Showing posts with label Datuk Seri Wee Ka Siong. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Wee Ka Siong. Show all posts

Saturday, May 20, 2017

KIT SIANG SIBUK BERPOLITIK, GELANG PATAH TERPINGGIR



Rata-rata penduduk GELANG PATAH menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ahli parlimen mereka sendiri yang asyik berpolitik dan meninggalkan Gelang Patah terkontang kanting tiada pembelaan.

Betapa PATAHnya hati mereka melihat Gelang Patah sering diabaikan. Rasa macam nak patah-patahkan saja ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab ini. Ramai juga yang sudah patah semangat dengan karenah Lim Kit Siang yang tidak kira malam atau siang berpolitik saja kerjanya, pembangunan dan keperluan penduduk di Gelang Patah tidak pernah dia perduli.

Dari dulu lagi sudah dipesan, jangan percaya dengan lagak dan cakap-cakap kosong DAP. Mereka bukan tahu buat kerja. Berilah satu kerja yang baik untuk rakyat yang telah mereka laksanakan ? Tak ada pun, lagi menyusahkan rakyat adalah. Di Pulau Pinang, tarif air dinaik 4 kali dalam era pemerintahan DAP. 

Alasan mereka, tarif air di Johor lagi tinggi dari mereka. Ehh... apa jenis jawapan ni ? Bukankah mereka dahulu berkempen untuk mengurangkan beban rakyat, sepatutnya mereka kurangkan lagi tarif air tersebut bukan naikkan lagi. 

Inilah muka-muka penipu pemimpin DAP, mereka menipu rakyat hidup-hidup tanpa ada rasa malu. Oleh itu penduduk Gelang Patah terutama kaum Cina kena sedar, bahawa DAP tidak pernah buat kerja untuk rakyat. Hanya Barisan Nasional yang sentiasa membela rakyat.

Sebab itulah walaupun tidak menang kerusi di Gelang Patah, parti MCA sentiasa berada di kawasan bagi membantu rakyat di Gelang Patah. Ahli-ahli MCA sentiasa bekerja keras bagi memastikan kerusi Parlimen Gelang Patah kembali kepada rakyat. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mahukan semua ahli MCA berkerja keras membantu rakyat bagi mengembalikan keyakinan mereka kepada Barisan Nasional. Sudah tentulah rakyat di Gelang Patah tidak mahu lagi insiden ahli parlimen mereka yang "hilang"entah kemana berlaku lagi. 

Menurutnya lagi,'Parlimen Gelang Patah merupakan  antara10 kerusi yang menjadi perhatian MCA sebelum PRU 14. Ka Siong mahu ahli-ahli MCA bersungguh -sungguh memastikan kemenangan kembali berpihak kepada Barisan Nasional. 

Biarlah DAP nak berpolitik siang malam pun, kita perlu utamakan kesejahteraan rakyat.  










Sunday, February 26, 2017

122 SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TERIMA PERUNTUKAN TAHUN 2016


Seperti dijanjikan, 122 buah sekolah rendah jenis kebangsaaan Cina negeri Johor berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan menerima cek bagi peruntukan tahun 2016 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini, menjadikan negeri Johor negeri yang pertama dalam menerima peruntukan tersebut. YB Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia turut hadir untuk menyampaikan cek tunai kepada wakil Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG dan guru-guru besar yang hadir.


Negeri Johor adalah negeri yang pertama untuk menerima peruntukan tersebut dan kami mensasarkan negeri-negeri lain turut akan menerima peruntukan masing-masing dalam masa terdekat.


Sejak YAB Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2008, kesemua SJKC berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan negeri Johor telah mendapat peruntukan sebanyak RM69.1 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama (2009) dan Kedua (2009-2010) serta Pakej-pakej Rangsangan Khas SJKC (2012-2016). Jadi tidak benar sekali dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak menjaga SJKC.

Tuesday, March 22, 2016

MH370 : SERPIHAN MISTERI TIBA DI AUSTRALIA



Serpihan kapal terbang yang dikatakan dari pesawat MH370 telah dibawa ke Australia bagi tujuan siasatan. Serpihan yang ditemui di Mozambique baru-baru ini telah dibawa ke Australia oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia (Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370). Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diputuskan walaupun serpihan pesawat itu diyakini dari sebuah kapal terbang.

Oleh kerana proses ini amat rumit maka kita memerlukan kepakaran dan bantuan dari pakar-pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Airlines (MAS), Boeing dan juga dari Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370. 

Proses siasatan ini memerlukan ketelusan dan akauntibilit. Dimana semua protokol antarabangsa perlu diikuti bagi mendapat keputusan yang betul-betul sah dan diakui oleh semua pihak. Ketelitian dan kepakaran mereka amat diperlukan ketia ini.

Justeru itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru agar rakyat Malaysia bersabar menunggu keputusan ini. Janganlah menimbulkan sebarang khabar angin atau spekulasi sehingga menganggu dan menyusahkan kaum keluarga Mangsa. 
Bersabar lah dan tunggu keputusan yang sah dikeluarkan.

Beliau juga berharap agar keputusan mengenai siasatan ini segera diketahui secepat mungkin. Menurut Liow kerajaan tidak pernah berputus ASA dan berikrar akan meneruskan pencarian ini sehingga akhir.

Kerajaan juga amat prihatin dengan hal ehwal keluarga Mangsa dan sentiasa berhubung dengan mereka bagi memaklumkan maklumat terkini berkenaan siasatan MH370.

Kepada rakyat Malaysia, saya mohon Mengingatkan, Usahlah susah-susah diri dengan membuat pelbagai teori berkenaan Nahas ini. Jika tidak mampu menolong, jangan menyusahkan kerajaan dan keluarga Mangsa. Hormatilah hak-hak privasi mereka.

  Pandanglah usaha kerajaan kita yang begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam pencarian MH370 yang menjadi satu misteri dunia hari ini.

MEREKA PEMIMPIN HIPOKRIT DAN MENGELIRUKAN RAKYAT




Deklarasi Rakyat melihatkan beberapa pemimpin parti yang dahulu bermusuhan kini boleh duduk bersama semeja kononnya demi untuk "Selamatkan Malaysia". 

Jika Dahulu adalah amat mustahil untuk melihatkan Lim Kit Siang duduk semeja dengan musuh ketatnya Tun Dr. Mahathir, hari ini mereka boleh pula sama-sama berada diatas satu pentas "Selamatkan Malaysia" kerana untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ini sebenarnya bukan Deklarasi Rakyat, ini adalah Deklarasi Tun Mahathir. Dek kerana tertarik dengan slogan "Selamatkan Malaysia" , maka Lim Kit Siang pun terperangkap dengan kerakusan Tun Mahathir.


Padahal dia dulu dengan Wan Azizah kononnya sanggup mengadakan kerjasama dengan Najib (Barisan Nasional). Inilah kepelikan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini. Mereka seolah-olah mengalami kecelaruan jiwa.


Kenyataan seperti inilah yang "dilibas" oleh Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang menyifatkan pemimpin politik pembangkang ini hipokrit dan bermain sandiwara dengan rakyat. Kegilaan mereka bermain politik memungkinkan mereka membuat kenyataan-kenyataan yang pelik dan tidak waras. 


 Mereka semua ini sebenarnya hanya ingin mengelirukan rakyat. Tidak ada sebenarnya dihati mereka ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional atau pun untuk selamatkan Malaysia. Mereka hanya ingin mengunakan sokongan rakyat untuk memenuhi nafsu rakus mereka untuk merampas kuasa secara tidak demokratik. 


Rakyat sendiri keliru dengan pendirian mereka yang berdolak-dalik dan tunggang langgang. Sekejap hendak bersama , sekejap menentang. Apa sebenar pendirian mereka pun rakyat tidak tahu. Boleh jadi faktor umur Lim Kit Siang yang sudah lanjut dan Wan Azizah yang kehilangan suami di pejara menyebabkan mereka sudah tidak dapat berfikir dengn betul, mungkin !

Inilah yang dikatakan "tidur sebantal, mimpi lain-lain". Mimpi Kit Siang lain dan mimpi Tun Mahathir pun lain. Yang mungkin boleh dikatakan sama, ialah mereka hendak jatuhkan Najib. Itu sahaja yang sama. 

Budaya hipokrit yang mereka tunjukkan kepada rakyat ini perlulah ditolak. Kita tidak mahu rakyat menilai pemimpin parti politik ini adalah manusia yang sanggup menjaja pembohongan demi tamakkan kuasa.

 Seperti yang disebut oleh Datuk Wee Ka Siong, mereka ini hanya mengelirukan rakyat dan berharap rakyat memilih mereka pada PRU akan datang. Pemimpin macam ini tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat mahupun negara. Rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini.  



Wednesday, March 9, 2016

REKOD YANG ADA MENGESAHKAN SERPIHAN MILIK #MH370



Pecarian MH370 selama lebih kurang 2 tahun lalu kini menunjukkan perkembangan yang positif. Pasukan penyiasat Malaysia mengesahkan  serpihan pesawat (flaperon) yang dijumpai di Pulau Reunion adalah dari pesawat MH370. Ini juga telah diakui oleh penyiasat dari Perancis.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia Airlines System (MAS) menyimpan semua rekod teknikal MH370 oleh itu ia memudahkan kita untuk menentukan serpihan pesawat yang ditemui adalah dari pesawat MH370. Maklumat Fakta disediakan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370.

Manakala Perancis bekerjasama dengan syarikat Boeing untuk mendapatkan nombor pengesahan bagi menentukan serpihan pesawat itu datang dari MH370 dan melakukan kajian serta membuat pemeriksaan selanjutnya. Akhirnya jumaat lepas penyiasat Perancis mengesahkannya serpihan flaperon itu adalah dari pesawat MH370 milik MAS.

Kenyataan ini datangnya dari pejabat pendakwaraya Perancis yang mengesahkan berdasarkan beberapa bukti seperti nombor siri yang terdapat pada serpihan flaperon sama seperti rekod yang disimpan dalam syarikat pembuat komponen sayap pesawat dari Sepanyol.

Pengesahan ini akan lebih memudahkan pasukan penyiasat menumpukan kawasan penyiasatan dan pencarian mereka selama ini terhadap pesawat Boeing 777 MAS yang hilang sejak 2 tahun yang lalu. 

Bagi Tiong Lai, bagi pihaknya beliau memahami terdapat pelbagai cara pengesahan yang dilakukan bagi mengenalpasti identiti serpihan pesawat tersebut. Malaysia juga katanya akan menunggu pakar-pakar dari Kumpulan Kerja Strategik Pencarian MH370 yang dianggotai Malaysia, China dan Australia dalam menentukan strategi dalam usaha pencarian MH370.

Akhirnya, misteri kehilangan pesawat Boeing MH370 menemui titik-titik jalan penyelesaian setelah 515 hari ia hilang. 

Mengimbas kembali peristiwa Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang dijadualkan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang termasuk anak kapal terputus perhubungan radar selepas melalui titik laluan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) -

Monday, February 22, 2016

MODUL BARU DIDIK GENERASI MUDA TENTANG KESELAMATAN


Saban tahun jumlah kemalangan semakin meningkat walau pelbagai kempen dan pendekatan dijalankan oleh kerajaan. Walaupun jumlah kematian agak sedikit menurun pada tahun 2014 (6,674) berbanding 2013 (6,915), namun pada tahun 2015 jumlah ini naik kepada 6,706 kematian yang telah dicatatkan. 

Kelihatan jumlah ini agak statik namun dari perangkaan jumlah kemalangan ianya masih tinggi. Jumlah kemalangan tahun 2105 meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. Angka ini amat membimbangkan kerana dari jumlah  ini 1849 kematian dalam usia lingkungan 25 tahun kebawah. 

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan punca kemalangan adalah berpunca dari kecuaian manusia. Jadi apa yang selama ini kita buat hanyalah mendenda dan memberi hukuman. Namun itu tidak cukup untuk mengubah sikap orang ramai dijalan raya. Sesuatu yang berkesan dan efektif perlu dilaksanaka sebelum angka kematian ini menjadi suatu malapetaka dalam negara.

Justeru itu kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan lebih efektif dalam membentuk semula minda masyarakat terutamanya kepada golongan kanak-kanak agar lebih peka terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Bak seperti kata pepatah Melayu , melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kerajaan amat memandang serius dalam usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya. Oleh itu kerajaan mencadangkan agar Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ditambah baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disetiap sekolah diseluruh negara tahun depan. Ini adalah fokus kerajaan dalam usaha mendidik generasi muda akan datang agar mementingkan keselamatan di jalan raya.

Kerajaan juga mengalu-alukan rakyat juga memberi pandangan, pendapat dan buah fikiran bagi memantapkan lagi modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Orang ramai boleh memberi pandangan dan pendapat mereka di laman sesawang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sehingga 17 Mac ini. Ini satu lagi usaha untuk menarik minat masyarakat agar bersama-sama dalam usaha kempen keselamatan Jalan Raya. 

Kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan dalam merangka semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya adalah amat dihargai. Pelan komprehensif yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan adalah sesuai dengan peredaran zaman yang mampu membentuk minda masyarakat terutama pelajar dalam memahami espek keselamatan jalan raya. Ini merupakan satu usahasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah. 

Bukan sedkit perbelanjaan yang dkeluarkan untuk menjayakan program ini. Sebanyak RM42 juta telah diperuntukan untuk  Projek  Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di bawah Racangan Malaysia ke 11. Jumlah ini sudah cukup membayangkan kerajaan begitu serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Jumlah kerugian kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM6.8 bilion.

Ini semua bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Diharap dengan membentuk dari awal akan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, maka generasi akan datang akan lebih berdisiplin, bertimbang rasa dan sopan di jalan raya. 

Apa pun kerajaan cuba laksanakan jika tidak diikuti dengan iltizam dan sikap yang betul dari masyarakat, ianya tidak akan menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha yang murni ini. Saya tidaklah mengharapkan sesuatu yang luar biasa berlaku, namun jika perubhan yang positif - ia sudah cukup mengembirakan.  







Monday, February 8, 2016

TAHUN MONYET : TAHUN PENUH CABARAN



Sambutan Tahun Baru Cina kali ini diraikan dengan meriah walau dalam suasana  sederhana. Bagi masyarakat Tiong Hua  Tahun Monyet Api digambarkan sebagai tahun yang membawa keriangan, Tuah dan kemakmuran.

Kemeriah sambutan Tahun Baru Cina dirumah terbuka anjuran MCA di Wisma MCA kali ini diserikan lagi dengan semangat perpaduan dan setiakawan dalam Barisan Nasional dengan kehadiran tetamu istimewa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Zahid Hamidi serta isteri.


Menurut timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, tahun monyet ini dianggap oleh kaum cina sebagai tahun yang penuh dengan cabaran. Oleh itu rakyat perlu mengunakan segala kepintaran dan kecergasan dalam menghadapi apa jua cabaran yang bakal dihadapi tahun ini.

"Monyet" juga dikatakan juga haiwan yang boleh menerima perubahan dan bijak bertindak mengikut keadaan. Justeru itu dalam suasana seperti sekarang, rakyat digesa agar perlu bersedia membuat perubahan yang baik dan cuba menyesuaikan diri dengan apa sahaja perubahan yang berlaku.

Dr. Wee juga berharap tahun monyet ini negara dapat menghadapi semua cabaran dan ekonomi negara terus kekal stabil.

Turut  memeriahkan sambutan Majlis Tahun Baru Cina tersebut termasuklah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan INDUSTRI Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.














Saturday, February 6, 2016

KTMB TINGKAT PERKHIDMATAN SEMPENA TAHUN BARU CINA



Sempena menyambut Tahun Baru Cina ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad telah meningkatkan lagi perkhidmatannya  dengan menambah  32 perkhidmatan ETS kepada 39 perkhidmatan ETS setiap hari.

Ini bagi menampung jumlah penumpang yang dijangka meningkat dengan medadak pada setiap musim perayaan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menyempurnakan majlis mengedar cenderamata kepada penumpang ETS di KL Sentral, Kuala Lumpur berkata, perkhidmatan ETS semakin mendapat sambutan yang baik dari pengguna kerana ia canggih, selamat, cepat dan menjimatkan.

"Kita sedar selama ini setiap kali musim perayaan rakyat biasa menaiki bas atau kenderaan sendiri untuk pulang ke kampung. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan di lebuhraya kita dalam pada masa yang sama  berlaku peningkatan dalam kes kemalangan di jalanraya. 

Oleh itu dengan adanya pengangkutan yang maju seperti ETS rakyat mempunyai banyak pilihan. Dalam masa yang sama dengan memilih perkhidmatan ETS ini jumlah kemalangan setiap kali musim perayaan dapat dikurangkan disamping dapat menjimatkan masa serta mengelak kesesakan teruk di lebuh raya.

Kementerian pengangkutan bersama KTMB sentiasa berusaha gigih agar perkhidmatan keretapi akan ditingkatkan dari masa ke semasa agar rakyat dapat menikmati segala kemudahan yang disediakan untuk mereka. 

Kerajaan sedar tren komuter KTMB mula popular di kalangan rakyat memandangkan penggunaannya semakin meningkat sehari ke sehari terutama diwaktu puncak terutama dari Klang ke Kuala Lumpur dan Seremban. Justeru itu KTMB akan meningkatkan kekerapannya setiap 15 minit. 

Menurut Tiong Lai lagi, kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan keretapi dalam negara kerana jumlah pengguna keretapi di negara kita semakin tinggi. Menurut rekod yang ada, hampir 25ribu pengguna keretapi setiap hari di Malaysia. 

Penggunaan ETS sebenarnya telah meningkat dengan begitu drastik. Jika tahun sebelum ini ETS hanya mempunyai 5 set sahaja dengan 17 perkhidmatan sehari iaitu dari Ipoh ke Kuala Lumpur, kini telah meningkat lebih dari dua kali ganda iaitu 39 perkhidmatan sehari. 

Jarak perkhidmatan ETS pun telah ditingkatkan. Jika sebelum ini hanya sampai ke Ipoh sahaja, kini perkhidmatan ETS telah ditingkatkan lagi sehingga ke Butterworth dan Padang Besar di sebelah utara dan sehingga ke Gemas di sebelah selatan. 

Terdapat 4 perkhidmatan ke Gemas setiap hari iaitu Gemas ke Butterworth - Butterworth Gemas  dan Gemas ke Padang Besar dan sebaliknya.

Untuk perkhidmtan di Kuala Lumpur dan Ipoh penumpang ada 39 pilihan untuk ke Ipoh setiap hari. Perkhidmatan ini bermula hari ini sehingga 14 Februari 2016. 

Namun begitu jika permintaannya tinggi KTMB akan meneruskan perkhidmatannya mengikut kadar permintaan. Ini tidak termasuk dengan 6 perkhidmatan tren intercity seperti express rakyat, peninsular dan tren sutera yang sentiasa menjalankan perkhidmatannya setiap hari.   




Sunday, December 27, 2015

Wee Ka Siong sedih kejadian rakit tenggelam


Suasana sedih dan pilu menyelubungi keluarga encik Hairaddin Masran, Ketua UMNO Cawangan Kangkar Bahru, Batu Pahat.

Insiden rakit tenggelam yang  mengorbankan empat nyawa keluarga beliau di Sungai Bekok, Yong Peng mendapat liputan meluas di media massa Utama dan media sosial di seluruh negara.

Kedukaan beliau ini turut sama dirasai oleh sahabat baiknya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang tidak dapat lagi menyembunyikan riak wajah sayunya apabila mengetahui kejadian ini. 

Beliau segera ketempat kejadian dan memberi bantuan dan sumbangan sambil memberi kata-kata semangat kepada sahabat baik beliau. 

Sebagai sahabat, kejadian ini sungguh amat memilukan dan meruntun hati beliau. Kejadian ini beliau sifatkan sebagai satu tragedi yang cukup sedih. Tiada kata yang dapat beliau ungkapkan, melainkan tersingkap disebalik genangan air dimata.
Datuk Dr Wee sedang Menenangkan Haji Hairaddin yang keluar dari Hospital Batu Pahat menziarahi Isteri, Anak dan cucu beliau.

Bagi Ka Siong, Hairaddin yang beliau kenali adalah seorang yang rajin bekerja, komited dan sangat disenangi oleh penduduk tempatan. Apa yang menimpa beliau ini cukup tragik dan saya ucapkan tahziah, saya amat memahami perasan beliau ketika ini. 

Kejadian ini telah meragut empat nyawa antaranya termasuklah cucu beliau iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izaha, 2, dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izaha, 10 bulan ditemui lemas sejurus kejadian itu manakala isteri Hairuddin, Lana Ismail, 55, dan anak bongsu Hairuddin, Mohd Aiman Arif, 10.
Tidak dapat menahan kepiluan Melihat tiga mayat yang terbujur kaki ketika melawat keluarga Hairadin di Kangkar Baru.

Dalam tragedi tersebut, rakit kayu yang membawa 10 keluarga Hairaddin tenggelam ketika mereka cuba menyeberang Sungai tersebut untuk melihat kambing ternakan mereka di tebing Sungai. 

Disini Pemuda Selempang Merah turut merasai kesedihan Encik Hairaddin Masran dan merakamkan ucapan Tahziah kepada beliau, semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan diletakan bersama mereka yang Beriman dan beramal soleh.