Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts
Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts

Thursday, October 13, 2016

BURU DAN BUNUH PENGEDAR DAN PENAGIH DADAH ?



Di Filipina bukan sahaja pengedar dadah dibunuh, bahkan penagih pun bakal menerima nasib yang sama.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melancarkan perang "bunuh" terhadap penagih dan pengedar dadah.

Justeru itu lebih 700,000 penagih dadah dilaporkan menyerah diri bagi mengelakan mereka daripada menjadi mangsa 'pembunuhan' dalam perang dadah yang dilancarkan sejak Jun lalu.

Hanya dalam tempoh 100 hari semenjak Rodrigo Duterte dilantik menjadi Presiden Filipina pada akhir Jun lalu, lebih 3,600 warga Filipina menjadi mangsa terbunuh dalam perang melawan dadah.

Duterte dalam kempen pemilihan presiden  berjanji tidak akan membenarkan Filipina menjadi “negara dadah” dan bersumpah membunuh pengedar dan penagih dadah serta penjenayah.

Begitu serius kempen memerangi dadah di Filipina, namun di Malaysia, Walaupun Malaysia mengisytiharkan Dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak 1983 lagi, namun sehingga kini dadah masih lagi menjadi masalah utama negara.

Bahkan ada penagih yang sanggup membunuh ibu, bapa dan saudara kandung hanya semata-mata ingin mendapatkan duit untuk membeli dadah. Bukan itu sahaja, jenayah kecurian, rompakan, rogol dan lain-lain lagi juga kebanyakannya berpunca dari Dadah.

 Oleh itu apakah perlu ada undang-undang yang lebih keras untuk menangani masalah Dadah ini ? Perlukah kita mencontohi Filipina dalam menangani jenayah yang berpunca dari Dadah ini?

Apa pun perlu ada satu mekanisme baru yang ampuh dan berkesan 

Apa pendapat RAKYAT MALAYSIA ?

Friday, August 28, 2015

APA JASA UMNO ?



Ada yang bertanya, sejak merdeka hingga kini apa jasa UMNO ? Apa UMNO buat bantu orang Melayu ? Apa jasa UMNO kepada agama Islam ?

Negara dan Umat Islam Melayu baru merdeka 57 tahun, tahun ini  masuk tahun ke 58. Selama dijajah lebih 446 tahun  berapa biji masjid mereka bina ?  Selama dijajah 446 tahun berapa ramai anak Melayu dapat belajar ke peringkat tertinggi. Tak payah tertinggilah...berapa ramai yang bersekolah biasa ? berapa ramai dapat biasiswa ? berapa ramai dapat menjamah nasi ? Berapa ramai dapat mengenal huruf ? Berapa ramai pula yang kenal Islam ?

Hari ini ada lebih kurang 6,312 buah masjid 17614 buah surau yang berdaftar dengan JAKIM.  Atas usaha siapa ? Penjajah ? pembangkang ? sudah tentulah atas usaha kerajaan semasa  yang dikuasai oleh parti pemerintah iaitu UMNO. 

Apa yang masjid dan surau ini buat ? Kuliah agama, ceramah, program kemasyarakatan, tempat rujukan agama, solat jemaah dan tak kurang juga tempat penceramah-penceramah pembangkang mencari sesuap nasi dengan membantai kerajaan. Bukan kita tak tahu. 

Itu baru sedikit.....

Hari ini kita dan anak-anak kita kenal Islam, kenal huruf, kenal Al-Quran, kenal Nabi, para sahabat Nabi dan pejuang-pejuang Islam dari mana ? bukan ke dari ilmuan-ilmuan Islam ? mana datang ilmuan-ilmuan Islam ini ? Adakah dari hasil usaha pendidikan penjajah ?