Thursday, March 1, 2018

SAYA MINTA MAAF !



Pengacara dan pelakon popular, Neelofa dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kontroversi pelancaran koleksi terkini Naelofar Hijab di sebuah kelab malam malam, Isnin lalu.

Neelofa menerusi laman Instagramnya berkata, dia mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan.


Jelasnya, dia menghormati setiap ingatan, teguran dan maklum malas semua pihak terhadap kontroversi yang mencetus perdebatan dalam kalangan peminat di laman sosial.

“Selepas memahami dan mengambil kira apa yang berlaku ketika malam pelancaran itu, saya secara ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan lokasi tersebut.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan. Kami akan memberi lebih perhatian pada masa hadapan dalam menjaga imej produk.

“Melangkah terus, kami akan meneruskan penjemaan tudung dalam landasan yang sewajarnya,” katanya.

Neelofa sebelum ini menerima kecaman hebat apabila mengadakan majlis sambutan ulang tahun dan pelancaran koleksi tudung Naelofar Hijab di sebuah kelab di ibu kota kelmarin. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment