Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Saturday, May 6, 2017

RASUAH, PEMIMPIN POLITIK PUN TAK AKAN TERLEPAS - SPRM






Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan akan tetap meng­heret pemimpin yang terlibat de­ngan rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan walaupun selepas mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan parti-parti politik agar tidak meletakkan ca­lon yang mempunyai latar belakang tidak bersih kerana pihak­nya pasti akan bertindak selepas pilihan raya nanti.

“Sebelum pilihan raya, bukan­ tanggungjawab SPRM untuk menyiasat calon melainkan kita di­min­ta berbuat demikian tetapi se­lepas calon dipilih, saya akan memastikan mereka yang mempunyai rekod ini disiasat.


“Tindakan SPRM ini tidak me­ngira parti politik kerana mereka dilantik sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin tidak boleh mengkhianati rakyat,” kata­nya semasa pertemuan dengan Ketua-ketua Pengarang Syarikat Media Tempatan dalam Program Kaukus Khas Media Antirasuah di sini hari ini.

Dzulkifli memberitahu, SPRM juga telah memulakan siasatan kes melibatkan ahli-ahli politik termasuk kes berprofil tinggi, namun perkara itu tidak akan didedahkan dahulu kerana tidak mahu pihaknya diheret dalam kancah pilihan raya.

“Saya mahu SPRM menjadi sebuah badan yang dihormati, di­segani dan agensi terbaik dalam membanteras rasuah,” katanya sambil menegaskan SPRM bukan jentera atau alat kerajaan.

Dalam pada itu, Dzulkifli menjelaskan, walaupun matlamat SPRM adalah menghapuskan ra­suah tetapi ia mempunyai pelbagai kekangan termasuk keku­rangan anggota dan peruntukan.

Ujarnya, hanya terdapat 1,900 pegawai penguat kuasa beruniform dalam SPRM sedangkan terdapat 1.6 juta penjawat awam untuk diawasi.

“SPRM juga menerima jumlah peruntukan yang terendah pada tahun ini sejak 2013,” katanya.

Mengulas mengenai isu rasuah­ yang lain, Dzulkifli berkata, langkah tegas perlu diambil bagi men­gelak pembolosan dan penyeludupan di sempadan yang menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit, selain berlaku ketirisan wang kerajaan yang di­sebabkan salah laku pegawai.

“Terdapat pegawai penguat kuasa yang dibayar sehingga RM5 juta sebulan bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap sindiket yang terlibat dalam kegiatan haram seperti judi dan pelacuran,” dedahnya.




Friday, March 3, 2017

28 MAKLUMAT KASTAM SELANGOR DALAM GENGAMAN SPRM





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menerima kira-kira 28 maklumat berkaitan ra­suah membabitkan pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri itu bagi tempoh lima tahun bermula 2011.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, kebanyakan maklumat diterima membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia 2009, iaitu menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil sebarang tindakan.

“Oleh itu, kita berharap JKDM Selangor dapat memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghadapi masalah ini.

“Selain agensi penguatkuasaan seperti JKDM, dua lagi sektor yang diberi fokus dan berada di bawah radar SPRM adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan pengawal seperti syarikat milik kerajaan.

“Maklumat yang diterima akan dipantau dari semasa ke semasa dan laporannya dihantar terus kepada Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya,” katanya dalam sidang akhbar majlis Ikrar Bebas Rasuah JKDM Selangor di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, lebih 300 orang terdiri daripada ketua bahagian, ketua cawangan dan pegawai serta kakitangan JKDM Selangor mengangkat ikrar akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan secara telus dan menjauhi rasuah.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) Kastam Malaysia, Datuk Zulkifli Yahya dan Pengarah JKDM Selangor, Datuk Sarip Ismail.


Tuesday, November 15, 2016

TEKAD PERANGI JENAYAH RASUAH



Ketua Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad bertekad untuk terus menggempur dan memerangi perasuah ser­ta salah guna kuasa tanpa me­ngira siapa, apa kedu­dukan mereka serta pangkat.

Beliau menerusi ‘Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia’ yang dititipkan sempena 100 hari berkhid­mat sebagai Ke­tua Pesuruhjaya SPRM, mengingatkan semua pihak termasuk ahli politik, penjawat awam, penguat kuasa undang-undang dan badan kehakiman menjauhi amalan rasuah dan salah guna kuasa atau berdepan tindakan badan penguat kuasa itu.
Sambil menyifatkan pelaku ra­su­ah sebagai pengkhianat bangsa, katanya, anggota penguat kuasa tidak sesekali gentar terhadap ku­asa atau pengaruh dalam menja­lankan amanah memerangi kegiatan tersebut secara habis-habisan.

“Buat mereka yang masih mabuk dan lemas dalam suapan de­ngarkan a­ma­ran ini, hentikanlah segala pengkhianatan yang berumbikan ra­suah dan salah guna kuasa. Tunduk dan menyerahlah. Jangan terus mendabik dada kerana nanti anda mungkin rebah ditimpa bala.

“Awaslah api per­juangan ini sema­kin hangat membara. Gendang­ tempur­nya semakin lantang­ ber­gema, gegak gempita menggegar ang­kasa. Biar gugur melayang nya­wa mempertahankan nu­sa, pas­tiku rempuh si durjana pengkhi­anat bangsa,” katanya ketika menyampai­kan warkah tersebut sempena perhimpunan Majlis 100 Hari Ke­tua Pesuruhjaya SPRM .

Tegasnya, walaupun perjuangan memerangi rasuah dan salah guna kuasa adalah getir dan menakutkan, anggota suruhanjaya itu akan terus mengekalkan iltizam walaupun ada ketikanya nyawa menjadi taruhan manakala badan kehakiman perlu menjadi benteng kukuh kepada rakyat dalam mencari keadilan dengan berani menjatuhkan hukuman ke atas mereka yang melakukan kesalahan.

“Buat para hakim, adililah hukum dengan iman dan keberanian. Hukumlah mereka yang masih tegar dan hanyut melakukan rasu­ah dan salah guna kuasa tanpa rasa gentar, demi teladan mereka di luar sana,” katanya.

Kepada ahli politik dan pemim­pin masyarakat pula, beliau me­minta mereka melaksanakan a­manah dan memperjuangkan na­sib rakyat yang mahukan pembe­laan, bukannya ‘membuai’ rakyat dengan janji indah sedangkan pada masa sama rakus meragut habuan.a

Thursday, June 23, 2016

CERITA DONGENG DI NEGARA UTHOPIA


Rasuah di negara Gohead Gostan dah sampai ditahap yang parah. Disana rumah persendirian pun dibuat tempat pelacuran.

Apabila Pak Polisi dinegara berkenaan buat tangkapan dan tangkap pelacur warga asing, datang lah pula taukeh masuk dalam sembang-sembang, tepuk-tepuk sikit, setle.

Anak buah bukan main penat siang malam pantau jenayah, senang-senang je diorang lepaskan.

Nasib baik dinegara kita Polisnya berdedikasi, teguh integriti dan amanah.
Kesian Kerajaan di negara Gohead Gostan, kakitangan awamnya pengkhianat, pembangkangnya pula macam haram.

Bersyukurlah kita tinggal di Malaysia.

Wednesday, May 25, 2016

APABILA RAFIZI "BERSABDA"


Exco PAS patut keluar tinggalkan kerajaan Selangor jika Rafizi dapat membuktikan Kerajaan Negeri ada mengamalkan rasuah dalam bentuk wang atau pun wanita.
Saya menunggu-nunggu juga pentaksub Rafizi ni, dulu mereka kata Rafizi bagus mendedahkan segala penyelewengan. Sekarang bila Rafizi dedahkan penyelewengan MB, dimanakah suara-suara sumbang Pentaksub Sabda Rafizi ?


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PKR, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.
"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam semalam.


Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat

Wednesday, January 13, 2016

KERJASAMA MCA SPRM BUKA LEMBARAN BARU


MCA mengorak selangkah kehadapan apabila menandatangi MoU dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan pengunaan modul pencegahan rasuah bagi meningkatkan kesedaran tentang berapa buruknya Jenayah rasuah.

Ini satu langkah terkehadapan kerana MCA satu-satunya parti politik yang berbuat demikian di Malaysia. Tindakan positif ini sewajarnya menjadi contoh kepada lain-lain parti politik yang selalu mencanangkan integriti dan bebas rasuah seperti DAP dan PKR.

MoU ini telah ditandatangani di ibu pejabat MCA di jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chee Mei Fun mewakili bagi pihak parti MCA manakala bagi pihak SPRM pula diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencerahan) SPRM Dato' Sri Haji Mustafar Haji Ali.

Turut hadir dalam Majlis tersebut, Datuk Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA danTimbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah.


Saya yakin masyarakat akan memandang tinggi terhadap usaha MCA dan bertambah yakin dengan barisan kepimpinan MCA. 

Menurut Wee, pekara ini sudah lama dibincangkan denganSPRM dan dipersetujui oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai. Beliau berharap sekolah Pengajian Politik inj dijadikan tempat untuk mendidik  pemimpin-pemimpin pelapis akan datang yang datang dari akar umbi. 

Wee berharap dengan adanya kursus ini, semua peringkat kepimpinan dapat disuntik dengan elemen anti rasuah. MCA mahu menjelmakan kepimpinan teladan dan menjadi contoh terbaik kepada semua parti politik. 

Bersetuju dengan saranan itu, Mustafar berharap serta mengesa parti-parti politik lain mencontohi transformasi politik yang dilakukan oleh MCA. 

Justeru itu pelbagai inisiatif dan program  dalam perancangan untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat murni ini. Antara langkah awal yang telah dikenalpasti termasuk:

•Meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.

•Penempatan pegawai SPRM di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan serta Agensinya.

•Pertimbangan untuk melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang padat dengan pengguna.

•Pertimbangan untuk menggunakan lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer bagi memudahkan urusan permohonan. 

•Penubuhan Gabungan Pencegahan Rasuah Rantaian Bekalan Logistik (Anti Corruption Logistic Supply Chain Coalition).

•Sesi dialog antara MOT, Jabatan dan Agensi dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengenal pasti punca perkara berhubung tadbir urus dan rasuah.

•Sewajarnya, parti politik yang menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran patut terlebih dahulu memulakan langkah seperti yang dibuat oleh MCA. 

Tidak mungkin keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan dengan mengheret rakyat dijalanan dan menghasut rakyat membenci kerajaan.  

Semoga apa yang dimulakan oleh MCA ini menjadi inspirasi kepada parti-parti politik yang lain.