Thursday, March 8, 2018

TREM PERTAMA BAKAL DIPERKENALKAN 3 TAHUN LAGI




Dalam memastikan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang lebih mudah, murah dan selesa, SPAD merancang untuk menambahbaik sistem pengangkutan bagi awam bagi kemudahan rakyat. 

Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang bakal menikmati sistem pengangkutan yang lebih moden dan canggih. Sistem pengangkutan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan trem yang mana ia dijangkakan akan mengambil masa tiga tahun dari sekarang. 

Apa yang menarik kos pembinaannya lebih murah berbanding perkhidmatan monorel iaitu kurang 30 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata SPAD akan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) kepada kerajaan.

Menurutnya lagi sistem trem ini lebih cekap dan mesra alam dan lebih murah kosnya. Sudah tentu ini akan lebih menguntungkan banyak pihak terutama kerajaan dan rakyat. 

Pengangkutan awam di Putrajaya khususnya perlu dibuat penambahbaikan apatah lagi ianya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. 


Semua itu antara perancangan yang akan dibuat bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di Putrajaya supaya pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu memiliki hab pengangkutan awam darat bersepadu pada masa akan datang.

Salah satu ciri yang menarik trem yang bakal digunakan ini adalah ianya jenis yang baru, moden dan lebih senyap daripada yang biasa kita lihat di Amerika, China, Taiwan dan Eropah. 


Katanya fasa pertama tram berkenaan sejauh 53 kilometer akan meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Sistem itu akan bersalinghubung dengan sistem LRT, MRT, Monorel, ERL dan HSR.

Mohd Azharuddin berkata demikian selepas sesi taklimat kepada media mengenai Laporan Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2017 di Kuala Lumpur, Selasa.

Azhar berkata, selepas mendapat RFP, SPAD akan membentangkan kertas projek itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Wednesday, March 7, 2018

AIR DI SELANGOR MAKIN PARAH



Sudah jatuh ditimpa tangga, inilah yang boleh digambarkan kepada masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang dan Selangor. Rakyat Selangor terutama mereka yang mengalami gangguan bekalan air bertambah parah apabila Sistem Mampatan Udara di Logi Rawatan Air SSP3 pecah. 

Kejadian ini juga telah menyebabkan kecederaan kepada kakitangan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span). Ada kemungkinan gangguan bekalan air ini melarat lebih dari dua  minggi seperti tempoh yang tetapkan. 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataan pada malam ini memberitahu kerja-kerja pembaikan di SSP3 sudah siap dilakukan sebelum pukul 5 petang, tetapi Sistem Mampatan Udara itu tiba-tiba pecah semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji dibuat.

"Ketika kejadian pihak SPAN dan pegawai-pegawai Splash berada di tapak. Kejadian itu menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan yang bertugas di tapak dan pihak Splash telah memaklumkan kepada pihak SPAN dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh).

"Susulan daripada insiden tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan akan tersasar dari jadual asal seperti yang dimaklumkan pada notis hebahan media sebelum ini," jelas Syabas.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan yang sama, Syabas memaklumkan, pihaknya akan memaklumkan status pemulihan terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa dan akan bekerjasama dengan pihak Splash bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

"Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan yang terjejas dan Pusat Khidmat Setempat kami akan beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan pulih," ujar kenyataan itu lagi. - 



Monday, March 5, 2018

LUNYAI GUAN ENG DI LANYAK WEE KA SIONG




Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang lunyai dilanyak dan disesah oleh Datuk Seri Wee Ka Siong. Guan Eng bolehlah di ibaratkan sudah terkena pukulan TKO tapi masih lagi dihentam sampai lembek. 

Ini berikutan satu lagi desakan yang dibuat oleh Timbalan Presiden tersebut agar menjelaskan jumlah sebenar rasuah yang membabitkan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM 6.3 bilion. 

Ini berikutan dua orang  ahli perniagaan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta dan RM3 juta untuk menutup siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Rakyat tergejut bukan hanya sebab penahanan mereka itu , tetapi keberanian mereka mencuba untuk memberi rasuah yang sedemikian banyak wang untuk menutup siasatan yang dijalankan SPRM. Haiiyaa...!!! sudah kena tahan SPRM lagi berani bagi rasuah. Ini memang betul-betul gila punya orang. 

Hal ini bukan sekadar dengar-dengar cakap, tapi ianya sendiri sudah disahkan oleh syarikat terbabit. Memang sahlah projek mega Terowong Lim Guan Eng ini memang ada sesuatu yang besar sedang disembunyikan. 



Ka Siong berkata, rakyat terkejut dengan laporan berita mengenai dua ahli perniagaan dibayar RM22 juta oleh syarikat pembinaan utama projek itu dalam usaha untuk menutup siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM ke atas projek terowong serta tiga lebuh raya di negeri itu.

Beliau juga mendakwa pembayaran wang tunai RM22 juta itu disahkan oleh syarikat terbabit.

"Dengan perkembangan terbaru ini, kerajaan Pulau Pinang tidak lagi boleh mengelak daripada menjawab pertanyaan saya berhubung projek mega terowong dasar laut sejak dua minggu lalu.

"Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang beberapa kali cuba mempertahankan penganugerahan projek terowong itu, namun kenyataan mereka baru-baru ini seperti mereka cuba menjarakkan diri serta 'cuci tangan' daripada skandal ini.

"Ini adalah tindakan pengecut kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka wajar mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan mengakui skandal projek terowong dasar laut itu adalah yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang, yang akan menjejaskan berbilion-bilion duit rakyat Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Selasa lalu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama bagi menutup siasatan projek itu.

Semalam, seorang Datuk ditahan kerana didakwa menerima RM3 juta daripada syarikat pembinaan utama projek berkenaan selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Friday, March 2, 2018

PERDANA MENTERI LANCAR MESIN PENGOREK (VDTBM)

Hari ini sejarah negara tercipta lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pelancaran kerja pembinaan terowong untuk Transit Aliran Maasa (MRT) Bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di Bandar Malaysia. 

Laluan SSP adalah yang kedua dibina di bawah Projek MRT Lembah Klang selepas MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 km.

Projek MRT SSP ini dijangka siap pada Julai 2022 dan bakal memiliki 35 stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah sepanjang 52.2 kilometer (km).

Anggaran kos MRT SSP dianggar bernilai RM32 bilion dengan fokus utama pembinaan tertumpu kepada kerja pengorekan terowong yang lebih rumit dan mencabar, berbanding laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Perdana Menteri juga melancarkan Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (VDTBM) yang pertama daripada 12 mesin sama untuk kerja pembinaan berkenaan.

Menariknya pada pelancaran MRT (SSP) ini apabila Perdana Menteri menekan kunci pada panel Khas sebagai simbolik dan pada masa yang sama mesin pemotong VDTBM mula menjalankan tugasnya.

VDTBM yang dilancarkan hari ini adalah VDTBM Pelbagai Kepadatan yang direka khusus untuk mengendalikan keadaan geologi formasi batu kapur yang mencabar di Lembah Klang. Ia juga merupakan yang pertama untuk menjalani servis penyelenggaraan di Malaysia.

Beliau  menyifatkan projek ini sebagai satu lagi sejarah kepada negara dalam usaha melakukan transformasi besar-besaran kepada pengangkutan awam negara terutama di Lembah Klang.

Majlis perasmian ini juga dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, 
 Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri; dan Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara (KSN), Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Samad; Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah; Pengarah Urusan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling dan Pengerusi MMC Corporation, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Perdana Menteri melihat sendiri  mesin pengorek terowong dari dek tinjauan di pelantar syaf pelancaran..

Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai memberitahu pemberita bahawa Laluan SSP sudah 22 peratus siap dan dijadual siap pada 2021. Beliau melahirkan rasa puashatinya terhadap projek ini. 

MRT  SSP ini bakal melalui laluan Sungai Buloh ke Putrajaya akan melalui lokasi seperti Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

Thursday, March 1, 2018

CABARAN GETIR MEMBINA TEROWONG

Tidak pernah kita bayangkan kerja-kerja sukar seperti pembinaan terowong untuk projek seperti MRT SBK dan MRT SSP dilaksanakan di Malaysia. Sebagai sebuah negara  yang menuju ke negara Maju kita perlu bersedia menghadapi apa jua cabaran untuk menjadikan  negara kita sebagai sebuah negara maju.

Seperti yang telah kita sedia maklum projek MRT SBK telah siap sepenuhnya pada tanggal 17 Julai 2017. MRT Sungai Buloh – Kajang sepanjang 51 km yang akan menjadi “game-changer” dan membawa satu lonjakan berganda bagi warga ibu kota.

Manakala projek Projek MRT SSP ini pula bakal menyumbang kepada lonjakkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Lembah Klang sebagai sebuah World Class City dan meningkatkan tahapnya dari segi livabiliti kawasan ini. 

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT) Corp telah bersedia melaksana menggali terowong bawah tanah bagi laluan Sungai Buluh -Serdang dan Putrajaya  (SSP).
Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) akan menghadapi kerja pengorekan terowong yang lebih rumit dan mencabar berbanding Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) disebabkan keadaan geologi bawah tanah. 

Selain struktur tanah yang berbeza, terdapat tujuh garis sesar (fault line) yang akan memperlahankan kerja-kerja pengorekan tersebut. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022 dan akan memiliki 35 stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah di sepanjang 52.2 km jajaran.




 The S776 tunnel boring machine  sekali lagi akan hilang di bawah tanah sehingga suku akhir tahun 2019 untuk kerja-kerja garis SSP terakhir digunakan untuk mengangkut terowong kembar panjang 9.5km di MRT Sungai Buloh-Kajang. Barisan ini kini berkhidmat hampir 120,000 penumpang setiap hari.


MRT akan melaksanakan pemeriksaan mesin-mesin pengorek terowong sebelum di bawa ke Malaysia. MRT menambah 4 lagi mesin baru daripada 8 mesin yang telah sedia ada yang akan digunapakai semula  daripada projek MRT Sungai Buloh -Kajang yang lalu. Ini menjadikan keseluruhan mesin ysng digunakan berjumlah 12 buah mesin.

Empat Mesin tambahan ini akan digunakan untuk melakukan kerja-kerja membuat terowong untuk projek MRT yang ke dua ini. 

SAYA MINTA MAAF !



Pengacara dan pelakon popular, Neelofa dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kontroversi pelancaran koleksi terkini Naelofar Hijab di sebuah kelab malam malam, Isnin lalu.

Neelofa menerusi laman Instagramnya berkata, dia mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan.


Jelasnya, dia menghormati setiap ingatan, teguran dan maklum malas semua pihak terhadap kontroversi yang mencetus perdebatan dalam kalangan peminat di laman sosial.

“Selepas memahami dan mengambil kira apa yang berlaku ketika malam pelancaran itu, saya secara ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan lokasi tersebut.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan. Kami akan memberi lebih perhatian pada masa hadapan dalam menjaga imej produk.

“Melangkah terus, kami akan meneruskan penjemaan tudung dalam landasan yang sewajarnya,” katanya.

Neelofa sebelum ini menerima kecaman hebat apabila mengadakan majlis sambutan ulang tahun dan pelancaran koleksi tudung Naelofar Hijab di sebuah kelab di ibu kota kelmarin. - UTUSAN ONLINE



KENAPA AZMIN SEKAT PERUNTUKAN ADUN PAS ?



Selepas dipermainkan dalam langkah Kajang yang membawa kepada perpecahan PAS, kali ini ADUN yang masih setia kepada PAS diheret dengan satu lagi masalah yang agak berat juga untuk diperkatakan. 

Sememang Azmin memandang ADUN penuh dengan rasa cukup curiga dan berhati-hati memandangkan presiden PAS mengisytiharkan Perang terhadap Pakatan Harapan pada PRU ke 14 ini. 

Justeru itu tindakkan kerajaan Selangor menyekat peruntukan tahunan yang membabitkan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri PAS menimbulkan pelbagai polimik politik yang bersimpang siur. 

PAS Selongor mempersoalkan slogan demokrasi yang seirng dilaung-laungkan oleh Azmin, kemana menghilang slogan demokrasi Azmin ? 

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehan Mukhyi membangkitkan persoalan ini kepada Azmin yang selama ini sentiasa berdolak dalik tentang isu ini. 

Sallehan menegaskan, "Kita (Pas Selangor) tegaskan bahawa dalam isu kelewatan penyaluruan peruntukan tahunan kepada 13 wakil rakyat Pas ini, kita tidak akan merayu kepada kerajaan negeri termasuklah kepada Menteri Besar (Mohamed Azmin). Peruntukan itu adalah kewajipan yang perlu dilunaskan kerajaan negeri kerana ia telah diperuntukkan dalam Belanjawan Selangor yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hampir dua bulan kemelut ini berlaku namun nampakanya Azmin masih lagi dengan sikapnya melengah-melengahkan perkara ini. Azmin bukan sahaja tak mahu menjawab pertanyaan isu isu peruntukan berkenaan yang dianggarkan sebanyak RM800,000 setahun tetapi beliau juga di lihat cuba mengelak dari mengadakan pertemuan untuk membincang perkara itu bersama ADUN-ADUN Pas di negeri ini.


“Sebelum ini saya sendiri ada berhubung dengan beliau (Mohamed Azmin) menerusi beliau khidmat pesanan ringkas (SMS) termasuklah menghantar pesanan WhatsApp kepada Setiausaha Politik Menteri Besar (Shuhaimi Shafiei). Saya dapat jawapan bahawa Menteri Besar akan cuba cari masa (adakan pertemuan dan perbincangan).

Adakah tindakan Azmin ini berpunca dari pimpinan PAS Pusat yang saban hari jelas menentang Pakatan rakyat dan mesra UMNO. 

Persoalannya disini mampukah Azmin mengekalkan kedudukan kerusi Menteri Besarnya andai PAS tidak lagi memberi sokongan kepadanya walaupun Pakatan menang pada PRU ke 14 nanti. 

Boleh kah Azmin berharap kepada pengkhianat PAN untuk kedudukannya itu ?