Tuesday, February 27, 2018

ECRL : KENAPA SELANGOR BELUM BERI KELULUSAN ?



Sebenarnya apa masalah kerajaan Selangor berkenaan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ? Apakah projek ECRL ini akan merugikan kerajaan Selangor atau membantu meningkatkan lagi ekonomi ? Kenapa Selangor masih lagi belum memberi kelulusan permohonan tanah untuk pembangunan projek tersebut ? 


Bagi kelulusan tanah di Sela­ngor, ia perlu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor iaitu kelulusan dasar kerajaan negeri sebelum sebarang projek pembinaan dilaksanakan.

“Kelulusan inilah yang kita masih tunggu dan pada masa ini belum ada apa-apa lagi. Pihak kita juga telah berhubung banyak kali termasuk di peringkat ter­tinggi dan kami masih berusaha supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada media dalam lawatan ke tapak projek ECRL di Bentong, Pahang minggu lalu.

Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer akan menghubungkan ne­geri-negeri pantai timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik me­lalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 kilometer (km) dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

Di bawah pembinaan fasa per­­tama, jajaran tersebut akan menghubungkan kesemua pusat bandar utama di pantai timur dan mempunyai 12 stesen penum­pang, tiga stesen kargo, tujuh stesen penumpang dan kargo.


Pembangunan fasa kedua pula melibatkan sambungan fasa pertama di Kelantan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor dan Selangor dari Gombak-Serendah-Jalan Kastam (Pelabuhan Klang) dengan jajaran utama sepanjang 102.3 km dan jajaran sisihan sepanjang 4.5 km dengan dua stesen penum­pang dan dua stesen penumpang dan kargo.

Pengumuman pembinaan ini nyata cukup melegakan warga pantai Timur kerana selain daripada pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, projek ECRL ini akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi di sepanjang laluannya. Malah, ianya sekaligus mempercepatkan perjalanan dari Kelantan ke ibu kota berbanding menggunakan keretapi mel biasa.

Namun di saat ramai pihak menyambut baik usaha yang digerakkan kerajaan ini, siapa sangka pembinaan ECRL ini mungkin akan terjejas disebabkan keegoan kerajaan Selangor yang masih belum memberi kelulusan terhadap pembinaan projek berkenaan di Selangor.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia hari ini, Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri itu masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Keadaan ini menyaksikan pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap pembinaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang mana pembinaan bagi sektor di negeri Selangor akan tertangguh selagi mana kerajaan negeri masih enggan memberikan kelulusan untuk melaksanakan pembinaan di sepanjang laluan di negeri Selangor.

Apa yang disesalkan adalah, projek ini adalah projek kepada rakyat daripada kerajaan pusat dan ianya kelihatan seperti kerajaan Selangor sengaja melenggah-lenggahkan keputusan kelulusan berkenaan. Adakah ianya melibatkan pergeseran politik sehingga memaksa sektor di negeri Selangor tertangguh pembinaannya?


Apa yang diharapkan adalah, segala polemik penangguhan disebabkan kegagalan pihak kerajaan negeri memberi kelulusan pembinaan ini dapat dihentikan segera. Usah disebabkan kedegilan sebuah kerajaan negeri, segala usaha yang diamanahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dari kerajaan pusat, tertangguh dan sekaligus menyusahkan rakyat.

No comments:

Post a Comment