Showing posts with label SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT. Show all posts
Showing posts with label SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT. Show all posts

Thursday, March 23, 2017

PEMANDU AKAN DI KENAKAN TINDAKAN : SPAD BERTINDAK

NYAWA PENUMPANG DALAM BAHAYA !


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan segera terhadap pemandu bas  yang membawa kenderaan tersebut secara merbahaya. Bas yang diviralkan dalam satu video yang berdurasi 53 saat menunjukkan cara pemanduan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Dalam video tersebut salah seorang penumpang dari kenderaan yang kelihatan dikejar bas tersebut merakam insiden bas yang dipandu secara merbahaya di Lebuh raya Karak. Berdasarkan video tersebut, keederaan yang dinaikinya dipercayai cuba dihimpit oleh pemandu bas tersebut.

Bas yang dimiliki oleh Syarikat Darul Naim Express Sdn. Bhd. akan dikenakan tindakan oleh SPAD. SPAD akan menyiasat kes ini mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi pemandu bas tersebut adalah pemandu kenderaan awam yang boleh jadi ada penumpang didalamnya. Jika berlaku kemalangan tentu insiden ini lebih buruk akibat. Perkara seperti ini perlu dicegah dan mereka yang melakukannya perlu diberi hukuman. 

SPAD dalam satu sidang media akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) bagi menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pemandu berkenaan. 

Bagi admin siapa yang membuat onar dulu itu kemudian cerita, tapi yang lebih penting adalah nyawa manusia. Bersabarlah apatah lagi jika anda pemandu kenderaan awam. 



Friday, April 8, 2016

SPAD SELARAS SEMULA LALUAN BAS DI BAWAH BNR BAGI KORIDOR SUNGAI BESI


Segala usaha yang proaktif telah dilaksanakan oleh SPAD bagi menyelesaikan segala masalah dan isu-isu operasi dalam pada masa yang sama memantau operasi pengendalian melalui sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Moitoring Hub System atau PMHS). Mereka yang  gagal mematuhi syarat-syarat  yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas akan dikenakan tindakan oleh SPAD.

Oleh itu bagi penambahbaikan, SPAD menyelaras semula empat laluan bas bagi Koridor Sungai Besi untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penduduk setempat dan kawasan yang terlibat dalam laluan tersebut. Usaha ini bagi  menstabilkan semula perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti BNR. 

Tindakan atau penambahbaikan ini dilakukan setelah SPAD membuat penilaian terhadap pengendali bas yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh SPAD.



Dibawah adalah jadual laluan yang telah diselaraskan bagi kawasan dan masa yang telah ditetapkan :




  1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  2. Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit.
  3. Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  4. Laluan T571(Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 45 minit.

Manakala bagi mereka yang berada dilaluan 502 dan laluan 541 dibawah ini adalah jadual perjalanan bagi laluan tersebut.


  1. Laluan 502 yang beroperasi dari Putrajaya Sentral – KTM Serdang akan digabungkan dengan Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) dan dinomborkan semula sebagai Laluan 501. Laluan ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra dengan waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  2. Laluan 541 (Pangsapuri Enggang – Bandar Putra Permai – KTM Serdang) akan dipanjangkan sehingga stesen LRT Kinrara BK5. Laluan ini kini akan beroperasi dari stesen LRT Kinrara BK5 - Pangsapuri Enggang- Bandar Putra Permai dan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.

Sepertimana yang telah ditegaskan oleh SPAD sebelum ini, Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti ini bukanlah satu  tindakan yang statik. SPAD sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu orang ramai dan pengguna digalakan memberi maklumat dan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD) bagi menyuarakan pandangan dan aduan mereka. Mereka juga boleh menghantar aduan ke e-mel aduan@spad.gov.my atau boleh juga berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my .