DAPsuka memainkan sentimen yang boleh menimbulkan salah faham bukan Islam terutama kaum Cina terhadap kerajaan kerana itulah modal politik mereka untuk mendapat perhatian kaum tersebut.
Kali ini DAP mengambil peluang mencetuskan rasa bukan senang rakyat terhadap pembinaan kem tentera di Sembrong, Johor. Kononnya ia bermotifkan politik, ianya bukan sahaja tidak benar bahkan ianya seolah-olah menghina anggota tentera di negara kita.
Apa yang DAP takut sangat dengan kem tentera ? Apakah mereka merancang untuk membuat haru hara dalam negara ? Kita tahu sememangnya DAP kerjanya hanya suka menghasut rakyat membenci kerajaan dan ini pun satu lagi kerja jahat mereka untuk menimbulkan salah faham rakyat.
Tuduhan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pembinaan kem di Sembrong, Johor bermotifkan politik menunjukkan mereka sendiri yang cuba mempolitikkan usaha kerajaan ini. Bagi kerajaan sesuatu perkara yang telah diputuskan adalah untuk kepentingan rakyat. Jika mereka beranggapan kem tentera itu diwujudkan untuk beri kemenangan kepada Barisan Nasional maka DAP perlu melihat kem-kem tentera yang lain contohnya kem di Port Dickson (Telok Kemang) dan lumut, bukan kah kawasan tersebut pembangkang yang menang. Boleh kah DAP dan pakatannya mengatakan itu adalah kemenangan mereka ? sudah tentulah tidak !
Jika kita masih ingat pengikut yang setaraf hamba abdi DAP paling taat pernah mengangkat Mat Indera sebagai pejuang. Kita tahu apa yang dia cakap itu adalah dari lubuk hati para pemimpin DAP. Dan mereka merobek hati-hati insan dan para pejuang sebenar tanpa memperdulikan nasib mereka.
Pemimpin DAP seperti yang dipernah diperjelaskan oleh Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan manusia yang suka melihat perbalahan dan permusuhan antara kaum. Kerja mereka hari-hari adalah menimbulkan perbalahan kaum. Mereka cuba menjadi hero kepada kaum Cina dengan menimbulkan kemarahan orang Melayu.
Seperti kes ini, apabila DAP cuba mempolitikan kem tentera, ia sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan orang Melayu. Sudah tentulah orang Melayu yang sensitif ini akan menyelar kenyataan mereka. Bahkan yang mana lebih emosional akan mengaitkan DAP dengan kaum Cina, padahal tidak ada kaitan langsung dengan kebiadapan DAP dengan budaya masyarakat Cina.
Pada masa inilah DAP akan mempergunakan sentimen kaum Cina untuk menimbulkan perbalahan sesama rakyat. Samada betul, salah atau kalah dalam percaturan ini DAP tetap telah berjaya menimbulkan perbalahan dikalangan rakyat.
Itulah modus operandi DAP, iaitu memastikan rakyat tidak bersatu padu dan berpecah belah.
Dalam isu kem tentera di Sembrong ini, DAP cuba mencalarkan imej ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin dengan menuduh mahu menyelamatkan kedudukannya disana. Sedangkan pembinaan kem-kem askar ini pun bukan dilakukan secara suka-suka sebaliknya mengikut perancangan strategik yang diatur oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dan untuk mengatur gerak kedudukan anggota tentera di sesuatu kawasan itu pula, tidak semestinya memerlukan kem-kem besar kerana mereka boleh saja ditugaskan di kawasan tertentu sekiranya sudah terdapat bangunan taktikal bagi menjalankan kerja-kerja pentadbiran,” katanya.
Tambahnya setakat ini terdapat 12 kem tentera yang sedang dirancang untuk dibangunkan dengan salah satu daripadanya adalah di Felda Sahabat, Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment