Sunday, May 13, 2018

ECRL PROJEK BERIMPAK TINGGI

ECRL merupakan projek berimpak tinggi yang mampu menjana ekonomi negeri-negeri di Pantai Timur, terutama Kelantan. Projek ECRL bernilai RM55 bilion sepanjang 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek berkenaan dijadual siap pada Jun 2024.

Di dalam satu laporan tinjauan infrastruktur Malaysia menyatakan  ECRL yang fasa pertamanya dijadualkan mula beroperasi pada 2024 akan menyediakan peningkatan kapasiti yang ketara kepada rangkaian pengangkutan awam Semenanjung Malaysia dengan menghubungkan pelabuhan, bandar raya dan industri di sepanjang laluan pantai timur hingga Kuala Lumpur serta Pelabuhan Klang di bahagian barat.

Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada komitmen pelaburan infrastruktur di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI)  kerana projek (ECRL) merupakan  satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada komponen penting BRI China.

ECRL akan menjadi platform untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan dan pada masa sama meningkatkan infrastruktur sepanjang laluan tersebut untuk rakyat terutam sektor pengangkutan barang yang memanfaatkan projek ini manakala pada peringkat mikro dijangka menawarkan pekerjaan mahir untuk penduduk tempatan.
Projek sepanjang 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang akan mempunyai 28 stesen itu menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo. Projek dijadual siap pada Jun 2024. 




No comments:

Post a Comment