Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan terbaharu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya mempunyai bukti penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada seorang tokoh rapat dengan pemimpin parti itu, hanya pembohongan semata-mata.
Abdul Hadi sebaliknya berkata, sikap Rafizi itu sekali gus memperlihatkan kejahilannya dalam soal dosa dan pahala.
“Sebagai seorang Islam, itu satu tuduhan yang bohong, 300 peratus bohong. Kita anggap dia jahil, tidak tahu dosa pahala kepada saya. Kesalahan dia dengan saya, saya maafkan kerana dia tak tahu.
“Ada pun dia dengan tuhan, dia kena bertaubat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis sambutan kepulangannya sempena pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, malam ini.
Baru-baru ini, Rafizi dalam satu kenyataan berkata, beliau akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka dapat merujuk kembali kertas siasatan itu.
Rafizi mendakwa mempunyai bukti menunjukkan ada individu yang rapat dengan Pas menerima dana daripada 1MDB dan mendesak Abdul Hadi menjawab persoalan itu.
Sementara itu, kepulangan Abdul Hadi di lapangan terbang malam ini disambut ribuan penyokong Pas. - UTUSAN ONLINE
Isu dan polimik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) menjadi isu hangat sejak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU335 di Dewan Rakyat, pada November tahun lepas, perbiincangan mengenainya dijadualkan pada Mac 2107.
Ekoran dari penentangan keras dari ahli parlimen DAP dan mencabar MCA dan Gerakan, sekutu kuat Barisan Nasional agar menyatakan pendiriannya. Sebenarnya permainan politik kotor DAP ini sudah dapat dibaca awal-awal lagi.
Dalam menangani permainan politik kotor DAP dan sekutu mereka yang cuba menimbulkan keadaan panik bagi rakyat bukan Islam, MCA akan membuat kajian Jawatankuasa Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA akan menyokong RUU 355 ini andai keputusan kajian tersebut tidak memberi implikasi buruk kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.
Menurut beliau lagi, jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan pada Disember tahun lalu itu melibatkan pakar-pakar undang-undang daripada beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan bertujuan mengkaji kesan positif dan negatif perlaksanaan RUU 355.
Rakyat bukan Islam perlu bertenang kerana hasil kajian akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa RUU 355 tidak akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina di negara ini seperti yang difitnahkan oleh ahli parlimen pembangkang.
Hasrat MCA mengambil langkah terperinci dalam isu ini hanyalah bagi memastikan akta akan memberi kesan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Ramai dari kalangan rakyat salah faham berkenaan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkenaan pindaan RUU 355. Beliau berkata, sebenarnya ada salah faham berkenaan pendirian MCA mengenai pakara ini (RUU 355).
Beliau berkata parti itu tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian. Kita tidak boleh menyokong. Bagaimanapun MCA hanya akan menyokong jika ia dibawa oleh kerajaan.
MCA pada masa yang sama turut merasakan RUU berkenaan bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan. "Saya rasa terdapat banyak salah faham, mengatakan bahawa kita menentang rang undang-undang. Kami hanya mahu ia dilaksanakan mengikut perlembagaan."
"Ini penting untuk mengekalkan semangat perlembagaan negara kita. Oleh itu, apabila rang undang-undang yang tidak mengikut semangat perlembagaan, kami berharap ia akan diperbetulkan, "katanya.
Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, telah dilaporkan berkata bahawa parti akan menentang rang undang-undang kerana ia disifatkan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Sebelum pada itu Pardana Menteri, Datuk Seri Najib juga berkata beliau telah menjelaskan kepada parti-parti komponen BN bahawa pindaan RUU berkenaan bukanlah undang-undang hudud. Perdana Menteri juga menjelaskan ia merupakan peningkatan jumlah hukuman tertakluk kepada kesalahan tertentu ianya dalam bidang kuasa mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam sahaja.
Beliau juga berkata bahawa masyarakat Cina amat terganggu dengan rang undang-undang itu yang dilihat untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hukuman hudud bagi kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang Islam.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika ditanya wartawan berkenaan RUU 355 berkata, RUU 355 secara teknikalnya bukanlah undang-undang hudud, kerana untuk melaksanakan hudud memerlukan sokongan 2/3 mejoriti. Beliau menegaskan MCA tidak menentang Islam cuma mahu semua pihak menghormati perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi negara.