Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

KUALITI PENGANGKUTAN AWAM DARAT UBAH CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA



Kerajaaan tetap konsisten menjadikan Transformasi pengangkutan awam darat sebagai keutamaan bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam rancangan Tranformasi Negara (TN%)) kerajaan telah menetapkan sasaran untuk menjadi 20 negara teratas pada tahun 2050. Inilah yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak  dalam ucapannya di Somposium Pengangkutan Awam Darat 2017.

Dalam majlis yang sama juga Perdana Menteri juga berkata Malaysia hari ini  juga mampu mengeksport kepakaran tenaga berkemahiran tinggi ke luar negara bagi membantu membina projek-projek mega infrastruktur di negara-negara lain. Semua ini faedah daripada projek-projek yang dibina untuk rakyat. 

Najib juga berkata High Speed Rail (HSR) dan East Coast Rail Link (ECRL) akan menjadi tulang belakang kepada sistem kereta api yang mana sektor ini akan menciptakan 100 ribu peluang pekerjaan di bidang kejuruteraan teknikal dan bidang berkemahiran tinggi yang lain. 


Kerajaan juga menurut beliau akan terus memperluaskan rangkaian rel di bandar daripada 279km kepada 369km dan ianya akan terus berkembang hingga 505km  apabila siapnya LRT3, MRT2 dan MRT3 Circle Line. 

Kejayaan MRT Line 1, telah mengubah pengangkutan awam darat sebagai pengerak utama dalam mengurangkan kesesakan  lalu lintas dan pengurangan pelepasan karbon dalam pengangkutan di negara ini. Negara perlu membawa teknologi baharu seperti ini dalam ekosistem pengangkutan awam darat, bukan sahaja untuk menjadikan ia lebih senang dan selesa kepada pelanggan tetapi juga dapat memenuhi komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan karbon kepada 40 peratus menjelang 2020.


Wednesday, April 19, 2017

BERGENANG MATA PERDANA MENTERI MEMBACA SURAT PELAJAR INI



Datuk Seri Najib Tun Razak terharu apabila menerima surat tulisan tangan daripada seorang pelajar yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU), Faiz Alian Mohd. Zamre yang memberi penghargaan kepada kerajaan kerana membantunya dari segi kewangan menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Rasa terharu itu diluahkan Perdana Menteri menerusi status terbaharu di akaun Facebook dan Twitter miliknya dengan turut memuat naik surat tersebut.

Jelas Najib, beliau masih mengingati Faiz Alian kerana pernah berjumpa dengan pelajar itu pada 2015, dan mendapatinya seorang yang cerdik serta gigih dalam mengharungi segala cabaran.


“Terharu saya membaca surat tulisan tangan daripada Faiz Alian, anak muda kelainan (kurang) upaya yang dibesarkan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu restoran di Kota Bahru.

“Alhamdulillah, berkat kesungguhan, dia berjaya mencatatkan keputusan cemerlang 10A dalam PT3 dan terbaharu ini keputusannya di tingkatan lima juga amat memberangsangkan. Saya doakan yang terbaik untuk Faiz Alian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan saya yakin dia mampu berjaya cemerlang, insya-Allah,” kata Najib dalam statusnya malam ini.

Najib mengucapkan terima kasih kepada Faiz Alian dan ramai lagi penerima manfaat daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang menghantar surat kepadanya.

“Kami tak akan pernah lupa mahupun leka daripada menunaikan tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Usaha kerajaan untuk menaikkan daya saing dan taraf ekonomi bumiputera akan kita teruskan dan insya-Allah, saya akan kongsikan kisah penerima manfaat dan pelan seterusnya dalam ucapan saya mengenai Transformasi Ekonomi Bumiputera esok,” katanya.

Dalam surat berkenaan, Faiz Alian yang merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik berkata, walaupun keluarganya hidup dalam keadaan serba kekurangan, namun hasil bantuan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera telah membolehkan dia belajar dengan selesa tanpa perlu memikirkan masalah kewangan dihadapi.

“Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM 2017 bagi membanggakan kedua ibu bapa saya, sekali gus membalas jasa baik pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,” katanya di dalam surat tulisan tangannya itu. - UTUSAN ONLINE




Terharu saya membaca surat tulisan tangan daripada Faiz Alian, anak muda kelainan upaya yang dibesarkan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu restoran di Kota Bahru. Saya masih ingat lagi ketika berjumpa dan bersembang dengannya pada tahun 2015 yang lalu, betapa beliau seorang yang cerdik dan gigih dalam mengharungi segala ujian dan cabaran.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan, Faiz berjaya catat keputusan cemerlang 10A dalam PT3, dan terbaru ini keputusannya di Tingkatan 5 juga amat memberangsangkan. Saya doakan yang terbaik untuk Faiz dalam peperiksaan SPM, dan saya yakin Faiz mampu berjaya cemerlang, Insya-Allah.

Terima kasih kepada Faiz, dan juga ramai lagi penerima manfaat daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang menghantar surat. Kami tak akan pernah lupa mahupun leka daripada menunaikan tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Usaha kerajaan untuk menaikkan daya saing dan taraf ekonomi Bumiputera akan kita teruskan, dan Insya-Allah, saya akan kongsikan kisah penerima manfaat dan pelan seterusnya dalam ucapan saya mengenai Transformasi Ekonomi Bumiputera esok.




Monday, November 21, 2016

BN SENTIASA BANTU MASYARAKAT CINA



"ANDA TIDAK BOLEH MINTA DARIPADA KERAJAAN BN APA YANG  MAHU TETAPI APABILA PILIHAN RAYA TIBA, ANDA SOKONG DAP"  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak


Pada Majlis Perhimpunan Agung Tahunan MCA yang ke 63, di Dewan Son Choon, Wisma MCA minggu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeru kaum Cina di negara ini agar menyokong kembali Barisan Nasional.

Melalui sokongan itulah MCA juga akan menambah bilangan Anggota Kabinet daripada MCA. Barulah seimbang jumlah kaum Cina sebagai etnik kedua terbesar di negara ini. 

Perdana Menteri berkata, usaha menarik sokongan kaum Cina kini semakin lancar memandangkan krisis kepimpinan yang pernah melanda MCA telah berakhir dan ahli sudah kembali bersatu. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong  Lai dalam majlis yang sama turut mengingatkan ahli MCA bahawa DAP bukan parti yang ikhlas membantu masyarakat Cina. Mereka tidak pernah menyelesaikan masalah yang melibatkan orang Cina. Kebanyakan isu yang dibangkitkan masyarakat Cina antaranya melibatkan isu sekolah Cina, ekonomi dan penggunaan tanah diselesaikan oleh MCA dengan kerjasama kerajaan sedangkan DAP hanya mencari isu-isu kontroversi, perkauman dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk meraih sokongan dan undi kepada mereka. 

Inilah DAP, mereka hanya retorik untuk menarik sokongan kaumCina. Sedangkan MCA kekal konsisten dan ikhlas dalam memperjuangkan keperluan ma­sya­rakat Cina di negara ini 

Dalam konteks ini, MCA berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan penubuhan SJKC baharu dan memberi kebenaran untuk memindah sekolah yang mempunyai kurang murid ke kawasan berkepadatan penduduk Cina ter­utamanya di bandar,” katanya.


Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, Tiong Lai mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi maklum balas positif terhadap permohonan MCA untuk menubuhkan lebih banyak SJKC baharu


Friday, September 30, 2016

MH17 : MALAYSIA TEGAS DAKWA PENJENAYAH



Amerika nampaknya seolah-olah cuba mencurah minyak  apabila mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. 


Laporan interim semalam yang dikeluarkan Pasukan Penyelamat Bersama (JIT) membuat kesimpulan, MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu BUK yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Maria Zakharova, Jurucakap Kementerian Luar Rusia menyelar laporan tersebut dan menyifatkan ia sebagai berat sebelah dan bermotifkan politik. 

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dengan tegas mengulangi pendirian Malaysia akan mendakwa mereka yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap insiden nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014. 

Menurutnya Malaysia sesekali tidak akan goyah untuk mendapatkan keadilan apatah lagi setelah dengan pengumuman JIT yang akan melanjutkan siasatan tersebut sehingga Januari 2018. Kenyataan yang sama juga yang disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan. 

Berdasarkan laporan interim JIT dan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB), Malaysia mahukan tindakan yang komprehensif bagi memastikan komuniti dunia berasa lebih aman dan selamat ketika berada di ruang udara. 

Lebih 100 orang individu yang dikaitkan dengan tragedi MH17 dalam laporan tersebut. Apa yang lebih menarik dalam laporan tersebut pemberontak menjadikan kawasan pertanian berhampiran bandar di Kharkiv, Ukraine sebagai tapak pelancar peluru berpandu BUK 9M38 buatan Rusia.

Laporan inilah yang membuat Rusia berang dan menuduh dunia berat sebelah kepada negaranya. 

Dari awal lagi Rusia menawarkan negaranya untuk sama-sama menyiasat insiden ini, bagaimanapun penyiasat antarabangsa te­lah mengetepikan Rusia daripada mengambil bahagian penuh dalam siasatan berkenaan, sebaliknya hanya memberi peranan tidak penting dalam usaha itu. 

Apatah lagi Amerika dilihat  begitu menyibuk dalam hal ini seolah-olah cuba menentukan setiap keputusan menyebelahi proksinya di Ukraine. Konflik ini mungkin akan berlarutan kerana campur tangan dua kuasa besar ini. Apa pun sebagai rakyat Malaysia kita mengharapkan kerajaan dapat membawa penjenayah sebenar ke muka pangadilan. 











Friday, September 2, 2016

LAWATAN MENGEJUT PERDANA MENTERI KE PROJEK MRT LEMBAH KLANG




"Projek MRT adalah projek yang amat dekat di hati saya, sebuah projek yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih pesat buat negara dan lebih penting lagi, membantu rakyat menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa," Najib Razak.





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari  ini meluangkan masa untuk meninjau sendiri projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT). Projek MRT ini sentiasa menjadi keutamaan baginya, sebab itulah beliau sentiasa meniliti laporan berkenaan projek ini.  Perkara ini disebut dalam laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa meneliti laporan projek tersebut dan mahu melihat sendiri perkembangannya dari masa ke semasa. 

“Saya sering meneliti laporan bagi projek MRT Malaysia. Ha­ri ini saya ingin lihat sendiri perkembangannya,” katanya di laman sosial tersebut.

Keprihatinan Perdana Menteri terhadap projek ini dapat dilihat apabila beliau sendiri dilaporkan turun padang memeriksa projek berkenaan dan kemudiannya memeriksa stesen seterusnya menaiki tren yang bakal beroperasi bagi laluan pertama iaitu MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Lawatan Perdana Menteri  bermula di Stesen Semantan dan berakhir di Stesen Phileo Damansara.  Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Pengarah Projek Laluan SBK, Marcus Karakashian.

Tinjauan ini merupakan lawatan kerja kelima beliau ke projek MRT dan kali pertama menaiki train. Perdana menteri turut melihat jejantas pejalan kaki yang menyeberangi lebuh raya SPRINT. 

Ia meghubungkan stesen dengan pintu masuk yang terletak bersebelahan pusat kormesial Phileo Damansara. Projek bagi Laluan SBK dikatakan telah mencapai 89 peratus siap dan bakal beroperasi pada Julai 2017.  Perdana Menteri selepas itu  menaiki tren dan kembali ke Ste­sen Semantan.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri melahirkan hasratnya mahukan LRT 3 yang dijadualkan memulakan kerja pembinaan pada awal tahun hadapan mencapai tahap "World Class Contruction Standard" serta kualiti dan tahap keselamatannya terjamin tanpa ada sebarang kompromi".   

Sebagai Perdana Menteri, beliau memberi jaminan akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam memodenkan pengangkutan awam. Sebagai jaminan pada usaha ini beliau mahukan  mereka yang berada dalam pentadbirannya sentiasa MENDAHULUKAN RAKYAT dan memastikan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. 

Perdana Menteri juga memaklumkan projek fasa pertama MRT line sudah hampir siap malahan ia dijangka akan beroperasi pada pertengahan tahun ini. 

Pemodenan pengangkutan awam ini juga akan melonjakkan  Ibu Negara Kuala Lumpur, Putrajaya dan Lembah Klang sebagai bandar "World Class City". Perdana Menteri mahukan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dan dengan bajet yang telah ditetapkan dan efisyen. Dan yang paling utama yang perlu ditekan dalam projek ini ialah Reliability atau "kejujuran dan keikhlasan" dalam melaksanakan projek ini. Yang mana ianya amat berkaitan dengan kepuasan pelanggan iaitu pengguna. 





Tuesday, May 24, 2016

NASIB RAYANI AIR BAKAL DIPUTUSKAN TIDAK LAMA LAGI




Keputusan samada Rayani Air boleh meneruskan operasinya atau tidak akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Setelah tiga bulan digantung Kementerian Pengangkutan akan mengumunkan keputusan yang bakal membayangkan hala tuju seterusnya syarikat penerbangan patuh syariah tersebut. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa dia sudah menerima laporan akhir mengenai syarikat penerbangan tersebut. "Laporan akhir sudah diserahkan kepada saya. Saya akan membuat keputusan berhubung perbincangan yang diadakan". 

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menggantung sementara operasi syarikat penerba­ngan, Rayani Air selama tiga bulan . Rayani Air merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Malaysia yang digantung Sijil Pengendali Udaranya (AOC) di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.

Menurut Liow lagi, beliau sendang menunggu tarikh untuk membuat keputusan berhubung siasatan yang telah dibuat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyediakan laporan tersebut selepas pemilik Rayani Air Datuk G. Karthiyani memberi keterangan pada sesi siasatan di ibu pejabat DCA Putrajaya pada 12 Mei yang lalu. 













Saturday, May 14, 2016

LAWATAN PERDANA MENTERI KE UNITED KINGDOM


 Lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom (UK) dijangka memperkukuh­kan hubungan dua hala Kuala Lumpur-London di samping mening­katkan kerjasama pelaburan baharu syarikat-syarikat UK dan Malaysia.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata, Perdana Menteri yang dalam perjalanan ke Sochi, Rusia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN akan berada di sini dari 15 hingga 18 Mei bagi menghadiri beberapa program kerjasama kerajaan dan perniagaan.

Katanya, antara aktiviti utama sepanjang lawatan kerja Najib kali ini ialah menyampaikan ucaptama pada Showcase Pelaburan Malaysia-UK, menghadiri mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC), merasmikan pejabat Khazanah Europe Investment Limi­ted (KEIL) dan melancarkan projek Legacy 1 Embassy Garden di London.
“Pameran pelaburan Malaysia-UK itu bertujuan meningkatkan sinergi pelaburan dua hala antara kedua-dua negara serta mengenal pasti peluang kerjasama bagi syarikat perniagaan Malaysia dan UK,” katanya dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu, Najib juga dijadualkan menerima kunjungan daripada Setiausaha Agung Komanwel baru dilantik, Patricia Scotland yang dijangka membincangkan mengenai kepentingan peranan Malaysia dalam pertubuhan itu.
“Walaupun Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hanya singgah di London ketika dalam perjalanan ke Sochi, beberapa program penting yang dihadiri beliau menunjukkan kepentingan lawatan ini,” katanya.
Perdana Menteri dan isteri dijangka tiba lewat malam ini (waktu tempatan).

Najib juga dijangka menghadiri majlis makan malam anjuran Datuk Bandar Daerah Kewangan London, Lord Mountevans bersama beberapa kenamaan dari Malaysia dan UK.

Ahmad Rashidi berkata, hubu­ngan antara Malaysia dan UK termasuk antara kerajaan dan perniagaan adalah amat kukuh yang mana dalam sektor hartanah, syarikat Malaysia adalah pelabur kedua terbesar di negara ini dalam bidang tersebut selepas Amerika Syarikat.

Katanya, mengikut rekod terdapat lebih 70,000 rakyat Malaysia telah bermastautin di UK dengan 17,500 daripadanya adalah para pelajar yang mengikuti pengajian di negara itu.

“Hubungan dalam bidang pendidikan sangat kuat antara kedua-dua negara dan setakat ini ada lima buah universiti dari UK telah membuka kampus cawangannya di Malaysia,” tambahnya.

Beliau berkata, usaha kini sedang dilakukan bagi menarik lebih ramai para pelajar dari UK untuk menyambung pengajian di Malaysia di sam­ping menarik lebih banyak syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) memindahkan pengetahuan dan teknologi. – UTUSAN

Thursday, March 31, 2016

Tiada dana 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi PM


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad


Tiada dana 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi PM

1MDB secara konsisten telah menegaskan bahawa  tiada sebarang dana disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri.
Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan dengan teliti, perkara ini juga telah disokong oleh pelbagai pihak berkuasa yang sah, yang mengesahkan bahawa dana yang terlibat datang dari Arab Saudi.

Walaupun begitu, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan yang sama, tanpa memberikan sebarang bukti kukuh untuk menyokong tuduhan-tuduhan mereka.

Serangan terkini, hanya datang selepas beberapa hari 1MDB mengumumkan bahawa pihak kami telah berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian bagi Edra Energy Global Berhad.

Tambahan pula, pihak kami telah mengesahkan hasrat untuk membayar balik hutang sebanyak RM6 bilion pada minggu-minggu yang akan datang, yang akan memperlihatkan semua hutang jangka pendek dikeluarkan daripada kunci kira-kira syarikat.
Tindakan ini membuktikan kejayaan besar 1MDB yang dibuat dengan pelan rasionalisasi dan kami kekal komited untuk memastikan tamatnya proses ini, walaupun akan terdapat serangan yang berulang-ulang terhadap syarikat.

Diterjemah oleh: JASA

Monday, March 7, 2016

TUMBANGKAN TUN MAHATHIR SEBAGAI MANTAN PERDANA MENTERI




Boleh dikatakan orang yang cuba menjatuhkan Tun Mahathir dulu sebagai Perdana Menteri adalah orang yang paling tidak Bijak.

 Kerana pada ketika itu Tun Mahathir sudah pun menjadi Perdana Menteri. Jika dia dijatuhkan pun, belum tentu yang menjatuhkannya itu akan menjadi Perdana Menteri.

 Sepatutnya dia mencantas mereka yang ada potensi untuk menjadi Perdana Menteri mengantikan Tun Mahathir. 


 Begitu juga situasinya ketika ini, orang yang Cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri juga tidak bijak. 

Kerana Datuk Seri Najib sudah pun menjadi Perdana Menteri. Belum tentu mereka yang merancang menjatuhkan nya akan menjadi Perdana Menteri. 

Boleh jadi juga mereka yang cuba menjatuhkannya hari ini akan menerima Nasib yang sama seperti bakal Perdana Menteri idaman Pakatan Tinggal Harapan. 


 Sejarah selalu berulang sepertimana kebodohan pakatan yang tidak pernah padam.

Monday, February 22, 2016

MODUL BARU DIDIK GENERASI MUDA TENTANG KESELAMATAN


Saban tahun jumlah kemalangan semakin meningkat walau pelbagai kempen dan pendekatan dijalankan oleh kerajaan. Walaupun jumlah kematian agak sedikit menurun pada tahun 2014 (6,674) berbanding 2013 (6,915), namun pada tahun 2015 jumlah ini naik kepada 6,706 kematian yang telah dicatatkan. 

Kelihatan jumlah ini agak statik namun dari perangkaan jumlah kemalangan ianya masih tinggi. Jumlah kemalangan tahun 2105 meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. Angka ini amat membimbangkan kerana dari jumlah  ini 1849 kematian dalam usia lingkungan 25 tahun kebawah. 

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan punca kemalangan adalah berpunca dari kecuaian manusia. Jadi apa yang selama ini kita buat hanyalah mendenda dan memberi hukuman. Namun itu tidak cukup untuk mengubah sikap orang ramai dijalan raya. Sesuatu yang berkesan dan efektif perlu dilaksanaka sebelum angka kematian ini menjadi suatu malapetaka dalam negara.

Justeru itu kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan lebih efektif dalam membentuk semula minda masyarakat terutamanya kepada golongan kanak-kanak agar lebih peka terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Bak seperti kata pepatah Melayu , melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kerajaan amat memandang serius dalam usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya. Oleh itu kerajaan mencadangkan agar Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ditambah baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disetiap sekolah diseluruh negara tahun depan. Ini adalah fokus kerajaan dalam usaha mendidik generasi muda akan datang agar mementingkan keselamatan di jalan raya.

Kerajaan juga mengalu-alukan rakyat juga memberi pandangan, pendapat dan buah fikiran bagi memantapkan lagi modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Orang ramai boleh memberi pandangan dan pendapat mereka di laman sesawang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sehingga 17 Mac ini. Ini satu lagi usaha untuk menarik minat masyarakat agar bersama-sama dalam usaha kempen keselamatan Jalan Raya. 

Kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan dalam merangka semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya adalah amat dihargai. Pelan komprehensif yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan adalah sesuai dengan peredaran zaman yang mampu membentuk minda masyarakat terutama pelajar dalam memahami espek keselamatan jalan raya. Ini merupakan satu usahasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah. 

Bukan sedkit perbelanjaan yang dkeluarkan untuk menjayakan program ini. Sebanyak RM42 juta telah diperuntukan untuk  Projek  Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di bawah Racangan Malaysia ke 11. Jumlah ini sudah cukup membayangkan kerajaan begitu serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Jumlah kerugian kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM6.8 bilion.

Ini semua bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Diharap dengan membentuk dari awal akan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, maka generasi akan datang akan lebih berdisiplin, bertimbang rasa dan sopan di jalan raya. 

Apa pun kerajaan cuba laksanakan jika tidak diikuti dengan iltizam dan sikap yang betul dari masyarakat, ianya tidak akan menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha yang murni ini. Saya tidaklah mengharapkan sesuatu yang luar biasa berlaku, namun jika perubhan yang positif - ia sudah cukup mengembirakan.  







Tuesday, January 5, 2016

DAP HERO RAKYAT .......!?

Lim Kit Siang meneruskan agenda fitnahnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kononnya Perdana Menteri memanggil kesemua Ahli Parlimen BN untuk sokong Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015.

Kononnya Ahli Parlimen BN dibenarkan berpura-pura bangkang dalam dewan, tapi perlu bersetuju dan sokong rang undang-undang tersebut.

Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin ber­kata, tuduhan Pena­sihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan mereka berbuat demikian adalah tidak benar dan berunsur fitnah. 

Boleh jadi DAP mengharapkan akan ada satu tindakan sabotaj dari kem BN yang tidak menyokong Perdana Menteri.

Akhirnya harapan pakatan tak boleh diharap tidak menjadi kenyataan. 

Harapan DAP untuk menjadi hero rakyat tidak menjadi. Rakyat sudah muak dengan permainan kata-kata pemimpin DAP. 

Contohnya di Pulau Pinang, berapa banyak keluarga Melayu dihalau keluar dari kampung-kampung mereka tanpa pembelaan kerajaan  Negeri yang dikuasai DAP.

Pekara ini tidak pernah berlaku ketika BN menjaga rakyat di Pulau Pinang. 

DAP bukanlah hero, tapi Pengkhianat kepada rakyat Malaysia.

Sunday, December 27, 2015

DJ RADIO DI ISLAMKAN PERDANA MENTERI


DJ Radio Tampil Akui Di-Islam-kan Najib

Memandangkan kisah seorang DJ Radio yang di-Islam-kan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi, admin cuba menghubungi DJ Radio tersebut untuk mendapatkan kisah sebenar dari mulut beliau sendiri.

DJ Radio tersebut bersetuju untuk ditemu ramah dan berharap semoga kisah ringkas beliau dapat memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam.

Nama asal beliau adalah Aaron Samuel A/L Mariyaras. Beliau memilih untuk tetap menggunakan nama yang sama setelah memeluk agama Islam cuma ditambah dengan nama Muhammad di pangkalnya. Dan nama beliau yang terkini adalah Muhammad Aaron Samuel Bin Mariyaras.

Beliau berketurnan Cina dan India. Bapanya berbangsa India dan ibunya berbangsa Cina. Maka terhasillah keturunan Melayu iaitu dirinya, beliau berseloroh sambil ketawa.

Kami tidak pernah mengetahui tentang siapa sebenarnya Aaron kerana Dr Fathul Bari merahsiakan identiti beliau sehinggalah Aaron sendiri yang memberi respon di Page Facebook Dr Fathul Bari tentang video tersebut.

Rupa-rupanya beliau telah meminta kepada Dr Fathul Bari dan hadirin yang ada pada ketika itu supaya tidak menghebahkan tentang penukaran agama beliau kepada Islam kerana beliau khuatir respon keluarganya yang mungkin akan terkejut dan beliau sendiri perlukan sedikit masa untutk menyesuaikan diri selain beliau risau dituduh mengejar populariti. Mereka yang hadir menghormati akan permintaan Aaron dan kisah beliau tidak diketahui sehinggalah kini iaitu setelah setahun lamanya.

Aaron kini bersedia untuk berkongsi kisahnya mencari tuhan yang abadi, dan kami dari team DFB mengalu-alukan bahkan kami kira semua umat Islam sangat mengalu-alukan kedatangan saudara Aaron kepada agama Islam.

Kami dari taem DFB juga sangat kagum dengan usaha dan kesabaran saudara Aaron menempuhi pelbagai cubaan dan rintangan dalam mencari agama dan berkat usahanya akhirnya Allah 'datang' kepadanya dengan memudahkan beliau untuk memeluk agama Islam. Seperti sabda Nabi, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu;

"Allah Taala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatinya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat."  [HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675]

Kami mengesyorkan Aaron dan saudara baru yang lain supaya berdoa sebagaimana yang diajarkan Nabi apabila seseorang memeluk agama Islam seperti berikut;

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي

Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii

Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.

Dari Thoriq bin Asy-yam radhiyallahu anhu, dia berkata,

كَانَ الرَّجُلُ إِذَا أسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – الصَّلاَةَ ثُمَّ أمَرَهُ أنْ يَدْعُوَ بِهؤلاَءِ الكَلِمَاتِ : (( اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي )) .

"Jika seseorang baru masuk Islam, Nabi sallallahu alaihi wa sallam mengajarkan pada beliau solat, lalu beliau memerintahkannya untuk membaca doa berikut: "Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii."" [HR. Muslim no. 35 dan 2697]

Kami mengucapkan selamat datang. Kami mendoakan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda dan kepada kami. Semoga Allah memudahkan anda dalam mempelajari agama, memberikan kesabaran, beristiqamah di atas jalan Allah dan semoga lebih ramai yang memeluk agama yang benar ini melalui anda. Allahu Akhbar.

Barakallahufikum.

-Admin DFB


Tuesday, April 2, 2013

SAYA TETAP MAHU BERJUANG

Kejadian pertumpahan darah ketika menentang pengganas Kiram di Sabah pada Mac lalu masih lagi menghantui Inspektor Mohd. Hasnal Jamil, 31, yang ditetak enam kali dan terkena tiga das tembakan.

Mohd. Hasnal berkata, walaupun kejadian tersebut hampir sebulan berlalu, pengalaman ngeri setiap detik peristiwa tersebut yang hampir meragut nyawanya itu tetap bermain dalam ingatannya."Sehingga hari ini, peristiwa memerangi pengganas masih lagi singgah ketika waktu tidur dan sering terfikir rakan-rakan yang terkorban."Namun, saya tetap mahu berjuang bersama anggota pasukan keselamatan lain untuk memerangi pengganas bagi mempertahankan negara," katanya ketika ditemui di Pameran Darah dan Air Mata: Metafora Perjuangan Lahad Datu di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UiTM menceritakan detik cemas itu ketika menghadapi serangan pengganas di Semporna pada 2 Mac lalu.Dalam peristiwa tersebut, Mohd. Hasnal yang cedera parah selepas ditetak di kepala dan tangan selain ditembak di perut dan tangan terpaksa berlindung lebih 21 jam di sebuah rumah air di Semporna."Tangan kanan saya terkulai akibat ditetak oleh pengganas Kiram yang sangat kejam. Mereka menetak menggunakan parang tajam dan menyasarkan leher tetapi saya menghalang tindakan pengganas tersebut dengan tangan."Saya tidak akan memaafkan mereka semua kerana telah meragut nyawa anggota pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara. Mereka juga nekad untuk membunuh walaupun kami mengalami kecederaan akibat ditembak,"