Showing posts with label rapid KL. Show all posts
Showing posts with label rapid KL. Show all posts

Friday, October 14, 2016

BAS RAPID KL TERBAKAR


Sebuah bas Rapid KL dan enam buah kereta hangus terbakar semalam dalam satu kejadian kebakaran di Wangsa Maju, berdekatan dengan Pasaraya Aeon Big Seksyen 5.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 3.55 petang sebelum tiga jentera bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.  

Rapid Bus Sdn. Bhd dalam satu kenyataan akan melakukan siasatan rapi terhadap insiden ini. Rapid juga dalam kenyataan yang sama berkata akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menyiasat punca sebenar kejadian. 

Bas laluan T251 LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju, yang ketika itu sedang membawa enam penumpang itu tiba-tiba terbakar. Pemandu dengan pantas menyelamatkan dengan menurunkan kesemua penumpang. Menurutnya dia terbau asap dan memberhentikan kenderaan tersebut serta merta dan menyuruh penumpang turun dengan segera. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) memandang pekara ini dengan serius kerana ia melibatkan nyawa orang awam. SPAD bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya( MIROS) akan menjalankan siasatan dan audit terperinci terutama berhubung pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) Rapid KL. untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran tersebut. 

Dalam pada mas yang sama Prasarana juga telah diminta untuk menyediakan laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada SPAD.

Walau bagaimana pun Pemuda Selempang Merah mengucapkan tahniah kepada kapten bas tersebut kerana pantas bertindak dan menyelamatkan enam penumpangnya. 







Sunday, March 6, 2016

RAPID KAMUNTING PERCUMA SEBULAN !



Satu khabar gembira buat rakyat negeri Perak terutama yang tinggal di Taiping. Rapid Kamunting akan menyediakan perkhidmatan bas percuma selama sebulan mulai bulan Mac sehingga akhir bulan ini. Rapid Kamunting merupakan rangkaian perkhidmatan keempat Rapid Bas telah dilancarkan baru-bau ini.

Perkhidmatan bas Rapid terkenal dengan pemanduan yang berdisiplin, menepati masa dan bertimbang rasa. Kesempatan ini patut diambil oleh penduduk di Taiping untuk merasai perkhidmatan percuma bas ke tempat kerja setiap hari sepanjang bulan Mac ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Zulkifli Mohd Yusof mengumumkan tentang pekara ini dan pada masa yang sama berkata kadar tambang bas akan dberitahu kemudian. Menurutnya lagi, setakat hari ini Rapid Kamunting hanya menyediakan perkhidmatan untuk dua laluan. 


Dua laluan yang dimaksudkan ialah laluan yang dimaksudkan ialah laluan 10 atau lebih dikenali dengan Taiping Loop yang mempunyai 17 hentian termasuk Kamunting Raya Express Bus Terminal, Stesen KTM Taiping, Kawasan Perindustrian Kamunting, Hospital Besar dan First Galleria Museum. 

Manakala laluan 20 atau Jejak Warisan Loop juga mempunyai 17 laluan yang melalui kawasan Zoo Taiping dan Night Safari, Taman Tasik, Stesen KTM Taiping, Taiping Mall dan Perpustakaan Taiping. 


Jarak yang perjalanan 24 kilometer paling jauh dengan kadar tambang tidak melebihi RM2 adalah amat cukup berpatutan. Saya yakin rakyat akan menyambut baik perkhidmatan Rapid Kamunting ini.  

Rapid Kamunting mendapat kerjasama daripada Northern Corridor Implementation Autority (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

Seperti perkhidmatan Rapid Bus di negeri-negeri lain, Rapid Kamunting juga memberi diskaun 50 peratus kepada golongan kelainan upaya , warga emasa dan pelajar. Mereka semua akan mendapat kemudahan ini sebaik sahaja kadar tambang diputuskan nanti. Ini merupakan sumbangan Rapid Kamunting kepada rakyat. 


  

Sunday, January 10, 2016

KTM TAWAR DISKAUN UNTUK PELAJAR




Terima kasih diucapkan kepada KTM kerana sudi memberi potongan harga sebanyak 50 peratus untuk yuran tahunan KTM i-Card kepada pelajar kolej dan universiti yang telah bermula sejak 4 Januari hingga 4 Februari.

Promosi yang berjalan selama sebulan ini telah menawarkan harga yang cuk  berpatutan iaitu sebanyak RM 15.90 berbanding harga biasa RM31.80. 

Sewajarnya para pelajar mengambil peluang keemasan ini untuk menjimatkan sedikit perbelanjaan harian mereka. 

Selain itu, bagi perkhidmatan komuter di Lembah klang memberi diskaun 50 peratus dari kadar tambang tunai bagi pelajar yang mempunyai KTM i-Card. 

Bagi perkhidmatan intercity dan ETS, bagi setiap tambang perjalanan akan di berikan 40 peratus diskaun. 

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon KTM i-Card, bolehlah datang ke kuanter tiket KTM Intercity/ETS, Atas 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur pada setiap isnin hingga jumaat mulai jam 8:30 pagi hingga 7 malam.

*Sila rujuk garis panduan seperti dibawah : 


Cara untuk membuat kad pelajar bagi menikmati diskaun di Rapid Rail/Bas dan di KTM.

Untuk Rapid Rail/Bas.

-Pelajar boleh membuat permohonan di Stesen LRT Pasar Seni 
-Bayaran sebanyak  RM10 (untuk proses kad)
-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Kad Pelajar 
-Surat pengesahan daripada universiti/kolej -
-Isi borang
- Sesi bergambar untuk Kad
-Tempoh siap kad dalam anggaran seminggu
-LRT Pasar Seni buka pada hari bekerja, termasuk Sabtu sehingga jam 4.00pm. Cuti umum tutup.
-Pemegang kad akan menikmati diskaun 50% untuk semua perkhidmatan LRT , bas dan monorel.

untuk KTM


-Boleh membuat permohonan di KL Sentral (kaunter 8 & 9 KTM Antara bandar)

-Datang awal sebab limit 200 sehari boleh mendaftar. (Kaunter dibuka 8.30pagi)
-Yuran tahunan RM31.80 termasuk GST (KTMB ada membuat tawaran dari 4 Jan 2016 - 4 Feb 2016 Yuran sebanyak RM15.90 hanya akan dikenakan.
-Pemegang kad akan menikmati diskaun sebanyak 50% untuk Komuter dan 40% untuk ETS 
-Surat pengesahan drpd universiti/kolej (para pelajar boleh memuat turun dari lawan sesawang  KTMB)
-Isi borang
-Salinan kad pengenalan & Kad pelajar

-Kad akan siap dalam 10 - 30minit .