Showing posts with label LRT. Show all posts
Showing posts with label LRT. Show all posts

Wednesday, July 26, 2017

KERJASAMA ERAT SPAD, PLUS




Sudah lama dinanti-nantikan kerjasama yang lebih erat antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam memastikan usaha pengguna ikut dan patuh pada peraturan jalan raya.

Sudah lama natizen melihat sesetengah pengguna lebuhraya bebas melanggar undang-undang. Memandu melebihi had laju, memotong disebelah laluan kecemasan dan lain-lain lagi. 

Perkara ini sudah cukup lama menjadi kebiasaan bagi pengguna lebuhraya PLUS. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna perlu dicegah agar kecelakaaan di lebuhraya dapat dicegah dan dikurangkan. 

Elok sangatlah SPAD membuat pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dimiliki oleh PLUS. Perkara ini dinyatakan oleh Pengurus Kanan Bahagian Penguat Kuasa SPAD, Datuk Hasni Cik Ahmad.

"Tujuannya untuk memantau pengguna lebuh raya khususnya lori dan bas yang melakukan kesalahan di sepanjang laluan milik PLUS.


"Kerjasama ini telah bermula lama, namun pada tahun ini kerjasama itu ditingkatkan secara lebih sistematik," katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Bersepadu antara pihaknya dengan PLUS dan polis di Plaza Tol Skudai, di sini sebentar tadi.



Friday, January 20, 2017

PROJEK BRT - KUALA LUMPUR - KLANG, TAWARAN DIBUKA



Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama dan sibuk di Lembah Klang ini. Pelbagai perancangan yang telah kerajaan laksanakan bagi mengurangkan kesesakan di laluan ini. Namun kesakan masih lagi berlaku terutama diwaktu puncak. 

Antaranya yang terbaru ialah projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan. 

Projek ini merupakan laluan khusus untuk perkhidmatan bas sahaja.Kawasan lalauannya merentasi 1.9 juta penduduk disekitar Lembah Klang dan bakal memberi manfaat kepada lebih 400,00 penumpang.

Justeru itu bagi melaksanakan projek ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk membida bagi pelaksanaan projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Tawaran itu dibuka selepas SPAD melancarkan permintaan untuk cadangan (RFP) kepada semua syarikat pembinaan. Daripada 12 koridor BRT, BRT Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama. 

Semua tawaran RFP itu dibuka kepada pembida-pembida yang berdaftar dan sudah tentulah yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan projek-projek transit atau infrastruktur dan pembinaan. 

Projek ni akan dimulakan dengan kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Klang bagi membolehkan laluan BRT dibina di bahagian tengah Lebuhraya Persekutuan. Perkhidmatan pengangkutan BRT (Bus Rapid Transit) KL-Klang dijangka akan memulakan operasinya pada tahun 2018.

Apabila siap nanti laluan ini akan mempunyai 25 buah stesen yang mana 80 peratus daripada stesen tersebut akan dihubungkan sama ada dengan kemudahan KTM Komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT) dan semua stesen akan mempunyai kemudahan bas perantara.


Thursday, December 15, 2016

PM RASMI FASA 1



Setelah lama menantikan saat julung melihat projek MRT menjadi kenyataan, akhirnya hari ini impian itu telah menjadi kenyataan. Sebagai rakyat Malaysia admin cukup gembira dan berbangga dengan kejayaan ini. 

Inilah kejayaan yang ditunggu-tunggu, ianya bakal melonjak nama Malaysia di mata dunia sebaris dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Selepas lima tahun dalam pembinaan, Transit Aliran Masa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa pertama sedia untuk menerima penumpang buat julung kalinya bermula pukul 6 pagi, 16 Disember esok.

 Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Fasa 1 Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang di Stesen Kwasa Damansara, Sungai Buloh.

Laluan sepanjang 24 kilometer yang bermula dari Stetion sungai Buloh ke Semantan akan beroperasi mulai esok. 



Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sistem pengangkutan awam yang dianggap antara paling moden di dunia itu merupakan yang pertama dilaksanakan di negara ini.

22 tren akan di sediakan pada waktu puncak dan kekerapan antara tren adalah antara 3 ke 4 minit. Pengguna yang jauh dari stesen MRT pelbagai keadah pengangkutan untuk ke sana, antaranya Bas Pengantara MRT. 120 bas pengantara di sediakan untuk memudahkan pengguna untuk ke stesen MRT yang berdekatan dengan kediaman mereka. 

Sunday, November 20, 2016

TAMBANG MRT BERMULA RM1





MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016.  Jajaran yang menjangkau kira-kira 51 kilometer dan seluruh 31 stesen, akan dibuka kepada orang ramai dalam dua fasa. Fasa 1 , meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. Fasa 2 MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk operasi seterusnya Julai.

Rapid Rail Sdn. Bhd. mengumumkan struktur penuh tambang bermula tambang nominal RM1 untuk satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai. 

Tambang maksimum sebanyak RM6.40 jika menggunakan tunai, dan RM5.50 berdasarkan struktur tambang tanpa tunai. Kerajaan telah meluluskan struktur tambang berdasarkan kepada kadar nominal iaitu setipa empat hingga lima kilometer perjalanan, sama dengan apa yang telah dilaksanakan pada tambang LRT dan perkhidmatan Monorel.

Tambang dari Stesen Pasar Tani ke Merdeka merupakan tambang yang paling murah mengikut kadar tambang tunai iaitu RM1.10  untuk satu perjalanan ke satu hentian.   

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi  12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. 

Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

Menariknya MRT memberi 50 peratus diskaun untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT, termasuk bas pengantara MRT. Diskaun ini sama seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan monorel, LRT dan bas Rapid KL. Jelas sekali MRT amat prihatin, memudahkan rakyat dan membantu semua golongan.  

Ibu-ibu yang rama anak jangan risau, kanak-kanak dibawah umur 7 tahun diberikan percuma. Ini seperti dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataannya. 

Menurut Zohari lagi, Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang,oleh itu semua pengguna MRT perlu melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n’ Go sahaja.  Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen  MRT. 

Oleh itu warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.


Perkhidmatan bas pengantara MRT juga adalah RM1 untuk satu perjalanan. Pengurusan MRT akan menyediakan 120 buah bas pengantara MRT  yang akan beropersi kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.    
Sebanyak 26 laluan bas pengantara MRT menghubungkan 12 stesen MRT di bawah Fasa 1 Laluan 1 MRT
(Sungai Buloh - Semantan)

Justeru itu kad-kad MyRapid yang kini telah digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan. 

Friday, November 18, 2016

KOMITMEN SPAD KEPADA PENGGUNA PERKHIDMATAN AWAM





Jika kita lihat sejak tahun 80an, 90an hinggalah hari ini, perkhidmatan pengangkutan awam kita telah berubah dengan pesat dan maju. Bermula dengan Bas bandaran, bas mini di Kuala Lumpur, Intrakota hinggalah kini perkhidmatan pengangkutan awam telah diperlbagaikan dengan LRT, TREN, Bas dan Teksi. 

Inilah tranformasi yang telah dilaksanakan dalam industri pengangkutan awam darat yang diuruseliakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti apa yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Sejak ditubuhkan SPAD telah membantu kerajaan dari segi aspek perlaksanaan membaikpulih infrastruktur dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam agar lebih lancar, selamat, selesa dan mesra kepada pengguna. 

Contohnya, sebelum ini ramai pemandu teksi mengadu mereka tertekan dengan sistem sewa pajak yang membebankan mereka. Setiap hari mereka perlu membayar RM50 hingga 60 kepada pemilik syarikat teksi. Ditambah lagi dengan kehadiran GrabCar dan Uber yang dikatakan telah menambahkan lagi persaingan sengit antara mereka. 

Justeru itu dalam Program Tranformasi Industri Teksi (TITP), peluang pemandu teksi ini untuk keluar dari sewa pajak terbuka luas. Mereka berpeluang memiliki lesen individu dengan bantuan dari kerajaan berbentuk geran yang berjumlah RM5000. Mereka boleh mengunakan bantuan tersebut sebagai modal untuk membeli kenderaan baru sebagai teksi. Menurut SPAD, sejak 1 September lalu, 1600 permohonan telah diterima oleh pihak mereka. 

Jelas sekali pemandu teksi menyambut baik program yang diusahakan oleh kerajaan. Mereka berpeluang berdikari dan mampu memperolehi pendapatan yang lebih tinggi. Inilah antara usaha yang telah di bawa oleh SPAD bagi membantu meringankan beban pemandu teksi. 

Oleh dengan pada itu, SPAD akan mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perkara ini perundingan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan, Setiap pindaan akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen. Berharap kelulusan ini dijangka tercapai pada suku pertama 2017 nanti.

Ini bermakna SPAD akan mengendalikan sistem e-hailing yang mana akan mengupayakan operasi UBER dan Grab Car di negara kita. Hal ini bukanlah satu penindasan kepada pemandu teksi akan tetapi ia bakal memberikan lebih pilihan kepada para pengguna untuk memilih. 

Pemandu teksi tidak usah bimbang kerana persaingan sihat perlu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan para pengguna.

Saturday, November 5, 2016

MRT LALUAN 2 DARI SUNGAI BULOH - SERDANG KE PUTRAJAYA


Lembah Klang yang mempunyai lebih kurang 9 juta penduduk merupakan kawasan paling pesat membangun dengan kepadatan penduduk pelbagai etnik dan kaum. Disinikan tempat mereka bekerja mencari rezeki, belajar,membina keluarga dan membentuk satu masyarakat yang moden dan maju. Kepadatan penduduk di Lembah Klang antara punca kenapa keperluan kepada pengangkutan awam menjadi pokok utama dan perlu ditangani segera. 

Bermula pada tahun 2010 kerajaan telah bertindak menangani permasalahan pengangkutan awam di Lembah Klang. Bermula dari Sungai Buloh di sebelah barat hingga ke Kajang di sebelah timur sejauh 51 kilometer dengan 31 stesyen. 


Semua stesen akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti eskalator, lif, pusat kihdmat pelanggan, mesin tiket, tandas, bilik solat dan telefon awam. Stesen-stesen juga akan mempunyai kemudahan untuk orang kurang upaya seperti lif dan ramp, panduan sentuhan dan jalur-jalur amaran di sepanjang laluan pejalan kaki dan platform.

Lebih daripada 8,000 tempat letak kereta akan disediakan di stesen-stesen MRT tertentu. Kebanyakan stesen di luar pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan mempunyai perkhidmatan bas-bas pengantara. Stesen-stesen akan mempunyai tempat untuk menurunkan penumpang, sementara laluan pejalan kaki bertutup akan dibina untuk membolehkan orang ramai berjalan ke stesen dengan selesa dan selamat.


Hari ini dengan usaha yang berterusan link ini ditambahlah lagi bagi memudahkan perhubungan antara bandar. Iaitu dengan membina MRT Sungai Buloh - Serdang -Putrajaya. 

Jajaran kedua MRT yang menghubungkan Sungai Buloh -Serdang - Putrajaya (SSP) yang telah mulakan pembinaanya pada suku ke dua 2016. Menurut Pengarah Operasi Strategik dan Perhubungan MRT Corp. Fasa pertama pembinaan melibatkan laluan tingkat atas daripada Sungai Buloh hingga ke Kampung Batu. 



Trek sepanjang 52 .2 kilometer itu menghubungkan 37 stesen ,11 daripadanya stesen  di bawah tanah dianggarkan waktu perjalanan kira-kira 84 minit. Kosnya dianggar 8 bilion ringgit.  Laluan kedua MRT ini akan mempunyai kadar penumpang harian sebanyak 529,000 apabila mula beroperasi sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Putrajaya. Antara lokasi yang dilalui adalah Sri Damansara, Jalan Sultan Azlan Shah, KLCC dan Cyberjaya. 


Kepong Sentral  akan menjadi stesen petukaran antara MRT dan KTM Komuter bagi memudahkan pengguna KTM menggunakan kemudahan MRT. Stesen MRT SSP line juga akan disokong dengan kemudahan tempat letak kereta bertingkat bagi  memudahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka dengan selamat. 

Manakala di stesen Titiwangsa pengguna boleh menukar samada mengunakan perkhidmatan LRt ataupun Monorail. Setiap stesen pertukaran juga merupakan pengantara kepada bas henti-henti bagi memudahkan pengguna bergerak dan bertukar dari satu destinasi ke destinasi yang lain.



Mereka yang tinggal dan bekerja di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang bakal menikmati kemudahan ini apabila ia dijadual beropersi bermula pada bulan Disember bagi Fasa 1, dari Sg Buloh ke Semantan. Fasa 2, dari Semantan ke Kajang dan melalui pusat bandar, akan siap pada Julai 2017.

Dengan baris pertama hampir siap, MRT Corp telah beralih tumpuan ke garisan kedua, yang akan menghubungkan Sungai Buloh ke Serdang dan Putrajaya, akan melalui bandar KL. Fasa pertama SSP talian, yang akan menyambung Kwasa Damansara ke Kampung Batu, dijangka siap pada Julai 2021. Fasa kedua, yang akan pergi sepanjang jalan ke Putrajaya, dijadualkan siap Julai 2022.


Tran MRT ini mampu menampung 1200 penumpang pada satu-satu masa. MRT dijangkakan dapat mengurangkan kesesakan kederaan dijalanraya dengan anggaran 176,000 buah kereta. MRT SSP line akan menghubungkan dengan sistem pengangkutan rail yang lain. Ia menghubungkan dengan KTM Komuter, LRT , Monorail, ERL dan juga SPK line. Ini akan meningkat lagi peluang perniagaan dan pekerjaan bagi rakyat Malaysia disamping dapat memudahkan perjalanan anda ke tempat kerja  dan peniagaan anda.

MRT line akan membawa anda ke destinasi anda dengan cepat, mudah, selamat dan efisyen. MRT menghubungkan ramai orang di setiap tempat di Lembah Klang. 




Tuesday, November 1, 2016

BOLEH TUNTUT TAMBANG




Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) berhak menuntut pembayaran balik tambang perjalanan mereka sekiranya kelewatan tren melebihi 15 minit.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran balik diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan satu hala sahaja dan sah selama lima hari dari tarikh keluaran.

Katanya, pengguna boleh membuat tuntutan berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut.

“Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT, hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya. Prasarana berharap kenyataan ini akan dapat menjelaskan apa jua kekeliruan yang timbul,” demikian menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Kumpulan & Pemasaran Strategik Prasarana, hari ini.

Thursday, August 25, 2016

MEMUDAHKAN PERJALANAN DENGAN PENGANGKUTAN AWAM



Sejak Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan pada lewat 1998 dahulu, penggunaannya amat diperlukan dan sangat memudahkan untuk ke pusat Bandar Kuala Lumpur.
Ramai menggunakan LRT ini untuk ke tempat kerja dan beriadah tanpa memikirkan jalan yang sesak untuk ke destinasi yang ditujui.


LRT atau sistem Transit Aliran Ringan disediakan dan dikendalikan oleh Prasarana Sdn. Bhd. Pada masa ini terdapat dua laluan LRT iaitu Laluan Kelana Jaya, yang beroperasi daripada Gombak sehingga Kelana Jaya dan Laluan Ampang, yang beroperasi dari Sentul Timur sehingga Ampang dan Bandar Puteri.


Projek Sambungan Laluan Kelana Jaya akan melibatkan pemanjangan laluan sehingga merentasi 13 stesen baru, termasuk Ara Damansara, Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights, di mana ia akan berhubung dengan projek sambungan Laluan Ampang. Pengguna dijangka akan dapat menikmati sambungan Laluan Kelana Jaya pada suku pertama 2016.


Untuk ke pusat Bandar, adakalanya mengambil masa 2-3 jam menggunakan kereta, walaupun laluannya tidaklah jauh, kerana kenderaan persendirian sudah terlalu banyak, maka alternatif untuk menggunakan LRT menjadi pilihan.


Kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek kemudahan awam yang selesa untuk rakyat. 


Langkah itu termasuk mengintegrasikan jalinan pengangkutan awam sedia ada supaya pergerakan orang ramai tidak terputus melalui projek penyambungan jajaran (LEP) sistem aliran transit ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).


Projek itu bakal memasuki fasa penting apabila diintegrasikan dengan rangkaian KTM Komuter bagi menghubungkan terus para penduduk di Pelabuhan Klang dan Shah Alam dengan ibu kota Kuala Lumpur.

Untuk mendidik rakyat supaya menjadikan pengangkutan awam ini menjadi satu pilihan utama, dengan projek-projek yang sedang dijalankan, pengguna tidak perlu risau berkenaan dengan tempat letak kereta, kerana sebelum ini, banyak aduan tentang tempat letak kereta yang terhad.

Tidak perlu lagi gusar mengenai kesukaran mencari tempat letak kereta dan bayaran yang tinggi.


Perancangan seterusnya bagi agenda LRT adalah pembinaan dan penyempurnaan LRT3, iaitu laluan LRT baru yang akan beroperasi dari Bandar Utama sehingga Johan Setia, Klang. Permasalahan berkaitan pemetaan laluan dan isu-isu pra-pembangunan sedang diperbincangkan.

Saturday, February 6, 2016

1.5 JUTA PENUMPANG SEHARI SASARAN PRASARANA 2017



Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sedang berusaha menaik taraf stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi merubah suasana bagi  pengguna dapat menikmati wajah baru pengangkutan awam kendalaian syarikat tersebut.

Ini merupakan satu usaha berterusan  Prasarana dalam meningkatkan lagi jumlah penumpang yang mengunakan perkhidmatan LRT, monorel dan bas milik Prasarana.

Prasarana berharap sasaran 1.5 juta penumpang sehari dapat dicapai menjelang 2017. Antara tindakan yang telah dilakukan Prasarana ialah dengan membuat sambungan jajaran lalaun LRT Ampang pada Mac 31 dan sambungan jajaran LRT Kelana Jaya pada Jun 30 ini.

Sasaran ini juga mengambil kira faktor MRT yang bakal memulakan operasinya awal tahun depan. MRT yang sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mensasarkan jumlah penumpang seramai 400 ribu orang sehari.

Datuk Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ketika melawat stesen LRT sempena kejayaan Prasarana mencatat satu juta penumpang di Kuala Lumpur berkata,"  Prasarana sedang menaik taraf sebanyak 60 stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi menambahbaik lagi perkhidmatan serta memberi tarikan baru kepada suasana pengangkutan awam. Tidak ketinggalan juga kepada perkhidmatan monorel.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar dan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam.

Prasarana inigin mewujudkan suasana ceria  kepada pennumpang dengan pelbagai aktiviti sosial seperti menyediakan tempat untuk makan dan minum, bukannya sekadar tempat untuk transit sahaja. Aktiviti seperti ini akan lebih menarik minat orang ramai menikmati perkhimatan yang disediaka oleh Prasarana terutama golongan muda.

Menurut Azmi, Prasarana yakin sasaran 1.5 juta boleh dicapai dalam sehari kerana perkhidmatan Prasarana merangkumi semua yang disediakan seperti bas Rapid di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuatan, LRT dan juga monorel.

Azmi juga turut mengumumkan Rapid Bus Sdn. Bhd. akan membuka satu perkhidmatan bahru di Perak iaitu Rapid Kamunting yang bakal memula operasinya secara rasmi 1 Mac ini.


Thursday, January 28, 2016

130 TAHUN SEJARAH PENUH RANJAU KTMB



Sudah lebih 130 tahun Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB menaburkan jasa dan bakti kepada rakyat Malaysia khususnya di Tanah Melayu. Sepanjang 130 tahun pelbagai dugaan, ujian dan ranjau telah ditempuhi dalam menghadapi pahit getir demi meneruskan memberi khidmat kepada tanahair.

Segala kejayaan KTMB hari ini tentu tidak pernah generasi hari ini  rasai kemanisannya kerana celik sahaja mata mereka didunia ini terus mengenali LRT, Komuter, monorel dan sebagainya. Mereka tidak pernah menyelusuri sejarah penbangunan KTMB.

Dahulunya KTMB dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu.  Kini setelah menerima konsep pengkorporatan ketika dibawah pentadbiran pada 1992 ia lebih dikenali dengan KTMB.

Pada zaman pejajah dahulu mereka telah menemui bijih timah, oleh itu mereka mula memperkenalkan perkhidmatan keretapi untuk mengangkut bijih timah. Dari situlah timbulnya stesen-stesen sebagai pusat persinggahan dan tempat memungahkan barang-barang.

Ada beberapa pendapat dan kajian bahawa perkhidmatan keretapi dinegara ini bermula pada bulan Februari 1885 di negeri Perak, atau lebih tepat bermula di Taiping ke Port Weld. Kemudian perkhidmatan ini mula merebak ke Utara hingga ke Selatan, Gemas dan Tumpat di Kelantan.

Perkhidmatan Keretapi di Malaysia boleh di bahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah bermula dari tahun 1885 hingga 1896. Ketika itu perkhidmatannya cuma dalam jarak dekat sahaja. Digunakan oleh Britsh untuk mangangkut bijih timah.

Peringkat kedua bermula tahun 1897 hingga 1909, ketika ini landasan-landasan baru mula dibina dari utara dan selatan semenanjung. Dan peringkat ke tiga bermula dari tahun 1910 hingga 1931. Ketika ini keretapi sudah mula digunakan untuk menghubungkan dari kawasan-kawasan di seluruh semenanjung.

Sepanjang 130 tahun KTMB telah mengalami pelbagai perubahan, siapa sangka dari permulaan sebagai pengangkut bijih tmah untuk penjajah kini KTMB telah menjadi satu pengangkutan penting awam sehingga kini.

Di Kelantan, selain bas, kereta dan feri, KTMB adalah pengangkutan yang menjadi pilihan utama rakyatnya.

Bermula di Taiping ke Port Weld atau kini dikenali sebagai Kuala Sepetang, KTMB kini telah memiliki 120 stesen antara setiap bandar. Malah perkhidmatan Komuter dan keretapi yang membawa barang dan  Kargo juga setiap hari melaluinya.

Malahan kini ETS, tren yang lebih canggih dan laju juga telah diperkenalkan sejak tujuh tahun yang lalu. Perjalanan Tren ETS hanya mengambil masa dua jam dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Kini tren ETS diperluaskan lagi perkhidmatannya ke utara semenanjung.

Sejarah panjang KTMB tidak mampu dimuatkan dalam ruang yang sedikit ini. Namun jasanya tetap harum mewangi sepajang zaman. Satu-satunya nama Melayu yang masih tertinggal di dalam perkhidmatan awam.  

Friday, November 27, 2015

LRT KELANA JAYA TERIMA TREN GENERASI BARU MINGGU DEPAN



Perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang bakal terus melakukan transformasi apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menambah 14 set tren empat koc generasi baru Innovia bagi laluan LRT Kelana Jaya pada minggu depan. 

Ini merupakan satu langkah kehadapan Prasarana dalam usaha melakukan transformasi berterusan pengangkutan awam di Lembah Klang. 

En.  Khairani Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services Sdn. Bhd. (PERDANA), berkata set tambahan ini bagi menampung jumlah peningkatan penumpang bagi laluan LRT Kelana Jaya.

"Kami merupakan pelanggan pertama bagi koc generasi baru  model Innovia yang dikeluarkan oleh Bombardier". tambahnya lagi.

Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) telah ditauliahkan untuk membekalkan 4 tren baru model Innovia tersebut. Menurut Khairani lagi semua koc ini akan dihantar ke kilang BHC di Pelabuhan Barat untuk kerja-kerja dalaman dan prosuder ujian biasa sebelum dihantar kepada kami di Depot LRT Kelana Jaya, Subang bagi melakukan ujian rutin dan kelayakan. 

Tren 01 yang sedang melengkapkan ujian kelayakan yang bermula di Kingston, Kanada bagi mengesahkan keperluan reka bentuk keseluruhan sebagai tambahan ujian rutin. Manakala 13 tren lagi akan menjalani ujian rutin untuk mengesahkan fungsi subsistem tren sebelum dihantar ke Port Klang pada bulan Disember ini. Menurutnya lagi tren kedua yang kini berada di Kingston telah mencapai 71 peratus siap. 

Setelah semua ujian selesai, tren ini akan diuji di LRT Kelana Jaya untuk Ujian perjalanan percubaan tanpa berlaku apa kerosakan atau (FFR). Semasa ujian FFR, kereta api perlu melengkapkan 2,000km perjalanan, tanpa  adaapa-apa kegagalan utama, untuk mengesahkan prestasi sebelum mereka diberi kelulusan untuk perkhidmatan seterusnya. 

Ujian yang ketat, terperinci dan menyeluruh adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. Ujian ini dijalankan secara kerjasama yang  penuh erat antara pembekal dengan jurutera-juretera dan pegawai tempatan dari SPAD, tambah Khairani lagi.