari kesemua agensi-agensi tersebut bagi mengkaji apa tindakan yang boelh dikenakan kepada pemandu dan syarikat bas tersebut samaada perlu mengantung lesen syarikat bas tersebut.


“Seterusnya baharu peranan SPAD yang akan meneliti terlebih dahulu siasatan daripada agensi-agensi berkaitan bagi memboleh­kan tindakan menggantung le­sen syarikat bas ekspres diambil.


“Walau bagaimanapun, ia perlu melalui proses undang-undang terlebih dahulu bermula dengan memberi notis amaran. Memang akan berlaku kelewatan dalam proses ini dan ia sesuatu yang normal seperti kes jenayah lain.


“Misalnya, apabila seseorang itu dituduh membunuh, tindakan hanya boleh diambil selepas me­la­lui proses siasatan, dakwaan dan mahkamah akan menilai bukti-bukti sebelum keputusan dikenakan terhadap pesalah,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai kesalah­an pelanggaran Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.


Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah dan Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad.


Mengulas lanjut Syed Hamid memberitahu, atas sebab itu tindakan menggantung lesen dan permit bas ekspres, QisTina Express Sdn. Bhd. berkuat kuasa hari ini selepas hasil proses audit sejak dua hari lalu mendapati sistem pengesanan global (GPS) kesemua bas syarikat itu tidak berfungsi.

Tuesday, December 15, 2015

PM UMUM PEMBERIAN DISKAUN BAGI PENGGUNA ERL DAN KTMB



Pembangkang sebenarnya tidak suka kepada diskaun Pengangkutan Awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Ini kerana mereka mahu rakyat terus rasa marah dan benci kepada kerajaan.
Apabila rasa marah ini memuncak, mulalah mereka me masukkan jarum kebencian dan permusuhan.


Inilah mondus operandi mereka sejak dahulu lagi, iaitu menanam rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Oleh itu sebagai rakyat saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah mengumumkan pemberian diskaun untuk perkhidmatan Express Rail Link (ERL)  dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Antara diskaun yang diumumkan ialah:

1- pelajar yang mengunakan kad Siswa 1 Malaysia mendapat diskaun  30 peratus untuk perkhidmatan ERL Transit. Warga emas dan OKU juga mendapat diskaun yang sama.

2- bagi Pengguna awam sektor Putrajaya ERL juga telah bersetuju mengurangkan kenaikan harga pas bulanan.

3- KTMB pula memberi diskaun 50 peratus kepada pelajar berusia tujuh hingga 18 tahun termasuk pelajar universiti dengan menunjukan kad pelajar.

Terima kasih kerajaan.

Monday, December 14, 2015

PERJANJIAN LAMA PUNCA KENAIKAN TAMBANG ERL



Kenaikan tambang Express Rail Link (ERL) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjadi topik hangat sepanjang minggu ini sehinggakan isu ini bagaikan menjadi agenda utama Persidangan Agung UMNO tahun ini walaupun kita tahu pergeseran Presiden dan Timbalan Presiden merupakan isu yang dinanti-nantikan kesudahannya.


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebenarnya kerajaan  terpaksa meluluskan kenaikan tambang ini setelah hampir 14 tahun menangguh kenaikan tambang pengangkutan awam tersebut. 

Antara sebab utama punca kenaikan itu ialah perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1997,"long term concession" dimana dalam perjanjian yang dikuasai oleh syarikat YTL telah menetapkan bahawa  setiap 5 tahun kadar tambang akan dinaikan.

Walaubagaimana pun sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, kenaikan itu telah ditangguhkan  selama 14 tahun. 


Namun ada harga yang perlu kerajaan bayar. Kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM2.9 bilion ekoran perjanjian yang beliau sifatkan berat sebelah. Perjanjian yang panjang ini merupakan satu masalah legasi yang terpaksa kerajaan tanggung daripada kepimpinan terdahulu.


Saya tahu rakyat marah sebab tambang ERL naik dari RM35 kepada RM55, tapi ramai tak tahu perjanjian ini ditandatangani sejak 1997 lagi, bukan setahun dua ini, ianya  merupakan  ‘long term consession’ dalam aggreement tu, syarikat YTL yang kuasai, yang saya sifatkan sebagai berat sebelah,

“Sebab itu kita terpaksa (naikkan) RM55, kalau tidak kita parah, RM2.9 bilion, kita berunding semula, kena sambung lagi perjanjian selama 30 tahun,” katanya.

Demi menjaga kepentingan rakyat ekoran keluhan tentang kenaikan tambang ERL dan KTMB, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa langkah drastik antaranya :

1- Pelajar yang mengunakan kad Siswa 1 Malaysia mendapat diskaun  30 peratus untuk perkhidmatan ERL Transit. Warga emas dan OKU juga mendapat diskaun yang sama.

2- Bagi Pengguna awam sektor Putrajaya ERL juga telah bersetuju mengurangkan kenaikan harga pas bulanan.

3- KTMB pula memberi diskaun 50 peratus kepada pelajar berusia tujuh hingga 18 tahun termasuk pelajar universiti dengan menunjukan kad pelajar. 

Oleh itu sebagai rakyat saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan  Perdana Menteri kerana telah mengumumkan pemberian diskaun untuk perkhidmatan Express Rail Link (ERL)  dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).