Hari ini sejarah negara tercipta lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pelancaran kerja pembinaan terowong untuk Transit Aliran Maasa (MRT) Bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di Bandar Malaysia.
Laluan SSP adalah yang kedua dibina di bawah Projek MRT Lembah Klang selepas MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 km.
Projek MRT SSP ini dijangka siap pada Julai 2022 dan bakal memiliki 35 stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah sepanjang 52.2 kilometer (km).
Anggaran kos MRT SSP dianggar bernilai RM32 bilion dengan fokus utama pembinaan tertumpu kepada kerja pengorekan terowong yang lebih rumit dan mencabar, berbanding laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).
Perdana Menteri juga melancarkan Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (VDTBM) yang pertama daripada 12 mesin sama untuk kerja pembinaan berkenaan.
Menariknya pada pelancaran MRT (SSP) ini apabila Perdana Menteri menekan kunci pada panel Khas sebagai simbolik dan pada masa yang sama mesin pemotong VDTBM mula menjalankan tugasnya.
VDTBM yang dilancarkan hari ini adalah VDTBM Pelbagai Kepadatan yang direka khusus untuk mengendalikan keadaan geologi formasi batu kapur yang mencabar di Lembah Klang. Ia juga merupakan yang pertama untuk menjalani servis penyelenggaraan di Malaysia.
Beliau menyifatkan projek ini sebagai satu lagi sejarah kepada negara dalam usaha melakukan transformasi besar-besaran kepada pengangkutan awam negara terutama di Lembah Klang.
Majlis perasmian ini juga dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai,
Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri; dan Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara (KSN), Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Samad; Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah; Pengarah Urusan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling dan Pengerusi MMC Corporation, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Perdana Menteri melihat sendiri mesin pengorek terowong dari dek tinjauan di pelantar syaf pelancaran..
Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai memberitahu pemberita bahawa Laluan SSP sudah 22 peratus siap dan dijadual siap pada 2021. Beliau melahirkan rasa puashatinya terhadap projek ini.
MRT SSP ini bakal melalui laluan Sungai Buloh ke Putrajaya akan melalui lokasi seperti Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

No comments:
Post a Comment