Sejak Donald Trump mengambil alih tampuk Presiden Amerika Syarikat bermacam-macam hal yang tidak masuk akal telah dibuatnya antaranya termasuklah larangan orang Islam daripada memasuki Amerika. tindakannya menyusahkan pentadbiran Amerika sehinggakan memerlukan campurtangan badan kehakiman dan anggota Senat.
Baru-baru ini Donald mengunakan kekuatan tenteranya untuk menyerang Syria dengan 60 biji Tomohawk dengan alasan tindakan menyerang kubu tentera Syria susulan serangan senjata kimia di bandar Idlib pada pagi Selasa lalu. Dalam serangan tersebut sekurang-kurangnya 86 penduduk tempatan dilaporkan terkorban termasuk kanak-kanak dalam insiden berkenaan.
Dan terkini Donald telah mengerahkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) agar ‘menggerakkan’ kedudukan kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vinson ke Semenanjung Korea bertujuan mendesak Korea Utara menghentikan program senjata nuklear.
Sudah tentulah langkah ini akan menimbulkan ketegangan di rantau tersebut . Apatah lagi apabila Pyongyang baru-baru ini mengutuk tindakan AS melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria.
Pusat Pemerintah Pasifik AS mengarahkan kapal tersebut ke rantau itu sebagai langkah berjaga-jaga. Ancaman utama di rantau itu adalah Korea Utara atas kecuaian, tidak bertanggungjawab dan ketidakstabilan program misil serta terlalu mengejar kemampuan senjata nuklear.
Kegilaan Donald ini bakal menjadi ancaman kepada dunia jika ianya tidak dikawal dengan minda yang waras.
Malaysia Menjerit
Malaysia mempunyai sebab kenapa bimbang dengan keadaan di Aleppo, Syria. Serangan ganas dan pembunuhan keatas rakyat Syria yang tidak berdosa bakal mengundang kemasukan kumpulan pengganas DAESH ke rantau ASEAN termasuk Malaysia.
Agen DAESH di rautau ini dilihat begitu aktif dan serius menyebarkan propagada mereka dilaman-laman sosial terutama dalam aspek penyebaran ideologi, penambahan anggota dan ingin mewujudkan semula Khalifa Islam.
Malaysia dengan tegas menyatakan pendirian melalui Timbalan Perdana Menteri di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kita tidak mahu DAESH bertapak di negara ini setelah kemusnahan kubu mereka di Syria.
Malaysia berpendapat adalah sudah terlewat jika ideologi ganas mereka menular dan diterima oleh masyarakat disini. Oleh itu Malaysia mengerakkan kerjasama tiga negara antara Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi menyekat dakyah mereka.
Dalam pada itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kuasa besar dunia perlu segera campur tangan bagi menyelesaikan krisis kemanusian di Aleppo. Campur tangan ini dilihat merupakan usaha terbaik bagi menangani krisis kemanusiaan.
Setiap agama mempunyai orang-orang yang sesat dan tidak waras. ISIS sebenarnya tidak punya banyak perbezanya dengan kumpulan KKK dari penganut Kristian. Bukankah mereka (KKK) juga memakai tanda salib ? Bukankah apa yang mereka lakukan itu atas nama Kristian dan Jesus ? Bukankah mereka percaya Jesus memerintah mereka sedemikian ? Mengantung dan membunuh orang -orang berketurunan Afrika ?
Boleh sesiapa disini menyatakan bahawa KKK adalah organisasi Kristian ? Ada lagi kumpulan yang kita boleh lihat. Ada lagi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan untuk memastikan negara atau rantau ini bebas dari orang-orang bukan Kristian.
Ada juga orang seperti ini dalam agama Yahudi, yang mana (perbuatan mereka) tiada kaitan dengan agama Yahudi. Ada juga orang seperti ini dalam kepercayaan Hindu yang mana (perbuatan mereka) tiada kaitan langsung dengan agama Hindu.
Kepada sesiapa yang ingin berhujah bahawa DAESH adalah Islamik adalah sesuatu yang tidak munasabah. Dalam agama Islam Al-Quran Menyatakan bahawa "Bagi kamu, kepercayaan kamu, dan bagi saya, kepercayaan saya, kamu bebas mengamalkan ajaran kamu dan saya bebas mengamalkan ajaran saya". Bukankah ini toleransi dalam agama yang sepatutnya anda terima daripada ini ?
Dalam ajaran Islam ada mengatakan, seseorang yang membunuh seseorang manusia yang tidak bersalah adalah sama seperti dia membunuh semua manusia, dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa adalah sama seperti dia menyelamatkan keseluruhan manusia. Apakah ada lagi contoh ajaran yang lebih baik daripada ini ?
Jika anda melihat apa yang telah dilakukan oleh DAESH dan kamu mengatakan inilah apa yang tertulis dala kitab mereka (Al-Quran), bukankah dalam kitab anda (old Testament) menyatakan (hukuman balas) mata dengan mata, gigi dengan gigi ? Sekiranya ada seseorang buat seperti itu pada hari ini, adakah kamu akan menyatakan dia seorang Kristian atau seorang Yahudi ?
Jadi, ingin saya ingatkan kepada anda semua sebabnya ianya sudah hampir menjadi perencah hari ini yang mengaitkan (perbuatan) DAESH dengan Islam, yang mana perbuatan DAESH ini adalah salah.
Agama Islam dan peradaban Islamlah yang mengekalkan sejarah Greek dan Rom dan memberikannya kepada Barat. Peradaban Barat tidak akan wujud tanpa peradaban Islam dan Arab. Peradaban Islam dan peradaban Arab Islam adalah peradaban yang menghubungkan (peradaban) China dan Eropah. Ianya peradaban yang global.
Inilah maksud saya, jika sekiranya Islam tidak bertoleransi dan DAESH seperti yang kamu dakwa sebagai mewakili Islam, adakah Islam(seperti DAESH) akan menjaga (falsafah) Socretes dan Aristotle serta menghubungkannya kepada Barat ? Apakah Islam seperti itu akan menghubungkan timur dan barat ? tentu sekali tidak !
Justeru itu saya meminta anda semua untuk lebih berhati-hati bila menyatakan sesuatu perkara atau menerima sesuatu yang sudah dianggap umum, sedangkan tidak ada sebarang fakta terhadapnya.
Adel Al-Jubeir
Menteri Luar Arab Saudi
ISLAMIC STATE: UMAT ISLAM USAH KELIRU
Islamic State (IS)
adalah sebuah pertubuhan pengganas yang telah disytiharkan oleh kerajaan
sebagai organisasi haram. Sebagai sebuah organisasi haram maka segala
aktiviti, keanggotaannya dan perkara yang berkaitan dengannya adalah
satu kesalahan di sisi undang-undang.
Kebanyakan rakyat masih
keliru dengan matlamat perjuangan IS, justeru itu tidak hairanlah masih
ada yang masih bersimpati kepada perjuangan mereka. Sejak 2013 hingga
kini terdapat 206 orang telah ditangkap termasuk 15 orang yang
terlibat dalam serangan di pusat hiburan Movida, Puchong baru-baru ini.
Jumlah tangkapan sebelum ini pada 2013 hanyalah empat orang sebelum
meningkat kepada 59 orang pada tahun 2014 dan bertambah kepada 82 orang
pada 2015. Sehingga 4 Julai lalu seramai 61 orang termasuklah yang
melakukan serangan di Puchong. Ia menggambarkan betapa rakyat Malaysia
tidak peka dan memahami IS itu sendiri dan mudah terpengaruh dakyah
sebaran mereka.
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang bersidang
pada 2104 menfatwakan perjuangan IS (Islamic State) yang terdiri dari
ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) atau ISIL (Islamic State of Iraq
and the Levant) adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
ISIS
atau ISIL bermula dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya
terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza, iaitu Ansar al-Islam
yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk
kawasan 'pemerintahan Islam' mereka yang tersendiri dan mengamalkan
kehidupan Islami ortodoks dan radikal.
Keduanya, kumpulan
Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri
mereka sebagai Jamaah al-Tawhid wa al-Jihadi di bawah pimpinan Abu
Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad
memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq dan
kumpulan ketiga adalah al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat
serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan selepas peristiwa 11
September.
Para ulama ahli Sunnah wal Jamaah telah berulang
kali memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak terpengaruh dengan
kumpulan pengganas IS kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang
selalu mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan
menghalalkan darah mereka. Pengganas IS ini merupakan dari kelompok
Salafi Takfiri iaitu golongan yang cenderung mengkafirkan orang lain
yang tidak menganut ideologi mereka. Bahkan mereka sanggup membunuh umat
Islam yang tidak sehaluan dengan ideologi salafi yang mereka anuti.
Mereka menghalau penduduk Kristian dan Yazidi dengan cara yang cukup
zalim, membunuh rakyat yang tidak berdosa. Jumhur Ulama Ahli Sunnah di
seluruh dunia melabelkan mereka sebagai Khawarij di zaman morden
(neo-khawarij) dan mengingatkan umat Islam agar jangan terpedaya dengan
kesesatan dan penyelewengan mereka.
Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia beranggapan bahawa kecenderungan umat Islam untuk berjihad
bersama pengganas IS di bumi Syria ini adalah berpunca dari kekeliruan
dalam memahami konsep jihad atau mati syahid yang sebenar menurut ajaran
Islam. Ajaran atau ideologi keganasan yang mereka bawa amat bercanggah
dengan Islam dan boleh menjurus kepada kekufuran dan kesesatan kerana
mereka menghalalkan darah umat Islam.
Sehubungan dengan itu,
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah menegaskan bahawa tindakan umat
Islam dari Malaysia yang memyokong, menyertai atau telah berjuang
bersama IS di Syria adalah perjuangan sia-sia kerana perjuangan mereka
tidak termasuk dalam kategori jihad dalam Islam dan kematian mereka
tidak dianggap sebagai syahid.
Oleh itu umat Islam dinasihatkan
agar jangan terjebak, mudah terpengaruh atau bersimpati dengan
perjuangan pengganas IS. Jangan sesekali terpedaya dengan propaganda IS
yang mengunakan Islam untuk mengaburi mata umat Islam.
Sumber : Friends of Kedaulatan