Monday, March 26, 2018

MAHATHIR TERPAKSA AKUI - MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB LEBIH BAIK



Apa yang sebenarnya tidak kena dengan seorang yang bernama Mahathir ini ? Apa masalah beliau dengan pilihannya. Kenapa semua mereka yang menjadi pilihannya dianggap tidak betul dan tidak pandai mengurus negara sepertinya ?

Inilah yang cuba di kupas oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Bagi beliau Tun Mahathir ini merupakan seorang pemimpin yang " OVERWHELMING SUPERIORITY COMPLEX". Iaitu satu sifat yang besar diri dan keyakinan diri yang melampau. 

Oleh itu padanya sesiapa pun orangnya, pada pandangannya mereka tidak setandingnya. Jangan harap dia akan dengar cakap orang. Lihat sendirilah Pakatan Harapan, macam mana mereka dahulu yang membencinya tahap "Gaban" hari ini boleh tunduk pada arahan dan "pemerintahannya". 

Tengok sajalah caranya, suka suki hatinya membuat kenyataan yang mana akhir pemimpin Pakatan Harapan kelam kabut nak menyelesaikannya. Sekejap dia cakap BR1M tu rasuah, esok pula dia boleh cakap BR1M akan dilaksanakan jika Pakatan memerintah dan sebagainya. Itu Tun Mahathir hari ini yang kita kenali. "one man show".

DAP menggunakan Tun M sepenuhnya untuk memecah belahkan perpaduan Melayu. Sebab itulah kita tak nampak sekarang ini Lim kit Siang ke depan dalam menjawab isu, jarang sangat. Kebanyakkannya di serahkan kepada Tun Mahathir atau pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Jelas sekali Melayu diperkudakan oleh DAP.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang pernah disanjungi rakyat Malaysia Tun M sewajar bersikap lebih rasional dan terbuka. Rakyat mengkaguminya sepanjang 22 tahun pemerintahanya. 

Ini adalah masanya untuk dia memberi sepenuhnya sokongan kepada insan yang dia sendiri pilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana sepanjang sembilan tahun Malaysia terus mencipta legasi ynag lebih baik dibawah pentadbirannya. 

Malah tidak keterlaluan jika di katakan pencapaian 9 tahun pentadbiran DS Najib itu ternyata sudah mengatasi pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) selama 23 tahun.

Menurut Tan Sri Annuar Musa lagi, beberapa kejayaan telah dicapai pada era Datuk Seri Najib Tun Razak antaranya :
▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu RM2.68 juta.

Ini semua adalah Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.  Semua ini akhirnya menjurus kepada kepentingan dan keuntungan pelbagai lapisan rakyat. 

Pendek kata, rakyat di seluruh ceruk rantai merasai nikmat pembangunan negara. Siapa yang boleh menafikan perkara ini ? 

Kita sedar dan kita tahu, sebagai seorang pemimpin Tun Dr. Mahathir tidak dapat tidak terpaksa mengakui bahawa anak didiknya ini ( DS Najib Razak) telah lebih berjaya daripadanya. Lebih daripada apa yang dia jangkakan. 

Namun seperti yang kita tahu oleh kerana beberapa tindakkan Datuk Seri Najib yang tidak kena pada matanya dan tidak menurut apa kemahuannya maka Datuk Seri Najib diserang dan kepimpinannya di tohmah dengan pelbagai cerita fitnah yang diulang-ulang oleh pembangkang. 

Hari ini kita lihat sendiri bahawa Tun Mahathir sendiri mengetuai pembangkang yang dahulunya dia tuduh sebagai pemecah belah keharmonian negara. 

Syukurlah kita mempunyai pemimpin yang sabar seperti Datuk Seri Najib yang sedia melayan karenah Pemuda 93 tahun ini. Yang lebih penting perpaduan nasional masih utuh, hubungan Perdana Menteri dengan istana berada dalam keadaan cukup baik. 

Begitu juga rating ekonomi kita berada dalam keadaan yang lebih bagus, walau pun di serang dan dituduh negara yang bakal bangkrap. Hubungan diplomatik kita dengan negara luar berada dalam keadaan baik. Kita tidak bergaduh dengan mana-mana negara kerana kita sedar lebih ramai kawan akan membawa lebih kebaikan kepada negara dan rakyat.

Rezab negara juga berada dalam cukup meyakinkan. Lima kali lebih tinggi dari pemimpin sebelumnya. Jadi amat mustahilah negara kita akan bangkrap. 

Semua ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa tuduhan Tun Mahathir kononnya negara bakal bangkrap adalah tidak benar sama sekali. Di era Datuk Seri Najib, beliau tidak memperjudikan wnag negara dalam FOREX. Kita tak pernah kehilangan wang seperti mana pada tahun 1988 hingga 1994 akibat perdagangan forex yang mengakibatkan negara menanggung kerugian berjumlah RM35.009 bilion.

Kita tahu dalam hati kecil Tun Mahathir beliau terpaksa akui akan kehebatan anak didiknya ini, Datuk Seri Najib tun Razak berjaya mentadbir negara dengan lebih baik daripadanya. 

No comments:

Post a Comment