Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Thursday, June 15, 2017

TRAGEDI KEMALANGAN MAUT, SPAD GANTUNG PERMIT GOLDEN HORSE PLANTATIONS SDN. BHD.





Lapan orang maut di kilometer 25 Jalan Bahau, Negeri Sembilan ke Keratong, Pahang dalam satu tragedi kemalangan yang melibatkan sebuah treler sawit milik Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. yang bertembung dengan tiga kenderaan lain iaitu  Perodua MyVi, Proton Exora dan Toyota Vios.

Berikutan tragedi yang menyedihkan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bertindak menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. berkuat kuasa serta merta. Tindakan gantung lessen ini termasuk kepada kesemua kenderaan di bawah pengendali syarikat tersebut berikutan tragedi yang cukup menyedihkan itu.

Walaupun tindakan ini dilihat agak keras namun ia perlu dilakukan berdasarkan kronologi kemalangan itu berlaku. Menurut sumber, treler tersebut cuba memotong sebuah motorsikal, namun pemandunya gagal mengawal kenderaan tersebut lalu masuk ke lorong bertentangan dan menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.

Yang mana ketika itu sebuah Myvi dari arah bertentangan itu cuba mengelak treler berkenaan menyebabkannya memasuki ke kiri jalan dan bertembung dengan sebuah Vios dari arah Keratong ke Bahau. Manakala sebuah kereta Exora dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak treler namun gagal dan terperosok di bawah treler lalu terbakar.

Pemandu treler yang membawa muatan kelapa sawit itu kini ditahan dan akan direman bagi siasatan selanjutnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAD, pihak SPAD mengingatkan mereka tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan. SPAD juga memberikan peringatan keras kepada pengendali agar sentiasa mematuhi keperluan keselamatan. Pengendali yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan. 

Justeru admin merasakan tindakan tegas SPAD ini perlu bagi mengingatkan pengendali kenderaan syarikat agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya. Tindakan tegas ini tidaklah seberapa sangat jika dibandingkan dengan kesedihan sanak saudara yang kehilangan orang yang mereka sayangi.

"Keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan barangan awam darat di jalan raya menjadi keutamaan bagi SPAD. Di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, kesemua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka"













Tuesday, January 17, 2017

LAGI NAHAS MELIBATKAN BAS PERSIARAN


Sekali lagi tragedi kemalangan yang melibatkan kenderaan awam bas. Kali ini berlaku pertembungan bas persiaran  dengan sebuah Toyota Hilux. 

Kejadian malang ini menyebabkan seorang wanita dan empat rakannya lagi cedera termasuk tifa kanak-kanak. Kejadian ini berlaku di kilometer 3, Jalan Keramat Pulai, simpang Pulai. 

Pemandu bas tersebut terpaksa ditahan bagi membantu siasatan. 

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, bas berkenaan datang dalam perjalanan Cameron Highlands ke Singapura. Entah macam mana bas tersebut masuk ke laluan bertentangan  ketika mengambil selekoh sebelum bertembung dengan Hilux tersebut. 

Jika sudah sampai masuk ke laluan kenderaan lain bermakna pemandu ini sudah tentu bermasalah. Polis perlu siasat kes ini.  

Mereka yang cedera parah dibawa ke Hopspital Raja Permasuri Bainun (HRPB) untuk di beri rawatan segera. Kesemua mereka diyakini mempunyai pertalian keluarga.

Salah seorang penumpang, Fatimah Uda 48  Toyota Hilux tersebut meninggal dunia pada jam 1.45 petang. Bedah siasat akan diteruskan esok bagi mengetahui punca kematiannya . 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Oengangkutan Jalan 1987.

Polis yang membuat ujian saringan air kencing pemandu bas tersebut mendapati ujian tersebut adalah negatif. Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ini, dua pemandu bas persiaran tersebut serta enam penumpangnya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bulan lepas sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung mengorbankan 14 nyawa dalam kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh.

Bas tersebut dikatakan melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayo, Pagoh di sebelah kiri lebuh raya.

Nahas yang melibatkan bas sejak beberapa tahun lalu amat membimbangkan, ini kerana setiap kali kemalangan jumlah angka korban tinggi. Kerajaan melalui agensi SPAD telah menjalankan pelbagai pendekatan bagi menangani agar perkara seperti ini dapat di elakan. 
Antaranya  membatalkan lesen dan mengantung permit pengendali perkhidmatan bas tersebut.