Monday, December 25, 2017

LAGI 300 PEMANDU TEKSI BEBAS


Syukur Alhamdulillah,300 lagi pemandu teksi yang sudah tamat tempoh  perjanjian sewa pajak kenderaan mereka hari ini mendapat lesen teksi individu. Bilangan keseluruhan pemandu teksi menerima lesen individu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun ini saja ialah seramai 1208, manakala 125 individu lagi layak menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5000. Jumlah keseluruhan yang menerima geran pada tahun ini ialah 564 orang. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bertanggungjawab ke atas SPAD, Datuk Seri Nancy Shukri, pengeluaran lesen individu ini juga merupakan antara inisiatif di dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Sehingga hari ini tidak ramai pemandu teksi yang memehami dengan terang dan jelas mengenai TITP yang sebenarnya banyak memberi kebaikan dan manfaat yang lebih baik untuk masa depan mereka. 

Justeru itu atas inisiatif SPAD, pegawai-pegawainya sering turun padang dan bertemu sendiri dengan para pemandu teksi dan menjelaskan secara terperinci mengenai TITP serta bantuan kerajaan dalam menambahbaik industri teksi di dalam negara.

Program ini masih berterusan dan masih ramai lagi pemandu-pemandu teksi yang diluar sana akan mendapat manfaat yang sama. Apa yang penting disini ialah pemandu teksi perlu sentiasa berhubung dengan pihak SPAD. Janganlah beranggapan SPAD hanya akan menyusahkan mereka, sedangkan SPAD sedaya upaya membantu pemandu-pemandu teksi agar keluar dari kepompong gelap kehidupan mereka. 




Boleh jadi ada pemandu-pemandu teksi yang tidak berkesempatan untuk hadir dalam pertemuan atau dialog yang dianjurkan selama ini samada dijalankan oleh pihak SPAD mahupun persatuan-persatuan teksi.

Pada Rizki Malindo (Pemandu Teksi) permit teksi ini cukup bermakna pada dirinya yang selama ini hanya menyewa dari syarikat teksi. Selepas ini dia akan lebih bersemangat untuk mengambil penumpang. Menurutnya lagi dengan ada sistem baru E-hailing ianya membantu meningkatkan pendapatannya antara RM3000 ke RM4000 sebulan.

G.Saroja pula yang sudah 6 tahun memandu teksi tidak menyangka dia akan mendapat lesen individu. Padanya, dia cukup bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib, sejak pentadbirannya nasib pemandiu teksi lebih terbela. Dia berazam untuk membeli kereta baru sebagai teksi daripada geran yang diberi oleh kerajaan kepadanya. 

Ramai lagi pemandu teksi diluar sana yang masih lagi kabur dengan program TITP. Mereka perlu didekati dan diberi penerangan agar tidak terus ditindas oleh syarikat-syarikat teksi yang hanya bermotifkan keuntungan. 

Tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan industri teksi dipinggirkan dan bakal lenyap ternyata palsu dan berniat jahat menimbulkan perbalahan antara SPAD dan pemandu teksi. Sudah terang lagi jelas bahawa industri teksi sentiasa mendapat perhatian kerajaan khususnya SPAD. Sudah tentulah ada pihak yang memandang kejayaan ini dengan penuh sakit hati. 

Seperti kata Nancy, TITP ini adalah satu proses dan dalam proses itu banyak perkara yang kita boleh belajar dan perbetulkan. Bukankah kita sedang mentransformasikan industri teksi ke arah yang lebih baik? Paling utama, seiring dengan peredaran semasa yang serba moden?

No comments:

Post a Comment