Komunis sememangnya layak dipanggil pengganas, penjahat serta perosak keamanan semasa mereka mengucar kacirkan keadaan negara selepas Jepun menyerah kalah kepada tentera Berikat pada perang dunia ke-2.
Setelah Jepun menyerah kalah dan sewaktu menunggu ketibaan tentera British yang mengundurkan diri dari Tanah Melayu sewaktu penjajahan Jepun, komunis telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Bintang Tiga.
Di atas sebab itulah komunis mengambil kesempatan melakukan keganasan dan kezaliman terhadap orang awam.
Sewaktu pemerintahan Bintang Tiga, mereka telah memburu sesiapa yang disyaki menjadi talibarut Jepun dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.
Lazimnya hukuman yang dijatuhkan adalah hukuman bunuh. Mereka juga turut menyeksa sesiapa yang ditahan dan disyaki membantu tentera Jepun sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Kalau ditanya orang yang pernah hidup pada zaman Bintang Tiga bermaharajalela, pasti akan terungkap perkataan, “komunis memang sangat kejam dan zalim”, mereka tiada hati perut dengan sesuka hati membunuh tanpa belas sesiapa sahaja.
Bermula daripada pemerintahan sementara Bintang Tiga, Komunis membuat rancangan untuk terus menguasai Tanah Melayu dengan kekerasan.
Bagaimanapun rancangan tersebut berjaya digagalkan oleh pihak British apabila mereka kembali ke Tanah Melayu.
Peristiwa serang hendap terhadap pasukan Polis di Kelian Intan, Perak kejadian pada 10 September 1947. Serangan tersebut dilakukan pada pukul 7.30 pagi apabila dua buah bas dan sebuah lori yang membawa pihak polis telah diserang oleh lebih kurang 50 orang pengganas komunis.
Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah.
Serangan bertali arus selama 10 minit, komunis berjaya merampas bekalan senjata polis dan harta benda penumpang.
Kelian Intan adalah lokasi terpencil di daerah Gerik, kerana lokasinya yang agak pedalaman serta dikelilingi hutan belantara memudahkan komunis melakukan serangan hendap tanpa diduga.
Keadaan yang tidak terkawal di kawasan pedalaman juga antara sebab komunis semakin bermaharajalela. Serangan agresif terhadap pasukan keselamatan dan orang awam merumitkan pihak berkuasa pada masa itu.
Perak merupakan negeri pertama yang mengisytiharkan darurat sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.
Berniat untuk mentadbir secara kekerasan dan kekejaman yang digunakan komunis tidak berjaya menarik rakyat untuk menyertai perjuangan mereka.
Malah kekejaman mereka bukan terbatas kepada satu-satu kaum sahaja, tindak tanduk mereka tetap akan diingati sepanjang zaman, walaupaun ada segelintir menganggap komunis juga berhak untuk diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.
Layakkah mereka diangkat sebegitu? Sebagai rakyat Malaysia keamanan dan keharmonian dikecapi sekarang nilainya bukanlah dengan wang ringgit.
Hargailah pengorbanan mereka yang bertarung nyawa, bergolok gadai untuk sebuah kemerdekaan negara yang berdaulat.
Sumber
Friends of Kedaulatan
Sumber
Friends of Kedaulatan
No comments:
Post a Comment