Saya tidak menjangkakan berlaku kes kecemasan yang serius. Bagaimana pun , seorang wanita di wad bersalin tiba-tiba berasa sakit hendak bersalin. Bayi kandungannya sudah hampir cukup bulan , tetapi dalam kedudukan yang menyonsang. Saya terpaksa membuat keputusan segera dan memutuskan bahawa kaedah terbaik adalah adalah pembedahan. Mujur saya dibantu oleh Hasmah , yang ketika itu sudah menjadi isteri saya. Disebabkan pada masa dulu tidak ada kaedah suntikan maka kami terpaksa menitiskan ETHYL CHLORIDE dan EHTER pada serkup hidung pesakit. Kaedah ini sungguh kuno dan kita perlu berhati-hati supaya tidak terlebih memberi pelali. Selepas mendapati wanita itu tidak sedar, saya pun memulakan pembedahan. Saya amat tergejut apabila mendapati beliau mengandung di luar rahim (ECTOPIC PREGNANCY). Kes begini amat jarang berlaku dan hanya segelintir doktor berdepan dengannya sepanjang kerjaya mereka.
Pesakit itu kehilangan banyak darah. Saya cuba mengikat urat darahnya, tetapi gagal menghentikan pendarahan. Saya cuba sedaya upaya menyelamat ibu dan bayi, tetapi kedua-duanya meninggal dunia. Mereka adalah satu-satunya pesakit yang mati ketika pembedahan sepanjang perkidmatan saya dengan kerajaan. Saat itu sungguh mengharukan buat saya dan Hasmah.
Saya kenal suami wanita itu secara peribadi . Beliau menjalankan perusahaan percetakan di Alor Setar. Saya berasa amat sedih dan memohon maaf kepada suaminya. Beliau tidak langsung menyalahkan saya . Jika kejadian itu berlaku hari ini, saya mungkin dikenakan saman.Sikap orang ramai banyak berubah sejak itu dan tindakkan makamah sudah menjadi pekara biasa kepada orang yang berasa dirinya teraniaya.
Tun Dr. Mahathir Mohammad.
(petikan dari buku Doktor Umum)
No comments:
Post a Comment