Begitu misteri, begitu membingungkan dan begitu menghairankan tindakan-tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang begitu prihatin terhadap perlaksanaan undang-undang sehinggakan tidak ada maaf bagi peniaga dan penjaja di Pulau Pinang yang tidak berlesen, namun sebaliknya pula kepada kilang-kilang haram yang tumbuh segar sejak DAP mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional tidak pula di sentuh mereka.
Kita fahamlah jika Lim Guan Eng ingin membersihkan Pulau Pinang dari peniaga-peniaga yang tidak berlesen kerana ia menyalahi undang-undang, padahal mereka telah berniaga berpuluh-puluh tahun membantu peningkatan ekonomi dan pelancongan. Apa yang kita tidak faham ialah kenapa pula kilang-kilang haram ini tidak pula dirobohkan sedangkan ianya tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat bahkan telah membahayakan kesihatan penduduk setempat.
Justeru itu adalah begitu misteri kenapa Guan Eng begitu takut untuk mengambil tindakan terhadap perniagaan mereka. Kenyataan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan operasi kilang haram yang memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti merupakan satu kenyataan aneh dari Ketua Menteri yang telah menggunakan kuasanya untuk merobohkan gerai-gerai penduduk miskin di Pulau Pinang.
Namun apabila ia melibatkan tokey-tokey kilang haram, Guan En jadi lembek dan tidak bermaya. Malahan apabila tindakan diambil oleh SPRM, Guan Eng pula lebih-lebih mengelabah menjawab. Apakah Lim Guan Eng ni tokey kilang haramkah ?
Apa yang lebih merisaukan disini adalah keselamatan dan kesihatan penduduk terancam dengan adanya kilang haram ini. Dilaporkan sejak ianya beroperasi terdapat 13 penduduk di kawasan berkenaan menghidapi barah dipercayai berpunca akibat pencemaran dari kilang tersebut.
Bila berlaku keadaan ini, kerajaan negeri menyalahkankan kerajaan Barisan Nasional (BN) pula, kononnya tidak membenteras sejak awal. Pelik, habis tu apa gunanya DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang ? Senang Guan Eng menyelesaikan masalah. Semuanya salahkan BN.
Apa sebenarnya yang Guan Eng cuba sembunyikan daripada rakyat ? Kenapa takut sangat nak tutup kilang haram tersebut ? Sehinggakan apabila SPRM mengambil tindakan terhadap exconya, Phee Boon Poh barulah nak mengelabah biawak.
Kilang yang sudah beroperasi selama lebih 10 tahun secara haram selama ini rupa-rupanya mendapat keistimewaan dari orang tertentu dalam kerajaan negeri. Apakah mereka dibiayai oleh tokey-tokey kilang ini? Segalanya akan terjawab juga nanti jadi Guan Eng tidaklah perlu nak menuding jari kepada sesiapa. Siasatan SPRM telus dan benar.
Jika pembaca tidak lupa, Lim Guan Eng dan koncu-koncunyalah yang beria-ria sangat menentang pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Kononnya pembinaan ini akan mengakibatkan penduduk di kawasan sekitar Lynas akan ditimpa penyakit seperti zobie, katanya. Sehingga kini tiada seorang pun dari penduduk Lynas menjadi zombi, namun 7 penduduk di Sungai Lembu sudah meninggal kerana kanser yang berpunya dari kilang tersebut.
Berapa ramai lagi yang akan berhadapan dengan penyakit berbahaya ini ? berapa lagi orang lagi yang akan mati kerana kedegilan dan ego Lim Guan Eng ? Misteri ini akan terbongkar juga, masa dan tempatnya sahaja yang akan menentukan dimana tempat tinggal Lim Guan Eng seterusnya, sama ada kekal di kediaman Ketua Menteri atau akan bersama-sama dengan mantan Timbalan Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment