Saturday, May 5, 2018

LIOW BUAT LAPORAN POLIS




Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini membuat satu laporan polis ekoran penyebaran klip video yang mempergunakan agama Tao untuk menghina pemimpin negara termasuk dirinya.

Tiong Lai berkata, beliau menyedari perkara tersebut selepas membaca akhbar Sin Chew Jit Poh bertarikh 5 Mei 2018 yang menyatakan klip video itu telah menggemparkan rakyat kerana mencerca dan menyumpah pemimpin-pemimpin negara supaya dilanggar kereta, terputus tangan dan patah kaki.

Beliau yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bentong memberitahu telah menonton klip video tersebut dan mendapati pihak terlibat telah mempergunakan agama Tao untuk menghina dirinya, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kiong.

“Klip video tersebut secara jelas mengancam ketenteraman awam dan menimbulkan sifat kebencian terhadap pemimpin negara daripada kaum Cina dan India serta mengandungi unsur memburukkan imej saya serta pemimpin negara


“Saya memminta polis siasat kerana video ini juga berbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dalam negara kita,” katanya.


No comments:

Post a Comment