Sunday, February 18, 2018

PEMIMPIN MCA LEBIH PATRIOTIK




Sejak di bangku sekolah lagi penulis bersekolah di sekolah Kebangsaan yang campur semua bangsa, Melayu, Cina, India, Siam dan lain bangsa. Kami semasa kecil tidak kenal ras atau bangsa. Kami berkawan, bergaduh dan kembali berkawan bersama-sama seperti satu keluarga. 


Semasa menyambut perayaan samada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru China atau Deeppavali penulis dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang bersama-sama meraikan bersama dengan mengunjungi rumah rakan-rakan. Lagi pun jiran-jiran bukan Islam menyediakan khas makanan halal untuk kami. 


Seronok jika ingat zaman kanak-kanak. Zaman dimana tiada hasutan, tiada perasaan benci dan adu domba. Semua kaum dapat hidup aman dalam satu kampung. Itulah saat manis dan indah yang penulis masih ingat semasa di tinggal di kampung. 


Namun kemurnian dan nikmat hidup bermasyarakat di uji dan telah dicemari dengan agenda jahat cauvinis DAP yang begitu angkuh, biadap dan mementingkan diri sendiri. DAP tidak boleh dirujuk sebagai parti yang membawa agenda sesuatu kaum. DAP merupakan satu parti yang membawa agenda sekumpulan manusia yang mementingkan keuntungan sendiri. 


Tidak pernah satu tempat yang mereka lewati tidak berlaku perpecahan. Jika ditanya pernahkah pemimpin DAP hidup bersama-sama masyarakat kampung yang miskin, jawapan sudah tentu tidak ! tidak ada dalam agenda mereka untuk penduduk diluar bandar. Isu yang selalu mereka bangkitkan ialah Hak Kaum Bumiputra kononnya tidak adil dan berat sebelah.


Isu ini dimainkan di hadapan orang-orang Cina bagi membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap keistimewaan orang Melayu. Sedangkan keisitimewaan ini langsung tidak mencuit hak-hak kaum lain yang menjadi warganegara Malaysia. 


Semua kaum di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka tidak pernah langsung mempersoalkan sedikit keistimewaan yang ada pada orang Melayu dan bumiputra yang lain. Tidak pernah sehinggalah datangnya penghasut PAP dan anak didiknya DAP menyertai Malaysia. 


Walaupun dalam suasana perayaan Tahun Baru Cina ini pun pemimpin cauvinis DAP memainkan sentimen perpecahan. Pemimpin cauvinis DAP penuh belagak, sombong dan angkuh menghina pemimpin MCA dengan menyatakan "MCA leader slain, Kit Siang hails DAP triumph in battle of CNY video". 


Kit Siang begitu angkuh kerana merasakan DAP telah kalahkan MCA dalam video Chinese News Year yang ditularkan. Bagi DAP kekuatan mereka hanya ada pada kaum cina. DAP tidak langsung menjaga hati orang Melayu seolah-olah mereka boleh menang tanpa orang Melayu.  


Lim kit Siang tidak pernah peduli semua itu, mengikut logiknya Video CNY DAP lebih 8,411 kali lebih dari MCA pada nya satu bukti kononnya DAP masih lagi menjadi pilihan kaum Cina. Dengan angkuhnya dia mengistiharkan " Pemimpin MCA telah kalah". 


Kita sedar kuasa media juga penting dalam menentukan kemenangan sesuatu kempen, tapi dalam pada itu kita perlu sedar bahawa betapa banyaknya segala penipuan yang dibuat atas nama media. 

DAP hanya memandang dengan sedikit kelebihan atau seperti yang mereka ungkapkan "kemenangan" dalam video CNY melebihi video MCA. Mereka terlupa posisi undi di Malaysia tidak hanya kepada sesuatu kaum. Di Malaysia kita ada kaum Melayu sebagai mejoriti, Cina, India dan lain-lain kaum. 

Apakah DAP mahu mengenepikan undi mereka ? Tahukah DAP bahawa tanpa undi dari kaum-kaum lain mereka tidak akan berjaya berkuasa seperti hari. Begitu sekali mereka memperlecehkan kaum lain terutama orang Melayu. 

Tidak hairanlah orang Melayu dan lain-lain kaum memandang DAP seperti musuh, bukan salah mana-mana kaum....tetapi salah DAP yang tidak menghormati hak-hak mereka sebagai pengundi. 


Sejak DAP berkawan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir yang mempunyai masalah dengan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib, DAP sudah merasakan akan kemenangan sudah berada dipihaknya. Sebab itulah DAP tidak sangsi dengan penyokong-penyokong Tun akan memberi undi Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 


Sebenarnya DAP tersilap, ramai dikalangan pemimpin DAP dan penyokong DAP sangat membenci bekas Perdana Menteri keempat itu. Jika DAP rasa orang Melayu akan menyokong mereka, DAP sebenarnya bermain dengan api yang bila-bila masa boleh membakar diri mereka sendiri. Siapa yang pernah lupa cacian Tun Mahathir kepada DAP sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun ? 


Berbanding dengan sokongan orang Melayu kepada pemimpin MCA, jelas...kebanyakkan orang Melayu lebih mudah memberi undi kepada MCA dibawah payung Barisan Nasional kerana bagi mereka pemimpin MCA lebih dilihat patriotik dan setia kepada Negara berbanding pemimpin DAP dan Pakatan yang dilihat banyak menemui pemimpin musuh negara.


Pemimpin MCA dilihat lebih mesra dengan rakyat dan sentiasa suka membantu samaada mereka dipilih atau tidak dikawasan tersebut. Ini jelas menunjukkan betapa MCA sentiasa iklhas membantu rakyat tanpa mengira siapa mereka. 


Tidak seperti DAP yang suka menaguk di air yang keruh. Setiap kali terjadi konflik antara orang Melayu DAP akan datang menambah minyak dalam api. Pada DAP perbalahan antara orang Melayu merupakan satu keuntungan politik kepada mereka. Sebab itulah mereka menerima Tun Mahathir yang selama ini menentang DAP selama ia berkuasa. 

DAP PARTI CAUVINIS YANG BAHAYA KEPADA PERPADUAN NEGARA 

No comments:

Post a Comment