Bagi menentang dinasour-dinasour tua DAP, MCA telah mengorak langkah proaktif menyediakan Naga-naga muda bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke 14 nanti.
Fokus MCA kali ini adalah untuk lebih menarik semula kepercayaan masyarakat Cina terutama golongan muda untuk kembali menyokong MCA dengan mengumumkan calon pilihannya lebih awal.
Sasaran MCA kali ini adalah untuk meletakkan 50 peratus calon yang bakal mewakili parti itu pada Pilihanraya Umum ke 14 daripada golongan muda dan muka baru. Rasanya sasaran MCA sangat relevan pada masakini yang mana kebanyakkan rakyat mahu nafas baru dalam pentadbiran negara.
Ia juga sesuai dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan undi generasi baru memihak kepada Barisan Nasional dan usaha BN untuk memenangi lebih kerusi berbanding PRU 13.
Justeru itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu semua pemimpin dan calon MCA perlu rajin, turun padang agar lebih dikenali dan disukai oleh rakyat. Mereka semua perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberi khidmat kepada rakyat.
Menurutnya lagi MCA telah mengumumkan beberapa nama calon di beberapa tempat antaranya kerusi Parlimen Tebrau akan ditandingi Datuk Dr. Hou Kok Chung dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pula Datuk Tan Cher Puk.
Jentera MCA telah lama bergerak di peringkat bawah, mereka kebanyakkannya muka baru yang berpotensi menjadi calon muda. Gerak kerja mereka kemas dan teratur dan lebih sesuai beri penumpuan kepada aktiviti di peringkat pusat daerah mengundi.
Dalam keadaan parti MCA yang tidak ada isu yang melibatkan kepimpinan pusat, tiada krisis kepimpinan seperti DAP inilah masanya yang sesuai untuk MCA meningkatkan lagi kepercayaan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Gerak kerja yang tersusun, cekap dan sepakat sehati sejiwa cukup menarik minat pengundi bukan sahaja kaum Cina bahkan orang Melayu juga yakin dengan wakil rakyat MCA. Inilah tradisi Barisan Nasional yang melangkaui batas perkauman dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Semoga keharmonian dan kesepakatan kerjasama ini terus berkekalan selamanya. Yang lebih penting rakyat dapat hidup dengan aman, harmoni dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment