Showing posts with label BAS. Show all posts
Showing posts with label BAS. Show all posts

Sunday, August 20, 2017

SUKAN SEA 29: LEBIH MUDAH GUNA PENGANGKUTAN AWAM



Temasya sukan SEA ke 29 ini nampak cukup meriah. Bukan sahaja para atlet yang bersemangat tapi para  penyokong Malaysia pun cukup positif memberi semangat kepada pasukan negara. Ini dapat penulis lihat setiap  acara yang pasukan Malaysia sertai, penyokongnya seperti sepakat dan bersatu hati. Memang cukup membanggakan. 
Inilah yang kita cari selama ini penyokong yang teguh bersama pasukan negara.

Syukurlah walaupun keadaan lalu lintas trafik di negara kita agak sesak, kerajaan awal-awallagi sudah buat persedian awal bagi mengatasi masalah ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terutamanya telah berkerja bertungkus-lumus bagi memastikan sistem perjalanan perkhidmatan awam berjalan dengan lancar.  

Sebelum itu pun kerajaan sentiasa mewar-warkan di media massa dan media sosial agar rakyat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika temsya ini berlangsung.  

Untuk acara pembukaan, LRT laluan Sri Petaling ke stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi. Bagitu juga upacara penutup pada 30 Ogos ini waktu operasinya juga dilanjutkan sehingga jam 2 pagi. Untuk kemudahan orang ramai ke setiap avenue sukan SEA , Rapid KL menyediakan bas khas untuk peminat  dan penyokong-penyokong negara di sukan SEA.

Di bawah disediakan jadual-jadual kepada pengguna yang ingin menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi seperti berikut :

KE KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)




UNTUK KE MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXIBITION CENTER MITEC

UNTUK KE STADIUM BUKIT JALIL

Semoga perjalanan anda menjadi lebih mudah dan selamat. Teruskan memberi sokongan kepada pasukan negara. BANGKIT BERSAMA. 




Thursday, March 23, 2017

PEMANDU AKAN DI KENAKAN TINDAKAN : SPAD BERTINDAK

NYAWA PENUMPANG DALAM BAHAYA !


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan segera terhadap pemandu bas  yang membawa kenderaan tersebut secara merbahaya. Bas yang diviralkan dalam satu video yang berdurasi 53 saat menunjukkan cara pemanduan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Dalam video tersebut salah seorang penumpang dari kenderaan yang kelihatan dikejar bas tersebut merakam insiden bas yang dipandu secara merbahaya di Lebuh raya Karak. Berdasarkan video tersebut, keederaan yang dinaikinya dipercayai cuba dihimpit oleh pemandu bas tersebut.

Bas yang dimiliki oleh Syarikat Darul Naim Express Sdn. Bhd. akan dikenakan tindakan oleh SPAD. SPAD akan menyiasat kes ini mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi pemandu bas tersebut adalah pemandu kenderaan awam yang boleh jadi ada penumpang didalamnya. Jika berlaku kemalangan tentu insiden ini lebih buruk akibat. Perkara seperti ini perlu dicegah dan mereka yang melakukannya perlu diberi hukuman. 

SPAD dalam satu sidang media akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) bagi menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pemandu berkenaan. 

Bagi admin siapa yang membuat onar dulu itu kemudian cerita, tapi yang lebih penting adalah nyawa manusia. Bersabarlah apatah lagi jika anda pemandu kenderaan awam. 



Tuesday, January 17, 2017

LAGI NAHAS MELIBATKAN BAS PERSIARAN


Sekali lagi tragedi kemalangan yang melibatkan kenderaan awam bas. Kali ini berlaku pertembungan bas persiaran  dengan sebuah Toyota Hilux. 

Kejadian malang ini menyebabkan seorang wanita dan empat rakannya lagi cedera termasuk tifa kanak-kanak. Kejadian ini berlaku di kilometer 3, Jalan Keramat Pulai, simpang Pulai. 

Pemandu bas tersebut terpaksa ditahan bagi membantu siasatan. 

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, bas berkenaan datang dalam perjalanan Cameron Highlands ke Singapura. Entah macam mana bas tersebut masuk ke laluan bertentangan  ketika mengambil selekoh sebelum bertembung dengan Hilux tersebut. 

Jika sudah sampai masuk ke laluan kenderaan lain bermakna pemandu ini sudah tentu bermasalah. Polis perlu siasat kes ini.  

Mereka yang cedera parah dibawa ke Hopspital Raja Permasuri Bainun (HRPB) untuk di beri rawatan segera. Kesemua mereka diyakini mempunyai pertalian keluarga.

Salah seorang penumpang, Fatimah Uda 48  Toyota Hilux tersebut meninggal dunia pada jam 1.45 petang. Bedah siasat akan diteruskan esok bagi mengetahui punca kematiannya . 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Oengangkutan Jalan 1987.

Polis yang membuat ujian saringan air kencing pemandu bas tersebut mendapati ujian tersebut adalah negatif. Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ini, dua pemandu bas persiaran tersebut serta enam penumpangnya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bulan lepas sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung mengorbankan 14 nyawa dalam kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh.

Bas tersebut dikatakan melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayo, Pagoh di sebelah kiri lebuh raya.

Nahas yang melibatkan bas sejak beberapa tahun lalu amat membimbangkan, ini kerana setiap kali kemalangan jumlah angka korban tinggi. Kerajaan melalui agensi SPAD telah menjalankan pelbagai pendekatan bagi menangani agar perkara seperti ini dapat di elakan. 
Antaranya  membatalkan lesen dan mengantung permit pengendali perkhidmatan bas tersebut. 





Friday, November 18, 2016

KOMITMEN SPAD KEPADA PENGGUNA PERKHIDMATAN AWAM





Jika kita lihat sejak tahun 80an, 90an hinggalah hari ini, perkhidmatan pengangkutan awam kita telah berubah dengan pesat dan maju. Bermula dengan Bas bandaran, bas mini di Kuala Lumpur, Intrakota hinggalah kini perkhidmatan pengangkutan awam telah diperlbagaikan dengan LRT, TREN, Bas dan Teksi. 

Inilah tranformasi yang telah dilaksanakan dalam industri pengangkutan awam darat yang diuruseliakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti apa yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Sejak ditubuhkan SPAD telah membantu kerajaan dari segi aspek perlaksanaan membaikpulih infrastruktur dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam agar lebih lancar, selamat, selesa dan mesra kepada pengguna. 

Contohnya, sebelum ini ramai pemandu teksi mengadu mereka tertekan dengan sistem sewa pajak yang membebankan mereka. Setiap hari mereka perlu membayar RM50 hingga 60 kepada pemilik syarikat teksi. Ditambah lagi dengan kehadiran GrabCar dan Uber yang dikatakan telah menambahkan lagi persaingan sengit antara mereka. 

Justeru itu dalam Program Tranformasi Industri Teksi (TITP), peluang pemandu teksi ini untuk keluar dari sewa pajak terbuka luas. Mereka berpeluang memiliki lesen individu dengan bantuan dari kerajaan berbentuk geran yang berjumlah RM5000. Mereka boleh mengunakan bantuan tersebut sebagai modal untuk membeli kenderaan baru sebagai teksi. Menurut SPAD, sejak 1 September lalu, 1600 permohonan telah diterima oleh pihak mereka. 

Jelas sekali pemandu teksi menyambut baik program yang diusahakan oleh kerajaan. Mereka berpeluang berdikari dan mampu memperolehi pendapatan yang lebih tinggi. Inilah antara usaha yang telah di bawa oleh SPAD bagi membantu meringankan beban pemandu teksi. 

Oleh dengan pada itu, SPAD akan mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perkara ini perundingan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan, Setiap pindaan akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen. Berharap kelulusan ini dijangka tercapai pada suku pertama 2017 nanti.

Ini bermakna SPAD akan mengendalikan sistem e-hailing yang mana akan mengupayakan operasi UBER dan Grab Car di negara kita. Hal ini bukanlah satu penindasan kepada pemandu teksi akan tetapi ia bakal memberikan lebih pilihan kepada para pengguna untuk memilih. 

Pemandu teksi tidak usah bimbang kerana persaingan sihat perlu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan para pengguna.

Sunday, October 30, 2016

KEPRIHATINAN KERAJAAN KEPADA PENGANGKUTAN AWAM DARAT



Pengangkutan awam amat penting kepeda rakyat terutama kepada warga bandar seperti di Kuala Lumpur.  Kesesakan yang boleh dikatakan saban hari menjadi igaun penduduk bandar seperti Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian yang jitu dari kerajaan.

Oleh itu pada pembentangan bajet 2017, Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan sudinya memperutukkan sejumlah bajet khas untuk menambaikan beberapa  jenis pengangkutan awam darat. Ini bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam agar setanding dengan  negara maju. 

Pekara ini mendapat perhatian daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, beliau berkata SPAD amat menantikan perutukan dalam usaha meningkatkan kemajuan dalam pengangkutan awam darat. 

Beliau yakin dengan peruntukan di bawah Bajet 2017, pengangkutan awam darat akan mencapai sasaran perkongsian 40 peratus di kawasan dalam bandar menjelang 2030. SPAD akan berusaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. 

Seperti yang sedia kita maklum kawasan Kuala Lumpur atau Klang Valley merupakan kawasan yang kian pesat membangun, oleh itu bagi mengurangkan kesesakan yang teruk di Lembah Klang ini kerajaan begitu komited dalam merealisasikan projek penyambungan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang. Bukan itu sahaja, kerajaan juga sedang melaksanakan projek Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh  ke Kajang yang bakal beroperasi pertengahan tahun hadapan.

Tidak dilupakan kawasan diluar Lembah Klang, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM100 juta bagi pemulihan laluan Pantai Timur yang mengalami kerosakan teruk ketika banjir bedsar pada 2014 yang lepas. Termasuklah memulihkan laluan hubungan landasan keretapi bagi kawasan luar bandar.

Justeru itu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan memperkenalkan 19  set tren baharu yang bakal beroperasi bagi laluan Johor Bahru - Padang Besar bagi mempertingkatkan frekuensi perkhidmatan serta kapasiti bagi memenuhi permintaan untuk perkhidmatan awam darat.










Friday, October 14, 2016

BAS RAPID KL TERBAKAR


Sebuah bas Rapid KL dan enam buah kereta hangus terbakar semalam dalam satu kejadian kebakaran di Wangsa Maju, berdekatan dengan Pasaraya Aeon Big Seksyen 5.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 3.55 petang sebelum tiga jentera bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.  

Rapid Bus Sdn. Bhd dalam satu kenyataan akan melakukan siasatan rapi terhadap insiden ini. Rapid juga dalam kenyataan yang sama berkata akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menyiasat punca sebenar kejadian. 

Bas laluan T251 LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju, yang ketika itu sedang membawa enam penumpang itu tiba-tiba terbakar. Pemandu dengan pantas menyelamatkan dengan menurunkan kesemua penumpang. Menurutnya dia terbau asap dan memberhentikan kenderaan tersebut serta merta dan menyuruh penumpang turun dengan segera. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) memandang pekara ini dengan serius kerana ia melibatkan nyawa orang awam. SPAD bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya( MIROS) akan menjalankan siasatan dan audit terperinci terutama berhubung pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) Rapid KL. untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran tersebut. 

Dalam pada mas yang sama Prasarana juga telah diminta untuk menyediakan laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada SPAD.

Walau bagaimana pun Pemuda Selempang Merah mengucapkan tahniah kepada kapten bas tersebut kerana pantas bertindak dan menyelamatkan enam penumpangnya. 







Sunday, March 6, 2016

RAPID KAMUNTING PERCUMA SEBULAN !



Satu khabar gembira buat rakyat negeri Perak terutama yang tinggal di Taiping. Rapid Kamunting akan menyediakan perkhidmatan bas percuma selama sebulan mulai bulan Mac sehingga akhir bulan ini. Rapid Kamunting merupakan rangkaian perkhidmatan keempat Rapid Bas telah dilancarkan baru-bau ini.

Perkhidmatan bas Rapid terkenal dengan pemanduan yang berdisiplin, menepati masa dan bertimbang rasa. Kesempatan ini patut diambil oleh penduduk di Taiping untuk merasai perkhidmatan percuma bas ke tempat kerja setiap hari sepanjang bulan Mac ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Zulkifli Mohd Yusof mengumumkan tentang pekara ini dan pada masa yang sama berkata kadar tambang bas akan dberitahu kemudian. Menurutnya lagi, setakat hari ini Rapid Kamunting hanya menyediakan perkhidmatan untuk dua laluan. 


Dua laluan yang dimaksudkan ialah laluan yang dimaksudkan ialah laluan 10 atau lebih dikenali dengan Taiping Loop yang mempunyai 17 hentian termasuk Kamunting Raya Express Bus Terminal, Stesen KTM Taiping, Kawasan Perindustrian Kamunting, Hospital Besar dan First Galleria Museum. 

Manakala laluan 20 atau Jejak Warisan Loop juga mempunyai 17 laluan yang melalui kawasan Zoo Taiping dan Night Safari, Taman Tasik, Stesen KTM Taiping, Taiping Mall dan Perpustakaan Taiping. 


Jarak yang perjalanan 24 kilometer paling jauh dengan kadar tambang tidak melebihi RM2 adalah amat cukup berpatutan. Saya yakin rakyat akan menyambut baik perkhidmatan Rapid Kamunting ini.  

Rapid Kamunting mendapat kerjasama daripada Northern Corridor Implementation Autority (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

Seperti perkhidmatan Rapid Bus di negeri-negeri lain, Rapid Kamunting juga memberi diskaun 50 peratus kepada golongan kelainan upaya , warga emasa dan pelajar. Mereka semua akan mendapat kemudahan ini sebaik sahaja kadar tambang diputuskan nanti. Ini merupakan sumbangan Rapid Kamunting kepada rakyat. 


  

Sunday, January 10, 2016

KTM TAWAR DISKAUN UNTUK PELAJAR




Terima kasih diucapkan kepada KTM kerana sudi memberi potongan harga sebanyak 50 peratus untuk yuran tahunan KTM i-Card kepada pelajar kolej dan universiti yang telah bermula sejak 4 Januari hingga 4 Februari.

Promosi yang berjalan selama sebulan ini telah menawarkan harga yang cuk  berpatutan iaitu sebanyak RM 15.90 berbanding harga biasa RM31.80. 

Sewajarnya para pelajar mengambil peluang keemasan ini untuk menjimatkan sedikit perbelanjaan harian mereka. 

Selain itu, bagi perkhidmatan komuter di Lembah klang memberi diskaun 50 peratus dari kadar tambang tunai bagi pelajar yang mempunyai KTM i-Card. 

Bagi perkhidmatan intercity dan ETS, bagi setiap tambang perjalanan akan di berikan 40 peratus diskaun. 

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon KTM i-Card, bolehlah datang ke kuanter tiket KTM Intercity/ETS, Atas 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur pada setiap isnin hingga jumaat mulai jam 8:30 pagi hingga 7 malam.

*Sila rujuk garis panduan seperti dibawah : 


Cara untuk membuat kad pelajar bagi menikmati diskaun di Rapid Rail/Bas dan di KTM.

Untuk Rapid Rail/Bas.

-Pelajar boleh membuat permohonan di Stesen LRT Pasar Seni 
-Bayaran sebanyak  RM10 (untuk proses kad)
-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Kad Pelajar 
-Surat pengesahan daripada universiti/kolej -
-Isi borang
- Sesi bergambar untuk Kad
-Tempoh siap kad dalam anggaran seminggu
-LRT Pasar Seni buka pada hari bekerja, termasuk Sabtu sehingga jam 4.00pm. Cuti umum tutup.
-Pemegang kad akan menikmati diskaun 50% untuk semua perkhidmatan LRT , bas dan monorel.

untuk KTM


-Boleh membuat permohonan di KL Sentral (kaunter 8 & 9 KTM Antara bandar)

-Datang awal sebab limit 200 sehari boleh mendaftar. (Kaunter dibuka 8.30pagi)
-Yuran tahunan RM31.80 termasuk GST (KTMB ada membuat tawaran dari 4 Jan 2016 - 4 Feb 2016 Yuran sebanyak RM15.90 hanya akan dikenakan.
-Pemegang kad akan menikmati diskaun sebanyak 50% untuk Komuter dan 40% untuk ETS 
-Surat pengesahan drpd universiti/kolej (para pelajar boleh memuat turun dari lawan sesawang  KTMB)
-Isi borang
-Salinan kad pengenalan & Kad pelajar

-Kad akan siap dalam 10 - 30minit .

Saturday, December 26, 2015

LALUAN DI KORIDOR SUNGAI BESI DAN KORIDOR KLANG LAMA DIKENDALIKAN SEMULA RAPIDKL



Berita gembira bagi pengguna bas disekitar koridor Sungai Besi dan Koridor Jalan Klang Lama, RapidKL akan kembali menjalankan operasinya dilaluan  tersebut berkuatkuasa 21 Disember, 2015.

Ini merupakan tindakan dan usaha berterusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi menambahbaik perkhidmatan, menyemak dan menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (Bus Network Revamp BNR).

Tindakan segera dan proaktif  yang dilaksanakan ini bagi menyelesaikan  isu-isu operasi dengan segera. Ini merupakan satu jaminan bahawa SPAD sangat prihatin terhadap setiap aduan pengguna.

Laluan yang akan dilalui adalah laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) iaitu disepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan Laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi juga akan dikendalikan oleh RapidKL semula berkuatkuasa tarikh tersebut.




Bagi laluan 600, waktu operasinya bermula dari jam 5:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak pagi dan petang. 

Bagi laluan 506 pula, bas akan mula beroperasi pada jam 6:00 pagi hingga jam 11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

 Ketika ini SPAD sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi ( Performance Monitoring Hub System atau PMHS) untuk menstabilkan perkhidmatan sebelum tiba 31 Disember 2015.

Pengndali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan terutama kapasiti bas dan kekerapan laluan akan diambil tindakan oleh SPAD.

Pengendali perlulah lebih utamakan kepentingan pengguna dan bukannya hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Dalam pada itu SPAD memberi keyakinan kepada penguna perkhidmatan awam terutama bas bahawa BNR ini bukanlah satu perlaksanaan yang statik, SPAD akan sentiasa terbuka kepada penyemakan semula serta pembaikan laluan termasuk jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum balas pengguna.

Oleh itu orag ramai digalakkan membuat aduan atau menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD).

Untuk menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr .