Monday, March 26, 2018

CALON MUDA MAMPU TARIK PENGUNDI

Untuk "berperang" kita mesti menyediakan jentera perang yang ampuh, gagah dan berani. Justeru itu orang muda sangat diperlukan dalam membentuk satu jentera perang yang bersedia menghadapi musuh dalam apa jua keadaan. 



Namun begitu "orang lama" juga perlu ada sebagai pembimbing dan pembentuk kepada satu pasukan. Nasihat dan pengalaman mereka dalam peperangan perlu bagi memastikan "pisang tidak berbuah dua kali". 

Sebagai Presiden sebuah parti yang mendokong perjuangan masyarakat Cina,Datuk Seri Liow Tiong Lai sedar akan perkara ini. Dalam menghadapi "perang" PRU ke 14 ini ramuan  ini perlu bagi memastikan jentara BN ampuh menahan serangan pembangkang. 

Menurut Liow, MCA mensasarkan 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN yang mana kesemuanya akan diisi 50 peratus calon muda baru dan 50 peratus lagi calon muda berusia bawah 40 tahun. 

Mereka semua cukup komited dalam perjuangan, energertik dan bersemangat. MCA berharap dengan sokongan jitu masyarakat Cina dan digemleng dengan tenaga muda yang begitu bersemangat MCA mampu meraih kemenangan sekali ganda daripada PRU ke 13 yang lalu. 

Maklum balas yang diterima menunjukkan sokongan kepada MCA di beberapa kawasan meningkat 70 peratus. 

MCA sedar bahawa calon muda ini memang belum dikenali ramai, mereka bukanlah insan yang popular dikalangan rakyat dan parti. Namun apa yang penting adalah gerak kerja jenteria parti, jentera pilihan raya yang cergas dari akar umbi hinggalah kepada kepimpinan.  Dengan semangat dan kerjasama antara komponen BN, Liow yakin calon Muda mampu memenangi pilihan raya kali ini. 

Justeru itu apa saja tohmahan pembangkang sudah lagi tidak memberi kesan, kerana rakyat tidak melihat kepada apa yang diperkatakan, mereka merasa aman dan selesa dengan keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil. 

No comments:

Post a Comment