Monday, February 26, 2018

KORANG SUKA CIKGU MANA KAT SEKOLAH DULU ?



Jangan ingat artis sahaja yang ada peminat, zaman sekarang dengan adanya teknologi yang hebat sekejap saja anda boleh jadi terkenal. Itulah kuasa teknologi hari ini melalui sosial media. Terpulang samada anda ingin cara positif atau negatif, baik buruk tanggung sendiri.

Begitu juga dengan kerjaya sebagai seorang guru atau Cikgu, anda boleh memilih untuk menjadi guru yang  sayangi, ditakuti, dihormati atau dibenci. Itu semua terpulang kepada pesonaliti dan cara seseorang guru itu membawa diri. 


Biasanya faktor seseorang guru itu diminati atau disayangi murid kerana kekacakan atau kecantikan mereka. Tapi jika cikgu tersebut terlalu garang dan serius memanjang, memang susah juga untuk nak didekati. Jadi pesonaliti seseorang guru itu memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar samada meminati dirinya atau pelajaran yang di ajarnya. 

Ada juga seseorang guru itu diminati kerana teknik penyampaian palajarannya menarik dan unik. Walaupun mata pelajaran itu membosankan kepada sesetengah pelajar seperti matematik, tapi jika penyampaiannya menarik, pelajar tetap akan suka dan minat. 

Contohnya Cikgu Romie yang kini mengajar si SMK Seri Setia, Teluk Intan. Beliau menggunakan kaedah teknologi tekini dalam pembelajarannya yang mana telah menimbulkan minat pelajar dalam matematik. Kita boleh lihat hari-hari klip video pengajarannya di youtube. Ramai juga guru-guru lain yang menggunakan kaedah ini. Sememangnya ianya amat membantu para pelajar untuk mengulangkaji. 

TKC pernah pergi ke satu sekolah menengah semasa perjumpaan guru--guru dengan ibu bapa pelajar yang  ingin mengambil peperiksaan SPM. Guru besarnya disukai oleh murid-murid dan ibu bapa kerana ketegasan dan kebijaksanaannya mengurus dan melaksanakan program setiap program sekolah. Nampak macam garang tetapi sangat mengambil berat terhadap murid-muridnya. Istilahnya kepada murid-murid ialah "Anak  Saya". Baginya murid-muridnya di sekolah adalah anaknya. 

Jadi apabila ibu bapa dengar panggilan ini secara peribadi ibubapa merasakan dia seorang guru yang bertanggungjawab dan tegas. Di depan ibu bapa pun dia bertegas dengan murid-muridnya. Sikapnya ini menimbulkan perasaan hormat dikalangan murid dan ibu bapa pun merasa anaknya selamat. 

Sebenarnya tidak ada satu indikator yang khusus kenapa seseorang Cikgu disukai atau diminati, namun faktor paling mudah untuk kita tentukan ialah sikap prihatinnya dan pesonaliti yang dibawanya.  Walau bagiamana pun guru anda, hormati dan kenanglah jasa mereka. Mereka kadang-kala tidak tidur malam semata-mata memikirkan kejayaan anda di masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment