Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Monday, February 22, 2016

MODUL BARU DIDIK GENERASI MUDA TENTANG KESELAMATAN


Saban tahun jumlah kemalangan semakin meningkat walau pelbagai kempen dan pendekatan dijalankan oleh kerajaan. Walaupun jumlah kematian agak sedikit menurun pada tahun 2014 (6,674) berbanding 2013 (6,915), namun pada tahun 2015 jumlah ini naik kepada 6,706 kematian yang telah dicatatkan. 

Kelihatan jumlah ini agak statik namun dari perangkaan jumlah kemalangan ianya masih tinggi. Jumlah kemalangan tahun 2105 meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. Angka ini amat membimbangkan kerana dari jumlah  ini 1849 kematian dalam usia lingkungan 25 tahun kebawah. 

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan punca kemalangan adalah berpunca dari kecuaian manusia. Jadi apa yang selama ini kita buat hanyalah mendenda dan memberi hukuman. Namun itu tidak cukup untuk mengubah sikap orang ramai dijalan raya. Sesuatu yang berkesan dan efektif perlu dilaksanaka sebelum angka kematian ini menjadi suatu malapetaka dalam negara.

Justeru itu kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan lebih efektif dalam membentuk semula minda masyarakat terutamanya kepada golongan kanak-kanak agar lebih peka terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Bak seperti kata pepatah Melayu , melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kerajaan amat memandang serius dalam usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya. Oleh itu kerajaan mencadangkan agar Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ditambah baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disetiap sekolah diseluruh negara tahun depan. Ini adalah fokus kerajaan dalam usaha mendidik generasi muda akan datang agar mementingkan keselamatan di jalan raya.

Kerajaan juga mengalu-alukan rakyat juga memberi pandangan, pendapat dan buah fikiran bagi memantapkan lagi modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Orang ramai boleh memberi pandangan dan pendapat mereka di laman sesawang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sehingga 17 Mac ini. Ini satu lagi usaha untuk menarik minat masyarakat agar bersama-sama dalam usaha kempen keselamatan Jalan Raya. 

Kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan dalam merangka semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya adalah amat dihargai. Pelan komprehensif yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan adalah sesuai dengan peredaran zaman yang mampu membentuk minda masyarakat terutama pelajar dalam memahami espek keselamatan jalan raya. Ini merupakan satu usahasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah. 

Bukan sedkit perbelanjaan yang dkeluarkan untuk menjayakan program ini. Sebanyak RM42 juta telah diperuntukan untuk  Projek  Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di bawah Racangan Malaysia ke 11. Jumlah ini sudah cukup membayangkan kerajaan begitu serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Jumlah kerugian kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM6.8 bilion.

Ini semua bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Diharap dengan membentuk dari awal akan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, maka generasi akan datang akan lebih berdisiplin, bertimbang rasa dan sopan di jalan raya. 

Apa pun kerajaan cuba laksanakan jika tidak diikuti dengan iltizam dan sikap yang betul dari masyarakat, ianya tidak akan menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha yang murni ini. Saya tidaklah mengharapkan sesuatu yang luar biasa berlaku, namun jika perubhan yang positif - ia sudah cukup mengembirakan.  







Friday, March 22, 2013

IA SEMEMANGNYA KONSPIRASI UMNO


KUALA LUMPUR 22 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.


Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.
Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.


Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.
Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.


"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.
"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.


Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.
Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.


"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu. Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis.
"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya.