TAK ADA SIAPA DALAM PAKATAN NAK BAGI KERUSI PM KEPADA AZMIN. Prestasinya sebagai Menteri Besar di Selangor pun caca marba. Macam-macam masalah dia timbulkan di Selangor, ada hati nak duduk di kerusi Perdana Menteri.
Walaupun sebenarnya mereka meletakkan calon boneka Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, tapi dalam tu pun Nurul Izzah, Mukriz, Muyhiddin dan Guan Eng pun dok intai-intai juga nak jadi PM.
Ini adalah keputusan Pakatan Harapan yang jelas diketuai oleh DAP. Jadi Azmin tak perlu nak perasan yang dia bakal menjadi calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan. PSM tak yakin Pakatan Harapan terutama daripada DAP akan memberi laluan mudah kepada Azmin berdasarkan apa yang telh dia lakukan sebagai Menteri Besar Selangor.
Apatah lagi daripada partinya sendiri PKR yang nampak tak berapa nak sudi memberi pencalonan kepada dirinya. Wan Azizah mungkin belum lupa tragedi Langkah Kajang yang membuat dirinya menjadi kejang melihat Azmin yang merampas kerusi Menteri Besar daripadanya.
Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad yang seolah-olah gembira nama azmin tak dicalonkan sebagai Perdana Menteri menyalahkan kepimpinan PKR sendiri kerana tidak mengemukakan seberang nama termasuk nama Azmin untuk di calonkan dalam Mesyuarat Pimpinan Presiden (MPP) Pakatan Harapan yang berlangsung pada di Petaling Jaya, 3 Januari lalu.
Buat pengetahuan Azmin, mesyuarat itu dihadiri oleh Presiden partinya sendiri PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu- nampak jelas sekali mereka memang tidak mahu Azmin terus berkuasa. Sebaliknya mereka lebih percaya kepada bekas musuh paling ketat mereka iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di pilih sebagai Perdana Menteri Sementara jika gabungan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke 14 nanti.
“Sepatutnya, PKR Selangor kalau menerima cadangan daripada pemimpin dan ahli akar umbi mahukan Mohamed Azmin dipilih calon Perdana Menteri, mereka dari awal-awal lagi perlu mengemukakannya kepada pemimpin tertinggi PKR di peringkat pusat untuk dibawa dalam mesyuarat itu.
“Bagaimanapun, apabila isu jawatan Perdana Menteri Pakatan Harapan dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat MPP, keempat-empat parti (DAP, PKR, PAN dan PPBM) tidak mengemukakan senarai calon masing-masing dan sebulat suara bersetuju dengan pemilihan Dr. Mahathir.
“Jadi silap PKR Selangor lah yang tidak bawa cadangan nama calon Perdana Menteri untuk diangkat oleh pemimpin parti mereka. Dalam mesyuarat, cadangan dibuka kepada semua parti untuk menamakan nama calon lain selain daripada Dr. Mahathir, tapi semua parti senyap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Justeru, Khalid turut meminta supaya PKR Selangor agar terus akur dengan keputusan yang telah diputuskan oleh MPP Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang memilih Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri selain menghentikan polemik membabitkan isu jawatan berkenaan.
Malah, beliau mengakui bahawa pelantikan Dr. Mahathir itu merupakan antara strategi Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk menarik sokongan pengundi Melayu khususnya dalam kalangan ahli UMNO.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR Selangor menolak keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana mencalonkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh sekiranya gabungan pembangkang itu menenangi PRU-14 dan menguasai kerajaan.
Penolakan ke atas Dr. Mahathir itu disuarakan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap amalan ‘kitar semula’ pemimpin oleh Pakatan Harapan selain mencadangkan bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai menteri kanan sahaja.
Selain Zuraida, penolakan yang mana turut dibangkitkan Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr. Daroyah Alwi yang terang-terangan mahu Mohamed Azmin dicalonkan untuk jawatan tertinggi itu manakala Ketua Komunikasi PKR negeri, Hizwan Ahmad pula mahu jawatan itu dipilih dalam kalangan ‘tokoh segar’ dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Terbaharu, Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari semalam menyatakan pihaknya akur dengan keputusan MPP Pakatan Harapan itu, bagaimanapun pihaknya mahu kepemimpinan tertinggi parti supaya tidak mengenepikan pandangan serta suara akar umbi berhubung isu jawatan berkenaan.
No comments:
Post a Comment