Tamparan demi tamparan yang menimpa Parti cap bunga PPBM setiap hari sehinggakan tak sempat pemimpin atasannya bernafas. Sehinggakan mereka lebih suka diam seribu bahasa.
Kali ini ribut dibikin pula oleh Mantan Ketua Srikandi yang juga pengasas PPBM iaitu Anina Saadudin. Anina merupakan tujuh pengasas parti cap bunga itu.
Menurut Anina perjuangan PPBM hari ini tidak lagi berlandas prinsip membela kepentingan rakyat, tetapi diresapi unsur kepentingan politik individu dan berlandaskan dasar kronisme. Tiada lagi prinsip membela kepentingan rakyat, keadilan, ketelusan dan integriti.
Turut sama mengikut jejak langkah Anina meletak jawatan ialah Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman. Biasalah, parti yang diasaskan oleh orang kecewa, maka hasilnya mengecewakan.
19 April sebelum ini, Kamarul Azman Habibur Rahman, kecewa dengan PPBM dan membawa bersamanya sekali 821 orang keluar dari parti cap Bunga tersebut.
25 Ogos 2017, 250 ahli PPBM Dungun kecewa dengan kepimpinan atasan cap bunga. Mereka juga bertindak keluar dari parti yang tak ada harapan walaupun berada dalam pakatan HARAPAN.
Sememangnya Pakatan HARAPAN memang tidak boleh diharap langsung apatah lagi bercita-cita untuk menyelamatkan Malaysia.
Admin harap penyokong mereka sedar bahawa tiada parti pembangkang tiada harapan untuk menang dalam PRU ke 14 nanti memandangkan mereka lebih sibuk dengan perebutan kuasa sesama sendiri.
Semoga parti cap bunga ini berkubur dengan selamatnya selepas PRU ke 14 nanti.
Boleh dikatakan orang yang cuba menjatuhkan Tun Mahathir dulu sebagai Perdana Menteri adalah orang yang paling tidak Bijak.
Kerana pada ketika itu Tun Mahathir sudah pun menjadi Perdana Menteri. Jika dia dijatuhkan pun, belum tentu yang menjatuhkannya itu akan menjadi Perdana Menteri.
Sepatutnya dia mencantas mereka yang ada potensi untuk menjadi Perdana Menteri mengantikan Tun Mahathir.
Begitu juga situasinya ketika ini, orang yang Cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri juga tidak bijak.
Kerana Datuk Seri Najib sudah pun menjadi Perdana Menteri.
Belum tentu mereka yang merancang menjatuhkan nya akan menjadi Perdana Menteri.
Boleh jadi juga mereka yang cuba menjatuhkannya hari ini akan menerima Nasib yang sama seperti bakal Perdana Menteri idaman Pakatan Tinggal Harapan.
Sejarah selalu berulang sepertimana kebodohan pakatan yang tidak pernah padam.
Ada yang bertanya, sejak merdeka hingga kini apa jasa UMNO ? Apa UMNO buat bantu orang Melayu ? Apa jasa UMNO kepada agama Islam ?
Negara dan Umat Islam Melayu baru merdeka 57 tahun, tahun ini masuk tahun ke 58. Selama dijajah lebih 446 tahun berapa biji masjid mereka bina ? Selama dijajah 446 tahun berapa ramai anak Melayu dapat belajar ke peringkat tertinggi. Tak payah tertinggilah...berapa ramai yang bersekolah biasa ? berapa ramai dapat biasiswa ? berapa ramai dapat menjamah nasi ? Berapa ramai dapat mengenal huruf ? Berapa ramai pula yang kenal Islam ?
Hari ini ada lebih kurang 6,312 buah masjid 17614 buah surau yang berdaftar dengan JAKIM. Atas usaha siapa ? Penjajah ? pembangkang ? sudah tentulah atas usaha kerajaan semasa yang dikuasai oleh parti pemerintah iaitu UMNO.
Apa yang masjid dan surau ini buat ? Kuliah agama, ceramah, program kemasyarakatan, tempat rujukan agama, solat jemaah dan tak kurang juga tempat penceramah-penceramah pembangkang mencari sesuap nasi dengan membantai kerajaan. Bukan kita tak tahu.
Itu baru sedikit.....
Hari ini kita dan anak-anak kita kenal Islam, kenal huruf, kenal Al-Quran, kenal Nabi, para sahabat Nabi dan pejuang-pejuang Islam dari mana ? bukan ke dari ilmuan-ilmuan Islam ? mana datang ilmuan-ilmuan Islam ini ? Adakah dari hasil usaha pendidikan penjajah ?