Kemelut isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu bukanlah baru diperkatakan oleh natizen. ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin telah beberapa kali tampil membangkitkan isu ini dalam sidang DUN dan dibawa ke pengetahuan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Beliau telah berkali-kali menerima aduan daripada rakyat yang tidak berpuashati dengan keberadaan kilang tersebut di kawasan mereka.
Namun apa yang menyedihkan ia tidak mendapat sambutan daripada rakan sepakatan dan ada yang berpendapat bahawa dia tidak perlu terus memperjuangkan isu tersebut. Tentulah sangat ganjil, seolah-olah isu keselamatan dan kesihatan rakyat bagi mereka tidak ada nilai langsung.
Dilayan seperti sampah oleh rakan sepakatan PKR dan DAP, Dr. Norlela bersyukur apabila Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan SPRM untuk membantu siasatan berkenaan kewujudan kilang haram.
Ini jelas membuktikan apa yang disuarakannya selama ini berasas. Mungkin apa yang diperkatakan ini tidak disukai oleh DAP terutama Ketua Menteri, namun yang memilihnya adalah rakyat di Penanti, kepentingan rakyat lebih perlu diutamakan.
Guan Eng dan kepimpinan DAP tidak sewajarnya melihat tindakan ini sebagai satu tindakan perkauman. Walaupun kilang haram tersebut milik seorang cina, tetapi perlu diketahui bahawa penduduk yang membuat aduan berkenaan kilang itu juga terdiri daripada masyarakat Cina.
Oleh itu adalah tidak wajar mengaitkan perkara ini dengan isu perkauman. Kerajaan pimpinan DAP perlu melihat perkara ini dari sudut undang-undang.
Tuduhan Setiausaha DAP yang tidak sah, kononnya penahanan Exco Phee Boon Poh sebagai haram boleh memberi justifikasi buruk tindakan SPRM terhadap rakyat. Oleh itu Lim Guan perlu meminta maaf kerana ini merupakan tuduhan serius dan berniat jahat terhadap badan kerajaan.
No comments:
Post a Comment