Showing posts with label datuk ehsanuddin. Show all posts
Showing posts with label datuk ehsanuddin. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

PEMBELIAN EHP : KEPUTUSAN FGV KEKAL POSITIF



Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bangkit menjelaskan bahawa pengambil alihan dalam kepentingan PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi  diteruskan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan bukannya Felda Investment Corporation (FIC) seperti yang dilaporkan sebelum ini. 

Memetik sumber yang melaporkan sebelum ini, FIC dikatakan telah berunding dengan PT Rajawali Group bagi memiliki 37 peratus saham dalam EHP yang bernilai RM2.55 bilion.  

Pengambilalihan kepentingan EHP  ini amat penting kepada FGV kerana pergantungan kepada tanah seluas 350,000 hektar yang dipajak daripada Felda tidak mampu membuat FGV terus berkembang dimasa akan datang untuk kekal relevan dalam sektor perladangan.

Lokasi, keluasan tanah dan kesesuaian tanah merupakan faktor utama kenapa Indonesia kekal menjadi pilihan FGV.  

Menurut Tan Sri Isa, perbincangan ini hanya melibatkan  FGV dan EHP sahaja tanpa ada pihak-pihak lain terlibat. 

Beliau sangat berharap perbincangan yang terbaru ini akan berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak FGV dan EHP. 

Ditanya mengenai kejatuhan harga minyak sawit mentah, Tan Sri Isa menjawab," FGV sedang berusaha meningkatkan kualiti pengurusan ladang dengan berhemah agar dapat mengurangkan kos. 

Dalam pada itu FGV juga sedang giat menjalankan aktiviti hiliran menjelang 2020 bagi mencapai sasaran 40 peratus. 

Saat ini aktiviti perladangan telah meyumbang 75 peratus kepada pendapatan syarikat. 

Pemuda Selempang Merah berharap harga minyak sawit mentah akan kembali stabil menjelang 2017 dan 2018 seperti jangkaan mejoriti pengalisis. 


PEMUDA SELEMPANG MERAH (Bani Jawi).
  

Tuesday, December 22, 2015

FELDA MASIH BERUSAHA MILIKI EHP




Perancangan Felda dalam usaha untuk memiliki 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi belum berakhir. Usaha itu diteruskan melalui perjanjian yang telah disusun semula.

Ini berikutan keputusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menangguhkan cadangan pembelian EHP  pada November lalu telah  memberi laluan kepada Felda Investment Corporation (FIC) memulakan rundingan dengan PT Rajawali Group dalam usaha memiliki 37 peratus saham EHP yang bernilai RM2.55 bilion. 

Justeru itu, Felda melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation  (FIC)  akan membuat keputusan berkenaan pembelian EHP itu selewat-lewatnya Mac 2016.

Sudah tentu keputusan ini dibuat demi memelihara kepentingan dan kebaikan Felda keseluruhannya dimasa akan datang.

Oleh itu, walaupun keputusan ini bakal diputuskan oleh lembaga pengarah, namun masih ada pertimbangan tertentu yang perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.

Perlu diketahui bahawa perundingan ini masih lagi di peringkat awal, belum ada apa-apa lagi keputusan bagaimana bentuk pembayaran untuk memiliki 37 peratus saham dalam EHP.

Ini merupakan langkah awal FIC dalam sektor perladangan yang mana sebelum ini diuruskan oleh FGV.

Bagi pihak PT Rajawali Group, Pengarah Urusannya Darjoto Setyawan berkata, syarikat tersebut sedang mengkaji dan berbincang bagi memuktamadkan harga pembelian bagi perjanjian yang terbaru ini.

Saya bagi pihak Pemuda Selempang Merah yakin bahawa Felda akan membuat keputusan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat amnya dan warga Felda khasnya.













   

Saturday, December 5, 2015

PELABURAN EHP : KEPUTUSAN FGV DISOKONG PENEROKA KEBANGSAAN

Semua keputusan yang diambil perlulah mengambil kira kepentingan untuk melindungi dan memberi pulangan yang berbaloi kepada syarikat. Tidak perlu mengambil resiko berbelanja besar bagi mendapatkan hasil yang lumayan. 

Justeru itu FGV mengambil langkah bijak dengan membuat keputusan untuk tidak menerima harga yang ditawarkan PT Rajawali Corpora iaitu RM2.55 bilion. Buat masa ini FGV masih lagi berbincang dengan PT Rajawali Corpora untuk meninjau kemungkinan kaedah pelaburan berbeza dengan anak syarikat tersebut PT Eagle High Plantations (EHP).

Sesuatu pelaburan yang besar memerlukan masa untuk menilainya, lagipun dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar sebarang keputusan perlu diputuskan dengan teliti dan berhemah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberi pandangannya berkenaan pembelian EHP ini. Beliau pernah berkata FGV perlu meneliti dan membentangkan segala butiran dengan jelas tentang kerjasama tersebut. 

Beliau yakin jika FGV ada satu formula yang sesuai, ianya Felda akan mengaut untung yang lumayan. Kekuatan dan kelemahan boleh boleh ditampung oleh usahasama ini. 

Walaubagaimana pun ruang masih ada untuk meninjau kemungkinan kaedah pelaburan yang berbeza dalam EHP. Keputusan ini juga disambut baik oleh Peneroka Kebangsaan Felda . 


Wednesday, November 25, 2015

JALAN BANDAR PENAWAR - KOTA TINGGI PERLU DINAIK TARAF SEGERA



Dalam perbahasan menyokong Bajet 2016 baru-baru ini, Datuk Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi memohon agar pembinaan naik taraf jalan FT 092 dari dua lorang kepada empat lorong disegerakan. Jalan tersebut menghubungkan Bandar Penawar dan Kota Tinggi. 

Menurut Datuk Ehsan, penjimatan waktu perjalanan dari 90 minit kepada 45 minit  bakal memberi impak besar buat penduduk di Kota Tinggi.  Naik taraf jalan FT 092 dari du lorong kepada empat lorong  juga bakal meningkatkan lagi pembangunan di sekitar Pengerang yang mana manfaat ini akan melimpah kepada penduduk dikawasan sekitar Bandar Penawar dan Kota Tinggi. 

Apa yang lebih penting, jalan raya yang menghubungkan dua bandar tersebut menjadi lebih mudah kepada semua pengguna. Ekoran peningkatan jumlah kenderaan yang mengunakan jalan raya tersebut maka adalah amat wajar sekali jalan raya tersebut dinaik taraf secepat mungkin.

Permintaan ini bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan dan kecelakaan dilaluan Bandar Penawar ke Kota Tinggi memandangkan peningkatan kenderaan yang melalui jalan raya tersebut. Pekara ini sudah tentu amat mengusarkan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin yang mahukan naik taraf itu segera dipercepatkan. 


Justeru itu, adalah amat wajar kerajaan memberi perhatian kepada permintaan rakyat di Kota Tinggi. Saya yakin dengan terbinanya jalan raya empat lorong dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi sebahagian masalah kesesakan jalan raya disekitar itu akan berkurangan. Perjalanan dari bandar ke bandar lebih mudah, penduduk dapat menikmati perjalanan yang selesa dengan kos perjalanan lebih murah. 

Dengan mempercepatkan pembinaan naik taraf jalan ini juga akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak dimana sektor pelancongan akan dijangkak meningkat.

Semoga semua ini akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat dikawasan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang banyak bertungkus lumus bekerja untuk rakyat. 




Thursday, November 5, 2015

SURAT PALSU BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK


Tahap kewarasan pembangkang makin kritikal sejak parlimen mula bersidang. Ia bermula dengan kegagalan mereka bersatupada dalam menbawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. 

 Setelah itu dua anggota parlimen DAP, Lim Lip Eng dan Gobind Singh Deo diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat kerana mencelah ketika usul berkenaan perlantikan ahli baru Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dibawa Perdana Menteri.

Dewan Rakyat dihangatkan lagi dengan pengantungan samseng tua, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang susulan kegagalannya memohon maaf serta menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin.

Kegagalan demi kegagalan usaha jahat mereka tidak berhenti disitu. Kali ini mereka mengunakan keadah yang lebih licik dan jahat dalam usaha terdesak mereka menumbangkan Perdana Menteri. 

 Pakatan pembangkang kali ini menggunakan Kumpulan Pembaharuan Pilihan Raya (BERSIH) mencipta dan mengedar sampul  yang mengandungi surat atas talian kononnya dibuat oleh setiap pengundi dari setiap kawasan parlimen Barisan Nasional berkenaan dengan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Maria Chin, Presiden BERSIH dengan bantuan  ahli parlimen Batu, Tian Chua membawa surat tersebut ke Parlimen untuk diserahkan kepada ahli parlimen BN, seolah-olah parlimen ini macam rumah dia sendiri, suka hati masuk, suka hati edar surat. 

Surat tersebut telah diedar dan diserahkan kepada Pengerusi Majlis-Majlis Ahli Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi), Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad (Ahli Parlimen Mersing) dan Anuar Abdul Manap (Ahli Parlimen Sekijang).

Opera dan wayang kulit mereka tidak berakhir disitu. Bagi menunjukkan kononnya mereka ini adil, telus dan tulus, surat ini juga diserahkan kepada ahli parlimen pembangkang. Maka ahli parlimen pembangkang pun pura-puralah tergejut menerima surat berkenaan. 

Kesudahan drama bodoh ini akhirnya terbongkar apabila semakan berdasarkan nama dan no kad pengenalan dalam surat yang menyokong usul tersebut adalah palsu dan tidak ditandatangani. Sekadar taip satu surat, letak nama dan nombor kad pengenalan baik suruh budak sekolah buat. 

Bagi Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin, inilah rupa sebenar pembangkang. Tindakan tergesa-gesa dan terdesak mereka  untuk menumbangkan Perdana Menteri bukan sahaja gagal bahkan menunjukkan sikap mereka yang sanggup melakukan apa sahaja dan menghalalkan segala cara bagi menumbangkan Perdana Menteri. 

Cukup malang mereka ini, dalam mereka memperjuangkan dan melaungkan BERSIH, akhirnya mereka sendiri membuat kerja-kerja kotor dengan cubaan menipu rakyat. 

Menurut Datuk Ehsan lagi, mereka cuba menutup kelemahan mereka kepada rakyat dengan mencipta isu yang bukan-bukan. Sebenarnya rakyat sedar permasalahan dalaman yang mereka hadapi. Tak payahlah mereka mencipta isu untuk menipu rakyat. Mereka sendiri mempunyai konflik defisit kepercayaan rakyat, oleh itu mereka mencipta pelbagai isu bagi mengelirukan rakyat dan mengalih perhatian rakyat kepada masalah mereka.

"Saya tidak fikir mereka berminat untuk membahaskan isu bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Mereka lebih sibuk berkenaan RM2.6 bilion yang tidak ada kena mengena langsung dengan bajet 2016".

Pesanan buat pembangkang, kalau tahu diri tu tak berapa cerdik, simpan sajalah kebebalan tu dalam poket. Rakyat makin muak dengan segala lakonan dan drama murahan. 














Thursday, October 22, 2015

FITNAH : AHLI PARLIMEN KOTA TINGGI NAFI DI TAHAN SPRM


Saya sebenarnya sudah bosan apabila membicarakan tentang pembangkang. Bila baca portal pembangkang, tak lain tak bukan fitnah juga yang menjadi hidangan mereka hari-hari. Selama ini pun kita tahu, portal pembangkang tak akan boleh hidup tanpa menjaja fitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan. 


Kali ini, ahli parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin menjadi sasaran anak panah fitnah pembangkang. Kononnya beliau disiasat oleh SPRM berkenaan dengan satu kes penyalahgunaan kuasa dalam sebuah syariat yang berkaitan kerajaan. 


Semua orang tahu, Datuk Ehsan  adalah salah seorang ahli lembaga pengarah FELDA yang berintegriti tinggi. Saya yakin fitnah ini dibuat untuk menghilangkan keyakinan pelabur terhadap FELDA. Bukan sekali dua serangan seperti ini berlaku kepada FELDA dan mereka yang berkaitan dengan GLC ini.  Sebelum ini pun Pengerusi FELDA pun pernah di tuduh dan difitnah dengan bermacam-macam perkara yang tidak masuk dek akal. 

Datuk Ehsan sendiri menafikan dia dipanggil oleh SPRM. "Saya tidak ada buat apa-apa salah, jadi apa yang nak dibimbangkan, Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta" tegasnya lagi. Dari sumber SPRM sendiri menafikan yang ada memanggil mana-mana ahli parlimen untuk memberi apa-apa keterangan. 


Bagi saya ini satu serangan untuk mencalarkan imej dan peribadi Datuk Ehsan. Saya yakin mereka tidak akan pernah berhenti dari mencalar dan merosakan imej dan peribadi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.  

Kita tidak lagi boleh bersikap defensive, perbuatan mereka makin hari makin menjadi-jadi. Pemimpin UMNO dan kerajaan perlu bertindak. Jangan sekali-kali membenarkan pemimpin kita dipermain-mainkan oleh puak biadap ini. Perlu ada tindakan yang tegas dan keras untuk memberi pengajaran kepada mereka.