Showing posts with label BNR. Show all posts
Showing posts with label BNR. Show all posts

Friday, October 7, 2016

LPT Symposium & Anugerah Industri



Jom, ramai-ramai sertai Peraduan Instagram#5TahunLPT #SPAD. Hadiah ekslusif jam tangan TimeTraveller beserta cip Touch 'n Go mungkin menjadi milik anda. 

Peraduan ini bersempena Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat. http://bit.ly/5TahunLPTSPAD



PENCERAMAH  
Bertema “Public Transport: Transforming the Nation”, Simposium tahun ini akan membawa pelbagai perbincangan menarik mengenai peranan LPT dalam  memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai. Pemimpin-pemimpin daripada industri pengangkutan awam darat, penggubal-penggubal dasar serta pakar dalam pengangkutan awam darat dan pembangunan bandar akan berkumpul untuk meneroka, mempertimbangkan dan membincangkan isu-isu yang penting untuk mengorak langkah ke masa hadapan demi memajukan industri pengangkutan awam darat.
Sebagai pejuang utama dalam transformasi pengangkutan awam darat Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan menyempurnakan perasmian Simposium 2016 dengan menyampaikan ucaputama dalam majlis ini.  

Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat

LPT Simposium 2016 ini juga akan mengadakan sebuah pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat yang dibuka secara percuma kepada orang awam pada 17 Oktober. Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia. Selain itu, sebuah pameran kerjaya akan turut diadakan untuk mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran percuma ini.


Terdapat beberapa laluan untuk ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur :

Peta ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di google map klik sini.
Laluan darat :
Jika anda menggunakan teksi, arahkan laluan anda ke tengah Jalan Pinang dan belok kiri untuk ke pintu masuk utama (selepas Hotel Mandarin Oriental) untuk turunkan penumpang.
Jika anda memandu, berikut adalah pilihan tempat letak kereta anda:
  1. Ambil kiri pertama selepas Hotel Mandarin Oriental dari Jalan Pinang sehingga jalan untuk mengakses tempat letak kereta di tingkat bawah tanah (Basement).
  2. Letakkan kereta di tempat letak kereta Suria KLCC dan susur keluar ke aras Concourse Centre Court. Arahkan laluan anda berdekatan dengan pasar raya Cold Storage ke arah Farmasi Guardian di mana terdapat laluan pejalan kaki berbumbung. Gunakan lif untuk ke tingkat bawah di mana anda akan diarahkan ke kawasan pendaftaran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dengan perkhidmatan rel :
Gunakan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan turun di stesen KLCC. Belok kiri selepas keluar dari stesen dan menuju ke pusat membeli-belah Suria KLCC  aras Concourse Centre Court. Belok kiri dan arahkan laluan anda berdekatan dengan pasar raya Cold Storage ke arah Farmasi Guardian di mana terdapat laluan pejalan kaki berbumbung. Gunakan lif untuk ke tingkat bawah di mana anda akan diarahkan ke kawasan pendaftaran Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.
Dengan berjalan kaki :
Dari aras bawah Suria KLCC, sila ambil laluan keluar ke Taman KLCC dan belok kanan. Ikut laluan menghala ke Hotel Mandarin Oriental dan kemudian ambil jalan sekitar pinggir taman ke arah pusat bangunan itu dan masuk melalui pintu masuk utama Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.

Jika anda seorang pengguna atau peminat pengangkutan awam darat, sertailah Peraduan #5TahunLPT Instagram SPAD dari 30 September hingga 10 Oktober!
Anda hanya perlu mengambil gambar atau video diri anda dengan sebarang pengangkutan awam darat di Malaysia, lengkapkan slogan dengan kreatif “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan ...” dan muat naik ke akaun Instagram anda. Jangan lupa #5TahunLPT #SPAD
Peluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM2,000 termasuk jam tangan eksklusif ‘TimeTraveller’ menanti anda!
Peraduan #5TahunLPT SPAD ialah sempena sebuah pameran transformasi pengangkutan awam darat untuk mengetahui perkembangan industri ini. Malah, pelbagai aktiviti serta hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000 menanti anda!
Pameran percuma ini juga akan memberi anda peluang untuk menerokai pelbagai kerjaya dalam bidang yang dinamik ini.
Sertailah pameran percuma ini pada 17 Oktober 2016http://bit.ly/5TahunLPTSPAD



MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK LINK DIBAWAH :
http://www.spad.gov.my/ms/lpt-simposium#! 

Friday, April 8, 2016

SPAD SELARAS SEMULA LALUAN BAS DI BAWAH BNR BAGI KORIDOR SUNGAI BESI


Segala usaha yang proaktif telah dilaksanakan oleh SPAD bagi menyelesaikan segala masalah dan isu-isu operasi dalam pada masa yang sama memantau operasi pengendalian melalui sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Moitoring Hub System atau PMHS). Mereka yang  gagal mematuhi syarat-syarat  yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas akan dikenakan tindakan oleh SPAD.

Oleh itu bagi penambahbaikan, SPAD menyelaras semula empat laluan bas bagi Koridor Sungai Besi untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penduduk setempat dan kawasan yang terlibat dalam laluan tersebut. Usaha ini bagi  menstabilkan semula perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti BNR. 

Tindakan atau penambahbaikan ini dilakukan setelah SPAD membuat penilaian terhadap pengendali bas yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh SPAD.



Dibawah adalah jadual laluan yang telah diselaraskan bagi kawasan dan masa yang telah ditetapkan :




  1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  2. Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit.
  3. Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  4. Laluan T571(Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 45 minit.

Manakala bagi mereka yang berada dilaluan 502 dan laluan 541 dibawah ini adalah jadual perjalanan bagi laluan tersebut.


  1. Laluan 502 yang beroperasi dari Putrajaya Sentral – KTM Serdang akan digabungkan dengan Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) dan dinomborkan semula sebagai Laluan 501. Laluan ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra dengan waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  2. Laluan 541 (Pangsapuri Enggang – Bandar Putra Permai – KTM Serdang) akan dipanjangkan sehingga stesen LRT Kinrara BK5. Laluan ini kini akan beroperasi dari stesen LRT Kinrara BK5 - Pangsapuri Enggang- Bandar Putra Permai dan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.

Sepertimana yang telah ditegaskan oleh SPAD sebelum ini, Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti ini bukanlah satu  tindakan yang statik. SPAD sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu orang ramai dan pengguna digalakan memberi maklumat dan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD) bagi menyuarakan pandangan dan aduan mereka. Mereka juga boleh menghantar aduan ke e-mel aduan@spad.gov.my atau boleh juga berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my . 




Wednesday, February 3, 2016

7 LALUAN BAS DISUSUN SEMULA DI DUA KORIDOR : SPAD


Sejak langkah penyusunan semula rangkaian bas henti-henti  (BNR) dilaksanakan sejak awal disember tahun lalu, pelbagai masalah dan rungutan pengguna terhadap perlaksanaannya. Banyak rungutan berkenaan syarikat bas yang tidak mematuhi masa menunggu seperti yang dijanjikan. Oleh itu SPAD menjadi tempet mereka meluahkan masalah dan melepaskan amarah. 

Namun seperti yang dijanjikan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sentiasa membuat penambahbaikan serta mengatur semula beberapa laluan yang sering mendapat rungutan pengguna.

Justeru itu SPAD telah menyusun semula rangkaian bas henti-henti (BNR) bagi memastikan permintaan tinggi di setiap koridor mendapat perkhidmatan lebih baik.

Tujuh laluan bas di koridor yang dikendalikan oleh Metrobus iaitu Sungai Besi dan Klang Lama kini  akan dikendalikan oleh Nadi Putra dan RapidKL berkuatkuasa 1 Februari lepas.

Laluan-laluan tersebut ialah :

1- Laluan 523 - Dengkil -IOI City Mall melalui Putrajaya / Cyberjaya .
2- Laluan 608 - IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti.
3- Laluan 541 - Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong.
4- Laluan 671 - Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni.
5- Laluan T570 - UPM-KTM Serdang melalui Serdang Jaya.
6- Laluan T601 - Puchong Prima -  Saujana Puchong melalui Puchong Utama.
7- Laluan 670 - PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni.

Bagi perkhidmatan laluan 523, ianya ditukar sebagai laluan 521 dengan waktu mula operasi dari jam 6:30 pagi  hingga jam 11 malam dengan jadual anggaran kekerapan ialah setiap 30 minit.

Manakala bagi laluan dari IOI Mall Puchong ke Putrajaya Sentral yang melalui Pulau Meranti ditukar dari 608 kepada 503. Ia bermula operasi seawal jam 6 pagi hingga 11 malam setiap dengan kekerapan 30 minit.

Sementara itu bagi laluan 541, ianya telah disusun bermula dari Flat Enggang Kinrara Pasar Borong Selangor - KTM Serdang  beroperasi dari jam  6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 40 minit.

Bagi laluan 671 waktu mula operasi dari jam 6:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 45 minit.

Manakala bagi laluan T570 waktu mula operasi jam 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit.

Hanya laluan T601 sahaja dibahagikan kepada dua laluan iatu laluan Puchong Prima - Puchong Utama, manakala T602 pula bagi laluan Saujana Puchong - Puchong Utama. Kedua-dua laluan beropersi dari jam 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit setiap bas.

Untuk laluan 670, ianya teah disusun semula sebagai 651 yang bermula dari taman OUG-PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni dengan waktu operasi bermula dari jam 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit setiap bas.

Semoga perubahan dan penambahbaikan ini akan memberi kebaikan kepada orang ramai terutama dikawasan yang berkenaan.

Orang ramai perlu tahu bahawa BNR ini bukanlah satu perlaksanaan yang statik. SPAD sentiasa  bersedia untuk mengkaji dan menambaik  semula laluan dalam rangkaian BNR berdasarkan aduan dan maklum balas pengguna. Oleh itu orang ramai perlu mengunakan hak mereka dengan bijak.




Saturday, December 26, 2015

LALUAN DI KORIDOR SUNGAI BESI DAN KORIDOR KLANG LAMA DIKENDALIKAN SEMULA RAPIDKL



Berita gembira bagi pengguna bas disekitar koridor Sungai Besi dan Koridor Jalan Klang Lama, RapidKL akan kembali menjalankan operasinya dilaluan  tersebut berkuatkuasa 21 Disember, 2015.

Ini merupakan tindakan dan usaha berterusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi menambahbaik perkhidmatan, menyemak dan menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (Bus Network Revamp BNR).

Tindakan segera dan proaktif  yang dilaksanakan ini bagi menyelesaikan  isu-isu operasi dengan segera. Ini merupakan satu jaminan bahawa SPAD sangat prihatin terhadap setiap aduan pengguna.

Laluan yang akan dilalui adalah laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) iaitu disepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan Laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi juga akan dikendalikan oleh RapidKL semula berkuatkuasa tarikh tersebut.




Bagi laluan 600, waktu operasinya bermula dari jam 5:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak pagi dan petang. 

Bagi laluan 506 pula, bas akan mula beroperasi pada jam 6:00 pagi hingga jam 11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

 Ketika ini SPAD sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi ( Performance Monitoring Hub System atau PMHS) untuk menstabilkan perkhidmatan sebelum tiba 31 Disember 2015.

Pengndali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan terutama kapasiti bas dan kekerapan laluan akan diambil tindakan oleh SPAD.

Pengendali perlulah lebih utamakan kepentingan pengguna dan bukannya hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Dalam pada itu SPAD memberi keyakinan kepada penguna perkhidmatan awam terutama bas bahawa BNR ini bukanlah satu perlaksanaan yang statik, SPAD akan sentiasa terbuka kepada penyemakan semula serta pembaikan laluan termasuk jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum balas pengguna.

Oleh itu orag ramai digalakkan membuat aduan atau menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD).

Untuk menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr .  



Wednesday, December 9, 2015

PENGERUSI SPAD "TURUN PADANG" DENGAR MASALAH PENGGUNA




Mendengar  keluhan dan rungutan pengguna  terhadap sistem Baru Perkhidmatan Penyusunan Bas (BNR) yang di katakan lambat dan masa menunggu yang lama, Pengerusi SPAD  YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar bertindak turun padang meninjau dan mendengar sendiri keluhan mereka. 


Tinjauan beliau bermulanya dari KL Sentral ke HAB Pasar Seni dan akhir sekali ke Puchong Utama yang mana dikatakan tempat yang banyak masalah ini berlaku. Kesungguhan Tan Sri terserlah dalam usahanya menyelesaikan masalah pengguna.

Turut sama dalam tinjauan itu ialah En. Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD dan staf kepimpinan dalam SPAD. 


Tinjauan ini merupakan salah satu tinjauan ke salah satu "hot spot" oleh Pengurusan SPAD. Dari awal minggu pertama lagi pihak SPAD telah memantau jadual Bas serta Perkhidmatan bas, termasuklah semua bas dibawah sistem baru BNR. Pihak SPAD juga sentiasa berhubung dengan Bas operator bagi meningkat kan lagi perkhidmatan mereka. 


Pihak SPAD telah mengatur laluan dan jadual bas bagi diletakan dikawasan-kawasan sasaran dalam masa yang sama cuba menyelesaikan kekeliruan yang timbul. Dalam masa yang sama pihak SPAD juga telah menugaskan kakitangan penguatkuasaan dan operasi bagi memantau perkhidmatan di Kawasan yang dilaporkan bermasalah. 

Oleh itu Pengguna diminta untuk terus memberi maklumat kepada SPAD agar tindakan dapat dibuat dengan cepat dan pantas. 





sihkan kekeliruan yang telah berlaku kerana c