Showing posts with label Datuk Noor Ehsan. Show all posts
Showing posts with label Datuk Noor Ehsan. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

FITNAH : AHLI PARLIMEN KOTA TINGGI NAFI DI TAHAN SPRM


Saya sebenarnya sudah bosan apabila membicarakan tentang pembangkang. Bila baca portal pembangkang, tak lain tak bukan fitnah juga yang menjadi hidangan mereka hari-hari. Selama ini pun kita tahu, portal pembangkang tak akan boleh hidup tanpa menjaja fitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan. 


Kali ini, ahli parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin menjadi sasaran anak panah fitnah pembangkang. Kononnya beliau disiasat oleh SPRM berkenaan dengan satu kes penyalahgunaan kuasa dalam sebuah syariat yang berkaitan kerajaan. 


Semua orang tahu, Datuk Ehsan  adalah salah seorang ahli lembaga pengarah FELDA yang berintegriti tinggi. Saya yakin fitnah ini dibuat untuk menghilangkan keyakinan pelabur terhadap FELDA. Bukan sekali dua serangan seperti ini berlaku kepada FELDA dan mereka yang berkaitan dengan GLC ini.  Sebelum ini pun Pengerusi FELDA pun pernah di tuduh dan difitnah dengan bermacam-macam perkara yang tidak masuk dek akal. 

Datuk Ehsan sendiri menafikan dia dipanggil oleh SPRM. "Saya tidak ada buat apa-apa salah, jadi apa yang nak dibimbangkan, Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta" tegasnya lagi. Dari sumber SPRM sendiri menafikan yang ada memanggil mana-mana ahli parlimen untuk memberi apa-apa keterangan. 


Bagi saya ini satu serangan untuk mencalarkan imej dan peribadi Datuk Ehsan. Saya yakin mereka tidak akan pernah berhenti dari mencalar dan merosakan imej dan peribadi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.  

Kita tidak lagi boleh bersikap defensive, perbuatan mereka makin hari makin menjadi-jadi. Pemimpin UMNO dan kerajaan perlu bertindak. Jangan sekali-kali membenarkan pemimpin kita dipermain-mainkan oleh puak biadap ini. Perlu ada tindakan yang tegas dan keras untuk memberi pengajaran kepada mereka. 


Tuesday, October 20, 2015

100K DIANGGAR MENYERTAI PLKN 2.0



Bagaimana kita ingin melihat generasi akan datang hidup dalam aman damai dalam negara berbilang kaum dan agama ? Apakah Pelan Tindakan Perpaduan yang telah dirancang dalam memupuk integrasi nasional ? 

Sebenarnya perpaduan kaum  dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. 


Bagi menyemai benih perpaduan kerajaan telah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Sejak diperkenalkan pada 2004, PLKN telah menjadi wadah pembinaan sahsiah diri yang bermatlamat mengukuh dan membina semangat patriotisme, memupuk perpaduan dan integrasi nasional. 

Walaupun program PKLN telah ditangguhkan sementara selama setahun sebagai langkah penjimatan dalam ketidaktentuan ekonomi negara ketika itu. Kini setelah ditambahbaik dengan modul-modul baru, PLKN kini lebih nampak menarik dan relevan dalam kesesuaian semasa. Jika dahulu PLKN mengambil peserta secara rawak kini pihak sekolah akan memilih dan menawarkan secara sukarela kepada pelajar di tingkatan lima. 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Khidmat Negara, Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, JLKN akan berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi membolehkan pihak sekolah membuat pemilihan dan menawarkan kepada pelajar untuk mengikuti perogram ini. Yang mana berminat untuk mengikut program PLKN, boleh menawarkan diri mereka secara sukarela manakala pihak sekolah boleh memilih mereka yang dirasakan layak. 

Bagi sesi Januari 2016, pelatih PLKN akan ditempatkan di 82 kem PLKN di seluruh negara. Dianggarkan lebih kurang 100,000 pelatih akan menyertai program PLKN. Beliau berkata demikian ketika melawat dan meninjau Projek Perintis Transformasi PLKN di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.

Projek Perintis ini diadakan bagi melihat hasil keberkesanan modul baharu yang bakal diperkenalkan tahun hadapan. Seramai 469 pelatih menyertai Projek Perintis ini, mereka terdiri dari 315 peserta lelaki dan 154 peserta perempuan. Dalam tempoh itu sebarang kelemahan dan kecacatan dapat dikesan dan diperbaiki lebih awal. 

Jika dahulu Program ini dijalan selama 3 bulan, kini PLKN 2.0 sesi latihannya telah dikurangkan kepada 2 bulan atau 8 minggu. Pelatih yang berkelayakan akan ditawarkan  latihan  kemahiran di IKBN terpilih selepas tamat latihan. Disini pelatih juga akan diberi tunjuk ajar dan idea untuk memilih kerjaya di masa hadapan. Mereka akan dibimbing bagaimana memilih kerjaya berdasarkan kemahiran dan minat mereka. PLKN 2.0 lebih menjurus kepada kemahiran untuk pelatih. 

Sebelum ini, Pengerusi PLKN Datuk Noor Ehsanuddin juga telah menegaskan bahawa penambahbaikan modul baharu PLKN akan mengikut kesesuaian masa. Kerajaan berharap dapat membentuk remaja atau belia yang berdisiplin, berketerampilan dan juga mempunyai nilai patriotisme yang tinggi. Semoga ilmu yang mereka timba disini dapat digunakan untuk kehidupan mereka dimasa akan datang. 

Diharap Program PLKN 2.0 ini akan memberi impak yang positif, bukan sahaja kepada proses integrasi nasional negara bahkan kepada generasi muda akan datang. Semoga negara kita ini diwarisi oleh generasi yang berdaya maju, cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal. 











Saturday, October 17, 2015

Program Jenayah Siber: Ancaman dan Kesan kepada Masarakat.


Program ini merupakan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, PIBK Parlimen Kota Tinggi dan Biro Pendidikan Kota Tinggi.


Objektif utama penganjuran program ini adalah memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya golongan pendidik dalam menangani gejala ini dan sekaligus memastikan teknologi komunikasi dan maklumat serta penggunaan Internet digunakan untuk tujuan yang berfaedah.
Mereka juga akan didedahkan jenis ancaman & bentuk perlakuan yang dikategorikan sebagai jenayah siber yang dapat dielakkan oleh mereka . Program ini di rasmikan oleh Encik Md Din Bin Hussien, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.