Friday, July 13, 2018

UEC -SIAPA PUN BANTAH, MASZLEE TETAP TERUSKAN



Tetap iktiraf UEC

Meskipun ditentang oleh banyak pihak, kerajaan akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras dengan manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Pendidikan, Dr. Masz­lee Malik menegaskan, pihaknya tidak akan membuat pusingan U atau dilihat 'flip-flop' dalam perkara itu.


“Sehubungan itu, saya tidak rasa ada sebarang percanggahan antara kita dalam perkara ini. Yang bercanggah hanya antara pihak Barisan Nasional (BN). UMNO kata lain, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong kata lain, MCA kata lain dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kata lain.

“Dalam Pakatan Harapan (PH), kita tidak bercanggah kerana kita telah bersetuju dengan manifesto yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Kementerian Pendidikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Pengumuman kerajaan negeri Melaka pada 2 Julai lalu yang mengiktiraf UEC sebagai syarat kelayakan membo­leh­kan memasuki perkhid­matan awam negeri itu telah mencetuskan bantahan pelbagai pihak di negara ini.



No comments:

Post a Comment