Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

DINDINGS POULTRY PROCESSING SDN.BHD. KILANG PEMPROSESAN AYAM McDONALD's PATUHI STD SYARIAH DAN HALAL


Rakyat Malaysia antara rakyat yang cukup sensitif dengan status halal dan kebersihan sesuatu makanan terutama mereka yang beragama Islam. Makanan halal dan kebersihan adalah pilihan utama selain keenakannya. Halal dan haram sangat signifikan dan berkait rapat dengan makanan dan minuman secara literal.  Dalam masyarakat Islam pengambilan dan penggunaan sesuatu makanan dari sumber yang haram boleh menjadi penyebab sesuatu doa tertolak dan tidak dimakbulkan.

 Di Malaysia, persoalan halal dan haram telah melangkaui ke era pengurusan, penyelidikan dan pengukuhan prinsip. Kerajaan juga telah memberikan perhatian yang serius ke atas semua produk makanan dan perkhidmatan merangkumi segala bentuk prosuder dan prosesnya dengan menetapkan logo halal. Orang Melayu Islam amat sensitif dengan isu halal dan haram dalam makanan dan perkara ini sentiasa menjadi perhatian mereka.

McDonald's sedia maklum peraturan ini dan telah berusaha mematuhi semua aspek yang menjadi keperluan dalam mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JAKIM. Oleh itu McDonald's amat teliti dalam memilih pembekal yang dapat mematuhi piawaian yang di tetapkan oleh JAKIM.

Baru-baru ini kami dijemput oleh McDonald's ke kilang menternak dan pemprosesan ayam di Setiawan Perak. McDonald's mempunyai kilang menternak dan pemprosesan sendiri untuk diedarkan ke setiap restoran-restorannya di seluruh negara iaitu Dindings Poultry Proessing Sdn. Bhd. (DPP).

Untuk memasuki kilang ini beberapa peraturan perlu diikuti antaranya semua bahan logam di badan perlu ditanggalkan., Selain itu setiap pelawat perlu berada didalam kesihatan yang baik. Mereka yang demam dan sakit tidak dibenarkan masuk. Bagitu ketat sekali kawalan yang dilaksanakan bagi menjaga kualiti dan kebersihan produk McDonald's.

Apa yang istimewa dengan kilang DPP ini ?

Kilang DPP ini dilengkapi teknologi morden dan canggih yang mana penyembelihnya mematuhi hukum syarak dan halal. Pusat ternakannya juga dilengkapi dengan teknologi morden. Jika anda lihat dalam foto dibawah , dinding-dindingnya dilengkapi dengan kipas bag yang banyak. Ini bagi memastikan suhu dalam reban ayam dapat dikawal dalam lingkungan antara 25 ke 29 darjah celcius. Pengaliran udara yang semulajadi adalah amat penting bagi memastikan keadaan ayam sentiasa segar dan sihat. Begitu ketat dan teliti kawalan terhadap ayam ini.


Jika kita ke pasar atau tempat penyembelihan ayam biasanya kita akan bau ayam, darah dan najis ayam, tetapi di DPP semua ini tidak berlaku. DPP amat mementingkan kebersihan luaran dan dalaman kilangnya. Begitu sekali kesihatan ayam ini dijaga kualitinya. Jadi anda memang tidak perlu khuatir lagi berkenaan kebersihan dan kualiti produk McDonald's.


Antara fakta menarik tentang kilang DPP ini ialah ada 18 orang sahaja yang bekerja untuk menyembelih ayam di kilang ini.  Dari 18 ini ia dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Setiap kumpulan yang terdiri dari 5 orang  akan menyembelih lebih kurang 3500 ekor ayam. Setelah selesai 3500 ekor ayam disembeih kumpulan kedua akan menyambung tugasan sembelihan tersebut. Kesemua mereka dianggarkan meyembelih 80,000 ke 85,000 ekor ayam. Bayangkanlah dengan jumlah yang begitu banyak ayam yang hendak diuruskan. Jika tidak benar-benar diuruskan dengan teliti tentu amat sulit menguruskan kebersihan dan kelancaran operasi sehariannya.

Namun begitu penyembelih yang bertugas ini bukan calang-calang yang dipilih. Mereka ditapis dengan teliti dan mempunyai kelayakan dan sijil menyembelih yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam negeri. Ini bagi memastikan penyembelih ini mempunyai kelayakan dan mematuhi syarak.


Untuk pengetahuan, pisau sembelihan yang digunakan akan ditukar setiap enam bulan sekali. Ini bagi memastikan kualiti sembelihan terjaga. Semua operasi didalam kilang DPP amat dikawal dengan ketat dan dikawal dengan rapi.

Dalam pada itu Jabatan Agama Islam Negeri akan selalu memantau dan membuat pemeriksaan secara rawak bagi memastikan kesempurnaan penyediaan ayam sembelihan di DPP mengikut syarak dan halal. Ini merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan kilang penternakan dan pemprosesan DPP mengikut piawaian syarak dan halal.      






Tuesday, January 12, 2016

PRODUK McDONALD's HALAL DAN SELAMAT




Sehingga kini tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan seseorang itu mengalami sesuatu penyakit yang berpunca dari makan makanan di restoran McDonald's

Saya pernah menonton satu video yang dimuat turun dalam facebook yang menunjukkan seekor lembu yang mati tanpa disembelih telah diproses menghancurkan tulang dan dagingnya dikatakan proses ini adalah untuk penyediaan makanan 
McDonald's

Dengan bermodalkan video fitnah tersebut ramai yang percaya kononnya itu adalah daging yang dihasilkan adalah untuk produk McDonald's.


Begitulah mudahnya masyarakat kita diperdayakan oleh mereka yang mempunyai agenda buruk terhadap syarikat 
McDonald's.

Tahukah anda,  McDonald’s Malaysia merupakan Restoran Khidmat Segera pertama menerima sijil Halal oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

McDonald's Malaysia menjamin setiap proses dan pemeriksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dipenuhi dan diberi pengiktirafan 100% Halal.

Justeru itu rakyat Malaysia tidak perlu lagi berasa was-was dan curiga terhadap produk McDonald's. Apa yang anda perlu buat adalah merujuk kepada pihak berkuasa JAKIM dan syarikat McDonald's sendiri untuk mendapat kepastian.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM ini. semua proses dari awal hinggalah ke akhir perlu perlu diteliti oleh JAKIM. Hinggakan untuk meletakkan nama produk pun JAKIM akan beri perhatian.

Mana-mana syarikat yang mengeluarkan atau mengedar produk halal dalam masa yang sama mengedar sekali dengan produk tidak halal, syarikat tersebut JAKIM akan tolak permohonan mereka sama sekali. 

Selain itu produk yang mengunakan nama yang boleh mengelirukan orang ramai contohnya Bak Kut Teh dan seumpamanya juga tidak akan diterima permohonan mereka.

Bagi mendapatkan sijil pengesahan halal, setiap pengeluar, premis makanan dan rumah sembelihan hanya mengeluarkan produk yang HALAL SAHAJA.  Tidak dibenarkan sama sekali ada produk yang tidak halal diproses ditempat yang sama. 

Syarikat perlu memastikan semua sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekal produk yang halal sahaja dan mempunyai sijil halal.

Mana-mana syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendalikan dan memastikan pematuhan prosedur pensijlan halal.

 McDonald's Malaysia telah mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal yang antara lain fungsinya adalah memastikan produknya di pasaran halal, sihat dan bermutu.



Wednesday, January 6, 2016

MCDONALD'S DIJAMIN HALAL 100% OLEH JAKIM



"Mencari yang halal itu fardhu (wajib) bagi setiap umat Islam".  Agama Islam amat menitik beratkan soal halal dan haram dalam kehidupan umatnya terutama didalam soal memilih makanan. Justeru itu umatnya diwajibkan mengambil makanan yang halal lagi baik dari sumber rezeki yang halal. 

Walaupun umat Islam di Malaysia sudah ada kesedaran untuk memilih makanan yang halal,  namun masih ramai diantara mereka yang mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terhadap beberapa premis makanan segera terutamanya McDonald's Malaysia yang kononnya menyediakan makanan yang tidak halal dan memudharatkan kesihatan. 

Seharusnya orang ramai terutama umat Islam tidak perlu rasa was-was terhadap hidangan makanan direstoran makanan segera yang mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti McDonald's. 


Selain JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Negeri (JAIN) juga menjalankan pengauditan menyeluruh terhadap setiap restoran dan kilang dari setiap aspek bahan mentah, kebersihan, proses penyediaan, pekerja, peralatan, peyimpanan, Pengangkutan dan juga persekitaran restoran dan kilang. 

Ini bermaksud JAKIM mengawal proses halal dari "A" sampai ke "Z", dan proses pemantauan ini dijalankan berkala oleh JAKIM.

Bagi memastikan kesemua produk McDonald's mematuhi syarat halal, McDonald's Malaysia menubuhkan audit halal dalaman. Jawatankuasa Halal Dalaman akan melantik pekerja Muslim bagi memastikan pematuhan piawaian halal yang ditetapkan sentiasa berterusan.

Justeru itu tuduhan liar dilaman sosial kononnya JAKIM menarik balik Sijil Pengesahan Halal bagi syarikat McDonald's adalah tidak benar sama sekali.

Sijil halal restoran McDonald's TIDAK PERNAH digantung atau ditarik balik. Orang ramai janganlah mudah terpengaruh dan terpedaya dengan berita palsu dilaman media sosial. 

 McDonald's menegaskan bahawa setiap produknya termasuk sos-sos yang diimport oleh McDonald's Malaysia disahkan seratus peratus halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa yang diiktiraf oleh JAKIM.

Untuk sebarang kemuyskilan dan pertanyaan lanjut berkenaan status halal McDonald's Malaysia, pelanggan boleh merujuk kepada laman web rasmi JAKIM atau hubungi Hab Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 atau Talian Khidmat Pelanggan McDonald's Malaysia ditalian 03- 2726 5600.





Tuesday, December 8, 2015

USAHAWAN IKS PERLU TEROKA PELUANG INDUSTRI HALAL



Sebagai sebuah negara Islam,  makanan halal merupakan satu perkara penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Umat Islam di Malaysia yang berjumlah menghampiri 20 juta orang iaitu bersamaan dengan 65 peratus rakyat Malaysia merupakan satu prospek penting dalam industri makanan halal. 

Justeru itu kepentingan makanan halal mula diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian II (PIP 2) 1996 - 2005. Malaysia berpandangan industri ini dapat dibangunkan memandangkan Malaysia mempunyai sumber bahan mentah yang mencukupi, kemudahan infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi pemprosesan. 

Usaha Malaysia memperkenalkan dan memberi pengiktirafan logo halal menunjukkan minat dan komitmen kerajaan sepenuhnya kepada industri ini. Oleh itu dalam memperkemas persaingan dalam pasaran global, aspek daya saing syarikat adalah amat penting yang mana ini dapat dilahirkan melalui kekuatan pengusaha yang mempunyai sikap dan persepsi yang positif dalam membangunkan syarikat.

Bertitik tolak dari semua faktor tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengesa Usahawan Kecil Sederhana (IKS) di Malaysia memberi tumpuan utama kepada industri makanan halal. 

Memandang industri ini mempunyai potensi yang besar dimasa hadapan, Datuk Rd. Wee mengesa usahawan IKS Melayu dan Cina memasarkan produk halal mereka ke luar negara. Antara negara yang menjadi sasaran yang perlu usahawan IKS dalam memasarkan produk halal adalah negara China. 

Memilih  negara China sebagai tumpuan memasarkan produk Industri halal merupakan satu tindak yang tepat memandangkan penduduknya yang beragama Islam sahaja mencecah  lebih 26 juta orang. 

Menurut Datuk Dr. Wee, dalam usaha menghidupkan semula "Laluan Sutera" melalui One Belt One Road (OBOR) yang amat terkenal satu masa dahulu. Negara China sentiasa membuka ruang dan mencari peluang untuk berurusniaga dalam perdagangan halal dengan negara Islam dan Arab menerusi perdangangan dua hala. 

Oleh itu Malaysia perlu mengambil peluang ini memandangkan kita mempunyai kelebihan yang membolehkan negara  lebih kedepan dalam industri ini. Negara kita merupakan rakan dagangan utama China. Malahan 25 peratus rakyat di negara kita bertutur dalam bahasa Mandarin, bahasa pertuturan utama negara China. Ini merupakan satu kelebihan yang ada pada negara kita merupakan selain berkongsi sejarah dan budaya yang sama.

Sudah sampai masanya di negara kita usahawan IKS Melayu dan Cina berganding bahu berkerjasama bagi manfaat bersama bangsa Malaysia keseluruhannya. Mungkin boleh diasaskan satu perkongsian bistari antara kita yang mana boleh dimanfaatkan untuk perdangangan dengan negara China. 

Wee juga berharap usahawan IKS dapat mengadakan usahasama dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebagai negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam industri ini. 

Kerajaan amat memberi perhatian kepada peranan IKS kerana ia telah menyumbang 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  serta menyediakan lebih 50 peratus peluang pekerjaan di dalam negara.

Industri halal merupakan satu industri yang tumbuh dengan begitu pesat setiap tahun, oleh itu siapa yang cepat merebut peluang, dia yang akan dapat. Kebanyakan syarikat yang terbabit dengan industri halal ini lebih tertumpu kepada pengeluaran makanan dan minuman. Oleh itu mereka memerlukan bimbingan dan sokogongan HDC dan JAKIM bagi memastikan produk mereka mempunyai sijil halal yang disahkan oleh kerajaan. 

Sebagai rakan dangangan Malaysia enam kali berturut-turut, China bakal merintis jalan menyediakan peluang dan ruang untuk industri halal ini bertapak dan berkembang dengan pesat. Sehubungan itu beliau menyeru supaya usahawan industri halal berani meneroka dan mencipta peluang didalam dan luar negara. 


Sehingga tahun 2011, sebanyak 4,787 sijil halal dikeluarkan kepada pekilang, premis dan rumah sembelih di Malaysia dan 701 syarikat diluluskan Pensijilan Halal untuk mengeksport pengeluaran produk ke luar negara. 





Friday, August 28, 2015

APA JASA UMNO ?



Ada yang bertanya, sejak merdeka hingga kini apa jasa UMNO ? Apa UMNO buat bantu orang Melayu ? Apa jasa UMNO kepada agama Islam ?

Negara dan Umat Islam Melayu baru merdeka 57 tahun, tahun ini  masuk tahun ke 58. Selama dijajah lebih 446 tahun  berapa biji masjid mereka bina ?  Selama dijajah 446 tahun berapa ramai anak Melayu dapat belajar ke peringkat tertinggi. Tak payah tertinggilah...berapa ramai yang bersekolah biasa ? berapa ramai dapat biasiswa ? berapa ramai dapat menjamah nasi ? Berapa ramai dapat mengenal huruf ? Berapa ramai pula yang kenal Islam ?

Hari ini ada lebih kurang 6,312 buah masjid 17614 buah surau yang berdaftar dengan JAKIM.  Atas usaha siapa ? Penjajah ? pembangkang ? sudah tentulah atas usaha kerajaan semasa  yang dikuasai oleh parti pemerintah iaitu UMNO. 

Apa yang masjid dan surau ini buat ? Kuliah agama, ceramah, program kemasyarakatan, tempat rujukan agama, solat jemaah dan tak kurang juga tempat penceramah-penceramah pembangkang mencari sesuap nasi dengan membantai kerajaan. Bukan kita tak tahu. 

Itu baru sedikit.....

Hari ini kita dan anak-anak kita kenal Islam, kenal huruf, kenal Al-Quran, kenal Nabi, para sahabat Nabi dan pejuang-pejuang Islam dari mana ? bukan ke dari ilmuan-ilmuan Islam ? mana datang ilmuan-ilmuan Islam ini ? Adakah dari hasil usaha pendidikan penjajah ?