Sebenarnya admin dah boleh agak, akan ada ahli parlimen pembangkang akan buat perangai pada sidang dewan rakyat kali ini, tapi tak sangka pula Ketua "crook" yang sudah tua lanjut tu pun nak jadi "samseng" keras kepala jugak.
Jelas sekali "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". Bapa borek, anak rintik, Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Itulah senario yang berlaku kepada tiga ahli parlimen pembangkang yang tak serik-serik membuat kacau dan menyusahkan dewan.
Mereka adalah ahli parlimen DAP, Nga Kor Meng (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) digantung 10 hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat mulai semalam kerana menghina Speaker dan Dewan.
Mereka bertiga telah membuat kenyataan yang biadap menuduh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahguna kedudukan apabila menolak soalan berkaitan kapal mewah yang dikaitkan dengan Jho Low serta soalan-soalan 1MDB.
Eloklah sangatlah, dengan hukuman ini "the three stooges" ini tidak dapat mengambil apa-apa bahagian dalam perbahasan dalam dewan yang mulia.
Apa yang menarik lagi,hari ini mereka punya mentor, Lim Kit Siang juga dikenakan tindakan yang sama kerana mencabar keputusan Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul Kajian Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya yang dijadual dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini (Rabu) untuk diteruskan.
Tapi si tua ini begitu degil, tak nak keluar dari dewan setelah diperintahkan untuk keluar dari dewan.Pandikar Amin telah mengarahkan Lim untuk keluar sendiri daripada Dewan tetapi anggota Parlimen itu enggan.
Pandikar Amin kemudiannya mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 (3) untuk menggantung Lim.
“Majlis mesyuarat hari ini memutuskan untuk mencadangkan supaya Gelang Patah digantung daripada perkhidmatan majlis mesyuarat selama enam bulan,” kata Azalina.
Usul itu disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim.
Kekecohan tercetus selepas tamat sesi soal jawab pagi Rabu apabila Charles Santiago (DAP-Klang) mempersoalkan keputusan Pandikar untuk meneruskan pembentangan Usul Kajian Semula Persempadanan walaupun terdapat tiga injunksi oleh pembangkang di mahkamah.